My blog has moved!

You should be automatically redirected in 6 seconds. If not, visit
http://www.ziefauzi.com
and update your bookmarks.

Wednesday, December 29, 2010

MALAM JUMAAT

Salam..

Nak tanya ni, apa korang buat pada malam Jumaat lepas??? Wahhh...soalan... boleh bikin panas ni.. Takpe2.. Sila jangan jawab yer.. Simpan jer apa pun jawapan anda tu dalam hati ekk.. Soalan suka suki jer tuh..

Ni nak cerita aktiviti kami tiga beranak pada malam Jumaat lepas.. Aktiviti kami adalah menghabiskan duit di Pesta Pulau Pinang.. Sebenarnya, tak banyak pun duit yang habis sebab tak shopping apa2 pun kat sana. Den cuma menyusahkan tauke2 karpet dan cermin dengan bertanyakan harga dan tawar menawar dengan tauke2 tersebut. Tapi tak beli pun.. Mesti marah giler tauke2 tu semua.. :)

Sebenarnya niat di hati memang nak beli tapi den tunggu hari2 terakhir Pesta Pulau Pinang tu. Sebab orang cakap, orang cakap ok, bukan den yang cakap, hari2 terakhir boleh dapat murah lagi. Dan tahun lepas pun kami pergi shopping saat terakhir, harga memang boleh dapat murah dengan syarat pandai tawar menawar.

Tunggu la malam Jumaat akan datang ni, mesti kami pi shopping barang untuk penuhkan rumah satu lagi. 

Bila dah tak shopping, malam Jumaat tu kami habiskan masa di bahagian permainan. Tapi tahun ni tak teringin pun nak main permainan2 yang gayat tu. Just main mainan untuk kanak-kanak jer sebab temankan Alya.. Alya kan tak pandai main sendiri2 lagi.. :)

Alya dalam dakapan ibu. Naik euro wheel. Alya tak gayat, tapi ibu dia yang ketaq lutut.. 

Mainan ni nama apa tah.. Berpusing2 dan kejap naik, kejap turun. 

Alya naik kuda ditemani abah..

Ok,sekian sahaja cerita malam Jumaat kami. Jangan marah noo...

10 orang telah komen di sini.. Terima Kasih:

Cikmin said...

hahahah...tajuk memang best ni...malam jumaat lepas takrak buat pe pun...hiks.. :P

ardinihumaira said...

bestnye g main sana :)

Ila said...

wah,mcm best jer....hehehe...mcm fun fair tp leh soping....hehehe

atiqa aris said...

besnye.kat danga bay pon x abess maen ag.heh

ZiE FAUZi said...

@Cikmin
haha..taktAU nak letak tajuk apa la cikmin.. kebetulan pergi pesta hari tuh malam jumaat, jadila tajuk malam jumaat.. hehe..

ZiE FAUZi said...

@ardinihumaira
kalau banyak duit lagi best.. mcm2 boleh shopping.. akak pergi malam tu tengok ajer.. beli tak pun..

ZiE FAUZi said...

@Ila
a'ah..boleh shopping.. macam2 ada..

ZiE FAUZi said...

@atiqa aris
dulu masa takder anak, teingin jugak nak main semua permainan tu walauoun gayat.. lani anak menjadi keutamaan.. hihi

adianiez AIDA said...

pesta penang ??? aida gi dulu tahun 1997 kot. masa tu kakak konvo kat usm :-)

Mommy kika said...

dah besar dah die :)