My blog has moved!

You should be automatically redirected in 6 seconds. If not, visit
http://www.ziefauzi.com
and update your bookmarks.

Monday, December 13, 2010

INGATKAN ANAK LIPAS RUPANYA....

Selama binatang atas ni datang menyerang di rumah kami, den ingatkan serangga halus tu adalah anak lipas. Selepas tanya mak den,rupanya binatang tu orang panggil pijat atau pepijat atau bahasa orang putih bed bugs.. Serius.. memang den tak pernah tengok rupa paras pepijat selama ni sebab tu den fikir binatang ni anak lipas..

Binatang ni datang menyerang rumah kami sekitar 2 3 minggu lepas. Dah pelbagai cara guna untuk hapuskan binatang ni tapi still ada lagi. Bila google maklumat tentang binatang ni rupanya, pijat ni boleh hidup selama 18 bulan tanpa makanan. Dan bila boleh bertelur antara 5-500 biji seekor..  

Pepijat ni suka tinggal kat ruang sempit mcm celah jahitan selimut, celah tikar, tilam, dan paling pijat ni suka celah-celah katil... Semua ruang2 sempit yang pijat suka tinngsl ni den dah bersihkan. Tapi bila tinggal 2 3 hari lepas tu mesti ada balik.

Makanan pepijat ni adalah darah manusia. Sebab tu bila den bunuh sekor2 pepijat ni keluar darah merah dan keluar bau busuk. Selalunya pepijat ni datang menyerang time awal pagi. Time kami tengah sedap2 tidur. Bila kena gigit dengan pepijat ni terus tak boleh tidur sebab gatal2 satu badan.

Dah dah try hapuskan binatang ni.. Bila dah confirm takder dah, den biar la.. Tapi bila 3 4 5 hari check balik, pepijat ni sudah beranak-pinak. Mak den cakap, kalau pepijat ni dah datang menyerang memang susah nak hapuskan.

So,sesiapa ada cara nak hapuskan pepijat ni selain daripada guna racun serangga atau bunuh sekor2, mai la share dengan kami.. Tidur malam kami dah tak setenang dulu..


17 orang telah komen di sini.. Terima Kasih:

Adem and Cats said...

ada satu spray jual dekat ACE hardware dalam RM20 khas untuk hama dan pepijat.Tapi saya dah lupa nama.

laGenDA KodOk HijAU said...

jadi dracula tu datok pada pijat pijatlahnyer...

kalau pijat pijat..kau kena cuci satu rumah tu jer..jemur semua tilam tilam itu je cara dia

Lia @ Norli (Mamarempit) said...

cuba letak daun durian belanda....

Zur@ZaRi said...

aper jadi pas ni?
tak der ubat ker?
takut nyer!!

Mama Zara said...

err..meremang kejap bulu roma baca citer pasal pepijat ni...

ardinihumaira said...

uisssk...
bahaya tu... huhu

secantikmanis said...

tak tahu la cara nak hilangkan nya..tapi dulu memang ada celah tilam..perghh geli la tengoknya..beli tilam baru terus..lagipun tilamnya dag koyak..kehkeh

fara said...

mesti rimaskan klo pepijat dh serang.
fara pon nak tau gak cara hapuskannya!

Zaidah said...

biasanyer jemur aje segala kelengkapan yang telah dijangkiti pijat tu....

♥-- emieysandra --♥ said...

takutnyer..byk pulak die bertelur tu..

cikpia said...

selalunya angkut semua yang telah terjebak tu, sidai tengah panas.... pastu celah2 lapisan kayu katil tu bubuh ubat serbuk kaler biru (tak ingat nama dia).

tu antara langkah yang buat time dok asrama dulu la....

normally pijat suka kawasan yang lembap.... kalau sidai towel lembap kat palang katil kat asrama dulu memang kena la binatang tu....

pipoq said...

kalo rajin, jemur tilam tu dua hari sekali atau gunakan steam iron tu untuk memastikan pepijat dan keturunannya terseksa kepanasan lalu meninggal dunia akibat suhu tinggi tu..
basuh sarung tilam & bantal dengan air panas pun ok gak..
kalo tilam tu dah uzur sangat, pertimbangkan la beli yang baru..
hehehe

Sya Isya said...

dulu kat rumah lama, tilam Sya pun kena serang pijat ni. pergh, banyak giler sebab x perasan dia ada. sekali bila check, rupanya kat bantal pun ada. Dia suka sorok gak, kat dalam sarung bantal. sudahnya, buang tilam tu, sebab tilam tu memang dah koyak rabak. so, suka la pijat tu dok kat dalam tilam tu, camne Sya nak hapuskan. so buang je ler.

ni kat rumah baru, ada juga natang ni. tapi Sya tak kena. housemate yg dok kt bilik lain yg kena. So, Sya reguarly cek tilam dan bantal Sya, klu ada, Sya bunuh dia. picit je dia. Anak dia yg halus2 tu pun, picit gak. x mo kasi dia membesar, kang dia beranak pinak lak.

Housmate selalu jemur je tilam dorang.

kakyong said...

adeh.. tak penah berdepan dgn masalah ni.. tp sure akan ade jugak nanti ni....

F.A. said...

abang fa pernah kena dulu. tapi tuh masa dia dekat cairo. huhu so, tak tau la how dia solve kan benda neh. tapi, habis satu badan parut2. korang tak da kesan parut ke?

little cart00n said...

tak suka ada pepijat!
badan gatal kalau baring kat katil yg ada pepijat! grr

renjerkabloi said...

bucuk2 pon komen jela hehe.. dpt kt renjer nate tu mmg jdik umpan la hehe..