PETUA HILANGKAN ULSER MULUT

Salam...

Baru jer 2 3 hari lepas baik dari serangan ulser mulut, ada juga orang panggil mata ikan @ lompang  Biasanya ulser ni jadi kat bibir, dinding pipi atau lidah kan. Tapi den jadi kat gusi. Sakit dan pedih bila tiba time makan dan jugak bila gosok gigi..

Punca terjadinya ulser ni sebab luka masa gosok gigi...Tertusuk dengan berus gigi sampai luka dan berpanjangan sampai jadi ulser.. Last kena ulser dulu pun dah tak ingat bila.. Sapa yg pernah kena memang tahu sakit tu camana kan.. 

Sebab-sebab utama ulser ni tak diketahui dengan jelas.. Tapi ada beberapa faktor yang den dapat hasil daripada pertolongan pakcik google.. Ulser mulut ni sering dikaitkan dengan :
  • Stres
  • Perubahan hormon
  • Jangkitan
  • Kekurangan zat makanan
  • Alahan
  • Rawatan radiasi
  • Rawatan kemoterapi
Bila dah terjadi ulser ni, macam-macam masalah pula timbul yang berkaitan dengan ulser ni.. Antaranya :
  • Rasa membakar di dalam mulut
  • Kesakitan
  • Ketidakselesaan yang berpanjangan
  • Hilang selera makan
  • Demam
Masa terkena ulser mulut ni, mujur la jugak den tak demam. Cuma sakit dan tak lalu makan.. Kadang-kadang bila lapar sangat, den bedal jer makan apa saja. Bila sakit, mula la duk mengaduh..  Ulser ni ada orang cakap ambil masa nak sembuh. Kesakitan akan berkurangan dalam tempoh 3 - 4 hari tetapi ulser biasanya akan mengambil masa 10 - 14 hari untuk sembuh sepenuhnya.

Bagi sesiapa yang alami ulser ni lebih dari 2 minggu, elok pi jumpa doktotr pergigian untuk mendapatkan rawatan yer. Takut-takut nanti ada ciri-ciri kanser mulut. Cara-cara untuk mengurangkan kesakitan ulser seperti kat bawah ni:
  • Berkumur dengan bahan kumuran antiseptik.
  • Sapukan gel analgesik atau gel penahan sakit
  • Kekalkan kesihatan mulut yang baik.
  • Makan makanan yang lembut.
  • Kurangkan makanan pedas dan berempah.
  • Minum air secukupnya.
Petua orang dulu-dulu, kalau nak kurangkan sakit ulser ni antaranya berkumur dengan air garam. Memang sakit masa berkumur tu, tapi orang tua cakap nanti cepat baik. Den tak tahu la sebab den takut nak cuba. Lagi satu petua guna asam keping / asam gelugor. Potong ikut besar ulser kat mulut tu atau besar sikit pun tak per. Lepas tu tekap kat tempat ulser. Berapa lama tak pasti la pulak. Sesiapa yang menderita ulser mulut sekarang ni, boleh la cuba petua lama ni.. 



:::::Alhamdulillah, sakit ulser dah sembuh.. boleh makan puas2.. hehehe,,::::::