Alkisahnya, pasal anak dara den yg sorang tu ha... Malam Isnin lepas, mintak tolong maktok Alya tanggalkan subang kat telinga Alya tu.. Konon-kononnya nak pakaikan subang yang baru..
Tapi sampai ke hari ni belum berjaya pakaikan subang baru tu kat telinga Alya. Semuanya gara-gara Alya takmau duk diam. Sat toleh sana, sat toleh sini. Bila paksa dia nangis.. Sian la plak... Dah cuba pakaikan time dia tidur, pun sama jugak.. Tak berjaya... Asyik toleh sana sini.
Tapikan kalau tak pakaikan jugak subang tu, nanti 'terkambuih' (lubang subang hilang) rugi oooo.... Sia-sia je Alya nangis bagai nak rak masa gi tindik telinga hari tu..
Sesiapa ada idea tak macamana nak pakaikan balik subang kat telinga Alya.. Dah 4 hari telinga Alya tak bersubang ni. Bila check lubang utk subang tu still ada. Risau kalau tangguhkan lagi lubang tu hilang...
dah biasa tengok dia bersubang,
bila tak bersubang nampak tak berseri plak anak dara ni...
12 orang telah komen di sini.. Terima Kasih:
takde cara halus la zie..kena jugak pegang dia kuat then pasang...dia nangis kejap jek tu...
p/s bercakap dari pengalaman..hihihi..
zie,
ang bagi ubat tidoq kat alya
bagi dia tidoq
hehehehe
kejam tak
:-D
alieya pun sekarang nie pakai subang sebelah ja..sb sebelah lg hilang..nak tukar subar baru dia tak mau..susah la..tak tau dah nak wat mcm mana..paksa pun tak jalan..sb kcian tgok dia nngis.. =(
@Cikmin
cikmin,dah cuba dah,lagi kuat kita pegang dia,lagi kuat dia meronta sambil jerit2... akhirnya gagal jgk... huhuhu
@lotikus disarimankan
woii...apa da hang ni... ada ke patutu nak bagi ubat tido... tak sanggup la aku... kejam tul idea hg bagi ni... :D
@miera
susah kan bila jadi macam ni... zie ni rasa menyesal lak suh maktok alya tanggalkan subang sebelum ni... huhuhu...
komen dari budak wangi..:)
Tunggu die tido la..
tak pon penggag je..tapi kesian la plak..huhu
pasang balik masa alya tido..
ala..comei je anak girl leh pakai2 subang..anak lelaki nak pakaikan apa? huhu
bagi lena lu...... suap ubat batuk...... ha ha.......
saye punye dah kambuih dah pun.. huhu.. allergic sikit nak pakai, nnti telinga jadi lain macam, berair-air.. adehh
masa dia tidur x leh pakaikan ke.. ke dia jenis tidur tutup telinga.. hehehe..
memang kena paksa la, takde cara kalau tido pun tersedar melainkan kata lotikus disarimankan (aneh nama ni) bagi ubat tido.
Post a Comment