Salam,
Malam tadi lupa la nak tengok cerita baru kat TV3, dalam slot lestary tu. Lupa sangat-sangat. Buka tv jer dah nak habis dah drama Hani tu. Lepas tu gigih la cari sipnosis drama ni. Sebab nak tau permulaan ceritanya..
Tajuk asal drama ni adalah SECANKIR KASIH tetapi telah ditukar tajuknya kepada HANI sesuai dengan nama pada watak utamanya yang pada asalnya akan dilakonkan oleh Diana Danielle. Tetapi disebabkan Diana Danielle ada komitmen lain dan terlalu sibuk watak Ummu Hani digantikan oleh Siti Fathia Abdul Latif.
Tajuk asal drama ni adalah SECANKIR KASIH tetapi telah ditukar tajuknya kepada HANI sesuai dengan nama pada watak utamanya yang pada asalnya akan dilakonkan oleh Diana Danielle. Tetapi disebabkan Diana Danielle ada komitmen lain dan terlalu sibuk watak Ummu Hani digantikan oleh Siti Fathia Abdul Latif.
SIPNOSIS DRAMA HANI DALAM SLOT LESTARY TV3
Pelakon : Nur Fathia, Ryzal Jaafar, Siti Fathiyah, Rozita Che Wan, Esma Daniel, Nurul Elfira Loy, Zarynn Min, Airis Yasmin dan Ngasrizal Ngasri
Pelakon : Nur Fathia, Ryzal Jaafar, Siti Fathiyah, Rozita Che Wan, Esma Daniel, Nurul Elfira Loy, Zarynn Min, Airis Yasmin dan Ngasrizal Ngasri
Ummu Hani lakonan Nur Fathia merupakan seorang pelajar Tingkatan Lima yang riang dan cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.
Hani menyimpan cita-cita untuk menyambung pelajaran di luar negara dan mahu menjadi seorang pensyarah.
Irfan lakonan Ryzal Jaafar pula seorang pelajar baru yang berpindah ke sekolah Hani selepas ayahnya, Dr. Adib ditugaskan ke sebuah hospital di Kuala Lumpur.
Irfan menjadi seorang yang pendiam dan gemar menyepikan diri selepas kematian abangnya akibat leukimia.
Kawan baik Hani, Aliah lakonan Siti Fathiyah dan Jalilah cuba mendampingi Irfan tetapi hanya mendapat layanan dingin. Hani mendapat tahu Irfan gemar membaca maka dia mula membaca novel kegemarannya bagi menarik perhatiannya.
Sikap optimis Hani telah mempengaruhi Irfan, dia telah berubah menjadi seorang yang lebih aktif. Hubungan mereka juga menjadi rapat dan Hani mula menyimpan perasaan terhadap Irfan dalam diam.
Hani yang selalu mengalami sakit kepala dan pening telah disahkan mempunyai ketumbuhan dalam otaknya sebelum menghadapi peperiksaaan SPM. Lebih menyedihkan, dia akan menjadi buta selepas menjalani pembedahan otak bagi menyelamatkan nyawanya.
Hani tidak dapat menerima hakikat bahawa dia akan menjadi buta pada usia 17 tahun.Baginya, berita tersebut umpama hukuman mati untuk mengejar cita-cita dan cintanya.
Emosi Ummu Hani tertekan selepas menjadi orang buta. Mariam lakonan pelakon jelita Rozita Che Wan dan Mokhtar iaitu Esma Daniel sekeluarga sering memberi motivasi dan kata-kata semangat kepada Ummu Hani.
Dr. Adib tidak mahu Irfan mengabaikan pelajarannya hanya kerana terlalu ambil berat terhadap Ummu Hani. Dr Adib dan Shafinaz merancang Aliah mendekati Irfan.
Selepas keputusan SPM diumumkan, Irfan dan Aliah berjaya melanjutkan pelajarannya dalam bidang perubatan di luar negara. Akhirnya, Irfan dan Aliah telah berkahwin dan kedua-duanya berjaya menjadi doktor.
Selepas tujuh tahun, Ummu Hani masih menunggu kepulangan Irfan kerana dia dirahsiakan tentang hubungan Irfan dan Aliah selama ini. Ummu Hani telah mendaftarkan diri di Pusat Latihan Orang Buta dan sedang membantu merealisasikan projek Quran Braille.
Takdir telah menemukan Ummu Hani dengan cinta pertamanya, Irfan namun dapatkah Ummu Hani menerima hakikat bahawa kawan baiknya, Aliah telah menjadi suri hati Irfan?
Siti Fathia Abdul Latif sebagai Ummu Hani

12 orang telah komen di sini.. Terima Kasih:
nampak best gak citer ni kan.. nampaknya layan lg la 6.30 tiap2 petang.. hihi
hadoii..ni yg buat den tak buleh nak berganjak dari dopan tv nih...
dni lom tengok lagi :D
sipnosis macam best tapi selalu jarang tengok cite malam selasa ni.. akan luangkan masa juga
huih..sy mmg dh cintan cintun dgn siti fathia ni dari iklan sunsilk lagi. Dlm citer nur kasih pun same...he3.
AWESOME
uu cun je awek tu bertudung hee. nk tgk tp asyik kije jek uhu
@@e_da
mcm best jgk.. tp bukan tiap2 hari pukul 6.30ptg.. setiap selasa jer,pukul 9mlm
@apek poyo
takkan nak berganjak sikit pun x boleh...
@ardinihumaira
akak pun tgk 10 minit terakhir..
@nuraarin-life
ada aktiviti lain ke malam selasa?
@Akram
dlm cerita nur kasih dia pgg watak apa? x berapa nak ingt la
@Liquid
xper, leh khatam tgok kat tonton.com
Post a Comment