My blog has moved!

You should be automatically redirected in 6 seconds. If not, visit
http://www.ziefauzi.com
and update your bookmarks.

Monday, May 31, 2010

ALYA MAKAN ANGIN DI PERLIS

3 hari cuti, 3 hari 4 malam jugak blog ni diketepikan... Kesian... Akibatnya,trafik jatuh merudum lg.. Nak buat camana, kat kampung tak dapat online langsung... Sibuk..tambah2 lagi line 3g tak ada.. So,terpaksa lupakan sementara blog kesayangan den ni.. huhuhu...

Oklah, ni nak cerita Alya yang makan angin kat Perlis.. Sehari suntuk kat sana... Pergi balik hari jer... Konvoi 3 buah kereta... Destinasi yang wajib singgah mestilah Padang Besar.. Tapi takder gambar kat sana sebab terlalu excited nak shopping,kamera tertinggal dalam kereta... Den ada belikan hadiah untuk giveaway yg tgh berlangsung sekarang ni... Tapi takder la mahal mana pun...
Destinasi seterusnya, kami pergi Gua Kelam... Berkelah kat sana, sebab dari rumah memang dah masak2 utk makan ramai2 kat sana.. Pas makan cadangnya nak mandi manda, tapi bila tengok air yang duk mengalir tu keruh jer, cancel terus nak mandi.. Mungkin ramai kot yg duk berendam dalam air, tu yang air keruh macam teh susu jer den tengok..

Akibat niat nak mandi manda terpaksa dicancelkan, aktiviti menjelajah gua diteruskan... Sebenarnya, den risau nak bawa Alya berjalan-jalan dalam gua tu.. Yela,Alya kan kecik lagi.. Bawa pulak masuk gua... Risau jgk... Tapi disebabkan En.Fauzi dah belikan tiket, masuk la jgk... Alya??? Seronok jer den tengok... Cuma bila nak keluar balik, akhirnya Alya tertidur.. Letih kot... Destinasi yg sapatutnya pergi tapi dicancelkan jugak pergi karnival Jom Heboh kat Kangar... Terpaksa dilupakan sebab masing-masing dah keletihan..
 alya dengan ibu yang semakin 'mengembang' dalam gua

alya dengan sepupu dia, adila n irfan 
::::::::: akibat terlalu seronok masuk gua, malamnya dalam pukul 1 pagi, Alya tiba2 mengamuk, meracau yg bukan2... macam kena kacau.. time tu den memang dah taktau nak buat apa, sebab Alya nangis tak henti, kuat lak tu sambil jerit2...nasib baik la ada tokwan dengan tok alya (myPIL). Diorang la baca ayat apa2 yg patut.. kurang la sikit amukan Alya malam tuh.. lepas dengarkan Alya surah Yassin baru Alya stop nangis dan tido sampai pagi.. Pagi tu elok jer dia bangun sambil sengih2 macam tak apa jadi... Huhhu... den pulak mengantuk sebab malam tu tak leh tido sebab risaukan Alya:::::: 



Wednesday, May 26, 2010

TEMPAT LEPAK BARU ALYA

Sebelum ni tempat lepak kesukaan Alya bawah meja makan kan.. Lani dah bertukar... Bawah meja jugak, tapi lagi sempit tempatnya.. Tempat lepak baru Alya kat bawah meja kopi. Muat2 badan dia jer.. Bila tak boleh keluar mula la nak nangis... Pening ibu dia duk melayan..

tengah khusyuk duk tengok tangan dia...


 bila nampak ibu dia duk pegang kamera,dan dan tu nak turun.. 
abah duk berjaga-jaga takut jatuh...


yang ni pulak baru buka baju nak mandikan dia.. 
pastu tinggal jap nak masukkan baju dia dalam bakul
bila datang balik jer, tengok Alya dah siap landing elok punya bawah meja tuh..


 yang ni nangis sebab tak boleh keluar..
mana nak boleh keluar
bahagian tepi tuh kan sempit, tak muat la badan Alya, nak oiii...
badan kamu tu bukan kecik, dah besar... :)
macam-macam sekarang ni..





HADIAH DAH POS


Kepada pemenang-pemenang April Giveaway by Zie Fauzi.... den dah hantar hadiah kalian by Pos Ekspress pagi tadi... Nanti den emailkan tracking number melalui email yer.. Nak buka email sekarang taktau kenapa tak boleh buka pulak..

Kalau hadiah dah sampai jangan lupa inform yer... Takut tak sampai jer..

Tuesday, May 25, 2010

FOTO YANG MAMPU MERUNTUN HATI

Gambar yang diperolehi melalui email... Apa perasaan anda bila tengok gambar ni?

Kesian?? Itu yang den rasa.. Kesian melihat kesusahan 2 beradik ini.. Si adik yang mengharapkan si abang.. Si abang memeluk erat si adik dengan penuh kasih sayang..

Botol susu pula hanya di isi dengan air kosong sahaja, tiada susu dan tiada makanan berkhasiat... Berteduh di mana sahaja asalkan dapat berteduh dari pancaran cahaya matahari.

Gambar ni mengajar kita menghargai anak-anak serta ajarilah mereka erti bersyukur atas nikmat kehidupan sempurna yang kita ada berbanding kanak-kanak di dalam gambar...

Monday, May 24, 2010

TOP 10 MEMBERS TERKINI

Salam dan selamat berhari Isnin semua... Pada yang bekerja tu jangan segan-segan nak memulakan rutin harian anda. Tau la keseronokan berhujung minggu masih terasa, tapi tanggungjawab sebagai pekerja kena la diutamakan juga.. Ye takkk... :)

Minggu lepas den tak berapa nak boleh online seperti biasa... Sibuk dengan urusan-urusan yang berkaitan.. erkkk...suri rumah sepenuh masa pun sibuk jugak yer.... Bukan duk rumah goyang kaki ajer.. :) Dapat online pun sekejap2 aja. Tak puas rasanya...

Walau apa pun,den nak ucapkan terima kasih kepada sesiapa yang join giveaway terbaru den... Baru minggu lepas dilancarkan sambutan boleh tahan jugak la.. Tak jangka boleh dapat sambutan macam tu sekali..

Den sendiri terkejut pagi ni bila tengok blog sendiri, senarai top 10 members dah berubah... Bukan sikit tapi banyak... Kaunter hit den pun dah meningkat secara mendadak...

top 10 members terkini setakat pukul 7.30 pagi tadi

Terima kasih yer pada yang join, yang belum join tuh tak terlambat lagi... Sebab tarikh tutup den belum putuskan lagi... Cuma yang pasti bulan Jun... Sama ada awal bulan,tengah bulan atau akhir bulan tunggu pengumuman seterusnya..

InsyaAllah, dalam masa terdekat ni den akan adakan giveaway ketiga sempena dengan peningkatan usia den... Yang keberapa??? Biarlah rahsia... Sebab ini jugak ada kena mengena dengan giveaway yg akan datang.. :)

Ohhh ya... hujung minggu ni jugak kalau jadi la, InsyaAllah den sefamily akan pergi ke Perlis atas urusan jalan-jalan makan angin... Den dah cadang-cadang nak cari hadiah untuk giveaway yang tengah berlangsung ni.. Dan mugkin akan ada pertambahan hadiah.. Berapa?? Adakah top 5? top 6? atapuun kesemua top 10 akan dapat hadiah?? Belum diputuskan lagi.. Tengok dulu sama ada jadi ke tidak ke Perlis tu yer...


Thursday, May 20, 2010

BERTAWAF DI MASA LAPANG




Inilah aktiviti bertawaf Alya di waktu lapang selain daripada berdiri dan memanjat.. Ehh...boleh ke panggil tawaf ek.. Bukan apa, selagi tak penat.. KAt bawah meja ni la dia duk ulang alik...

Ada satu hari tuh, den kecut perut jugak bila cari Alya tak jumpa.. Den duk panggil2 nama dia, mana la dia reti nak menyahut.. Budak tak pandai cakap lagi kan.. Alih-alih den dengar bunyi kerusi bergerak.. Fuhh...semangat..nasib baik jumpa anak den ni.. Kalau betul2 hilang tak dapat bayangkan..

Wednesday, May 19, 2010

GIVEAWAY KEMBALI LAGI

Selamat petang semua.. Sepatutnya entry ni awal bulan Mei lagi den publish tapi tah macamana boleh terbiar jer dalam draft.. Hari ni den publish jugak sebab den dah bagi tahu kan yang setiap bulan den akan buat giveaway...

Oklah, den tak tahu apa yang den nak buat ni boleh dikategorikan sebagai giveaway atau tidak.. Tapi hadiah tetap ada yer.. Macam ni, kalau sesiapa perasan kat sidebar blog ni... den tambah 1 lagi widget iaitu TOP 10 MEMBERS beberapa hari lepas...



Jadinya di sini, dengan berbesar hatinya den nak cari TOP 3 MEMBERS bermula dari hari ini (19 Mei 2010) sehingga ke tarikh yang akan diberitahu kelak dan semestinya akan berakhir pada bulan Jun nanti, cuma tarikh jer tak putuskan lagi bila.

Untuk giveaway kali ni tak perlu buat entry khas mengenai giveaway ni.. Apa yang perlu dibuat hanyalah sign in di bahagian follower.. Lepas tuh, ikut la bagaimana cara anda nak lakukan supaya nama anda tersenarai di bahagian TOP 10 MEMBERS.


See, senang jer kan... Tak perlu buat entry.. tak perlu nak add link blog.. Cuma, sesiapa yang nak join kena follow jer sebab nak kena sign in kan.. Setakat ni, den berhasrat nak bagi hadiah untuk TOP 3 MEMBERS jer.. Tapi mana tau kalau2 ada rezeki lebih hadiah akan bertambah... So,good luck...



::::::untuk pemenang2 giveaway den yang lepas... hadiah akan dihantar selewat-lewatnya minggu hadapan melalui pos ekspress@pos laju.. kalau hadiah dah hantar,den akan beritahu tracking number melalui email yer::::::::




IBU....NAK IKUT..!!!!!!!!!!!


Sila la layan gambar-gambar seksi Alya kat atas ni yer.. Time ni nak bagi Alya mandi, pas buka baju Alya keluar gi beranda jap.. Sebab dgr ada org jerit2. kat bawah.. Bila kalih pusing belakang jer, tengok2 Alya dah berdiri dengan slambernyer sambil tersengih2.. adeii..tinggal kejap jer, cepat betul dia ikut kat belakang..... kebetulan kamera ada atas sofa kat sebelah pintu ni,den capai terus amik gambar Alya yg memula tersengih,pastu merengek sebab nak keluar sama..

Oh ya...ibu Alya takder idea nak tulis entry lain.. Padahal banyak lagi hutang-hutang tag yang belum berbayar... Tapi nak buat camana otak tengah membeku setelah 2 hari busy dan blog tak berupdated.. Huhuhu.. Jenuh dah berdiri tgh panas..tetap beku takmau cair jgk.. hehe.. So,layan jela gambar kt atas ni yer..

Monday, May 17, 2010

TERIMA KASIH PADA YANG VOTE

Ingat lagi tak entry mintak tolong boleh... Terima kasih yer kepada sesiapa yang vote untuk Alya kat blog mummy Ayu..



Alhamdulillah... rezeki Alya menang tempat kedua untuk kategori baby with bear... Result keluar hari Jumaat tu lagi.. Keputusan di sini...

Tapi disebabkan En.Fauzi kan baru balik dari outstation, so masa banyak dihabiskan dengan aktiviti berjalan-jalan cari makan gemukkan badan..hehehe....

Blog terpaksa dianaktirikan buat seketika.. Makanya, traffic blog pun menurun secara mendadak pada hari Sabtu dan Ahad.. Terpaksa menerima dengan reda.. Hehehe..

Btw, sekali lagi.. Terima kasih yer kepada sesiapa yang undi Alya hari tuh..





DEMAM RINDU ATAU DEMAM NAK BOLEH

Dah 2 hari tak berupdated blog.. Melayan kerenah Alya yang tiba-tiba demam malam hari Khamis hari tu.. Ini demam yang ketiga sejak dia lahir.. Alhamdulillah.. tak la teruk sangat macam mula-mula demam masa dalam pantang dulu.. Sampai muntah-muntah..

Kali kedua demam masa lepas baru kena cucuk 2 bulan umur Alya. Teruk jgk la demam Alya time tu. Hmmm.... itupun jururawat pelatih salah beri arahan.. Ada ker dia suruh, bila Alya demam baru bagi makan ubat..

Bila time kena cucuk 5 bulan, jururawat senior pulak suruh terus bagi Alya makan ubat bila sampai rumah.. Tak payah tunggu dia demam.. Masa tu, terus den tanya nurse tuh.. "aik... hari tu, nurse bla..bla.. cakap,demam baru bagi mkn ubat"...

Pastu nurse tu pun bagitau la sebab apa tak payah tunggu demam segala bagai..baru bagi makan ubat.. Balik rumah jer terus den bagi Alya makan ubat.. Alhamdulillah.. takder demam pun.. Bagi mkn ubat pun sekali tu jer..

Lepas lama tak demam, malam Khamis lepas, sekali lagi Alya demam.. Badan panas, tidur meracau... Kejap tidur, kejap terjaga.. Alahai..penat jugak den berjaga sorang2.. En. Fauzi kan outstation,tak balik lagi.. Agaknya rindukan abah dia kot.. 2 minggu tak jumpa.. Sempat jumpa pun 2 hari jer.. Pastu kena outstation lagi..

Tapi petang hari Jumaat kelmarin, abah Alya dah selamat sampai rumah.. Melepas jgk rindu Alya.. Tapi demam tak jugak baik.. Badan still panas.. Mula la den pikir, agaknya Alya demam nak boleh kot... Mana la tau, kot2 nak boleh berlari ka, nak tumbuh gigi ka...

Pagi tadi pergi farmasi, belikan kool fever, benda yang tempak kat dahi tuh.. Yang bagi hilang panas badan tu.. Pastu bagi makan ubat demam.. Nasib baik la Alya ni jenis yang senang makan ubat.. Alhamdulillah... petang dah ok... dah boleh berlari-lari dalam walker..

ni muka budak demam.. tu yang monyok jer muka dia..

So,petang tadi tunggu apa lagi.. Anak dah sihat.. den pun ajak la En. Fauzi keluar berjalan-jalan.. Erkk..dah lama tau tak berjalan2 makan angin kami 3 beranak.. Tambah2 sejak En. Fauzi busy dengan outstation.. Petang tadi tak ke mana pun, cuma ambil angin tepi pantai kat Batu Feringghi jer..

On the way gi sana... Den tengok banyak yang dah berubah sepanjang jalan gi Batu Feringghi.. Banyak bangunan baru atas bukit dibina.. Rumah2 mewah... Cantik memang cantik, tapi gerun.. Tak dapat bayangkan kalau sesuatu terjadi.. ish..mintak dijauhkan la.. Tapi tula, dulu sepanjang jalan nak pergi sana hijau jer mata memandang.. Tapi sekarang nak tengok kena dongak atas baru nampak rumah2 yang cantik tuh.. Takder hijau2 dah..

sampai2 jer terus bagi Alya main air..
takder nak mandi2 sebab sampai pun dah pukul berapa

nak sewa bot jenjalan pun tak sempat..

khusyuk jer tengok air tuh..
ibu dia jer lari2 dari air sebab takmau basah..hehe


Friday, May 14, 2010

SLOT AKASIA ADAMAYA TERBAIK

Akhirnya berakhir sudah episod drama bersiri Adamaya.. Macamana endingnyer??? Puas hati ka? Den puas hati sangat.. Yela,hepi ending kan.. Takder la tergantung macam cerita Na O Mei tu..

Adamaya memang terbaik, sebab apa.. jalan cerita best.. tak macam kebanyakkan cerita-cerita melayu kat televisyen tuh.. Kebanyakkan cerita melayu ni berkisarkan tentang kehidupan orang-orang korporat.. Datuk2,datin2,tan sri2... Erkk..cerita macam tu den tak berapa suka..

Tapi Adamaya, jalan ceritanya memang ada terjadi dalam masyarakat kita.. Kisah isteri curang, bekas suami abaikan nafkah anak2, kisah cinta yang tak kesampaian, cuma watak Adam tu,ada ker kat dunia ni lelaki sebaik Adam??? Apa-apa pun cerita Adamaya ni lebih mengajar kita menghargai sesuatu yang berada depan mata.. Jangan abaikan kasih sayang yang telah diberi. hmmm...

Den tak mau review episod akhir Adamaya siang tadi,sebab sana sini duk bercerita tentang Adamaya.. Den cuma nak bagitahu, entry2 berkaitan dengan Adamaya dalam blog ni menjadi salah satu punca traffic mencurah-curah ke blog den.. Hari-hari ada je yang google cari maklumat tentang Adamaya ni..

Agak-agaknya, cerita ganti Adamaya nanti best tak?? Minggu depan start episod baru drama bersiri Shah Jihan menggantikan Adamaya.. Kita sama2 tengok best ke tidak..

Thursday, May 13, 2010

MINTA TOLONG BOLEH ??

Hari tu den ada hantar gambar Alya untuk contest baby with bear/ball anjuran MummyAyu.. Hari ni result top 10 keluar.. Tak sangka Alya tersenarai.. Mummy Ayu nak cari top 5 pulak lepas ni..

Den nak mintak jasa baik anda, kalau anda rasa gambar Alya ni layak, sila la vote untuk Alya yer.. Tiada paksaan untuk mengundi.. Undi jika rasa betul2 layak ok.. Sebab yang masuk top 10 tu semua comel2..

Undi hanya di buka sehingga jam 2.00 petang, 14 Mei 2010... Gambar kat bawah ni la yang terpilih..

gambar atas ni la... cekci sikit.. huhu


Untuk mengundi boleh klik link kat bawah ni..
http://mummyayu.blogspot.com/2010/05/top-10.html
tapi kalau jgn lupa yer,Alya dalam kategori bear... Alya untuk kategori ball pun ada jgk tapi tu Alya lain...

Den ucapkan terima kasih banyak kepada sesiapa yang sudi mengundi yer..

Wednesday, May 12, 2010

SLOT AKASIA: ADAMAYA EPISOD 22

Hari ni dah 22 episod siri drama Adamaya.. Esok Khamis, bemakna esok jugak last episod untuk drama Adamya ni..

Dalam episod 22 ni, ada satu part yang buat den tersentuh.. Time Adam baru balik dari Jakarta, pastu bersiap-siap nak keluar pergi hutan Endau pulak.. Alaaa.. part yang dalam bilik tu.. Sedih ooo... Meleleh jgk la air mata ni.. Sikit ja, tak banyak tau.. Rasanya time tu Maya baru betul-betul sedar kot yang dia sayangkan Adam.. Huhuhu...

maya tengah nangis.. huduh ker still cun lg.. hihi

Satu lagi part yang den suka dan rasa nak jerit-jerit suka bila si Dani tu kantoi dengan Maya sebab marahkan Amani.. Baru Maya tau siapa Dani sebenarnya kan.. hikhik..

Dalam episod 22 ni jugak, kawan baik Dani, Mika dah bernikah dengan ex-wife Dani.. Tapi tak tunjuk la pulak bila masa diorang nikah.. Tapi i like.. Padan muka si Dani tu.. Dua2 melepas.. hehehe.. Oklah, tak sabar nak tunggu esok.. Nak tengok apa jadi untuk episod akhir Adamaya..

PANDAI NAIK TAK PANDAI TURUN

Alkisah si Alya yang semakin aktif dengan aktiviti memanjat.. Semua benda yang nampak tinggi geranti nak panjat.. Kalau lepas tak per, kalau jatuh gedebuk.. nangis la jawabnya.. Den pulak kena la pantau selalu.. Anak nak belajar kan, takkan nak halang pulak..

Semalam, tah camna Alya teringin nak berdiri dengan pegang dinding dalam bilik.. Memula tuh semangat jer den tengok Alya cuba nak berdiri.. Sekali bila dah melutut, dia nangis pulak.. Den ingatkan dia sakit lutut ke apa.. Rupanya dia takut nak turun balik..

Adehh..anak ibu ni, pandai naik tak pandai turun ye.. Tula, terer sgt nak pegang dinding tu..

muka minta simpati ibu tolong turunkan

dah mula nangis sebab ibu buat tak tahu

muka nangis control cun.. haha.. dlm duk nangis tuh boleh lagi control cun sebab nampak ibu pegang kamera hp sambil suh senyum..

PEMENANG REFERRAL TERTINGGI

Salam..selamat pagi semua.. Maaf, sebab lambat publish entry ini.. Sepatutnya kelmarin den publish, tapi atas sebab2 tertentu tak dapat la nak publish..

Rasanya mungkin ramai yg dah agak siapa yang menang untuk kategori referal tertinggi dalam April Giveaway by Zie Fauzi kan.. Walaupun dah agak, den tetap kira ok.. Takmau nanti ada kesilapan..

Oklah, pemenang untuk kategori ni adalah Zai Kulim. Jumlah yang menjadikan Zai kulim sebagai referrer dalam giveaway den ni adalah 34 penyertaan.. Kalah jumlah penganjur sendiri.. hihihi...
Tahniah Kak Zai atas usaha gigih untuk ajak ramai lagi yang join giveaway ni.. Nanti emailkan detail yer kat nazfa_fafa@yahoo.com

Berikut adalah senarai nama pemenang2

1. Kak Ngah
2. Mario
3. Yang Baik
4. Alya
5. Zai kulim (referal tertinggi)


Sekali lagi,den nak ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada anda sebab beri sokongan dalam giveaway den ni. Den hargai sangat2.. Terima kasih yer..




:::::kepada pemenang2 di atas... bagi den masa yer untuk hantar hadiah... mungkin lambat sikit jer..jgn marah tau::::::

Monday, May 10, 2010

ALYA DAH BOLEH BERLARI???

Hari genap usia Alya 9 bulan 13 hari. Kepakaran Alya sekarang dah mula pandai berdiri, memanjat dan cuba-cuba lepaskan tangan untuk berdiri sendiri. Dan part paling best bila Alya dah mula berlari-lari anak.. Yer ker?? Iyer,seronok den tengok dia berlari-lari tu. Hehehe.. Alya pun macam excited bila dapat berlari...

Alya berlari,bukan bertatih slow-slow.. Tapi taklah terer sgt. Agaknya dia cuak kot sebab tak der benda nak pegang time berdiri tu.. Tambah-tambah, masa kat rumah maktok ramai yang duk melayan dia bertatih.. Kiri kanan depan belakang duk suruh dia bertatih.. Lagi sakan la..

Meh tengok video Alya berlari-lari kat bawah ni.. Jika anda dengar suara-suara sumbang dan pelik, sila abaikan suara tersebut.. Suara terlampau excited tengok anak berlari.. Hehehe..


video



Oh..yer..sebelum terlupa.. den nak ucapkan terima kasih kat Azatie sebab bagi bunga kat bawah ni sempena hari ibu semalam.. Cantik... Den suka.. (signal utk En.Fauzi).Terima kasih yer...





Sunday, May 09, 2010

PENGUMUMAN PEMENANG GIVEAWAY

Selamat malam semua... Kaum-kaum ibu semua, mesti hari ni menjadi hari yang paling bahagia buat anda kerana dihargai ahli keluarga. Rasanya belum terlambat nak ucapkan 'Selamat Hari Ibu' kepada wanita-wanita diluar sana yang bergelar ibu.. Terutama sekali buat mak dan mak mentua den.. Buat mak, Ramlah Hj Ahmad terima kasih kerana melahirkan,membesarkan dan mendidik cheq tanpa kenal erti jemu selama ni. Terima kasih jugak sebab menjaga cheq ketika cheq dalam pantang sehingga habis pantang.. Terima kasih yang tak terhingga buat mak.Buat mak mentua, Hjh Rabasah Idris.. Terima kasih jugak sebab menerima Zie sebagai menantu mak dengan seadanya.. Terima kasih banyak..

Oklah... Mesti ramai yang tetunggu-tunggu entry kali ni kan... Sorry lambat ye.. Entry sebelum ni,den ada nyatakan kejutan yang den nak umum malam ni.. Apa bendanya ye??? Takder apa pun, cuma den tambahkan lagi 2 hadiah untuk bakal pemenang sebagai menghargai penyertaan yang diluar jangkaan den ni. Tak sangka ramai yang join.. Jadi pemenang untuk giveaway ni ada 5 orang termasuk pemenang untuk kategori referral tertinggi..

Takmau cakap banyak, meh tengok video kat bawah ni.. Dan kalau anda rasa nama anda terpilih sila la emailkan nama penuh,alamat dan no hp ke nazfa_fafa@yahoo.com. Sajer taknak tulis nama pemenang, nanti takder sapa lak nak tengok vidoe kat bawah ni.. Heehe.. jgn marah yer..

video

video ni dirakam di rumah mak den a.k.a maktok Alya malam tadi. Jadi,sila abaikan bunyi suara-suara sumbang kat belakang tu yer.. Rumah penuh dengan adik beradik termasuk la maksu Alya yang tengah busybody tuh.. :) Time cabut nama ni, Alya tersangat la badmood sebab tu dia campak habis semua nama-nama dalam mangkuk tu.. Tapi jangan risau,semua kertas nama dah dimasukkan semula ke dalam mangkuk dengan sempurna. Walaupun Alya badmood,cabutan dapat dilaksanakan dengan jayanya.. Terima kasih bucuk ibu.. hehe..

Untuk pemenang referral tertinggi den umumkan esok yer.. Dah pening dah ni.. bila habis kira, den jumlah kan semua tak sama plak.. huhu.. InsyaAllah,esok pagi den umumkan siapa yang menjadi referer tertinggi...

Untuk pemenang2,sila beri den masa untuk hantar hadiah kalian yer.. Kita tunggu En.Fauzi balik dari outstation kat Langkawi.. Katanya kalau ada budget lebih, mungkin ada cenderahati tambahan dari Langkawi.. Mintak bersabar ok..Huhuhu..

Btw, untuk yang tidak menang.. Jangan sedih2.. Ada lagi giveaway untuk bulan Mei, Jun dan seterusnya jika ada rezeki lebih.. Tunggu pengumuman dari den.. Yang pasti bulan Mei akan ada dua giveaway kot.. Anda boleh cuba lagi untuk giveaway yang akan datang ni.. Jangan sedih yer.. Sebelum tu,den nak ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada sesiapa yang join giveaway den yg pertama untuk tahun 2010 ni.. Terima kasih sangat2..





:::kepada pemenang jgn risau kalau anda tak dapat tengok video ni, sebab den dahhantar notis kemenangan melalui email sebentar tadi.. jadi cepat2 la tengok inbox email yer..::::


GEGARAN GEMPA BUMI BUAT KAMI ANAK BERANAK PANIK

Lebih kurang pukul 2.00 petang tadi, den panik sekejap dengan jeritan jiran suruh turun... Huhuhu... Memula den ingatkan ada budak bergaduh ke apa.. Sebab time tu den baru jer letakkan kepala sebab nak tidur lepas tidurkan Alya..

Tapi bila den dengar makin kecoh kat luar rumah, apa lagi den pun bangun la nak tengok apa jadi.. Masa tu mula la rasa kepala pening-pening macam nak jatuh. Time tuh den dah agak ada gegaran gempa bumi. Macam kuat sebab den yang duk tingkat 4 pun boleh rasa, biasanya gegaran2 sebelum ni tak terasa pun. Tapi kali ni terasa terhoyong-hayang..

Tunggu apa lagi, panik la den cari tudung, purse sebab dalam tu ada ic dengan mykid Alya,pastu terus angkat Alya buka pintu terus turun ke bawah.. Ini pengalaman kedua sepanjang hidup den, dan pertama kali lepas kahwin.. huhuhu.. panik jugak sebab tinggal kami dua beranak jer kat rumah.. Encik Fauzi outstation lagi minggu ni..

Tengok berita terkini kat tv3 tadi, memang ada gempa bumi kat Meulaboh (betul ke ejaan ni).. Indonesia ... Kuat jgk.. 7 poin berapa tah.. tak berapa nak dengar lak tadi.. Gegaran boleh rasa di utara Semenanjung Malaysia. Paling dekat kat Bayan Lepas ni haa...



::::result giveaway malam ni yer den umum. sajer nak kasi suspen.. btw,ada kejutan yang tak berapa nak kejut,nanti malam den bagitau yer..::::


Friday, May 07, 2010

ELMO ALYA DAH SAMPAI

Ingat lagi tak entry pasal review Lolly Tot BABY Online Store tu.. Tak ingat klik sini yer.. Tauke kedai tuh dah tunaikan janji. Hadiah untuk review tu dah sampai tengahari tadi.. Elmo colour merah berhidung kuning.. Memula den pilih bean caterpillar untuk Alya, tapi dah habis stok.. Tinggal Elmo dengan apa tah satu lagi tu.. Tak ingat lak..

memula den bagi kat Alya elmo ni, Alya buat muka takut-takut macam nak nangis.. Yela, mesti dia pikir apa benda la mata besaq sgt ni.. Tapi lama2, bijik mata elmo tu la yang dia bawa masuk mulut.. Ke hulu ke hilar duk pegang benda tu.. Masuk dalam mulut sampai basah si elmo tu..

FACEBOOK TEMPAT LUAH KEBENCIAN KE???

Line internet slow.. Tapi tetap mahu menulis.. Konon-konon blogger tegar tu.. Takder makna tegar-tegar... Cuma malam ni bosan...Takleh tidur, teman sebantal belum balik outstation lagi.. Huhuhu...

Betul ker mukabuku atau facebook ni tempat meluahkan kebencian.. Takder ar, banyak sangat den tengok group-group yang muncul... group kami benci si A la, si B la... Dan macam biasa,den bukak FB den jap tadi dan jalan2 terjumpa la group yang terbaru ni dan rasanya baru sgt ditubuhkan. Group Kami benci~Dani@Adamaya~Sepenuh Jiwa!!!!!!! dan group aku benci Dani dan Maya (adamaya)

Group yang pertama ni siap ada perkataan sepenuh jiwa tu.. Sapa la yang buat group ni, memang benci betul dia kat Dani ni yer... Setakat den jenguk-jenguk tadi dah ada 3041 yang suka tau.. 

 Group yang ni pun sama jugak,tapi yang ini ada nama Maya sekali.. Yang ini pun rasanya baru lagi, sebab baru 12 org yang suka.. 

Macam-macam la sekarang ni, kalau tak suka jer..boleh create fan page kat FB yer.. Tapi group-group kat atas ni dicipta sebab kebencian terhadap watak Dani dan Maya dalam Adamaya yer.. Tak lebih dari tu.. Hahaha... Sekurang-kurangnya Faizal dengan Lisa ni berjaya bawa watak diorang sampai ada yang benci2 ni.. Syabas...


::::esok jumaat,adamaya non ado.. kena tunggu hari isnin pulak :) :::

Thursday, May 06, 2010

GERAM... MACAM NAK MAKAN ORANG


I hate u,celcom berukband... Geram tahap maksima dah ni.. Rasa macam mau makan orang jer dah ni.. huhuhu..

Apa la slow nak mampus celcom berukband ni haa.. Nak kata dah sampai limit, bila check ada lagi 4gb..Uiksss... banyak lagi tuh.. Tapi awat slow sangat.. Dari semalam lagi ni... Line slow nak mampus.. Rasa macam nak gigit-gigit je.. huhuhu...  


 Rasanya siput babi kat atas ni jalan lagi laju... huhuhu...


Nak buka blog sendiri pun merangkak-rangkak... Adeshhh... sabar-sabar... mesti korang heran kan.. Kata line tenet slow,tapi boleh pulak buat entry.. Kalau nak tau,entry ni dari tengahari tadi nak publish.. Tapi tak boleh-boleh.. Geram nya pasal terus klik 'X'.. hilang terus.. malam check ada pulak dalam draft.. So,den publish sampai boleh..

dah la, malam ni panas jek.. Niat dihati mau YM dengan En.Fauzi tak kesampaian la.. Rindu ni... 3 hari tak jumpa,..Nasib ada hp.. Hehehe... 

gambar hasil pencarian google


:::::::adakah ini petanda den harus bertukar kepada P1 wimax ataupun streamyx??::::::

Wednesday, May 05, 2010

AMBIL AWARD BAYAR HUTANG

Ni entry nak bayar hutang yang tertangguh minggu lepas. Tapi sebelum tu, nak ambil award dulu. Dari Shiorila... Sorry yer,lambat pulak nak ambil award ni.. Busy women katakan.. Ni la awardnya...

Terima kasih yer Shiorila... Tapi sebelum disahkan award ni den yang punya... Kena jawab soalan dulu la.. Takper,sebab tak berapa busy hari ni, boleh la den jawab.

1. thank and link the person that give you the award
  • Terima kasih banyak-banyak kepada Shiorila
2. pass this award to 10/20/30/all bloggers you've recently discover
  • Cik Puan Sally
  • Cik Dina
  • Cik Min
  • Yanmie
  • Aina
  • Alimaz
  • Ibu Arifa
  • Dahlia
  • Kak Intan (ibu arissa)
  • Mrs. K (ibu hadif)
den tahu antara senarai2 kat atas ni dah terima award ni, tapi den tetap nak bagi jgk sebab den selalu jejak kaki ke blog2 di atas untuk baca entry menarik diorang walaupun kadang2 tak tinggal jejak.. Tapi ini tidak bermakna senarai blogger yg tidak tersenarai tidak menarik. Setiap penulis blog ada cerita dan identiti sendiri. Blog anda2 semua tetap menarik,cuma dah syarat ni nak den senaraikan 10/20/30,kalau den senaraikan semua, tak cukup page nanti..

3. contact said blogs and let them know they've won this award
  • kejap lagi den beritahu  diorang yer
4. state 7 things about yourself
  • seorang anak kepada mak dan abah yg dikasihi
  • seorang isteri kepada lelaki yang dicintai
  • seorang ibu kepada anak yang disayangi
  • seorang kakak kepada adik-adik 
  • seorang sahabat kepada rakan-rakan
  • seorang surirumah sepenuh masa
  •  seorang yang 'gila-gila'....


:::::::::ada lagi hutang yang belum berbayar... nanti ada masa den buat yer... sekarang ni nak pi main dengan Alya jap::::::

Tuesday, May 04, 2010

PELAKON CILIK SLOT AKASIA ADAMAYA : MIA SARA a.k.a AMANI

Den tahu sekarang ni memang ramai yang tengah kemaruk cerita ADAMAYA kat tv3 tu.. Den pun sama, kemaruk sungguh sampai naik geram tengok watak Maya yang curang kat husband dia sejak akhir-akhir ni.. Huhuhu... geram oooo.... Kalau watak Maya tu wujud, mau nya den pi cakap kat Maya tu... "awat la hang ni bodoh sangat, laki punya baik, dengan jantan tak guna tu jgk hang curang dengan laki hang"... hahahaha... :)

Kuat sungguh penangan cerita ADAMAYA ni kan, tapi berbalik la kepada yang nyata, itu hanya lakonan semata-mata.. Tapi dalam kehidupan sebenar, memang ada kes-kes macam ni.. Siapa yg curang? Tak tahu la yer... Wallahualam... Sapa yg buat mcm ni, bila tengok cerita ADAMAYA ni mesti terasa kan.. Sudah... mula la nak melalut tah apa-apa...

Meh kita tengok gambar budak comel kat bawah ni... Pelakon cilik dalam cerita ADAMAYA...Amani comel atau nama betul dia Mia Sara Nasuha... baru 4 tahun budak tomei ni...



Erkkk.... comel kan... den berkenan sungguh dengan gaya rambut depan  Mia ni ha... dah berangan-angan dah kalau rambut Alya panjang nak buat gaya macam ni jgk.. hehehe...

Bila dibelek,ditelek..muka adik Mia ni macam pelakon kanak-kanak dalam cerita Korea tu la.. Adeshhhh.. tak ingat pulak apa tajuk cerita korea tuh,... Alaaaa... budak yang berlakon sakit barah otak tuh.. Apa tah tajuk dia... Ada sesiapa tau tak tajuk cerita tuh, sila beritahu yer...

Opsss, lupa lak nak bagi tau... gambar-gambar ni semua den ambil kat facebook adik mia ni... Dahsyat tau,kat facebook dia dah berpuluh ribu peminat suka tau.. Kalau korang suka budak tomei ni pi la kat FACEBOOK KAMI PEMINAT ADIK MIA SARA@AMANI.



:::::::uiksss....dengar-dengar cerita, episod akhir Adamaya ni nanti, Adam meninggal dunia.. Huhuhu...betul ker? tak per meh kita tengok citer ni sampai habis,jangan ending cerita ni macam Na O Mei sudah:::::::

Monday, May 03, 2010

STATISTIK NUFFNANG BLOGKU JATUH MERUDUM

Adehh.. tengok tajuk pun dah tau kan apo kono ni haa... Huhuhu... Kes minggu lepas lani.. Tak online macam biasa, tak berupdated dan paling penting tak blogwalking... Gila-gila merudum jatuh statistik kat akaun nuffnang den ni ha... Separuh menurun daripada jumlah biasa..

Statistik minggu lepas.. Biasanya seminggu visitor blog ni paling banyak pun 1500 unik visitor, tapi minggu lepas 500++  jer.. Nampak ketara perbezaannya.. Huhu..

Blog den ni takder la ramai sangat yang berkunjung, tapi bila tak berupdated dgn tak blogwalking, makanya bertambah-tambah kurang la yg datang. Nasib baik jatuh tak menyembah bumi lg..

Wala macamana pun, ada jugak kawan-kawan yang datang jenguk ke sini walaupun tak der cerita.. Terima kasih kepada sesiapa yang datang dan tak membiarkan kunjungan visitor kosong terus. Terima kasih yer... 

Moral of the story, rajin-rajin lah updated  :).. Kalau blog dah glemer,tak yah updated pun tak per.. Orang tetap datang...

Saturday, May 01, 2010

PERHATIAN KEPADA SEMUA PESERTA APRIL GIVEAWAY BY ZIE FAUZI

Terlebih dahulu den nak mohon maaf sebab tak dapat keluarkan senarai nama peserta-peserta giveaway den ni kelmarin. Teramat-amat sibuk. Malamnya pulak,kepala den sakit.. Huhuhu.. Sorry sekali lagi ok. Kat bawah ni senarai peserta-peserta yang dah join giveaway den ni. Sila semak baik2 yer.. Sekiranya nama anda tiada,walaupun anda telah hantar penyertaan sebelum tarikh tutup, sila inform kat komen entry ni yer.. Kepada nama-nama yg ada tulisan merah,sila alert yer.. sekiranya syarat masih tak mencukupi,penyertaan anda mungkin terbatal. 

1. ANIN---->zie fauzi
2. ZAI KULIM---->zie fauzi
3. SYUHADA---->zie fauzi
4. SYA ISYA---->zai kulim
5. @E_DA---->zie fauzi
6. NANA---->malaysia giveaway
7. MUMMYYEN----> zai kulim
8. MAMAZHARFAN---->zai kulim
9. DALILA MISMAN----> zie fauzi
10. PAPAMAMA ZAKWAN---->zai kulim
11. NAFIRAA---->zai kulim
12. AINKHURUN---->zie fauzi
13. ZHET---->referral???
14. NIDA---->zai kulim
15. INAHASAN---->zai kulim
16. OGY---->zai kulim
17. SEGALANYA KUTERIMA---->zai kulim
18. ROSILAH---->zai kulim
19. USHARAPA---->zai kulim
20. INASEPI---->zai kulim
21. IZANCUTE--->zai kulim
22. ALYA---->papamama zakwan
23. TEMP.HOUSEWIFE---->zie fauzi
24. ZURA---->izancute
25. CHUGIE---->zura
26. MISWIEXIEDAWIA---->zai kulim
27. MAMALYNA---->papamama zakwan
28. NURAARIN-LIFE---->zai kulim
29. SHIDASYAKIRIN--> mama zharfan
30. WAVEX-- > zai kulim
31. MARIO--> referral
32. AINHAMZAH--> geng blogger
33. MIRUL IKHWAN --> zie fauzi
34. ADDA ---->zai kulim
35. YANGBAIK---->adda
36. SYAKILA---->zai kulim
37. @RENIM---->zura
 
38. AYUSELALU->zai kulim
39. ALYNNZ--> papamamazakwan
40. YANANUAR--> papamamazakwan
41. NORELL-->zai kulim
42. CIK N-->zai kulim
43. IBU ARIFA-->zie fauzi
44. DA[Y]UN-->zai kulim
45. KAKNGAH--> zie fauzi
46. FAYE--> kakangah
47. AIYU ESA--> papamamazakwan
48. INTAN IZANI--> zie fauzi
49. SARAH--> zai kulim
50. JUNIZA--> zai kulim
51. NOOR AFZAN--> link url betul ke x???
52. IZAN ISHAK--> ibu arifa
53. PAK LONG--> zie fauzi
54. ANAK-ANAKKU--> zura
55. ZATI--> lyafrina
56. CICAKGIRL--> Malaysia Giveaway
57. TUNOOR73--> wavex
58. CLASSY BABYDOLL-->zie fauzi
59. TAUFIDRIS--> zai kulim
60. ELYN--> zie fauzi
61. GINA MARNA --> zati
62. MISS EDURA HANUM--> @renim
63. MISS Q --> da[y]un
64. MISS FADHILAH --> dzailin
65. ALONG--> zai kulim
66. SOFIAH--> zai kulim
67. AMANDA ELTIQAZ---> intan izani
68. MY STORY---> zie fauzi
69. .RENEX.---> zie fauzi
70. PUTERI CAHAYA---> referral?
71. AIN---> zai kulim
72. HAPPYRUDY---> zai kulim
73. CTNURKHIJAH---> mama syafi
74. NIA--->zai kulim
75. AFRINA-BATRISY!A---> zai kulim
76. AIMY---> ain
77. IRA_KECIK---> zie fauzi
78. BUNGA---> mama zharfan
79. LEILY/UMMI ALYA HUSNA---> zie fauzi
80. SHIORI_LA---> zie fauzi
81. HONEYSOUR'S--->  anin
82. AZATIESAYANG---> shiori
83. SITI SHUHADAH ZAINOL---> zie fauzi
84. MAR@ZIEY---> honeysour's
85. ZANA---> zai kulim
86. FATANAH FADHIL---> ct nurkhijah
87. IBU AYRA---> nana
88. CT RAHANI---> honeysour's
89. +RYNE_ON9+---> amanda eltiqaz
90. JIVEBUMZ---> honeysour's
91. MONICA---> malaysia giveaway
92. SHAZA---> zai kulim
93. SWEETFIZA---> ct rahani
94. NEA FLERIDA---> malaysia giveaway
95. CADLYNN--->nea flerida
96. ASYA---> anin
97. CIKBEDAH LASER---> zai kulim
98. S.O.F.I.A--->
99. LISAvsKHUSAIRI--->malaysia giveaway
100. ARRISA SOFIA---> anin
101. EM'S FAMILY---> malaysia giveaway
102. AYU IDRIS--->malaysia giveaway
103. TAK ADE PERASAAN--->along
104. EZAH LEO--->zai kulim
105. IBU AFIF---> tak ade perasaan



105 penyertaan...erkkk..banyak... Terima kasih yer kepada anda2 yang kerana memberi sokongan kepada giveaway pertama di tahun 2010 den ni.. Tak sangka ramai yg join. Ramai jgk yg join di saat2 akhir.. dan takder yg melebihi tamat tempoh..

Memandangkan tuan sponsor,outstation minggu ni.. Cabutan akan dibuat oleh anak dara den Alya, bersaksikan tuan sponsor dan jgk den minggu depan. Tak best buat cabutan tanpa tuan sponsor. Jadi kita tunggu tuan sponsor balik,baru cabutan akan dibuat. Jadi sepanjang tempoh seminggu ni,sila semak penyertaan anda ok.. samada tersenarai atau tidak.. Apa2 hal,komen kat entry ni jer tau.. Terima kasih..