My blog has moved!

You should be automatically redirected in 6 seconds. If not, visit
http://www.ziefauzi.com
and update your bookmarks.

Monday, December 20, 2010

DEMAM SERENTAK DAN TRAFIK MERUDUM

Salam...

Selamat pagi, selamat hari Isnin dan selamat bersiaran kembali buat den sendiri.. :) 4 hari tak online, rindu betul kat blog ni. Tapi nak buat macamana, memang den demam teruk kali ni. Tak mampu nak bangun, asyik tidur saja sepanjang hari.

Dan paling seksa sekali bila den dengan Alya demam serentak. First time kami demam serentak. Mujur jugak la abah Alya tak join sekali. Jadi En.Fauzi la yang banyak layan kami terutama sekali Alya sepanjang kami demam bersama. Kalau nak harapkan den yang tak berapa nak bermaya ni, memang tak terlayan la budak kecik tu. Sekarang, alhamdulillah kami dah sihat walaupun tak 100% sihat.

Tapi kan, dalam tak sihat2 kami ni, sempat lagi kami pergi ke Pesta Bunga kat Botanical Garden Sabtu lepas. Beli pokok dengan pasu, niat dihati nak tanam kat rumah baru kami nanti. Bab Pesta Bunga tu nanti2 la cerita, sebab gambar ada kat En.Fauzi. Tak best pulak cerita tanpa gambar.

Sepanjang 4 hari tak online, memang bagi kesan sangat-sangat jumlah visitor dalam blog ni. Trafik jatuh merudum dan memamg tak boleh nak buat apa dah. So,sekarang ni just kena usaha balik untuk naikkan jumlah visitor macam biasa.




4 orang telah komen di sini.. Terima Kasih:

apezs shah said...

Betul terus merudum pelawat datang jika xonline.. saya pon demam 4 hari dah..semoga cepat sembuh..;)

ardinihumaira said...

bestnye kak g pesta bunga :D

Alimaz-Kembara Terasing said...

semoga lebih sihat...

Amanina said...

minum air 100plus leh kurangkan sikit demam :D