"ALOR GAJAH: “Kehilangannya memang mengejutkan kerana tiada sebarang pesanan, cuma arwah ada menepuk-nepuk bahu saya beberapa kali sebagai isyarat yang mungkin membawa maksud supaya menjaga diri (dengan baik) jika dia pergi buat selama-lamanya.”
Sebelum itu, Allahyarham diletakkan di bawah pengawasan rapi Unit Rawatan Jantung (CCU) hospital terbabit selepas mengadu sakit dada ketika mengambil wuduk untuk menunaikan solat Subuh di rumahnya pada 3 Oktober lalu.
Suriani yang menetap di Bandar Enstek, Sepang, berkata dia tidak memikirkan sebarang perkara sejak arwah dimasukkan ke hospital kerana serangan jantung disebabkan doktor memberikan suaminya ubat hingga menyebabkannya berada dalam keadaan separa sedar.
Menurutnya, arwah bukan koma cuma doktor berbuat demikian supaya dia dapat menenangkan diri sekali gus menurunkan tekanan darah tingginya, selain percakapannya juga tidak lancar.
"Dia (arwah Yalal) adalah seorang suami yang baik kerana kami banyak kenangan indah sepanjang hayatnya. Dia juga diibaratkan sebagai tok guru atau cikgu kerana banyak memberi tunjuk ajar terutama mereka yang aktif dalam bidang teater," katanya ketika ditemui di Taman Paya Rumput Indah, Bertam, di sini." - Harian Metro

5 orang telah komen di sini.. Terima Kasih:
Al-Fatihah.. setiap yg hidup pasti akan kembali
Alfatihah..
semoga arwah ditempatkan dikalangan mereka yg beriman, aminnnn..
Moga rohnya dicucuri rahmat~
moga rohnyer ditempatkan bersama org2 yg soleh amin...
takziah buat keluarga allahyarham............
Post a Comment