Salam... dan selamat petang...
Yer...dah petang begini baru berkesempatan untuk mengupdated blog..Macam ni la keHIDUPan SEORANG BLOGGER yang masih lagi mengekalkan kewajipan tanggungjawab sebagai seorang suri rumah sepenuh masa. Bukannyer boleh mengadap blog sepanjang masa... Masa akan dibahagi seadil-adilnya untuk berblog dan meluangkan masa bersama family..
Awal pagi setelah kerja rumah diselesaikan dan encik suami ke tempat kerja,laptop wajib di'on'kan. Ohhh...lupa pulak...itupun kalau sang puteri masih belum tersedar dari tidur.. Kalau tidak jangan harap la boleh lepak depan laptop awal pagi.
Aktiviti pertama sudah semestinya buka blog, kemudian email dan seterusnya akaun nuffnang... Ini laman web yang wajib diterjah dahulu... Log in blog untuk tengok kalau-kalau ada pesanan dari teman-teman yang perlu dibalas.. Check email kalau-kalau ada email yang penting dan laman web nuffnang untuk melihat analitik blog dan jugak jumlah pendapatan terkumpul.
Sekiranya idea tengah berkembang, masa itu jugak jari jemari yang kelihatan semakin tembam ini akan menaip satu-satu huruf untuk dijadikan ayat dan seterusnya menjadikan satu entry baru untuk dipublish. Dan kalau otak tengah membeku tanpa sebarang idea untuk ditaip, makanya blog ini akan sunyi tanpa cerita buat seketika waktu yang kadang kala akan memakan masa berminggu untuk di updated...Itulah kebenaran HIDUP SEORANG BLOGGER seperti aku..
Semasa ketiadaan idea untuk menulis,aktiviti berblogwalking akan diteruskan untuk menaikkan traffik blog.. Setelah punggung terasa panas akibat duduk lama mengadap skrin laptop, masa tu lah laptop di shut down unutk beri perhatian kepada perkara-perkara lain..
Apabila tiba-tiba idea datang menjengah, masa tu jugak laptop dibuka semula.. Begitulah rutin harian aku sejak mengenali blog. HIDUP SEORANG BLOGGER macam aku akan pentingkan idea untuk menulis di blog yang sudah dianggap seperti diari .. Cuma aku bukanlah seorang blogger sepenuh masa yang mampu untuk berada di depan laptop/pc sepanjang masa.
Dan jika di tanya, best sangat ker HIDUP SEORANG BLOGGER ni?? Best atau tidak hanya para blogger sahaja yang mampu jawab soalan itu.. Tepuk dada tanya selera..
Dan jika di tanya, best sangat ker HIDUP SEORANG BLOGGER ni?? Best atau tidak hanya para blogger sahaja yang mampu jawab soalan itu.. Tepuk dada tanya selera..
::::ini adalah entry kedua untuk contest seo HIDUP SEORANG BLOGGER anjuran saudara Denaihati:::::::
p/s: entry yang ditaip secara tergesa-gesa sebab hari ni seharian menghabiskan masa untuk membeli-belah... Dah petang baru teringat yang entry untuk contest seo HIDUP SEORANG BLOGGER belum publish.. Kebetulan pulak, tengah takder idea..maka terjadilah entry yang serba kekurangan ni..

4 orang telah komen di sini.. Terima Kasih:
kadang nak berblog ni susah. kalau fulltime senang skit. tapi nak jadik fulltime tu yg hazab tu.
salam singgah :)
mmg bila kering idea tu, letak je gambar2 atau cari berita menarik kat online newspapers je.
Kadang-kadang memang best jadi blogger ni, kadang-kadang bila kering idea memang tak best.
best ker hidup seorang blogger? ada lah juga yang best nya. kalau x best, masakan ada yang addict kepada blog. bila dah terjebak dengan blog ni, susah juga nak tinggalkan.
Post a Comment