My blog has moved!

You should be automatically redirected in 6 seconds. If not, visit
http://www.ziefauzi.com
and update your bookmarks.

Thursday, April 30, 2009

MY BABY COMING SOON

+++ini la baby den,tido jer dia time scan ni+++

Hari ni genap 9 bulan 3 hari den kawin

Fuh,cepat tul masa berlalu

Pejam celik pejam celik dah dekat setahun dah den menjadi pegawai SRT sepenuh masa

Setia berkhidmat untuk myhubbybucuk tersayang

Hehehehehe


Hmmmmm…kalo la den bunting pelamin dulu

Mesti den dalam pantang sekarang ni

Sambil dodoikan anak den

Ewah2…..nampak sgt den ni jenis yang tak sabar untuk menimang baby

Hehehehehehe…


Paper pun hari ni den masih lagi bersemangat untuk bercerita, menulis, merepek dan merapu yang bukan2

Huahuhuahuahua….


Den tak tau semangat apa yang dah merasuk dalam badan den ni

Mungkin semangat baby dalam perut den kot

Hehehehehe…

Tima kasih mybaby…

Muaaaahhhhhzzzz


Tak sabar lak rasa tunggu bulan Ogos ni

Mybaby dalam perut den ni pun macam dah tak sabar2 jugak nak kuar tengok dunia ciptaan Allah s.w.t ni


Hari2 ditendangnyer perut den ni seolah-olah mintak dikeluarkan

Goli den bila mybaby tendang2 and gerak2 dalam perut den

Hehehehehehe…tiap kali mybaby gerak2 den rasa hepi sgt

Tenang jer rasa jiwa ni

Bukan suma leh rasa pengalaman ni

Hanya wanita2 yang mengandung sajer leh merasainyer

Kalo lelaki atau wanita yang tak mengandung juga merasai seperti wanita mengandung rasa

Lebih anda pegi check,maybe yang gerak2 tuh cacing kerawit yang sedang membiak di usus anda

Hehehehehehehe…


Berbalik kepada citer mybaby,sebenarnya den dapat tau den ni pregnant pun lambat. Time gi check kat doctor pun kandungan den dah masuk 11 minggu lebih

Bukan apa,den tak yakin sangat yang den ni dah pregnant time tuh

Walaupun den sedaq yang kitaran haid den dah lama stop


Paling2 syok,den berani lagi main game2 kat Pesta Pulau Pinang walaupun pihak pengurusan memberi amaran wanita pregnant tak dibenarkan main

Memang cari nahas tul den ni kan

Kan time ni den tak tau lagi yg den pregnant

Apa lagi den belasah jela main

Errrrmmmm….sehari sebelum jumpa doctor pun den sengaja cari penyakit

Yela,den boleh lagi angkat benda2 berat

Kononnyer hari tuh den nak ubah posisi bilik den

Habis sumanyer berubah

Daripada katil,almari solek berubah tempat

Cuma almari baju jer den betul2 tak larat nak angkat

Kalo tak dah lama berubah tempat

Hehehehehe


Nasib baik tak jadi paper kat baby den

Lagipun den mmg tak tau lagi yang den pregnant time tuh

Hari ni usia kandungan den dah masuk 6 bulan

Tapi perut masih lagi kecil dan belum nampak lagi saiz sebenarnyer

Doktor cakap memang kandungan den kecik

Pelik gak den,nak cakap den tak cukup makan hari2 den makan

Paper pun mybaby sihat2 jer

Alhamdulilah..


Den rasa bersyukur sgt,sepanjang den pregnant ni den takder alah teruk sgt mcm sesetengah ibu mengandung

Nak kata muntah2,pening2 atau mengidam benda yang pelik2 pun takder rasanyer

Cuma rasa mual and badan letih jer,tu pun tak la teruk sgt

Den masih lagi boleh menguruskan tumahtangga den

Awal2 dulu,den cuma mengidam nak makan nasi kandar jer

Kalo boleh hari2 nak makan nasi kandar

Tu pun den pilih tempat,nak makan kat Restoran Nasmeer jer

Lain tempat den tak berapa lalu sgt nak makan

Tak tau kenapa?????


Benda2 len ada gak den ngidam,tp suma tu senang cari

Takyah la nak masuk hutan ker,naik gunung ker

Sebab mmg leh cari kat sekitar umah den jer

Bab rawatan lak,masa nak confirm yg den ni pregnant den gi Klinik Pakar Wanita Tan dekat Jalan Tun Dr.Awang kat Bukit Jambul

Doctor kat situ mesra rakyat

Best jer gi kat sana

Cuma den mintak myhubby temankan den masa tu sebab doctor yang nak check tuh laki

Segan lak den…..

Hari tuh first time perut den di scan bila doctor dah confirm yg den ni pregnant

Sebak jer den rasa bila den tengok kat skrin bila den dapat lihat janin den

Huh..mmg rasa teruja sgt time tuh

Tak sangka dlm perut den dah janin den sendiri

Hanya Tuhan jer yang tahu perasaan den masa tuh

Hepi yang teramat sgt


Hmmmmm….pas confirm yg den dah pregnant den ulang alik gi klinik kerajaan jer

Bukan apa,dekat sikit dgn umah

Cadangnyer bila dah masuk 7 bulan baru gi klinik swasta and kerajaan sama

Senang sikit,nanti nak masuk hospital kerajaan tak per,hospital swasta pun tak per…

Bagi den,tak kisah la mana2

Janji den selamat,mybaby pun selamat

Mula2 dulu den ada masalah kekurangan darah tahap teruk

Tiap kali gi wat rawatan,mesti ada tanda merah kat buku rawatan den

Daripada sticker putih,den naik pangkat dapat sticker hijau

Emmmm….sapa2 yg penah dapat rawatan pregnant faham la apa den tulis ni

Huhuhuhuhuuhu..

Berulang alik jugak la den gi hospital

Tapi sekarang hb darah den dah jadi normal

Den dah takder anemia


Suma sebab usaha den yang tak pernah berhenti makan ubat yg doctor bagi

Thanks jugak kat myhubby sebab rajin belikan den kerang untuk makan sebagai usaha untuk normalkan balik kandungan darah den ni

Walaupun mula2 dulu den tak berapa sukakan kerang

Hehehehehehe


Oklah,nanti den sambung citer lagi

Nak wat keje jap

Bye2

0 orang telah komen di sini.. Terima Kasih: