Adehhh....drama ni dah masuk minggu terakhir dah baru nak buat entry pasal cerita ni. Bukan apa, sebelum ni ingat cerita ni tak best ada Fasha Sandha (tak berapa minat)... Rupanya makin layan tengok makin best pulak. Best sebab jalan cerita menarik dan ada terapkan nilai2 Islam dalam cerita ni. Jadi memang tak rugi la layan cerita ni.. Hehehe...
Sipnosis Drama Chinta
Drama Chinta TV3 mengisahkan perjalanan perit seorang gadis baik dengan imej bertudung di sebuah kampung.
Namun hidupnya mula dikaburi seribu satu dugaan yang datang menghimpit apabila abang kandungnya Kamal (lakonan Azhar Sulaiman) sanggup merogol dan menjualnya. Bukan itu saja, sahabat karibnya, Mustika (lakonan Zarynn Min) pula menikam dirinya di sebalik kelembutan sebagai teman hanya kerana cemburu akan sayang seorang jejaka, Fakri (lakonan Ezany Nizariff) yang mencintai Chinta.
Meskipun tidak sesekali ingkar akan tanggungjawab kepada agama dan dirinya, Chinta terus dilanda dugaan yang datang bukan sekali, sebaliknya bertimpa-timpa hingga menyebabkan dirinya lemas dalam suratan yang tertulis buatnya.
Chinta mula mempersoalkan nasibnya dan merasakan Tuhan tidak adil padanya. Justeru, Chinta tekad dan bangkit menentang takdirnya hingga mengambil keputusan meninggalkan kampung halamannya untuk berhijrah ke bandar raya bagi mengecapi satu impian di luar imaginasinya.
Chinta pergi meninggalkan zaman silam yang membunuh jiwanya di kampung. Dia tidak percaya dengan lelaki dan istilah cinta lagi. Fakri ditinggalkan tanpa amaran.
Hidup barunya di KL menemukan Chinta dengan Mayang (lakonan Natasha Hudson). Diarinya mula berubah dan Chinta berdiri sebagai peragawati jelita, seksi dan menarik hingga menyebabkan banyak pihak datang mendekatinya. Kecantikan dan personalitinya yang penuh dengan dendam itu bagaimanapun mengundang rasa kurang selesa di kalangan wanita lain.
Di sebalik kerjayanya, Chinta menyimpan rahsia yang sebenarnya dia pelacur kelas atasan. Namun Chinta kekal dengan misinya bagi melangsaikan rasa dendam di hati yang kian menebal.
Akhirnya, hidup bertopengkan kepura-puraan itu membuka pintu hati Chinta dengan nilai sayang sejati dengan pengawal peribadi kepada seorang Tan Sri yang membelanya, Amar (lakonan Ady Putra).
kredit : http://darkbatman.com
::::::agak-agak ending cerita ni mcmana yer?? Rasanya Chinta akan bersama dengan Rasul Iman atas persetujuan Sadatul (isteri Rasul Iman) atas sebab Sadatul tak boleh pregnant.. Hehehe... main agak jer tuh..:::::

6 orang telah komen di sini.. Terima Kasih:
ending dia eliss rs mcm tu jugak :p
mummy rasa macam tuh jugaklah endingnyer..si saadatul bagi pd laki dier ataupun dia beranak pastu meninggal n chinta kawin ngan rasul.rasulpun mmg sayang chinta bkn sadatul
ntah nak kata... kekadang tengok kekadang idak... tapi clise citer tetap sama... dendam yang membara... kata orang pompuan tapi masih jugak dendam kat orang pompuan...
tak pernah nengok pun...selalu je tak berkesempatan...selalu dengar kengkawan kat opis je citer hu..hu..
sngt suka tgk cite ni...
tp cam xbesh nyer klu ending nyer,rasul ngn chinta..cian sadatul tue
dni lak agak si saadah tu anak chinta sebab fasha ada anak perempuan.. kan? :D hehe agak je
Post a Comment