My blog has moved!

You should be automatically redirected in 6 seconds. If not, visit
http://www.ziefauzi.com
and update your bookmarks.

Tuesday, November 09, 2010

SLOT AKASIA : SERIBU KALI CINTA


Adehhh...entry review drama lagi. Ni nak cerita drama terbaru dalam slot Akasia, Seribu Kali Cinta yang akan menggantikan drama Chinta. Tarikh mula tayangan 15 November 2010 pada setiap Hari Isnin hingga Khamis jam 6.30 petang. Tak tahu best ke tak cerita ni, meh layan dulu sipnosis kat bawah ni.


Sipnosis Seribu Kali Cinta

Pelakon: Kamal Adli, Intan Ladyana, Marsha, Abu Bakar Omar, Rozie Othman, Cat Farish, Nor Kairiah.

Nizam (Kamal Adli), seorang jejaka yang tidak pernah serius dalam percintaan. Dia mempunyai ramai teman wanita tetapi masih belum dapat menentukan mana satu calon isterinya. Atas desakan orang tua yang mahukan dia berkahwin dengan Huda (Marsha), Nizam telah membawa diri ke Pulau Aman. Di sana, dia telah jatuh hati dengan Miasara (Intan Ladyana) seorang gadis yang peramah dan mesra melayan kanak-kanak.

Nizam diuji dengan pelbagai dugaan kerana Miasara mengalami sindrom Amnesia. Apa yang dilakukan pada hari ini, akan dilupakan pada keesokkan harinya. Justeru, Nizam hanyalah seorang yang tidak dikenali bagi Miasara apabila menjelang pagi esok. Mungkin itu adalah balasan bagi Nizam yang selalu mempermainkan perasaan cinta pada masa lalu.

Nizam bertekad untuk mencintai Miasara dengan sepenuh hati walaupun dia perlu melafazkan seribu kali cinta kepada gadis idamannya. Bagi membantu memulihkan ingatan Miasara, Nizam telah merakamkan sepanjang aktiviti bersama Miasara. Miasara terharu dengan kesabaran Nizam namun keadaan Miasara tetap tidak berubah.

Ayah Nizam, Hisyam mendesak Nizam supaya pulang ke Kuala Lumpur bagi menguruskan syarikat. Baginya Nizam masih belum matang dan stidak erius dalam hidup. Ibubapa Miasara juga tidak yakin dengan hubungan Nizam dan Miasara lalu menasihati Nizam supaya melupakan hasratnya untuk berkahwin dengan Miasara. Namun. Nizam tidak sanggup meninggalkan Miasara dan dia yakin dengan naluri hatinya serta menyayangi Miasara.

Apakah Nizam sanggup memikul tanggungjawab sebagai seorang suami yang perlu melayani kerenah isteri yang akan melupakan dirinya setiap pagi?? Setiap hari Nizam perlu mengulangi perbuatannya bagi memenangi hati Miasara. Dia amat mengharapkan dapat melihat senyuman manis dan teguran Miasara pada setiap pagi dan bukannya takut, binggung dan kalam kabut.


Sumber rujukan akhar hiburan BiPop..


::::::apa macam?? Best tak???? Kalau best tunggu siarannya pada 15 November nanti::::::




16 orang telah komen di sini.. Terima Kasih:

wan nurul hezrina abd halim said...

best gak tapi jalan citer mcm ada cite orgputihtu lah.tapi tak ingat tajuknyer

kak ina kl said...

oo minggu ni minggu terakhir lah yer..ashik tertinggal ajer cerita chinta ni.

IbuAniq said...

cm cite 50 first love jek... adam sandler ngn drew barrymore belakon...hehehe

ardinihumaira said...

best2 khatam cite dekat nak exam ni. hehe... layan ;D

apek poyo said...

nampak gayo eh..mcm dah nak habih la chinta nih...

♥-- emieysandra --♥ said...

ok..mula 15Nov..dh nk hbis exm n balik kg, boleh la ngadap tv!
ehehe :D

ZiE FAUZi said...

@wan nurul hezrina abd halim
ye ke... cite org putih yg mana ek...

ZiE FAUZi said...

@kak ina kl
takper kak, boleh tgk kat tonton.com.my ... hehehe..

ZiE FAUZi said...

@IbuAniq
ye ker... best tak citer org putih tuh?? xper, kali ni kita tgk versi melayu plak.

ZiE FAUZi said...

@ardinihumaira
ish...dni.. nak exam elok baca buku.. satgi soalan lain,jwb lain plak.. :)

ZiE FAUZi said...

@apek poyo
ha'ah... minggu ni last cerita chinta.. minggu depan cerita baru lak..

ZiE FAUZi said...

@♥-- emieysandra --♥
dah abis exam takper.. ngadap la lama mana pun.. :)

waalllaa! said...

nak tengoookk citer ni sbb ade norkhairiah..hehe..i like her..

Tn.Punya said...

Disni saya kongsikan link download drama terbaru ini

http://myvitrd.blogspot.com/2010/11/seribu-kali-cinta-free-download-slot.html

Tn.Punya said...

Drama seribu kali cinta dah mula bersiar.. dptkan free download disini : http://myvitrd.blogspot.com/2010/11/seribu-kali-cinta-free-download-slot.html

Episode 1 boleh download ramai2 sekarang..

Anonymous said...

cite nye mcm cite omputih 50 first date,adam sandler & drew barrymore belakon je..