My blog has moved!

You should be automatically redirected in 6 seconds. If not, visit
http://www.ziefauzi.com
and update your bookmarks.

Wednesday, September 15, 2010

WARIS EMPAT MANGSA BUNUH JALANI UJIAN DNA

Salam semua,
Sejak beberapa hari ni kecoh kes kehilangan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan 3 individu yang lain. Kemudian disusuli dengan penemuan kereta Datuk Sosilawati dan peguam yang dilaporkan hilang sehinggalah berita tentang penangkapan suspek dan juga penemuan mayat yang telah dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai. Memang kejam perlakuan pembunuh tersebut, kesian keluarga mangsa yang tak sempat untuk beraya bersama. 

Namun di sudut hati den ni masih mengharapkan mayat-mayat yang dibakar itu bukan mereka. Dan sudah pasti keluarga mangsa juga mengharapkan perkara yang sama selagi keputusan DNA tidak keluar walau pun bukti2 yang ditemui kuat mengatakan mayat2 yang dibakar adalah mangsa yang hilang sejak 30 Ogos lalu. Berikut adalah keratan berita yang diambil dari Berita Harian Online



" KUALA LUMPUR: Waris keempat-empat mangsa bunuh dan bakar di Banting, Selangor menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi membantu mengenalpasti identiti mangsa di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini hari ini. 

Kesemua mereka termasuk ibu pegawai bank CIMB Noorhisham Mohammad, 38, Satinah Mokhtar, 50-an dilihat berada di HKL sejak jan 1 tengah hari sebelum meninggalkan hospital itu satu setengah jam kemudian ditemani anak bongsunya,

Azlan Shah Aziz, yang juga adik tiri Noorhisham berlainan bapa, serta seorang anggota keluarga mangsa yang tidak dikenali. Turut kelihatan salah seorang anak perempuan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya. 

Kesemua mereka sebelum itu dilihat memasuki Balai Polis Dang Wangi dengan disertai isteri Noorhisham, Suzana Radim Pangat, 38, kira-kira tiga jam untuk memberi keterangan berkaitan hal peribadi mereka bagi membantu siasatan.

Sementara itu malam ini difahamkan merupakan malam terakhir kenduri tahlil diadakan di rumah Noorhisham di Taman Seraya, Ampang sejak Ahad lalu. ......."
Berita seterusnya.... ( klik sini )

1 orang telah komen di sini.. Terima Kasih:

.s.o.f.i.a. said...

pembunuhan kejam!!!!! dan mengundang isu perkauman. harap2 tadak benda buruk berlaku.......