Den nak kongsi sikit maklumat tentang anemia terutamanya kesan pada ibu2 yang mengandung. Bukan apa,den sendiri dah terkena anemia ni tapi sekarang dah ok dah. Kalo la maklumat den ni tak berapa betul,den mintak sgt3 perbetulkan la kesalahan den ni. Almaklumla…den ni bukannyer doctor bertauliah. Maklumat2 ni den dapat masa den wat rawatan bulanan kat klinik kerajaan…tiap kali den gi klinik mesti nurse2 berleter kat den… hehehehehe… Nurse2 tuh sayang kat den and baby den sebab tuh depa berleter….heheheehee. Depa takut jadi paper kat den and baby….
1. Apa itu Anemia ibu hamil????
Wanita hamil dikatakan anemia apabila kadar Hb nya di bawah 10 gm%. Kena test darah dulu baru tau kadar Hb.
2. Tanda-tanda anemia
Wanita hamil ada tanda-tanda seperti rasa letih, lesu, rasa mahu pitam apabila berdiri, rasa kebas kaki dan tangan, semput, rasa berdebar-debar dan susah untuk bernafas.
· anemia ringan (Hb 9-<11gm%)>
anda boleh mengamalkan pemakanan sihat mengikut pyramid makanan dan makan pil untuk menambah kepekatan HAEMOGLOBIN seperti ZAT BESI/ASID FOLIC dan VITAMIN B12
· Anemia teruk (<8gm%)
Disamping mengamalkan pemakanan sihat serta pil tambahan,anda mungkin akan diberi:
ü Suntikan Zat Besi (Imferon)
ü Pemindahan darah
3. Kesan kepada ibu
· Pitam
· Keguguran
· Kegagalan jantung
· Berlaku pendarahan semasa mengandung dan bersalin
· Mudah pengsan
· Penyakit berjangkit
4. Kesan kepada janin
· Pertumbuhan janin terbantut (IUGR)
· Lahir tidak cukup bulan (PREMATURE)
· Berat lahir kurang 2.5kg
· Asphyxia (Anak lemas semasa lahir)
· Stillbirth (Lahir mati)
0 orang telah komen di sini.. Terima Kasih:
Post a Comment