PETUA HILANGKAN BATUK BAYI

Lepas demam panas hari tuh, malam tadi Alya start batuk la pulak... Kecian kat Alya tak leh tidur selesa malam tadi sebab batuk.. Dengar pun dah macam batuk berkahak... Sekarang Alya tengah tidur lena.. Ibu Alya pulak on pc terus google cari petua untuk hilangkan batuk bayi. Sementara nak bawa ke klinik,boleh la amalkan dulu petua ni.. 

Den nak share petua yg den jumpa... Sebab rasanya sekarang memang musim demam,batuk dan selsema kot.. Tambah2 pulak musim hujan sekrang ni..

Antara petua-petua yang den jumpa..
Makan madu asli.. Untuk bayi atau kanak-kanak, 1 sudu kecil.. Kalau rasa madu tu macam pekat jer,boleh tambah air sikit.. Orang dewasa punboleh amalkan juga makan madu ni kalau batuk. Untuk orang dewasa 1 sudu besar..

    • Cara kedua pulak boleh guna kunyit hidup atau bawang putih. Kunyit hidup tu, gosok la kat mana2 permukaan yang kasar untuk dapatkan serbuk, lepas tu serbuk kunyit tu dicampurkan dengan minyak masak kemudian sapukan ke dada bayi.. Kalau nak guna bawang putih, bakar sikit bawang putih tu tapi jgn la sampai hangityer.. Caranya sama jer guna kunyit, gosok, ambil serbuk,kemuadian campur dengan minyak masak baru sapu ke dada bayi..

    • Cara ketiga, jika anak batuk berkahak dan selsema... Boleh gunakan daun kaduk. Ramas daun kaduk dengan kapur sirih. Kemudian sapukan pada dada dan perut bayi. Kahak akan keluar bersama najis bayi nanti..
     ini ker rupa daun kaduk?? den tak tahu camana rupanya,sebab tu google


    • Cara keempat, kalau anak kita dah boleh mengunyah, amalkan makan kismis sebanyak 21 biji setiap hari.. InsyaAllah batuk akan hilang...

    • Akhir sekali, petua yang diamalkan oleh abah den a.k.a tok wan Alya masa den kecik2 dulu.. Abah den gunakan daun bunga tahi ayam. Ramaskan dengan kapur sirih sampai berlendir kemuadian sapu kat tengkuk dan dada..

    bunga tahi ayam

    InsyaAllah,akan diamalkan salah satu atau semua petua kat atas untuk kurangkan batuk Alya.. Sesiapa yang ada petua lain selain dari kat atas, meh la kita share sama2 yer... Petua hilangkan selsema bayi,den pernah tulis dulu.. Check kat sini yer..