Akhirnya... kes kematian arwah adik Syafiah Humaira memdapat pembelaan apabila si pelaku yang membunuh adik Syafiah Humaira dijatuhi hukuman mati selepas didapati bersalah...
SHAH ALAM: Pemandu teksi, Mohd Fazli Azri Jamil dijatuhi hukuman mati selepas didapati bersalah membunuh anak teman wanitanya yang berusia tiga tahun pada Februari lalu.
Hakim Datuk Moktaruddin Baki, ketika menjatuhkan hukuman, berkata mahkamah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan terhadap kes pendakwaan. Ibu tertuduh yang terlalu sedih dengan keputusan itu terus menerpa ke arah tertuduh selepas mahkamah ditangguhkan dan meraung sebelum pengsan kerana terlalu sedih.
Mohd Fazli, 28, didakwa membunuh Syafiah Humaira Sahari di padang bola sepak Jalan Utama, Kawasan Rumah Murah, Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali pada 6.30 petang 25 Februari lalu.:- Berita Harian Online

11 orang telah komen di sini.. Terima Kasih:
memang patut pon..
lega..dapat hukuman setimpal macam tu..
tu baru dunia..
akhirat tunggu la ko *&^%$#@
perkara pertama yg terpacul keluar mulut ialah padan muka. walaupun jahatnya mulut tercakap macam tu tapi rasanya setimpal dgn apa dia dah buat. semoga arwah dicucuri rahmat dan bahagia disana. mmg tiada rezeki arwah nak merasa bahagia hidup dgn keluarga sendiri. al-fatihah buat arwah.
kes ni la paling sedih sekali bagi saye..
depan orang ramai dia di pukul di sepak
tapi tak de sape yang bantu..
sedih betul!
yang mak dia ni pulak buta hati sebab cinta..
ape nak jadi ntah..
anak dia mati tak pulak dia meraung gitu...
hukuman telah dijatuhkan stimpal dgn apa yg dilakukan....
semoga jadik pengajaran kat orang lain......
Berpuas hati dengan keputusan yg bersalah tetap bersalah... moga2 balasan ini akan memberi kesedaran kepada semua..
sama ngan emmy..word yg pertama is..padan muka dia...rasa puas hati sebab yg bersalah dikenakan hukuman setimpal..
macam-macam..kes ni kes 6 bulan lepas dah..ish3
semoga adik ni dicucuri rahmat~
yg bersalah dah kena hukum. tapi mmg tak faham kenapala mak arwah tu lebih2 meraung bia BF kena hukum dr meraung masa anak sendiri meninggal.
puas hati tol dengan keputusan dari mahkamah....jadi pengajaran kepada sumer org pas nie...jgn sesuka hati nak mendera kanak2 yg tak berdosa
stuju dgn transformed housewife... org perempuan kalo dah ade anak..kasih syg nye n cinta nye lbh kepada anak dari suami...saya sbg wanita & ibu mengakuinya..tp ni BKN SUAMI DIA..br BF... dah la ISLAM.. org tau awak x kawen..PAKAI TDG.. blh plak cium pp b4 jantan tu di bawa polis!!! BERTAUBATLAH!!! anak ko dah xde TAU X??? KO LG SYG JANTAN YG BUNUH ANAK KO???
adik syafiah semestinya di SYURGA...
Post a Comment