Bismillah,
Suatu malam, saya terjumpa Dayah buat posting ini. Tiba2 terlintas difikiran saya untuk buat double contest at the same time. Thanx Dayah atas ilham bernas ini. Okeh guys...sesiapa yang jawab soalan2 di bawah layak untuk menerima 60% diskaun atas bingkai2 yang diletakkan dalam blog Uwaiys Optometrist. 60% dari harga jualan kami di kedai. Insya ALLAH dalam sebulan dua ini, kami akan menambah lagi gambar2 kaca mata untuk memaksimakan pilihan.
Lebih menarik, seorang dari kalian yang menjawab tag ini akan menerima sunglass Posh. Nanti saya akan upload gambarnya. Caranya
- Buat satu entry dan dalam entry itu, jawab soalan2 yang Dayah reka. Saya hanya ubah sikit2 untuk menguji kefahaman anda.
- Tagkan ia kepada berapa orang pun...tak kisah. Cuma tolong nyatakan, SAYA DI TAG OLEH......... (saya akan usahakan sunglass percuma juga untuk perujuk teramai cuma belum difikirkan yang mana satu jenamanya)
- Jika anda telah buat entry dengan soalan2 itu, sila letakkan permalink anda di Uwaiys Optometrist sahaja. Tanpa permalink, anda akan terlepas tawaran hebat ini.
- Sila copy paste keseluruhan entry ini ke dalam entry penyertaan anda.
- Tarikh akhir tag ini untuk sesi pertama adalah 28 Feb 2010.
Soalan yang perlu dijawab adalah :
1. Sejak bila anda mula berkaca mata ?
~ den pakai spek mata sejak dari form 1
2. Bagaimana anda tahu yang anda memerlukan kacamata ketika itu?
~bila tengok televisyen,den kena duk betul2 depan skrin sampai mak den marah sebab leh rosakkan mata katanya.. tapi time tuh mmg mata den dah rabun. sebab tuh bila tengok tv kena duk dekat,kalo tak gambar kat tv tu den nampak samar2 ja.. nampak kembang semacam..huhuhu
3. Berapa ‘power’ pada permulaan anda berkaca mata (anggaran)?
~ermm...dalam 100++..tak ingat dah la
4. Jenis/bentuk kaca mata anda yang pertama?
~jenis bingkai penuh,dah tuh cermin spek mata time tuh nampak besar dgn bentuk bulat bujur
5. Jenis/bentuk kaca mata anda yang terkini?
~spek yg den pakai sekarang,bentuknya 4 segi tepat tanpa bingkai,cuma ada tangkai yg nk sangkut kat telinga ja... hehehe... mula2 buat dulu,kaler biru lani kaler dah berkurang..
6. Berapa power terkini anda (anggaran)?
~last check ari tuh dalam 400++... tapi tu dah lama dah,agaknya sekarang dah naik kot.. huhuhu...
7. Berapa banyak koleksi kaca mata yang anda ada dari dulu hingga kini (anggaran)?
~koleksi tak banyak,adalah dalam 4 bingkai..tu pun yg lama tak tau letak mana dah.
8. Jika anda ada sentiment tidak suka berkaca mata, sila nyatakan sebab musababnya.
~muka den bulat,bila bertudung then pakai spek nampak muka betambah bulat.. selain tuh,den tak berapa confident nak bersolek bila ber spek mata...
9. Yang mana anda lebih gemar. Kaca mata atau contact lens? Kenapa ?
~kalo bab ini,dua2 den suka.. den akan berspek mata @ bercontact lens mengikut keadaan semasa.. contohnya,kalo den nak keluar beriadah spt main badminton,den lebih suka pakai contact lens sebab memudahkan pergerakkan den. dan kalo duk umah ja,den akan berspek mata ja sebab contact lens ni den tak leh pakai lama2,nanti mata kering cmna tah.. kejab2 leh la
10. Optometrist pilihan anda?
~yg ni den tak memilih sgt,biasa den wat spek bila ada diskaun dan spek berkualiti..tak kisah la kedai mahal ke murah ke..
11. Pasangan anda berkaca mata ?
~sudah semestinya,tapi kes En.Fauzi ni pelik sikit...dia cuma rabun sebelah mata ja..sebelah lagi ok..
12. Apa pandangan anda pada kanak2 yang memakai kaca mata?
~cute dan special...tapi kalo dah kecik2 pakai spek mata tak elok jgk..sebab apa yg den tahu, tahap kerabunan seseorang itu akan bertambah dari masa ke semasa,jadi kalo kecik dah rabun bayangkan la bila diorang dah besar nanti?? agaknya banyak mana la tahap kerabunan diorg tuh...hmmmm
saya tahu mengenai tag ni melalui blog SitiSifir....kepada sesiapa yang memakai cermin mata,sila la jawab tag ni.. mana tau leh menang sunglass... hehehe..
