Selamat pagi semua... Entry ni ringkas sahaja. Masa tak mengizinkan untuk tulis panjang-panjang. Busy banyak.. huahua.. tak dapat nak duk depan lappy lama2.
Pengumuman ni ditujukan kepada sesiapa yang masih belum menyertai April Giveaway by Zie Fauzi. Hari ni last day yer.. Tepat pukul 12 tghmalam ni akan tamat giveaway ni. Bagi yang hantar penyertaan selepas pukul 12 tghmlm tidak akan diterima lagi.
Untuk semak senarai peserta giveaway sila klik sini. Btw, masih ada lagi lebih kurang 8 penyertaan yang belum sempat den semak setakat ini. Kalo anda baru menyertai giveaway ni beberapa hari lepas,jangan risau yer kalau nama tak der.. Petang nanti den keluarkan senarai penuh nama2 peserta..
Oklah,sapa yang belum join dan teringin nak join klik sini untuk maklumat lanjut yer.
Friday, April 30, 2010
Saturday, April 24, 2010
MAKNA TANGISAN BAYI
MENGAPA bayi anda selalu menangis? Ibu bapa perlu memahami bahawa bayi menangis kerana ia adalah satu-satunya cara untuk mereka berkomunikasi.
Bagi mereka yang baru menimang cahaya mata mungkin tangisan yang didengari seperti ia memerlukan sesuatu daripada anda.
Peredaran waktu dalam membesarkannya memudahkan anda memahami erti setiap tangisan bayi sehingga diri tidak lagi panik atau putus asa kerana tangisannya.
Bagi mereka yang baru menimang cahaya mata mungkin tangisan yang didengari seperti ia memerlukan sesuatu daripada anda.
Peredaran waktu dalam membesarkannya memudahkan anda memahami erti setiap tangisan bayi sehingga diri tidak lagi panik atau putus asa kerana tangisannya.
Apa yang dilakukan ibu setiap kali bayinya menangis? Kalau tidak menyusui usaha terakhir yang dilakukan ibu adalah mendukung bayinya. Namun, apa yang harus dilakukan jika ternyata kedua-dua cara tersebut tidak berkesan?
Memahami makna tangisan si kecil adalah kuncinya. Setiap ibu perlu tahu, bahawa tangisan adalah alat komunikasi pertama yang dikuasai oleh bayi. Melalui tangisan, bayi berusaha mengutarakan keinginan dan keperluannya kepada si ibu.
Hakikatnya, bayi sememangnya memerlukan belaian kasih sayang ibu bapa dan tangisan berkenaan menjadi penghubung kepada komunikasi berkenaan.
Berikut beberapa punca mengapa bayi menangis:
Lapar
Tangisan kerana lapar biasanya terus-menerus, iramanya teratur, lama-kelamaan bertambah keras. Periksa bila waktu terakhir anda memberi makanan atau susu kepada bayi anda. Jika bayi belum disusui selepas satu hingga dua jam atau dengan susu formula sekitar dua jam ia mungkin disebabkan bayi menangis kerana lapar.
Minta digantikan lampin
Bayi tidak selesa jika mereka dalam keadaan kotor atau basah. Tangisannya mirip seperti tangisan lapar. Jika bayi masih menangis walaupun sudah diberikan susu itu tandanya dia tidak selesa. Jika bayi tidak menangis walaupun lampinnya basah atau kotor, ibu bapa perlu melakukan pemeriksaan berkala bagi mengelakkan dia terdedah kepada penyakit.
Kesejukan
Bayi baru lahir lebih selesa dibungkus dengan kain sehingga menjadi hangat. Ini kerana mereka sudah biasa dihangatkan dan selesa sewaktu dalam rahim ibu. Tangisannya dapat didengar jika anda membuka bajunya untuk dimandikan atau menukar lampin kerana dia kehilangan kehangatan dan keselesaan. Tangisannya kedengaran seperti rintihan.
Bagaimanapun, selepas dipakaikan baju atau selimut bayi berhenti menangis. Jangan membungkus terlalu kuat atau memberikan baju berlebihan kerana bayi boleh kepanasan.
Minta didukung atau dipeluk
Bayi sangat suka melihat wajah ibu bapanya, mendengar suara, degupan jantung dan mencium bau tubuh ibu (terutama bau daripada air susu ibu). Mereka selesa dipeluk selepas menyusu, dimandikan atau digantikan lampin dan yakinlah bayi anda boleh tertidur dalam pelukan anda. Bayi menangis untuk menarik perhatian anda.
Keletihan
Ada bayi yang tidak biasa dengan suasana baru menangis kerana mereka berasa penat dan sukar tidur. Mereka mula menangis jika ada gangguan kecil. Kita boleh menilai bayi keletihan dengan melihat bayi mengusap mata atau telinganya. Anda dapat menghindarinya dengan sering memberikan waktu rutin untuk bayi berehat atau tidur.
Pendedahan berlebihan
Tidak semua bayi boleh berdepan persekitaran barunya. Jika bayi berada di tempat baru dan ramai orang ingin mendukungnya secara bergilir-gilir ia menyebabkan bayi tidak selesa.
Bayi menangis kerana berdepan ramai orang. Dalam situasi seperti ini tenangkan si kecil, dukung, bawa ke tempat sunyi dan bataskan orang yang ingin mendukungnya.
Bosan
Jangan fikir bayi hanya menangis kerana lapar dan basah lampinnya sahaja. Sesekali bayi juga boleh bosan dengan rutin harian dilaluinya. Cuba bawa bayi anda berjalan-jalan. Bayi suka melihat warna jadi apabila dia sudah boleh meniarap letakkan mainan atau buku dengan gambar menarik.
Tangisan kerana sakit
Tangisan bayi dalam kesakitan berbeza dengan tangisan kelaparan. Bayi menangis dengan keras, menahan nafas sebentar kerana tidak selesa dan sekali-sekala menangis dengan nada tinggi. Jika tidak tahu puncanya bawalah bertemu doktor untuk rawatan.
Secara keseluruhan tangisan bayi adalah proses komunikasi antara bayi dan ibu bapa terutama dalam menghantar mesej dialaminya.
kredit : Harian Metro
Meh kita tengok rupa tangisan seorang bayi... :)
ini tangisan sebab penat meniarap. baru belajar katakan..
ini pulak tangisan minta didukung.. tengok tuh,sampai meleleh air mata.. :)
yang ni pulak tangisan control cun... ada ker?? hentam saja la labu..
Labels:
cara bayi nangis,
info,
tips anak
KENAPA PULAK DENGAN NUFFNANG NI
Alahai... hari ni lambat den tido yer.. Mata takmau ngantuk.. So,macam biasa den terjah-menerjah la mana2 blog yang tuan tanahnya masih belum tido. Sekarang jam menunjukkan pukul 3.30 pagi, baru cadang nak tido. Tapi sebelum tu,harus lah check dulu jumlah unik visitor setakat ni..
Tapi tetiba den terkejut beruk ok bila den refresh blog den, iklan nuffnang dah hilang.. Jangan kata iklan, banner yang biasa tak kuar iklan tuh pun hilang. Dia main nyorok2..Alamakk, terus terang den cuak sebentar... Apakah iklan den di tarik semula?? Apa dah jadi ni??? huhuhu... Ke ada kena mengena dengan berita pasal line intenet akan jadi slow start hari ni sampai 2 Mei nanti?? Sapa2 boleh tolong jawab ker...
memula refresh, nuffnang hilang tanpa jejak..
untuk tumbesaran lebih sihat,klik gambar yer..
tempat yg den bulat tuh la tempat tinggal iklan nuffnang den selama ni
bila refresh balik,ada pulak banner nuffnang
tapi bila den main2 refresh
kejap ada, kejap takder
macam biskut lak..
bila nak sign in masuk
tunggu punya tunggu
ini jer yang keluar...
site nuffnang tak dapat masuk..
ke masalah internet den ni slow..
sapa2 ada masalah macam den ni tak???
Labels:
nuffnang
LOLLY TOT BABY ONLINE STORE
Promo..promo..promo... Sajer nak buat review sikit mengenai Lolly Tot Baby Online Store ni. Kebetulan memang sekarang ni den tengah kekeringan idea nak menulis,sekurang-kurangnya terupdated jugak la blog ni bila review pasal ni.
Apa yang dijual kat online shoppe ni yer? Uiks..dah namanya pun baby online store, sah-sah jual barang-barang baby kan. Yang menarik hati den kat blog ni ialah baju-baju baby yang tersangat la cute,comel dan seangkatan dengannya. Contohnya maca gambar kat bawah ni..
Cute kan? Rasa macam nak beli satu untuk Alya
Erkk..kena tunggu En.Fauzi dapat gaji baru boleh beli
Selain baju-baju baby girl yang cute ni, baju untuk baby pun ada jgk tau. Tapi den tempek baju baby girl jer kat sini.. Peminat pink.. Harus tempek baju baby kaler pink jugak. Selain tu, Lolly Tot Baby Online Store ini turut menjual pelbagai lagi barang-barang untuk baby. Contohnya cute accesories, DIY handicraft, toy serta kelengkapan untuk mengadakan jamuan.Kat bawah ni antara barang-barang lain yang dijual..
Untuk makluman, sekarang ni Lolly Tot Baby Online Store bermurah hati untuk memberikan free baby gift dengan kos penghantaran percuma. Maklumat lanjut boleh pergi ke http://www.lollytot.com/products-page/free-gifts-and-free-delivery

click banner for more information
Labels:
review online shoppe
Friday, April 23, 2010
TIPS MENJADI RAKAN ANAK
Salam semua.. sepatutnya hari ni den nak tulis cerita tentang Alya. Tapi gambar pulak tak boleh upload.. Kabel hp rosak. Kamera pulak dalam kereta..malas nak turun pi ambik.. Ni la jadinya kalau tinggal kat rumah yang tinggi ke awan.. hehehe..
Tips kat bawah ni saja2 nak kongsi kat sini. Boleh jadi rujukan den jgk. Tapi kalau ibu2 atau bapa2 kat luar sana ada sebarang tips tambahan boleh jgk share yer.
1. Selalu berinteraksi dengan anak-anak
Kredit : Majalah Pa&Ma
Rasanya tips2 kat atas ni sesuai untuk anak-anak yang boleh bercakap atau telah memasuki dunia persekolahan. Tapi tak salah rasanya kalau praktikkan dengan anak yang belum mahir berkata2. Den dengan Alya selalu berbual2, walaupun sepatah perkataan dari mulut Alya den tak faham. Huhu.. Tetap happy sebab Alya ketawa dan senyum bila dia tengok ibu dia duk melayan ja.
Tips kat bawah ni saja2 nak kongsi kat sini. Boleh jadi rujukan den jgk. Tapi kalau ibu2 atau bapa2 kat luar sana ada sebarang tips tambahan boleh jgk share yer.
1. Selalu berinteraksi dengan anak-anak
- Anak akan berasakan kita sentiasa dekat dengan mereka sekiranya kita selalu berbual-bual dengannya. Tatkala berbual,anggaplah anak itu sebagai kawan,dan berbual lah tentang topik yang diminati bersama.
- Jadilah pendengar yang setia. Dengar dengan penuh perhatian setiap butir bicara anak. Manalah tahu kalau-kalau ada perkara penting yang hendik diberitahu.
- Bersedialah untuk membantu jika anak berhadapan dengan masalah supaya anak lebih rapat dengan kita. Ketika membantunya,anggap lah diri kita ni sebagai sahabat bukan ibu bapanya.
- Sesibuk mana sekalipun, pastikan ada masa yang terluang untuk anak. Masa yang diluangkan sangat berharga kerana ketika inilah kita akan saling bertukar cerita.
- Cium dan peluk anak setiap hari. Jangan hanya di hari istimewa sahaja. Dengan cara ini, hubungan kita dengan anak akan menjadi lebih akrab.
- Jika kita tersilap, jangan segan untuk meminta maaf. Tidak kiralah sama ada kita ni ibu bapa atau anak, sekiranya melakukan kesalahan mengaku dan minta maaf. Anak tentu bangga mempunyai ibu bapa yang sentiasa jujur dan adil.
Kredit : Majalah Pa&Ma
Rasanya tips2 kat atas ni sesuai untuk anak-anak yang boleh bercakap atau telah memasuki dunia persekolahan. Tapi tak salah rasanya kalau praktikkan dengan anak yang belum mahir berkata2. Den dengan Alya selalu berbual2, walaupun sepatah perkataan dari mulut Alya den tak faham. Huhu.. Tetap happy sebab Alya ketawa dan senyum bila dia tengok ibu dia duk melayan ja.
sajer tempek gambar ni.. dah ini jer yg ada dalam lappy
huhu...
Labels:
tips
Thursday, April 22, 2010
AJAI DAPAT ANAK PEREMPUAN
Comel tak?? Geram tau tengok gambar-gambar baby yang baru lahir ni. Comel sangat... Suci jer muka diorang. Huhuhu... Gambar kat atas ni gambar anak perempuan Ajai (kompeser & penyanyi) dengan isteri barunya, Norliza Mohamad Ilias.
Baby ni namanya Danisha, dilahirkan secara normal dengan berat 2.9 kilogram pada pukul 5.10 petang di Pusat Perubatan Roopi, Jalan Ipoh di sini.
Erkkk..kenapa tetiba nak ada baby kecik mcm ni yer... rindu lak saat-saat Alya baru lahir dulu.. huhuhu... sabar..tunggu Alya besar sikit.. hehehe...
Nak tau cerita selanjutnya, pi la kat Kosmo Online yer (klik sini)
Labels:
artis
BABY HANA.. SEMOGA CEPAT SEMBUH YER...
Email yang den dapat beberapa hari lepas
Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat.
Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar.
Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu.
Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong.
Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.
2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang.
Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen.
Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen.
Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.
Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan.
Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian.
Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu..emailkanlah kepada saya rozex_3056@yahoo.com.my
Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya.
Solat Hajat
1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak’ataini lillaahi ta’aala.
2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x, dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.
3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan.
1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak’ataini lillaahi ta’aala.
2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x, dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.
3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan.
Ayat Kursi
Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum, la tak khu-dzuhuu sinataunw walaa naw-um, lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi, man dzal-la-dzii yasy-fa-‘u indahuu illaa bi-idz-nihii, ya’-lamu maa bayna aydiihim, wamaa khal-fahum walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm min’ilmihii illa bimaa syaa-a, wasi-‘a kursiy-yuhus samaawaati wal-ar-dha, walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa wahuwal ‘aliy-yul azhim.
Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum, la tak khu-dzuhuu sinataunw walaa naw-um, lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi, man dzal-la-dzii yasy-fa-‘u indahuu illaa bi-idz-nihii, ya’-lamu maa bayna aydiihim, wamaa khal-fahum walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm min’ilmihii illa bimaa syaa-a, wasi-‘a kursiy-yuhus samaawaati wal-ar-dha, walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa wahuwal ‘aliy-yul azhim.
Gambar ini diambil pada hari ke-2 kelahiran Hana. Waktu ini Hana di ICU nursery. Hana bernafas menggunakan mesin kerana ketika lahir, denyutan jantung sudah terhenti. Doktor melakukan CPR untuk mendapatkan semula nyawa Hana. Allah Maha Berkuasa. Alhamdulillah.
Ini gambar 2 minggu lepas ketika di wad knk2 tiba2 pernafasan Hana laju. Doktor memberi saya 2 pilihan. Pilihan pertama untuk mendakap Hana buat saat terakhir kerana Hana terlalu sukar bernafas. Pilihan kedua pula ialah masuk ke ICU dan memasukkan kembali tiub pernafasan. Doktor menerangkan jika tiub sukar di masukkan ke mulut, mereka akan masukkan melalui leher dengan menebuk leher Hana. Dengan kuasa Allah tiub berjaya dimasukkan melalui mulut.
Ini gambar ketika Hana dimasukkan ke ICU selepas tiub pernafasan dimasukkan melalui mulut. Hanya air mata saya yang menemani Hana ketika di ICU kerana saya tidak dibenarkan menjaga Hana ketika di ICU.
Ini gambar selepas kaki Hana disimen. Tiub di mulut Hana digunakan untuk menyusu. Belum lagi pandai menghisap, kaki pula patah. Alhamdulillah atas ujian yang diberikan. Saya redha.
Saya berharap dengan melihat gambar Hana, lahirlah sedikit simpati dari kalian. Cuma doa yang saya pohon dari kalian agar Hana boleh membesar seperti kanak-kanak yang sempurna. Jauhkanlah Hana dari kecacatan.
Mudah-mudahan Allah gantikan sel yang rosak di otak Hana dengan sel yang baru dan dipilih di kalangan sel yang terbaik untuk Hana. Inilah doa yang tiap kali saya baca setiap sujud yang terakhir, setiap kali lepas solat fardu dan solat hajat.
Mudah-mudahan Allah makbulkan segala doa dan Allah berkati segala usaha saya. Selebihnya saya bertawakal. Amin
Saya berharap dengan melihat gambar Hana, lahirlah sedikit simpati dari kalian. Cuma doa yang saya pohon dari kalian agar Hana boleh membesar seperti kanak-kanak yang sempurna. Jauhkanlah Hana dari kecacatan.
Mudah-mudahan Allah gantikan sel yang rosak di otak Hana dengan sel yang baru dan dipilih di kalangan sel yang terbaik untuk Hana. Inilah doa yang tiap kali saya baca setiap sujud yang terakhir, setiap kali lepas solat fardu dan solat hajat.
Mudah-mudahan Allah makbulkan segala doa dan Allah berkati segala usaha saya. Selebihnya saya bertawakal. Amin
Kasih seorang ibu terhadap seorang anak sanggup berbuat apa sahaja. Asalkan anak yang dikandung selama 9 bulan itu membesar dengan sihat dan ceria... Sesungguhnya,nasib insan kecil ini telah ditakdirkan untuk merasai kesakitan yang tak tertanggung untuk seorang ibu untuk melihatnya.
Namun, Allah swt itu maha adil, Dia tidak akan menguji hambanya tanpa ada hikmah disebaliknya. Ya Allah, Engkau ringankan lah beban yang ditanggung oleh adik Nurhannah ini. Aminnn...
Kengkawan yang sihat walafiat di luar sana, jika anda berkesempatan apa salahnya kita tunaikan permintaan ibu ini. Semoga anak yang masih kecil ini bertambah sihat.. Si ibu tidak meminta wang ringgit,hanya doa dari anda untuk kesihatan anaknya sahaja. Harap permintaan si ibu ini tidak membebankan.
Wednesday, April 21, 2010
SENARAI PESERTA APRIL GIVEAWAY BY ZIE FAUZI
1. ANIN---->zie fauzi
2. ZAI KULIM---->zie fauzi
3. SYUHADA---->zie fauzi
4. SYA ISYA---->zai kulim
5. @E_DA---->zie fauzi
6. NANA---->malaysia giveaway
7. MUMMYYEN----> zai kulim
8. MAMAZHARFAN---->zai kulim
9. DALILA MISMAN----> zie fauzi
10. PAPAMAMA ZAKWAN---->zai kulim
11. NAFIRAA---->zai kulim
12. AINKHURUN---->zie fauzi
13. ZHET---->referral???
14. NIDA---->zai kulim
15. INAHASAN---->zai kulim
16. OGY---->zai kulim
17. SEGALANYA KUTERIMA---->zai kulim
18. ROSILAH---->zai kulim
19. USHARAPA---->zai kulim
20. INASEPI---->zai kulim
21. IZANCUTE--->zai kulim
22. ALYA---->papamama zakwan
23. TEMP.HOUSEWIFE---->zie fauzi
24. ZURA---->izancute
25. CHUGIE---->zura
26. MISWIEXIEDAWIA---->zai kulim
27. MAMALYNA---->papamama zakwan
28. NURAARIN-LIFE---->zai kulim
29. SHIDASYAKIRIN--> mama zharfan
30. WAVEX-- > zai kulim
31. MARIO--> referral
32. AINHAMZAH--> geng blogger
33. MIRUL IKHWAN --> zie fauzi
34. ADDA ---->zai kulim
35. YANGBAIK---->adda
36. SYAKILA---->zai kulim
37. @RENIM---->zura
38. AYUSELALU->zai kulim
39. ALYNNZ--> papamamazakwan
40. YANANUAR--> papamamazakwan
41. NORELL-->zai kulim
42. CIK N-->zai kulim
43. IBU ARIFA-->zie fauzi
44. DA[Y]UN-->zai kulim
45. KAKNGAH--> zie fauzi
46. FAYE--> kakangah
47. AIYU ESA--> papamamazakwan
48. INTAN IZANI--> zie fauzi
49. SARAH--> zai kulim
50. JUNIZA--> zai kulim
51. NOOR AFZAN--> link url betul ke x???
52. IZAN ISHAK--> ibu arifa
53. PAK LONG--> zie fauzi
54. ANAK-ANAKKU--> zura follower id
55. ZATI--> lyafrina
56. CICAKGIRL--> Malaysia Giveaway
57. TUNOOR73--> wavex
58. CLASSY BABYDOLL-->zie fauzi
59. TAUFIDRIS--> zai kulim
60. ELYN--> zie fauzi
61. GINA MARNA --> zati
62. MISS EDURA HANUM--> @renim
63. MISS Q --> da[y]un
64. MISS FADHILAH --> dzailin
65. ALONG--> zai kulim
66. SOFIAH--> zai kulim
67. AMANDA ELTIQAZ---> intan izani
68. MY STORY---> zie fauzi
69. .RENEX.---> zie fauzi
70. PUTERI CAHAYA---> referral?
71. AIN---> zai kulim
72. HAPPYRUDY---> zai kulim
73. CTNURKHIJAH---> mama syafi
74. NIA--->zai kulim
75. AFRINA-BATRISY!A---> zai kulim
76. AIMY---> ain
77. IRA_KECIK---> zie fauzi
78. BUNGA---> mama zharfan
79. LEILY/UMMI ALYA HUSNA---> zie fauzi
80. SHIORI_LA---> zie fauzi
81. HONEYSOUR'S---> anin
82. AZATIESAYANG---> shiori
83. SITI SHUHADAH ZAINOL---> zie fauzi
84. MAR@ZIEY---> honeysour's
85. ZANA---> zai kulim
86. FATANAH FADHIL---> ct nurkhijah
87. IBU AYRA---> nana
88. CT RAHANI---> honeysour's
89. +RYNE_ON9+---> amanda eltiqaz
90. JIVEBUMZ---> honeysour's
91. MONICA---> malaysia giveaway
92. SHAZA---> zai kulim
93. SWEETFIZA---> ct rahani
Nama2 kat atas ni yang sempat den terjah.. Yang lain2 jgn risau,ada masa den terjah,kalo ikut syarat nama anda akan terpampang kat sini. Kalau komen anda takder kat bahagian komen bukan beerti komen anda tak sampai. ada,tapi den tak approved sebab belum terjah lagi.. Dah terjah,semua cukup syarat,den approved komen2 anda. Jangan risau ok. Ada sesetengah blog,den tinggalkan komen dan ada jugak takder komen.. Yang den tak komen tuh sebab line macam ciput. Maaf yer.. Tapi kalau nama anda tersenarai kira dah ok la.
Setakat hari ini, 21 April 2010,tepat jam 2.30 petang den dah abis terjah semua blog peserta yang dah tinggalkan komen sebelum ini. Jadi kalau nama anda takder dalam senarai... Sila tinggalkan komen di entry ini ok.. Lagi satu, kat senarai atas den ada tandakan tulisan warna merah. Tolong yer check pastu inform kat den apa yg den nak tuh..
Kepada sesiapa yang belum join tuh,sempat lagi ni.. Ada lebih kurang 10 hari lg tarikh tutup.. Maklumat lanjut klik sini.
2. ZAI KULIM---->zie fauzi
3. SYUHADA---->zie fauzi
4. SYA ISYA---->zai kulim
5. @E_DA---->zie fauzi
6. NANA---->malaysia giveaway
7. MUMMYYEN----> zai kulim
8. MAMAZHARFAN---->zai kulim
9. DALILA MISMAN----> zie fauzi
10. PAPAMAMA ZAKWAN---->zai kulim
11. NAFIRAA---->zai kulim
12. AINKHURUN---->zie fauzi
13. ZHET---->referral???
14. NIDA---->zai kulim
15. INAHASAN---->zai kulim
16. OGY---->zai kulim
17. SEGALANYA KUTERIMA---->zai kulim
18. ROSILAH---->zai kulim
19. USHARAPA---->zai kulim
20. INASEPI---->zai kulim
21. IZANCUTE--->zai kulim
22. ALYA---->papamama zakwan
23. TEMP.HOUSEWIFE---->zie fauzi
24. ZURA---->izancute
25. CHUGIE---->zura
26. MISWIEXIEDAWIA---->zai kulim
27. MAMALYNA---->papamama zakwan
28. NURAARIN-LIFE---->zai kulim
29. SHIDASYAKIRIN--> mama zharfan
30. WAVEX-- > zai kulim
31. MARIO--> referral
32. AINHAMZAH--> geng blogger
33. MIRUL IKHWAN --> zie fauzi
34. ADDA ---->zai kulim
35. YANGBAIK---->adda
36. SYAKILA---->zai kulim
37. @RENIM---->zura
38. AYUSELALU->zai kulim
39. ALYNNZ--> papamamazakwan
40. YANANUAR--> papamamazakwan
41. NORELL-->zai kulim
42. CIK N-->zai kulim
43. IBU ARIFA-->zie fauzi
44. DA[Y]UN-->zai kulim
45. KAKNGAH--> zie fauzi
46. FAYE--> kakangah
47. AIYU ESA--> papamamazakwan
48. INTAN IZANI--> zie fauzi
49. SARAH--> zai kulim
50. JUNIZA--> zai kulim
51. NOOR AFZAN--> link url betul ke x???
52. IZAN ISHAK--> ibu arifa
53. PAK LONG--> zie fauzi
54. ANAK-ANAKKU--> zura follower id
55. ZATI--> lyafrina
56. CICAKGIRL--> Malaysia Giveaway
57. TUNOOR73--> wavex
58. CLASSY BABYDOLL-->zie fauzi
59. TAUFIDRIS--> zai kulim
60. ELYN--> zie fauzi
61. GINA MARNA --> zati
62. MISS EDURA HANUM--> @renim
63. MISS Q --> da[y]un
64. MISS FADHILAH --> dzailin
65. ALONG--> zai kulim
66. SOFIAH--> zai kulim
67. AMANDA ELTIQAZ---> intan izani
68. MY STORY---> zie fauzi
69. .RENEX.---> zie fauzi
70. PUTERI CAHAYA---> referral?
71. AIN---> zai kulim
72. HAPPYRUDY---> zai kulim
73. CTNURKHIJAH---> mama syafi
74. NIA--->zai kulim
75. AFRINA-BATRISY!A---> zai kulim
76. AIMY---> ain
77. IRA_KECIK---> zie fauzi
78. BUNGA---> mama zharfan
79. LEILY/UMMI ALYA HUSNA---> zie fauzi
80. SHIORI_LA---> zie fauzi
81. HONEYSOUR'S---> anin
82. AZATIESAYANG---> shiori
83. SITI SHUHADAH ZAINOL---> zie fauzi
84. MAR@ZIEY---> honeysour's
85. ZANA---> zai kulim
86. FATANAH FADHIL---> ct nurkhijah
87. IBU AYRA---> nana
88. CT RAHANI---> honeysour's
89. +RYNE_ON9+---> amanda eltiqaz
90. JIVEBUMZ---> honeysour's
91. MONICA---> malaysia giveaway
92. SHAZA---> zai kulim
93. SWEETFIZA---> ct rahani
Nama2 kat atas ni yang sempat den terjah.. Yang lain2 jgn risau,ada masa den terjah,kalo ikut syarat nama anda akan terpampang kat sini. Kalau komen anda takder kat bahagian komen bukan beerti komen anda tak sampai. ada,tapi den tak approved sebab belum terjah lagi.. Dah terjah,semua cukup syarat,den approved komen2 anda. Jangan risau ok. Ada sesetengah blog,den tinggalkan komen dan ada jugak takder komen.. Yang den tak komen tuh sebab line macam ciput. Maaf yer.. Tapi kalau nama anda tersenarai kira dah ok la.
Setakat hari ini, 21 April 2010,tepat jam 2.30 petang den dah abis terjah semua blog peserta yang dah tinggalkan komen sebelum ini. Jadi kalau nama anda takder dalam senarai... Sila tinggalkan komen di entry ini ok.. Lagi satu, kat senarai atas den ada tandakan tulisan warna merah. Tolong yer check pastu inform kat den apa yg den nak tuh..
Kepada sesiapa yang belum join tuh,sempat lagi ni.. Ada lebih kurang 10 hari lg tarikh tutup.. Maklumat lanjut klik sini.
Labels:
giveaway kami
Tuesday, April 20, 2010
updated- JOM SERTAI "KEMPEN KAMI PRIHATIN"
"Apalah malang nasib bayi yang tidak berdosa ini. Tepi longkang ,dalam sungai, tandas dan juga tong sampah menjadi tempat pembuangan oleh insan yang berhati syaitan bergelar ibu dan bapa hasil dari perbuatan keji mereka .
Haiwan yang bergelar binatang sekalipun sayangkan anak dan tidak akan sanggup melakukan demikian. Tapi manusia yang berhati busuk ini sanggup melakukan begitu. Apakah tidak ada walau secebis kasih dan sayang dari hati mereka???"
Naluri keibuan yang ada dalam hati den ni tersentuh setiap kali ada berita mengenai pembuangan bayi yang tak berdosa. Dalam hati, menyumpah-nyumpah si pelaku yang takder perasaan,berhati syaitan yang sanggup membuang insan kecil yang baru mengenali dunia ciptaan Allah swt ni.
Apa lah dosa insan kecil yang tak tahu apa2 tuh.. Kebanyakkan kes buang bayi ini berakhir dengan kematian. Jika tidak sukakan anak yang telah dikandung selama 9 bulan itu sekali pun, jangan la jadikan tempat buang sampah, tepi longkang, tandas atau dimana2 saja yang boleh membawa keburukan kepada bayi tersebut sebagai tempat buangan..
Kasihanilah sikecil itu.. Dia tidak bersalah. Apakah tidak ada sedikit pun perasaan sayang mahupun simpati ketika bayi itu menangis seolah2 merayu jangan dibuang????? Den tak tahu nak ungkap apa lagi.. Kepada si pelaku tersebut, ada balasan menanti anda di akhirat nanti walaupun didunia anda terlepas...
Kempen Kami Prihatin telah dilancarkan dan merupakan hasil inisiatif akhbar Utusan Malaysia. Tujuan kempen ini diharapkan dapat melahirkan rasa keinsafan dalam kalangan masyarakat kita. Kempen ini jugak turut mendapat sokongan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta stesen televisyen Astro Awani dan Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN)
Apa lah dosa insan kecil yang tak tahu apa2 tuh.. Kebanyakkan kes buang bayi ini berakhir dengan kematian. Jika tidak sukakan anak yang telah dikandung selama 9 bulan itu sekali pun, jangan la jadikan tempat buang sampah, tepi longkang, tandas atau dimana2 saja yang boleh membawa keburukan kepada bayi tersebut sebagai tempat buangan..
Kasihanilah sikecil itu.. Dia tidak bersalah. Apakah tidak ada sedikit pun perasaan sayang mahupun simpati ketika bayi itu menangis seolah2 merayu jangan dibuang????? Den tak tahu nak ungkap apa lagi.. Kepada si pelaku tersebut, ada balasan menanti anda di akhirat nanti walaupun didunia anda terlepas...
Kempen Kami Prihatin telah dilancarkan dan merupakan hasil inisiatif akhbar Utusan Malaysia. Tujuan kempen ini diharapkan dapat melahirkan rasa keinsafan dalam kalangan masyarakat kita. Kempen ini jugak turut mendapat sokongan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta stesen televisyen Astro Awani dan Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN)
Kat bawah ni adalah lirik lagu HARAPAN TANPA SUARA ang menjadi lagu tema KEMPEN KAMI PRIHATIN nyanyian artis2 popular tanah air.
Di dalam kandungan ibuku tersayang
Amannya kurasakan
Degupan jantungmu, jantungku
Irama penuh syahdu
Kuingin rasai kehangatan pelukan
Belaian kasih sayang
Kujaga kau di hari tuamu
Andai panjang usiaku
Korus
Namun hanya harapan tanpa suara
Di dunia cuma seketika
Jasad kaku dibaluti kertas usang
Terbiar bagai sampah terbuang
Dimanakah ibu, dimanakah ayah
Bonekakah atau manusia
Anak tidak berdosa menjadi mangsa
Oleh hawa nafsu yang serakah
Lagu : S.Atan
Lirik : Habsah Hassan
updated:
Untuk join kempen Kami Prihatin ini, anda hanya perlu letakkan banner kat bawah ni di sidebar blog masing-masing. Dan untuk mengajak lebih ramai lagi join kempen ini adalah lebih baik jika anda buat entry khas mengenai kempen Kami Prihatin. Selepas entry siap tinggalkan komen anda di blog novandri (klik sini).
Sekiranya anda tiada blog, anda boleh join Facebook Kami Prihatin (klik disini) dan jangan lupa letakkan banner kat bawah ni di facebook anda.
Diharapkan ramai yang dapat memberi sokongan terhadap kempen ini, dan mencapai sasaran 600 bloggers dan facebookers. Untuk maklumat lanjut sila ke http://novandri.blogspot.com/2010/04/bloggers-facebookers-sekalian-jomkami.html
Labels:
buang bayi,
isu semasa,
jenayah,
kempen kami prihatin
ALAHAI SAKITNYA
Aduhh...sakit gusi. Siapa yang sakit gusi ni? Alya ke?? Tapi takder pulak Alya demam2 ker.. Yang ada cuma galak nak menggigit sekarang ni. Oh,tidak.. Alya belum ada tanda2 nak tumbuh gigi.. Dah belek2 dah mulut Alya. Confirm belum ada. Den pun nak jugak tengok pertumbuhan gigi Alya.
Yang menahan sakit gusi ni ibu Alya.. Iyer, memang den yang sakit gusi. Huhuhuhu....
Sejak beberapa minggu lepas, tak terasa sangat sakit gusi, hari ni baru terasa.. Camna boleh tetiba nak sakit gusi.. Bukan sebab gigi rosak ke apa ok... Ni sebab ada gigi baru tumbuh.. Erkkkk... umur dah tua ada lagi gigi baru tumbuh??? Tah la,den pun buka tau sangat... Tapi den memang yakin, ada gigi baru menonjolkan dirinya.. kat bahagian atas,hujung sekali belah kiri...
Pelik tak? Den ingatkan bila dah semakin meningkat usia, cuma tunggu gigi gugur jer.. Rupanya ada lagi gigi baru nak tumbuh.. Selama ni den duk tunggu Alya yang tumbuh gigi.. Tapi ibu dia plak yang tumbuh gigi baru...
Tapi memang sakit ooo... Tak selesa dibuatnya.. Gusi terasa bengkak pun ada.. Korang pernah alami tak ssituasi macam ni????
Monday, April 19, 2010
APA DAH JADI NI..
Adoiiii...... apa dah jadi dengan rupa den ni.. oppsss...bukan rupa den,tapi MYLOOK... hari ni dah masuk 3 hari kot, keadaan still sama dan tak berubah.. jadi macam kat bawah ni. Bila nak sign in tak boleh...
kenapa yer??? Adakah kerana program ni scam,atau atau orang buat serangan kat site MYLOOK ni.. ker den sorang jer yang mengalami masalah ni???? Ada sesiapa yang boleh tolong jawabkan ker?
Labels:
online bisnes
Aziz M. Osman, Puteri Lily bertunang
KUALA LUMPUR 18 April – Pengarah terkenal, Aziz M. Osman, 48, selamat ditunangkan dengan pasangannya, Puteri Sarbainun Lokman, 21, di Taman Legenda Mas, Cheras hari ini.
Anak kepada pelakon dan pengarah, Lokman Ghani itu menjadi pilihan Aziz selepas pengarah terkenal itu gagal mempertahankan tiga mahligai perkahwinannya sebelum ini.
Pada majlis tersebut, ibu Aziz iaitu seniwati Afida Es telah menyarungkan cincin pertunangan ke jari manis Puteri Sarbainun yang juga mesra dengan panggilan Puteri Lily pada kira-kira pukul 4.30 petang.
Enggan mendedahkan jumlah wang hantaran serta butiran pernikahan, pasangan tersebut memberitahu mereka bakal diijabkabulkan pada 6 Jun nanti........... ( klik sini untuk artikel penuh)
sumber : Utusan Malaysia Online
Labels:
artis,
hiburan,
isu semasa
Sunday, April 18, 2010
VIDEO KEMALANGAN NGERI ACHIK SPIN
Menurut saksi kejadian kemalangan ngeri yang melibatkan arwah Achik Spin ni, arwah sempat dikeluarkan sebelum berlaku kebakaran. Ketika dikeluarkan arwah dikatakan sudah tidak bernyawa. Manakala sahabat arwah cedera parah... Den sempat menjelajah di facebook malam ni,dan terjumpa satu video kemalangan ngeri tersebut. Kalau nak tengok klik sini ok.
Salam takziah untuk keluarga arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat.. Al-Fatihah....
::::::ketika zaman persekolahan dulu,den cukup minat dengan kumpulan Spin ni..tak sangka arwah pergi ketika usia masih muda, ketika seorang isteri yang masih perlukan perlindungan seorang suami,ketika dua orang anak masih perlukan kasih sayang seorang ayah..Benarlah,tak kira berapa pun usia kita,bila sudah tiba masanya, ia tetap pergi juga, cuma bagaimana,dimana dan bila saja kita tidak tahu.. Allah yg Maha Mengetahui... semoga isteri arwah tabah menghadapi ujian ni::::::::
den mula la nak risaukan En.Fauzi ni, bila tengok kemalangan macam ni.. risau.. hari2 pesan bawa kereta/motor elok bila pergi kerja... jangan bawa laju2.. ingat anak bini kat rumah... Ya..Allah, Kau jauhi la segala kecelakaan/keburukan dalam hidup kami... Aminn...
Labels:
isu semasa,
kemalangan
Saturday, April 17, 2010
ACHIK SPIN MENINGGAL DUNIA...AL-FATIHAH
Berita yang baru diterima dan hangat diperkatakan di Facebook,Twitter dan jugak Geng Blogger.. Achik Spin atau nama sebenar Abdillah Murad bin Md Shari meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) pukul 7 malam tadi. Ketika kejadian Achik dikatakan menumpang kereta (Toyoto Estima) sahabatnya yang terbabas dan melanggar signboard. Arwah dikatakan tersepit dalam kereta yang terbakar. Manakala sahabat arwah sempat menyelamatkan diri. Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah mengesahkan kejadian tersebut.
Al-Fatihah untuk arwah...
Al-Fatihah untuk arwah...
:::::nampaknya seorang lagi penggiat seni yang berbakat meninggal dunia::::::
updated: Buletin Utama TV3 dah mengesahkan kematian arwah.. Utusan Malaysia Online juga dah melaporkan berita ni. (Klik sini) Jadi sama2 la kita sedekahkan Al-Fatihah,...
Labels:
isu semasa,
kemalangan
ENTRY TAK TAU TAJUK
Salam...selamat pagi semua... Tak tahu nak tulis apa tapi gatal tangan nak tulis jugak... Sebab tu tajuk jadi macam kat atas... huhuhu...Pagi Sabtu yang dingin,sebab malam tadi hujan lebat.. Rasa macam nak tidur balik pun ada.. Tapi terpaksa lupakan... Satgi kalau tidur balik maunya tengahari baru bangun, tambah2 sejuk macam ni, lagi best kalau berselubung dalam selimut...
Alya??? Awal pulak dia bangun hari ni, tengah tengok cerita kartun sekarang ni. nasib tak meragam.. Elok jer dia.. Biasanya kalau bangun awal2 pagi, Alya meragam nak tidur balik pas abah dia pegi kerja..Hari ni tak pulak, ibu dia duk depan lappy pun buat tak reti jer..
Hari ni 17hb, rasanya ramai yang excited nak pergi Gatsby Street Fair kat Berjaya Times Square kan. Den ada terima jemputan awal dulu. Tapi duk pikir nak pergi ke tak.. Yela,pertama kali terima jemputan ke avent Nuffnang.. Mesti excited.. Tapi duk pikir jauh sangat nak ke sana.. Terpaksa la tolak.. huhuhu... Den pergi Berjaya Times Square kat Penang ni dah la... Satgi kalau tak hujan nak pujuk2 En.Fauzi pergi...Hehe..Sapa2 yang pergi Gatsby Street Fair tu,nanti cerita2 la kemeriahan fair tu yer...
Friday, April 16, 2010
SUKA BETUL DIA BILA
dapat berjalan... Huhhu... Alya suka bila dapat berjalan dengan abahnya.. Sekarang ni Alya dah belajar untuk cuba2 berdiri.. Mana2 tempat yang dia boleh pegang untuk berdiri dia akan cuba. Tapi kena pantau la.. Alya bukan boleh berdiri betul2 lagi..Masih dalam percubaan..
Gambar yang last mmg tak tahan, Alya buat macam muka berlagak.. Konon2 dah pandai berjalan la tuh.. Hehehe... Abah pun layan jer Alya..
Sebenarnya,Alya ni meniarap dah lama boleh dah, tapi merangkak dia masih belum pass. Angkat badan dah ok,tapi nak merangkak belum lagi. Macam takut2 jer dia nak merangkak. Nampak gaya Alya macam nak skip kebolehan merangkak tu.. Macam nak terus berdiri dan berjalan aja... huhuhu...
Duduk pun dah ok,cuma sekali sekala, dia macam malas nak duduk lama2. Bila lama sikit, mula la dia nak buat2 jatuhkan badan dia. Time ni kena sedia selalu la, nanti tak pasal2 kepala terhantuk kat lantai. Alya lebih suka meniarap.
Labels:
Alya
Thursday, April 15, 2010
ALANGKAH INDAHNYA KALAU
dapat makan makanan yang dah lama den tak makan.. Teringin yang amat sekarang ni. Yela,dah lama sangat tak makan.... Sejak Alya lahir,sampai lani nak masuk 9 bulan tak pernah sentuh sekali pun. Nak masak lagi la, dugaan... Masak tapi tak boleh makan baik jgn masak. Nanti kempunan lak... Den teringin nak makan....
LAKSA...LAKSA....LAKSA
Kalau dapat makan kuah yang pekat macam kat bawah ni lagi sedap.. Rasanya bagi 3 mangkuk pun boleh habis.
sedapkan....
Paling den teringin nak makan LAKSA JANGGUS BALIK PULAU... Kalau kat penang,tempat ni memang famous... Kalau hujung minggu,gerenti kedai ni penuh dgn org ramai.. Kereta berderet2 tepi jalan.. Dah lama sangat tak jenjalan pi sana...
Tapi tula,den masih lagi dalam tempoh berpantang makan laksa.. huhuhu... Kena tahan nafsu nak mkan laksa ni. Nak buat camna... Cakap orang tua kena ikut... huhuhu...
:::gambar hasil pencarian GOOGLE:::
:::gambar hasil pencarian GOOGLE:::
BAYI MATI TERCEKIK
TAMPIN: Seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan maut dipercayai akibat tercekik bebola ikan di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Jalan Cantik di sini, pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi, mangsa, Wan Nur Alif Wan Arif Fadhla terpaksa dikejarkan ke Hospital Tampin kira-kira 50 meter dari taska itu untuk mendapatkan rawatan. Bagaimanapun, dia disahkan meninggal dunia sejurus tiba.Sumber berkata, mangsa yang juga anak bongsu daripada dua beradik dihantar ke taska berkenaan oleh ibunya yang bertugas sebagai guru di sebuah sekolah di sini, kira-kira jam 7.30 pagi untuk dijaga pengasuh berikutan ibu dan bapanya bekerja.
“Bayi itu tiba-tiba tercekik bebola ikan sebesar ibu jari yang dibelah dua menyebabkan dia terjatuh sejurus selepas itu.
“Pengasuh yang menyedari kejadian itu membawa mangsa ke Hospital Tampin untuk mendapatkan rawatan, tetapi disahkan sudah meninggal dunia,” katanya di sini, semalam.
Difahamkan, pihak berkuasa mengenal pasti bagaimana bayi itu boleh tercekik bebola ikan yang menjadi antara menu makanan pagi di taska itu, semalam
Untuk artikel penuh boleh pergi ke myMetro (klik disini)
Macam-macam sekarang ni,bayi 9 bulan diberi makan bebola ikan sebesar ibu jari???? Kenapa tak dipotang jadi kecil atau blender aja.. Baby 9 bulan rasanya bukan boleh menguyah macam orang dewasa lagi. Gigi pun ada berapa batang jer. Tapi tu la ajal maut kat mana2 pun boleh jadi. Al-fatihah untuk arwah adik Wan Nur Alif Wan Arif Fadhla
:::::::Alya ni yang nak masuk 9 bulan, sebatang gigi pun tak nampak lg. Tapi gatal gusi nak mengigit selalu. Tanda nak tumbuh gigi kot..::::::::::::
Labels:
masyarakat
Wednesday, April 14, 2010
SESI MEMBACA
Dah lama rasanya tak cerita perkembangan Alya kan. Meh sini nak cerita. Sekarang ni Alya ada minat baru.Tapi bab cakar-mencakar masih lagi jadi kegemaran utama Alya. Pagi tadi den dapat satu lagi parut kat hidung. Adehh...hilang satu parut dapat parut yang baru.
Sekarang ni Alya minat nak membaca. Buku ABC dan 123 dah lama beli,tp bila tunjuk kt Alya dia macam tak minat jer. Baru-baru ni jer dia mula tunjuk minat... Best tengok dia belek2 buku tu. Bila den ajar sebut ABC,senyum2 sambil keluarkan bunyi yang den tak faham. Bila den sebut ABC ala2 macam menyanyi. Alya siap menari-nari lagi. Goyang kiri kanan. Laju pulak tu dia goyang-goyang. Macam robot pun ada.. Meh tengok gambar Alya duk ulang kaji..
Tapi minggu ni Alya tak dapat belek2 buku dia tu sebab buku dia tertinggal kat kampung sabtu lepas. Entah bila nak gi ambil balik tak tahu la..
Labels:
Alya
SALAH FAHAM
Salam..selamat pagi semua.. Wahh...hari ni bersemangat pulak nak tulis entry awal-awal pagi. Ehhh..awal ker?? Kira awal la tu.. Baru pukul 9.50 pagi.. Hehehe.. sementara cik muda Alya belum bangun,boleh la tulis sikit-sikit. Keje rumah pun dah dibereskan lepas En. Fauzi keluar pergi kerja tadi.
Ok,sebenarnya den nak tulis pasal salah faham ni dah lama. Sejak dari tahun lepas lagi, tapi asyik terlupa ajo.. Hari ni den explain sikit pasal salah faham ni. Bukan salah faham apa pun,cuma salah faham fasal jantina penulis kat blog den ni haaa...
Sejak den join contest Hidup Berani Untuk Gagal anjuran Denaihati tahun lepas,den mula kenal ramai blogger2 kt luar sana. Dan kebanyakkan adalah lelaki. Sejak dari situ la, bermula salah faham yg tak dijangka. Ramai yang anggap penulis entry kat Teratak Kasih Zie Fauzi ni adalah lelaki... iaitu En.Fauzi..
Agaknya,diorang ni konfius kot sebab gelaran yang den guna pakai adalah Zie Fauzi.. Ehhh...bukan ke nama Zie tu untuk perempuan,dah tu berada kat depan lagi. Kenapa still ada yang salah faham dan gunakan nama Fauzi??? Takpela,mungkin diorang ni keliru.. Sebab blog den ni takder profile kan. Macam bro Ben Ashaari cakap,den ni nak sorok identiti.. hehehe..
Bagi sesiapa yang dah lama kenal den, mesti tahu siapa kan. Ni bagi yang baru nak kenal..Macam2 diorang panggil.. Kadang2 kelakar pun ada.
Ok,kat sini den nak jelaskan, yang selalu tulis entry kat sini adalah Puan Zie, isteri kepada En.Fauzi. Den gunakan gelaran Zie Fauzi sebab den rasakan gabungan nama kami ni dah macam serasi. Dah tak boleh dipisahkan. Kalau dipisahkan jugak,macam tak sedap dengar pulak. So,melekat la nama tuh sampai sekarang.
Tetapi,En.Fauzi jugak kadang-kadang tolong updatedkan apa2 yg patut kt blog ni walaupun tak selalu. En.Fauzi lebih suka den yang menulis. Habis apa yang En.Fauzi buat??? Suami tersayang den tu hanya bagi sokongan untuk den menulis.. Asalkan den tak lupa rumahtangga. Sebab tahu minat den ni la,En.Fauzi sanggup belikan den pc baru..Bukan apa,bila En.Fauzi outstation laptop kesayangan ni akan dibawa sekali. Tinggal la den terkontang kanting kat rumah tak tahu buat apa sebab dah terbiasa online.. Hahaha...
Ok,jadi den harap lepas penjelasan ni,takder la lagi yang salah faham. Tapi kalau tengok template berbunga2 macam ni mesti dah tahu jantina blog ni. En.Fauzi kesayangan den ni tak main la bunga2 love2 semua tuh.. hehehe..
Tuesday, April 13, 2010
MEWAH DENGAN HANYA MENULIS BLOG
Siapa tak kenal dengan Redmummy kan. Tak kenal??? Klik sini. Pasni gerenti kenal. Hari ni dalam Harian Metro keluar artikel pasal Redmummy. Den baca online jer. Hari ni tak sempat nak gi kedai beli paper.
Memang dahsyat la Redmummy ni,dalam sebulan dia boleh dapat income RM10,000.. Kalau den la dapat banyak tuh,duk rumah ngadap pc atau laptop je la selalu.. Tapi bg den yg dah ada ni pun bersyukur sangat2.
Ni antara panduan atau tips yang Redmummy share. Meh tengok..
1. Individu mestilah mempunyai Internet serta komputer riba yang mudah dibawa ke mana-mana.
2. Mulakan membaca blog popular kemudian tinggalkan komen pada lima blog popular ini.
3. Kemudian untuk setiap blog yang sudah diberi komen, cari pula blog lain kemudian tinggalkan tiga komen di situ begitulah seterusnya sehingga iaa berkembang.
4. Buat template yang menceriakan dan bukan hanya mengambil template sedia ada.
5. Setiap hari pastikan anda membuat 10 catatan, setiap catatan disiarkan tiga atau empat jam. Ini bagi memastikan blog sentiasa menerima kunjungan.
6. Mendaftar dengan laman web Nuffnang untuk memastikan blog menerima iklan daripada Nuffnang.
7. Rajin serta tidak kenal erti putus asa.
Orangnya pun cantik kan. Tak macam mummy pun.. Tapi anak dah dua.
Untuk artikel penuh boleh pi baca myMetro (klik di sini)
APA ANDA RASA KALAU
anda pergi makan kat luar,dah sampai lama tapi order masih belum diambil.. Bila kita angkat tangan duk memanggil,pelayan tu boleh lagi menyembang buat tak reti.. Apa anda rasa? Masih boleh tersenyum sabar atau marah?
Bila datang ambil order,boleh pulak pelayan tu pergi meja sebelah ambil order pelanggan yang baru jejakkan bontot atas kerusi tak sampai 5 minit,pada hal anda dah tunggu lebih 15 minit.. Apa anda rasa?? Masih boleh tersenyum sabar atau marah?
Dan apa pulak anda rasa bila makanan yang anda order sampai lambat,perut anda pulak dah menyanyi keroncong mintak di isi. Setengah jam anda tunggu, tapi makanan anda tak kunjung2 tiba. Itu belum masuk masa tunggu order diambil tadi. Dah tu pulak anda tengok pelanggan yang datang kemudian dari anda, makanan diorang dah sampai, siap diorang makan dah nak abis.Part yang ini apa pulak anda rasa.. Masih lagi boleh tersenyum sabar ker?? Atau anda dah mula nak mengamuk???
Kalau den,awal2 lagi dah mengamuk,yela kita datang dulu kenapa order kita diambil kemudian. Dengan Alya dah mula tak senang duduk,sebab lama menunggu. Tapi En. Fauzi masih boleh bersabar. Sampai part makanan siap lambat terus tak leh tahan,rasa nak mengamuk jer. Time ni, En.Fauzi memang marah gila2 dah. Last,pi kaunter tanya dah siap ke belum,baru terhegeh-hegeh cakap dah nk siap la,apa la.. Memang dah takde mood nak makan. Pasni memang takkan pergi dah kedai tuh.
Kalau kedai tu ramai pelanggan,boleh dimaafkan lagi kalau makan kita lambat sampai, tapi kalau pelanggan yang ada beberapa kerat ajer kenapa mesti ambil masa yg lama. Nak masak tuh,jgn ikut yang mana senang masak,ikut la la yg mana di order dulu. Servis memang teruk...
::::::pssstttt...kami ni jenis yg jarang makan kat luar,kadang2 jer... tpi kalau makan kat luar menyakitkan hati baik masak sendiri..huhuhuhu:::::::::
Bila datang ambil order,boleh pulak pelayan tu pergi meja sebelah ambil order pelanggan yang baru jejakkan bontot atas kerusi tak sampai 5 minit,pada hal anda dah tunggu lebih 15 minit.. Apa anda rasa?? Masih boleh tersenyum sabar atau marah?
Dan apa pulak anda rasa bila makanan yang anda order sampai lambat,perut anda pulak dah menyanyi keroncong mintak di isi. Setengah jam anda tunggu, tapi makanan anda tak kunjung2 tiba. Itu belum masuk masa tunggu order diambil tadi. Dah tu pulak anda tengok pelanggan yang datang kemudian dari anda, makanan diorang dah sampai, siap diorang makan dah nak abis.Part yang ini apa pulak anda rasa.. Masih lagi boleh tersenyum sabar ker?? Atau anda dah mula nak mengamuk???
Kalau den,awal2 lagi dah mengamuk,yela kita datang dulu kenapa order kita diambil kemudian. Dengan Alya dah mula tak senang duduk,sebab lama menunggu. Tapi En. Fauzi masih boleh bersabar. Sampai part makanan siap lambat terus tak leh tahan,rasa nak mengamuk jer. Time ni, En.Fauzi memang marah gila2 dah. Last,pi kaunter tanya dah siap ke belum,baru terhegeh-hegeh cakap dah nk siap la,apa la.. Memang dah takde mood nak makan. Pasni memang takkan pergi dah kedai tuh.
Kalau kedai tu ramai pelanggan,boleh dimaafkan lagi kalau makan kita lambat sampai, tapi kalau pelanggan yang ada beberapa kerat ajer kenapa mesti ambil masa yg lama. Nak masak tuh,jgn ikut yang mana senang masak,ikut la la yg mana di order dulu. Servis memang teruk...
::::::pssstttt...kami ni jenis yg jarang makan kat luar,kadang2 jer... tpi kalau makan kat luar menyakitkan hati baik masak sendiri..huhuhuhu:::::::::
Sunday, April 11, 2010
SIAPA NAK ACER ASPIRE ONE? FREE JER
Cantikkan laptop kat atas ni? Siapa nak sila angkat tangan. Free je.. Saudara Denaihati nak bagi 2 buah Acer Aspire One ni tau....Ehh..ehh..mana boleh main angkat2 tangan jer..ada syarat kalau nak benda kat atas tuh... Mudah saja..semua boleh buat. Janji korang ada blog sendiri (forum, komuniti dan website tidak layak)
- Korang kena daftar dengan membuat satu entry khas, kemudian tinggalkan link entry korang tuh kat blog DENAIHATI. Paling penting jangan lupa masukkan ayat 'saya tahu contest "HIDUP UNTUK MEMBERI" dari blog............................................."
- Korang kena follow twitter Denaihati @ http://twitter.com/denaihati
- Pastu korang follow facebook Denaihati @ http://facebook.com/denaihati
Sebenarnya, saudara Denaihati ni pernah anjurkan contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL yang mendapat sambutan tahun lepas. Hadiah yang ditawarkan memang cukup lumayan. Tahun 2010 pulak,saudara Denaihati anjurkan lagi contest HIDUP UNTUK MEMBERI yang turut menawarkan hadiah yang lumayan iaitu 2 buah Acer Aspire One untuk dua pemenang.
Bagaimana pemenang dalam contest Hidup Untuk Memberi dipilih??? Ok,pemenang pertama akan dipilih sekiranya blog korang tuh menjadi TOP REFERRER TERTINGGI yang menghasilkan traffic ke blog DENAIHATI sepanjang 2010. Caranya,terpulang la kepada korang sendiri...
Pemenang kedua pulak akan diberikan kepada PENGOMEN TERBANYAK sepanjang 2010. Jadi kepada sesiapa yang suka cakap banyak atau membebel tuh,lebih baik korang komen2 kat blog Denaihati ni. Bukan setakat membebel kosong,kemungkinan setiap bebelan korang tuh boleh menang Acer Aspire One.
Selain itu, ada ganjaran kepada sesiapa yang rajin mempromosi contest ini sepanjang tahun di mana anda akan mendapat hadiah RM20 untuk setiap referral. Jadi,mari la ramai-ramai kita join contest ni. Klik sini untuk maklumat lanjut.
Tarikh tutup contest ni 31/12/2010 tepat pukul 11.59 pm.Manakala keputusan contest akan diumumkan 2 minggu selepas tarikh tutup. Penaja-penaja hadiah untuk contest ni adalah alansarproperties.com, www.xztly.com dan Anisha Online Mall.
JOM JOIN CONTEST NI CEPAT... KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT.
Lupa pulak nak tulis... saya tahu contest Hidup Untuk Memberi ni dari blog Denaihati sendiri.. Tahu atas jemputan saudara Denaihati.
Labels:
contest
GANGGUAN
Sejak akhir-akhir ni,den sungguh rajin untuk berblogwalking. Tapi bukan bererti den takder kerja lain ok,asyik nk blogwalking jer. Den on pc bila ada masa atau sesudah melakukan kerja. Sebagai seorang suri rumah pulak adalah satu kelebihan buat den sebab tak perlu nak control2 bila buka blog.. Sebab takder sapa nak marah..
Berbalik kepada tajuk di atas, mengisahkan gangguan seperti gambar-gambar kat bawah ni.
Berbalik kepada tajuk di atas, mengisahkan gangguan seperti gambar-gambar kat bawah ni.
gambar gangguan pertama
gambar gangguan kedua
gambar gangguan ketiga
Cara den blogwalking adalah dengan membuka banyak tab...banyak blog... Bila dah semua tengah loading,den akan tinggalkan sekejap,pastu buat apa2 yg patut dulu sementara semua habis loading. Bila datang balik jer,abis gangguan2 ni muncul tah dr mana. Jenuh pulak nak klik 'X' tuh..
Rasanya dah ramai yg buat cerita pasal benda ni,darimana gangguan ni datang,apa kesannya. So,den takmau la sebut2 lg.. Sebab dulu pun den pernah guna benda alah tuh. Tapi bila dah ramai yg menegur bila datang blog den jer macam2 pop up keluar pastu pc diorang 'hang'. terpaksa la hapuskan. Walaupun hati berkenan sangat dengan benda tuh. Untuk kebaikan jugak,kalau dah selalu benda tuh keluar nanti takder sapa pulak nak jejakkan tapak kaki kt sini..
Harap-harap sekarang ni bila korang buka blog den ni,takder benda2 tuh semua keluar. Kalau ada cepat2 la korang inform, nanti den perbetulkan...
Friday, April 09, 2010
KENAPA NAK BERADA DALAM BLOGLIST BEN ASHAARI??
Bro Ben Ashaari buka peluang kepada sesiapa yang berminat untuk sesiapa yang berminat untuk berada dalam bloglist beliau dengan syarat buat satu entry khas dengan menjawab soalan2 yang di tanya. Simple jer soalan beliau,jadi meh kita tengok apa soalannya..
Kenapa nak berada dalam bloglist aku?
Jadi sesiapa yang berminat nak berada dalam bloglist beliau,cepat ok.. Katanya peluang sampai tengah malam ni jer... Klik sini korang leh terus ke blog Ben Ashaari.
Kenapa nak berada dalam bloglist aku?
- Blog bro Ben ni ramai yang jenguk2,skodeng2.. oleh kerana beliau sentiasa updated blog setiap jam.. (banyak sungguh idea beliau). Jadi satu kelebihan sekiranya berada dalam bloglist beliau,sedikit sebanyak boleh terkena tempias "traffic". Lagi pun,siapa yang taknak berada dalam bloglist orang fofular macam bro Ben ni.. Saya nak..siapa yang taknak memang rugi.. Hehehe....
- Paling minima sekali sehari,tapi kalau idea berlambak-lambak boleh jadi 2 atau 3 kali sehari. Kalau dah banyak sangat, buat auto publish untuk hari berikutnya. Kot2 esoknya takder idea.. Leh jadi penyelamat keadaan.. :)
- Memula dulu sbb terpengaruh dengan kawan.. Kiranya,orang ada blog,dia pun nak ada blog. Bila dah lama-lama,dah jadi hobi di masa lapang. Dalam masa yang sama,niat nak tambah kenalan dari serata Malaysia mahupun dunia.
- Melalui blogwalking. Pi sana orang duk cakap pasal Ben Ashaari,mai sini orang duk cakap pasal Ben Ashaari jgk. Last, pi terjah blog baru tau.. Ooooo..ini la orangnya... hehehe...
Jadi sesiapa yang berminat nak berada dalam bloglist beliau,cepat ok.. Katanya peluang sampai tengah malam ni jer... Klik sini korang leh terus ke blog Ben Ashaari.
Labels:
info,
tips,
traffic blog
KETAGIHAN MELAMPAU
Den dalam dilema sekarang. Tak tahu macamana boleh terjebak dengan benda alah ni. Sedaya upaya cuba mengelak tapi den tak mampu. Benda tu seakan-akan memanggil den pergi kepadanya.. Seterusnya membuatkan den mengalami ketagihan yang melampau.
Bukan apa den cuma takut ketagihan den ni akan memberi kesan negatif atas kesihatan den. Tapi nak buat macamana, den memang dah gila sangat-sangat dengan bentu tu. Kalau tak dapat resah jadinya. Boleh terbawa-bawa ke dalam mimpi ok... Setiap hari benda tu wajib ada dalam rumah ni.
Adehhh..apa la yang den merepek ni. Bukan apa, sejak akhir-akhir ni den terlampau fanatik dengan biskut.. Nak tau ke biskut apa? Ni haa.. biskut kat bawah ni..
Bukan apa den cuma takut ketagihan den ni akan memberi kesan negatif atas kesihatan den. Tapi nak buat macamana, den memang dah gila sangat-sangat dengan bentu tu. Kalau tak dapat resah jadinya. Boleh terbawa-bawa ke dalam mimpi ok... Setiap hari benda tu wajib ada dalam rumah ni.
Adehhh..apa la yang den merepek ni. Bukan apa, sejak akhir-akhir ni den terlampau fanatik dengan biskut.. Nak tau ke biskut apa? Ni haa.. biskut kat bawah ni..
gambar hasil pencarian melalui pakcik google
Huhuhu... benda sekarang ni den ketagih sangat-sangat dengan 2 jenis biskut kat atas ni. Tak tahu kenapa. Tah apa ramuan diorang buh dalam biskut tuh. Setiap hari kalau pergi kedai,tak beli salah biskut ni memang tak sah. Wajib beli walaupun satu. Balik rumah terus ngappp... dalam masa 15 minit boleh jer habis..
Wahhh...ini dah mengalahkan budak-budak ok.. Mak budak ketagih biskut coklat.. Tapi kan,agak-agak korang boleh bagi kesan tak kalau hari-hari duk menjamu benda alah ni??? Hehehe....
Thursday, April 08, 2010
BANTUAN ANDA DIPERLUKAN....
Salam... dan selamat petang semua... Korang sihat ker? Alhamdulillah bagi yang yer.. Bagi yang tidak sihat jaga la kesihatan anda baik-baik.. Hargai kesihatan yang Allah s.w.t kurniakan..
Entry kali ni den nak berkongsi kisah seorang ibu tunggal kepada 3 orang cahaya mata. Kisah ni pun den terjumpa setelah blogwalking ke blog LYAfrina. Ibu tunggal yang den maksudkan adalah Puan Haryani Mat Hussien. Artikel kat bawah den copy paste dari blog LYafrina atas persetujuan beliau.
Entry kali ni den nak berkongsi kisah seorang ibu tunggal kepada 3 orang cahaya mata. Kisah ni pun den terjumpa setelah blogwalking ke blog LYAfrina. Ibu tunggal yang den maksudkan adalah Puan Haryani Mat Hussien. Artikel kat bawah den copy paste dari blog LYafrina atas persetujuan beliau.
gambar diambil dari blog alumni SMZ(1)
"Pn. Haryani Mat Hussien merupakan seorang ibu tunggal kepada 3 orang anak telah mengidapi penyakit saraf (Guillan barre syndrome A.I.D.P Axonal Variant) iaitu lumpuh separuh badan, enemia dan chronic gastritis (usus terlalu nipis) .
Beliau telah lumpuh separuh badan dan kemungkinan besar akan hilang deria penglihatan.
Kini Haryani disara oleh ibunya seorang guru yang terpaksa mengambil cuti selama 3 bulan untuk menjaganya. Sepatutnya puan Haryani akan menjalani pembedahan di HUSM pada 18hb Mac 2010 baru2 ni. Namun hasil perbicaraan saya dengan Haryani pagi tadi melalui YM..
Pembedahan itu akan di dianjakkan..
Program Bantuan Ikhlas Pembedahan Puan Haryani telah dilancarkan di Facebook.
Tetapi feedbacknya amat tidak memuaskan. Sehinggakan jumlah wang yang terkumpul untuk pembedahan esok (RM8++) masih tidak mencukupi."
p/s: sedikit pembetulan... sebenarnya ibu Haryani juga dalam keadaan uzur akibat penyakit kencing manis & bukan bcuti kerana nak menjaganya.. Semua kerja-kerja rumah haryani lakukan sendiri seperti memasak... Cuba anda bayangkan??? Macamana mungkin insan ini melakukannya??? Haryani hidup sebatang kara, tanpa seorang suami disisinya. Harap sama2 kita membantunya.. memberi kembali sinar dalam hidupnya!!
-artikel dari blog LYafrina-
Jadi bagi anda yang berkemampuan diluar sana,apa salahnya kita hulurkan tangan,ringankan lah sedikit beban yang ditanggung oleh Puan Haryani ini.. Bantuan ikhlas dari anda memang sangat dperlukan.
Diharap sesiapa yang berkemampuan tampil membantu :-
Nama: Haryani Mat Hussin.
No Account RHB Islamic Bank: 1-62139-0006744-7
Maybank: 164034266923
No. Telefon: 014 725 7787
Nama: Haryani Mat Hussin.
No Account RHB Islamic Bank: 1-62139-0006744-7
Maybank: 164034266923
No. Telefon: 014 725 7787
CAKAR HARIMAU VERSI ALYA
Tahu apa itu cakar harimau??? Alaa...teknik urutan yang pernah heboh satu ketika dulu. Yer..teknik urutan untuk melegakan dan memberi ketengan kepada suami... Nak tahu lebih lanjut tentang cakaran harimau ni,klik sini ok..
Entry ni, den bukan nak cerita pasal cakaran harimau yang tu, den nak cerita kegemaran baru Alya yang suka mencakar.. Huhuhu... Alya memang suka sangat main cakar-cakar sekarang ni.. Yang selalu jadi mangsa semestinya ibu Alya.. Den la tuh... Dengan abah tak berani pulak dia nak mencakar-cakar... Huhuhu..
Time baring-baring, Alya selalu panjat naik atas badan den, pastu Alya belek-belek muka den ni. Konon-kononya, Alya kagum la ada ibu muka yang sangat licin (tak licin pun...saja nak sedapkan cerita). Pas belek-belek,tetiba Alya jerit dengan mimik muka geram sambil dua tangan dia cakar muka den.
Aduhhh....Pedih dan terasa bisanya selepas dicakar dek Alya... menyakitkan dan memberi kesan parut yang hodoh.. huhuhu... kenapa den cakap macam tuh??? Memang membawa kesan ok... Kerap jugak la, den terkena cakaran harimau Alya ni.. kuku pendek tapi bisa hasil cakaran Alya memang sakit.
Tapi nak buat macamana,dah nama pun anak... boleh marah macam tu jer la.. Bukan dia faham pun.. Lagi dia gelak-gelak suka bila kita marah.. haihhh...Alya...Alya... nasib baik la kecik lagi dan tak tahu apa.. Sabar je la..
Entry ni, den bukan nak cerita pasal cakaran harimau yang tu, den nak cerita kegemaran baru Alya yang suka mencakar.. Huhuhu... Alya memang suka sangat main cakar-cakar sekarang ni.. Yang selalu jadi mangsa semestinya ibu Alya.. Den la tuh... Dengan abah tak berani pulak dia nak mencakar-cakar... Huhuhu..
Time baring-baring, Alya selalu panjat naik atas badan den, pastu Alya belek-belek muka den ni. Konon-kononya, Alya kagum la ada ibu muka yang sangat licin (tak licin pun...saja nak sedapkan cerita). Pas belek-belek,tetiba Alya jerit dengan mimik muka geram sambil dua tangan dia cakar muka den.
Aduhhh....Pedih dan terasa bisanya selepas dicakar dek Alya... menyakitkan dan memberi kesan parut yang hodoh.. huhuhu... kenapa den cakap macam tuh??? Memang membawa kesan ok... Kerap jugak la, den terkena cakaran harimau Alya ni.. kuku pendek tapi bisa hasil cakaran Alya memang sakit.
Tapi nak buat macamana,dah nama pun anak... boleh marah macam tu jer la.. Bukan dia faham pun.. Lagi dia gelak-gelak suka bila kita marah.. haihhh...Alya...Alya... nasib baik la kecik lagi dan tak tahu apa.. Sabar je la..
ini lah budak yang terlampau rajin buat urutan cakaran harimau kat muka den.. memang berkesan sehingga meninggalkan parut...huhuhu
Labels:
Alya
Subscribe to:
Posts (Atom)

































