GIVEAWAY 35 JAM 27 MINIT


STICKY MODE ENTRY

Salam dan selamat pagi semua... 
Hari ni den nak lancarkan satu lagi giveaway untuk bulan Julai ni.. Giveaway 35 jam 27 minit... Pelik nyer nama giveaway ni.. Hehehe... tak pelik mana pun.. 

Kenapa 35 jam 27 minit?? Sebab den nak buat 2 hari jer giveaway ni.. Tak mau lama2. Dan tamat pulak tepat pada waktu bersejarah. Tak macam selalu...biasa sebulan kan... 

Kenapa pulak 2 hari jer, pastu ada minit pulak??? Okey, meh den terang satu2.. Sebenarnya hari ni 27hb Julai dan esok 28hb Julai merupakan dua tarikh yang amat penting dalam hidup den sefamily.. Setiap tahun akan celebrate..

27 Julai adalah anniversary den dan Encik Fauzi.. Tahun ni merupakan tahun kedua kami bergelar suami isteri. Dan harap akan berkekalan sampai bila2.

Manakala 28 Julai pulak adalah tarikh birthday my gegirl Alya. Dan ini jugak adalah tahun pertama Alya celebrate hari jadinya..

Jadinya den sefamily sangat berbesar hati nak berikan hadiah kepada 2 orang yang bertuah sempena dua tarikh istimewa kami ni... 


Caranya cukup mudah.. Syarat tak ketat sgt..  
  1. Paling penting hanya dibuka kepada sesiapa yang ada blog sahaja
  2. Pastu tinggalkan komen di entry ini dengan meninggalkan url blog dan email
  3. Itu sahaja,.. tak perlu entry, tak perlu juga follow.. Mudah kan?

Tapi cepat..giveaway ni berlangsung selama 35 jam 27 minit sahaja.. Bermula pada 27 Julai (8.00 am) hingga 28 Julai (7.27 pm) waktu kelahiran Alya. Pernyertaan selepas tarikh tutup tidak akan di layan. 

Hadiah terus terang belum beli lagi tapi dah ada idea benda apa yang nak diberi. Tunggu masa nak pi shopping saja. Boleh pakai masa raya nanti... InsyaAllah..nanti den updated rupa hadiah tu ...ker korang nak surprise???  :P

Pemenang akan dipilih dengan cara tradisonal macam den buat sebelum ni. Cabut undi yang akan dilakukan oleh besday girl.. Keputusan hari Isnin (2 Ogos) den umumkan yer.... Jadi selamat bergiveaway semua...



::::::hadiah giveaway yang lepas den dah pos dah.. maaf yer sebab tak inform.. busy sikit.. kalau dah sampai bagi tahu la yer:::::