My blog has moved!

You should be automatically redirected in 6 seconds. If not, visit
http://www.ziefauzi.com
and update your bookmarks.

Wednesday, June 30, 2010

CABARAN : COPY & MENANG !!

Salam semua,
Ada sesiapa tak yang teringin MP3 kat bawah ni secara percuma?? Serius percuma ajer..
Caranya senang jer, just copy dan paste ayat-ayat kat bawah ni kat blog anda tanpa meninggalkan sepatah perkataan pun. Lepas tu tinggalkan url entry anda di sini

"Copy & Menang : Sungguh mudah, anda perlu copy & paste sahaja 
untuk memenangi TIGA buah MP3 Player
Untuk maklumat lanjut, layari www.rkurl.com/117hw
Penaja utama : Raja Kamil, www.akuseorangblogger.com "


Tarikh tutup penyertaan :
31 Julai 2010

Maklumat Hadiah
MP3 Player ini sangat funky.
Berkapasiti 2 GB
Amat ringan.
Comel.



 

Monday, June 28, 2010

SEBULAN JER LAGI

Iyer...sebulan jer lagi... terasa kejap sangat masa berlalu... tak sangka tinggal sebulan jer lagi... hehehehe....

Apa yang sebulan jer lagi ni??? Bukan apa, hari ni Alya genap berusia 11 bulan... Maknanya sebulan jer lagi umur Alya masuk setahun... Memang terasa cepat sangat masa berlalu... Rasanya mcm baru semalam jer duk gendong2,tepuk2 punggung Alya, senang jer jaga dia time tu... Tepuk2 sikit dah terlena...

Tapi sekarang nak berdukung pun dah lenguh tangan,inikan pula nak gendong2 mcm baby dulu... Hehehe... Sekarang ni akal Alya dah banyak, nak tido mana boleh tepuk2 mcm dulu lagi.. Sekarang ni kalau nak tidokan Alya kena ada cara, kalau tidak memang mengamuk la dia...

Bertatih pun dah pandai... Sekarang ni kalau nak berjalan, Alya suka berjalan sendiri.. Takmau dukung2 dah, berlagak nak berjalan kaki sendiri, asal nak dukung mesti nangis nak turun.. Tapi kena pegang la tangan dia kiri kanan sebab Alya belum boleh imbang badan sendiri lagi...

Oh yaa.. sebulan lagi jugak Alya kena inject setahun.. Adehhh...memula nurse bagi tarikh tu, rasa mcm nak tukar.. Mana boleh inject Alya time besday dia.. Tapi nak buat mcmana, nurse cakap memang hari tu jer diorang boleh inject sebab diorang bukan selalu nak buka ubat inject tu, bila buka ubat bukan Alya sorang jer, ada lagi budak2 lain yg nak kena inject hari tu.. So...reda jer... Asalkan Alya tak demam sudah.. Kalau tak payah la nak celebrate...

pic terbaru masa pi Menara Alor Setar sabtu lalu..




FREE!! Birthday Present

Meh cepat..meh rapat... Ada barang free untuk dapat... Wahhh..promote habis... hehehe... Memandangkan dah 2 hari blog ni tak updated, maka dengan itu terpaksa la den updated blog ni dengan entry giveaway walaupun den dah ada blog khas untuk join giveaway... huhuhu...

Entry kali ni bukan apa, den ni duk promote giveaway sis Maya ni.. Dia nak bagi benda kat bawah ni free sempena besday beliau.. Sangat menarik tau hadiahnya.. Handmade dari beliau sendiri...
 

reversible tote bag untuk pemenang utama

sepasang bookmark untuk pemenang kedua dan ketiga

Menarik kan??? Nak join??? Sempat lagi ni... Tarikh tutup 1 Julai 2010... Kalau nak join klik link kat bawah ni yer.... 





Saturday, June 26, 2010

UPDATED TERKINI GIVEAWAY KEMBALI LAGI



Terlebih dahulu, den nak mohon maaf sebab dah lama tak updated pasal giveaway yang sedang berlangsung sekarang ni... Seolah-olah giveaway ni seperti dilupakan... Oh tidak..sama sekali... Mana mungkin den lupa.. Sebab hadiah den dah bungkus siap2.. Cuma nak tunggu tarikh tamat dan seterusnya boleh tahu siapa pemenangnya...

Setiap kali online, den akan perhatikan perkembangan top 10 yang terkini.. Den tengok kadang2 ada perubahan, kadang2 sama jer.. Mesti bosan kan sebab lama sangat... Jadi, entry kali ni den nak umumkan tarikh tutup giveaway ni adalah hujung bulan June iaitu 30 June 2010 bersamaan hari Rabu tepat 12 tghmalam... Jangan tekejut yer... Jadi sesiapa yang nak join masih ada lagi masa...

Berikut adalah kedudukan terkini top 10 members setakat entry ini di tulis...







:::::hadiah yang tersedia just ada 5 sahaja...Jadi hadiah akan diberikan kepada 5 teratas sahaja tapi jika ada sebarang perubahan, den akan fikirkan untuk tambah hadiah sebagai menghargai penyertaan anda :)...::::::

Thursday, June 24, 2010

KOTAK PUN JADI BILA DAH BOSAN

kotak-kotak kosong yang menjadi mangsa

diduduknya Alya atas kotak tu
kaki dia menolak ke depan
makanya berjalan la kotak tu umpama kereta mainan

bila nampak kamera terus sengih...
huhuhu...


kotak-kotak ni memang niat nak buang... letak kat pintu supaya tak lupa buang bila nak keluar nanti.. Yang si Alya ni boleh pulak pi main dengan kotak-kotak ni.. Agaknya dia dah bosan kot main mainan yang ada...


Myfaheem.com ada SUPRISE sempena HARI BAPA

Salam... ada budak tecik yang hensem nak bagi surprise sempena hari bapa... Budak tecik ni cakap, dia nak bagi hadiah 3 + 1 (3 pemenang + referrer tertinggi) Sapa budak tecik tu??? Budak tecik ni namanya Faheem.. Hensem budaknya..Budak tecik tu ada blog sendiri tau... Hari-hari ada cerita dalam blog tu..

Ok2..berbalik kepada surprise yang budak tecik hensem ni nak bagi... Sapa2 pun boleh join.. Tak kira la bapa ke, mak ker, kakak ker, abang ker, adik ker.... Tapi hadiah yang budak tecik ni nak bagi khas untuk kaum bapa, jadi kalau kaum2 ibu, atau anak2 yg menang, boleh la bagi hadiah tuh kat suami atau ayah masing2.

3 pemenang akan dipilih sendiri oleh budak tecik ni melalui cabutan nama, manakala untuk referrer tertinggi akan ditentukan menggunakan Get Clicky atau Nuffnang..

Yang nak join mesti cukupkan syarat-syaratnya... Alaaa...Simple saje syaratnya... Nak join?? Klik link kat bawah ni...


Wednesday, June 23, 2010

AWAS PENGGUNA FACEBOOK : BERHATI-HATI DENGAN PERKATAAN " I_ _ _ _ L"

Facebook memang best kan... Dapat main game, dapat jumpa kengkawan lama dan macam2 lagi... Tapi den bukan la pengguna tegar facebook... Sekadar jenguk2 sekejap tanya khabar kawan2, dan bertegur sapa terus den offline..

Nak posting kat FB pun rasa malas... Masa pregnant dulu, game kebun yg tanam pokok bunga la, buah tu la yg den ketagih.. Sekarang tak lagi..

Tapi tadi den berblogwalking jumpa entry ni kat blog Bijirines Cerelia de Zarepan, terus seram sejuk jadinya.. Dah la sekarang pukul 2.30 am... Dingin lak tu...

Sebagai peringatan sesama kita, den nak nasihatkan korang jangan taip apa2 pun posting yang ada perkataan negara "I_ R A_ L" tu...

Sebab apa??? Sebab secara automatik posting2 korang selepas itu akan dapat dilihat atau dibaca oleh fan-fan yang suka page facebook negara "I_ R A_ L". Tak kira la korang tulis dalam bahasa apa pun...

Tak faham??? Korang paste link kat bawah ni.. Harap-harap lepas ni korang faham... Sekadar peringatan sesama kita sahaja..

http://www.facebook.com/pages/Israel/108099562543414?v=stream&ref=ts

Den saja tak mau link terus ke facebook tu.. Risau jugak entry ni tetiba kaum-kaum seangkatan diorang boleh baca walaupun tak faham.. So korang copy jer link kat atas tu,pastu paste browser korang..


pengikut fanpage ni ramai jugak... ada la dalam 17926 org..




kredit : Zarpeno


 

Tuesday, June 22, 2010

YANG DI TUNGGU DAH KELUAR

Apa yang di tunggu? Apa yang dah keluar?? Gigi Alya dah keluar.. Selama ni nampak bayang jer... Tapi minggu lepas hari Selasa (10 bulan 18 hari) baru den perasan yang gigi Alya dah keluar dari gusi.. Sikit jer,tak banyak.. Nasib la Alya tak meragam plak, cuma manja jer nampak lebih..

Selama ni tertunggu-tunggu jugak bila la gigi Alya nak tumbuh... Sejak dari umur Alya 6 bulan memang dah nampak bayang2 putih kat gusi.. Tapi tak keluar2 jugak.. Nurse cakap tumbuh lambat takpa, sebab lambat rosak... Yeker??

 nampak tak?? tak nampak buat2 nampak la yer..
payah benar nak fokus gigi Alya
bukan nak duk senyap..
asyik nak capai kamera yang ibu dia pegang
dalam banyak2 yang ni jer nampak gigi walaupun tak clear..

KEMBALIKAN LAH....


Salam.... Selamat Pagi...

Mood masih lagi seperti gambar di atas..

Tak tahu ke mana hilangnya mood nak berblog sejak minggu lepas akibat tidak sihat..

Dah 5 hari tak berupdated...

Rasa malas jer nak menaip...

Bukan tak rindu, rinduuuuu nak bercerita..

Tapi semangat sudah hilang ke laut dalam..

Kembalikan lah semangat den nak berblog ni..

Huhuhu....



p/s: entry merapu.... sila abaikan...

Wednesday, June 16, 2010

SELSEMA... PETUA HILANGKAN SELSEMA BAYI

Kami sefamily selsema... Bermula dengan En.Fauzi.. lepas tu berjangkit kat den dengan Alya.. Seksa gila bila hingus asyik nak meleleh ja... Tak suka bila selsema... Den dengan Alya start selsema kelmarin... Hari ni den rasa makin teruk pulak, siap sakit kepala.. Ni pun baru boleh bangun, sejak tadi asyik terbaring ja.. Makan ubat sudah, tapi kepala masih sakit.

Alya?? Den tengok je Alya main.. Kalau ada yg tak kena, baru den bangun ambil Alya, pastu tido balik.. Aduhh..seksa sungguh...Kesian Alya main sorang2... Malam tadi selsema Alya lagi teruk. Sampai nak tidur pun tak selasa.. Last sekali tertidur atas bahu den, baru la letak kat tempat tidur dia. Tapi pagi ni dah ok sikit sebab den amalkan petua hilangkan selsema bayi malam tadi.

Rasanya ramai dah tau kot camana petua nak hilangkan selsema bayi ni... Yela,biasanya kalau bayi bawah 1 tahun, doktor tak bagi ubat selsema, kalau teruk sangat pun mungkin doktor bagi sedut gas. Betul tak? Kalau nak bagi ubat jgk, kat farmasi mungkin ada jual ubat titis kat hidung tu, tapi still tak boleh pakai selalu.

Petua yang den amalkan guna kunyit hidup jer, pastu kalo sapa2 ada pasu, gosok2 kunyit tu kat belakang pasu.. Tapi den cuma ketuk2 ja,pastu tenyeh2 kat batang hidung Alya.. Tenyeh time dia tido la, kalau tak tidur, bukan mau duk diam.. Kesannya,akan ada kesan kuning kat hidung.. huhu... Alhamdulillah hari ni Alya dah kurang sikit.

Kalau boleh amalkan petua ni sampai selsema kering.. InsyaAllah berkesan.. Petua untuk den sendiri pulak, telan ubat ja.. Makan panadol soluble sambil tenyeh2 hidung ni dengan vicks... Tapi macam tak berhasil ja, nak kena tenyeh dengan kunyit jugak kot... Huhuhu...

oh ya...ada jugak yg mengamalkan daun sireh, tapi tak pernah pulak den cuba.. kalau ada sesiapa yang ada petua lain, meh la share yer...

port lap hingus yg alya suka kalau ibu lambat lap
bantal la jadi mangsa..
nak kena basuh pulak sarung bantal tu.. huhu

Tuesday, June 15, 2010

WAWWI MATRIX BLOGWALKING MARKETING... BENDA ALAH APA PULAK NI...?

Petang tadi den sangat teruja dengan tajuk entry Wawwi Matrix Blogwalking: Tukar Trafik Jadi Duit kat blog Dahlia Journal. Serius...bila nampak jer perkataan DUIT dan2 tu den klik nak baca entry tersebut kat blog Dahlia. Yela, nak tahu jugak trafik apa yang boleh tukar jadi duit... Rupanya cerita pasal WAWWI MATRIX BLOGWALKING widget terbaru ciptaan saudara Amin Johar a.k.a AJ... Bila baca pasal ni kat blog Dahlia, serius satu apa pun den tak faham.. Memeningkan kepala yang sedia pening... Jadi di sebabkan tak mau memeningkan lagi kepala ni, den terus behubung dengan bro AJ melalui YM bertanya itu ini pasal benda ni.. Bro AJ pun tak loket ilmu nak menarangkan pasal ni...

Meh baca apa itu Wawwi Matrix Blogwalking.. Info kat bawah ni pun den ambil kat bahagian widget yang dah tersedia pasang dalam blog den ni..

Apa itu Wawwi Matrix Blogwalking (WMB)?
Wawwi Matrix BlogWalking adalah widget yang akan memaparkan URL Blog anda ke senarai Networker blog yang mendaftar melalui blog anda mengikut formula Matrix nx15 dan juga merupakan sistem Autospillover.

Apa pula formula Matrix nx5?
Sebagai contoh jika status akaun anda ialah Matrik 5x5, jumlah blogger atau potensi trafik yang bakal anda terima adalah

Lv1: 5 = 5
Lv2: 5x5 = 25
Lv3: 5x5x5 = 125
Lv4: 5x5x5x5 = 625
Lv5: 5x5x5x5x5 = 3125
Jumlah Network: 3905 Blogger

Dengan ini potensi untuk anda mendapat trafik dari aktiviti blogwalking adalah lebih tinggi berbanding aktiviti blogwalking cara biasa. Sebagai contoh jika anda melayari 5 laman web melalui Wawwi Matrix Blogwalking sehari, anda sudah berpeluang mendapat 19 525 trafik ke blog anda dalam sehari. Hal ini adalah lebih mudah, menjimatkan masa, tenaga serta wang ringgit.

Anda pasti teruja menggunakan sistem ini dengan kedalaman sehingga level 15.

Autospillover
Apabila anda telah mencapai had lebar (width) downline network Level 1 anda, ahli terbaru akan dipindah ke network downline Level 1 anda itu dimana ahli yang belum atau mempunyai network terendah akan menerima ahli baru tersebut secara automatik.
Sistem yang digunakan:
MATRIK (nx15) + Autospillover


Fungsi Sistem Mata (Point)
Fungsi mata ini adalah digunakan untuk menaiktaraf lebar atau kedalaman network anda dan juga diguna semasa sebarang pelawat yang klik melawat laman web anda di widget Wawwi Matrix BlogWalking. Semakin lebar atau semakin dalam network anda, semakin tinggi pelawat yang akan datang ke blog anda dan juga semakin banyak nilai mata yang bakal anda perolehi.

Anda diberi 10000 mata permulaan dimana fungsi nilai mata ini membolehkan blogger lain untuk melawat blog anda. Setiap klik unik sehari untuk lawatan ke blog akan dipotong 20 mata (jika upline melihat blog anda) dan dari 5 mata hingga ke 15 mata (jika downline melihat blog anda).

Apabila anda melayari sebarang laman web yang terdapat di dalam senarai network anda, sebagai contoh jika anda mempunyai 20 senarai blog, dengan melawat 20 blog itu, anda akan mendapat sejumlah nilai mata di widget anda itu seperti berikut:

Blog Downline (tanda REF) - 2 Mata
Blog Upline (tanda LV) - 1 Mata
Iklan Teks (tanda ADS) - 5 Mata
Iklan Banner 160x180 - 5 Mata
Iklan Banner 125x125 - 10 Mata
Iklan Banner 468x60 - 15 Mata


Jika downline anda klik link blog di widgetnya, maka anda akan mendapat 1 mata bagi setiap blog yang dilawatinya sehingga kedalaman level mengikut status akaun anda. Maksimum kedalaman adalah level 15. Dengan ini jika anda mempunyai network downline sebanyak 3905 blogger dengan purata klik ialah 10 link/blog sehari, maka anda akan memperoleh 39050 mata. Jika anda inginkan lebih lagi mata, maka anda perlu juga melawat blog lain di widget downline anda atau sebarang pelawat lain yang klik link di widget anda, maka anda dapat mata tambahan.
Jumlah Mata Sehari
3905 blogger x 10 blog dilawati = 39050 mata

Walaubagaimanapun anda diwajibkan untuk klik sekurang-kurangnya 2 link blog sehari untuk menerima jumlah mata tanpa had dari downline anda pada hari yang sama.
Selain dari itu, jika terdapat blogger yang mendaftar melalui widget anda, anda juga menerima nilai mata mengikut level.

Sponsor secara langsung = 20 mata
Downline level 1 = 15 mata
Downline level 2 = 14 mata
Downline level 3 = 13 mata
Downline level 4 = 12 mata
Downline level 5 = 11 mata
Downline level 6 = 10 mata
Downline level 7 = 9 mata
Downline level 8 = 8 mata
Downline level 9 = 7 mata
Downline level 10 = 6 mata
Downline level 11 = 5 mata
Downline level 12 = 4 mata
Downline level 13 = 3 mata
Downline level 14 = 2 mata
Downline level 15 = 1 mata

Potensi Nilai Mata Referral

Lv 1: 5 x 15 = 75 mata
Lv 2: 25 x14 = 350 mata
Lv 3: 125 x 13 = 1625 mata
Lv 4: 625 x 12 = 7500 mata
Lv 5: 3125 x 11 = 34375 mata

Jumlah keseluruhan:
43924 mata

Nilai mata lebih lumayan adalah hasil dari aktiviti blogwalking yang dapat anda lakukan dalam sehari. Semakin banyak blog dalam network anda dapat anda layari, maka semakin tinggi jumlah mata anda. Komisen anda juga akan tinggi kelak.


Pendapatan Sambilan? Boleh buat duit ker?
Sambil blogwalking dengan Wawwi Matrix BlogWalking, silalah kumpul nilai mata sebanyak mungkin kerana fungsi di masa-masa akan datang adalah anda berpeluang untuk menukar nilai mata kepada nilai wang sebenar. Pendapatan sambilan menanti anda semudah klik.
Manfaatkanlah sistem widget ini untuk menjana trafik dan pendapatan yang lumayan melalui blog. Sila naiktaraf status akaun anda untuk menikmati trafik yang lebih berganda lagi.
Jika anda meminati widget ini, silalah ikuti perkembangan semasa widget ini melalui Twitter dan Facebook kami.

Cara daftar?
Anda pergi mana-mana blog yang pasang widget ni (blog den pun dah pasang kat sidebar atas sekali). Kemudian masukkan nama, url dan email anda. Kemuadian klik [+]Blog/Kod Widget. Lepas anda klik, copy kode yang diberikan ke dalam blog anda.

Bila semua selesai pointer sebanyak 10k akan diberikan kepada anda secara percuma. Tetapi seperti yang telah dijelaskan kat atas.. Pointer anda akan berkurangan sebanyak 5 hingga ke 20 mata jika upline atau downline melihat blog kita. Untuk menambah mata pointer, hanya perlu melakukan blogwalking sekurang-kurang nya 2 blog sehari mengikut senarai blog yang terdapat di widget anda.

::::banyak lagi nak tulis pasal ni... tapi kehilangan idea tiba2.. sapa ada soalan, sila tanya atau anda boleh bertanya sendiri kepada bro Amin Johar melalui YM, facebook @ twitter::::


Monday, June 14, 2010

JAWAPAN TEKA TEKI DAN PEMENANGNYA

Salam dan selamat pagi semua... Tak mau tulis panjang2 sekadar nak umumkan jawapan teka teki dan pemenangnya sahaja. Tapi sebelum tuh, den nak mintak maaf banyak-banyak... Den janji nak umumkan hari Jumaat atau Sabtu, tapi atas sebab2 tertentu den tak dapat umumkan pada hari teersebut... Maaf yer...

Oklah, meh kita tengok jawapan sebenar teka teki yang den anjurkan 2 minggu lepas.. Gambar kat bawah ni menjawab segala persoalan selama 2 minggu ni...

 ni adalah gambar sebahagian surat beranak den.. 
tak ambil gambar keseluruhan sebab nak tengok jawapan teka teki jer
kan??
Jawapan yang sebenar-benarnya adalah 10 Jun 198...... dan waktu lahir adalah 10.27 am...
Jadi meh kita tengok sapa yang kena...

  1. SHIDASYAKIRIN teka 10 Jun, 4.30 ptg
  2. NIDA teka 10 Jun, 3.15ptg dan 10 Jun, 11.15 pagi
  3. SHAHIR@MENG teka 10 Jun, 9mlm dan 10 Jun 7 pagi
  4. X-PO teka 10 Jun, 3.15 ptg dan 10 Jun, 10.30 malam
  5. IBU MIFZAL ARSYAD teka 10 Jun, 6.45 pagi
  6. ZHET teka 10 Jun, 4.15 pagi
Sapa yang jawab petang dan malam den dah garis tengah siap2 supaya tak pening.. Ada 4 peserta yang jawab waktu pagi tapi takde sorang pun yg jawab paling tepat... jadi jawapan yg paling hampir di ambil sebagai pemenang... Jawapan yg paling hampir adalah jam 11.15 pagi... 
So,pemenang nya adalah yang jawab 10 Jun,11.15 pagi..
Siapa yang rasa dia yang jawab mcm tu cepat2 la emailkan nama, alamat dan no hp 
ke nazfa_fafa@yahoo.com secepat mungkin yer
sebab keychain teddy bear tu anda yg punya..

Kepada nama2 yang tersenarai kat atas tapi tak menang, jangan sedih2 yer.. 
Apa kata bagi email anda kat bahagian komen
den akan cuba usahakan saguhati untuk anda.. 
Sebab bagi jawapan tarikh yg betul
tapi nilai saguhati tu takder la seberapa sangat...
Cuma ikhlas dari hati...

Kepada yang lain2 pun, jgn sedih2 jgk.. lain kali boleh cuba lagi yer...












Thursday, June 10, 2010

CEKIK BAYI HINGGA MATI

KOTA KINABALU: Bunyi tangisan bayi yang nyaring pada malam hari membongkar perbuatan seorang ibu bersifat syaitan dipercayai mencekik bayi dilahirkannya sehingga mati, sebelum mayatnya dibungkus dan ditanam di sebuah ladang di Jalan Jerecoh, Kinabatangan, di sini, semalam.
 
Salah seorang pekerja ladang yang enggan dikenali, berkata, pada mulanya dia mendengar suara tangisan bayi kira-kira jam 9 malam, kelmarin ketika mahu mematikan enjin bekalan air terletak bersebelahan rumahnya.

Bagaimanapun, katanya dia takut melihat apa yang berlaku kerana menyangka ia suara hantu berikutan lokasi kediamannya jauh daripada penempatan penduduk.

Katanya, pada keesokkan harinya (semalam), dia tergerak hati menyiasat apa yang berlaku sebelum mengajak salah seorang rakan menemaninya.

Beliau berkata, sebaik tiba kawasan belukar tidak jauh di belakang rumahnya, dia terkejut mendapati ada longgokan tanah yang masih baru digali seperti sebuah busut kecil.

“Kira-kira satu jam memeriksa kawasan ini, rakan saya terlihat kesan tanah baru digali tetapi ditimbus pelepah kelapa sawit sebelum mengalihkan timbunan daun itu.
“Saya menggali semula busut kecil ini sebelum menemui satu bungkusan kecil dibaluti guni plastik sebelum membukanya,” katanya.

Lelaki terbabit terkejut apabila mendapati guni palstik itu mengandungi mayat bayi masih bertali pusat dan dipenuhi darah sebelum menghubungi pihak polis.
 
 
NAK TAU CERITA LEBIH LANJUT SILA KE 
 
ADA GAMBAR JUGAK, TAPI TAK SANGGUP LA NAK LETAK KAT SINI... 
HAIRAN, PELIK....APA LA NAK JADI DENGAN MANUSIA ZAMAN SEKARANG... ANAK YANG TAK BERDOSA TU, TAK DIBERIKAN PELUANG  LANGSUNG UNTUK HIDUP DI DUNIA NI.. APA SALAH DIA????   
 
SEMAKIN HARI SEMAKIN MENJADI-JADI PULAK KES BUNUH DAN BUANG BAYI NI.. MAKIN DI INGATKAN DENGAN KEMPEN2 MAKIN BERTAMBAH PULAK KES NI...

10 JUNE ADALAH HARINYA

Wahhhhh...hari ni dah 10 Jun...  Hari ni usia den dah bertambah lagi setahun... Yang ke berapa??? Ohhh...biarlah rahsia... Kepada sesiapa yang tahu tu, sama2 la simpan rahsia ni yek.. Cewahhh...nak berahsia plak dah... :)

Tak sangka yer., dah tua rupanya den ni.. Ingatkan muda lagi... Tahun lepas mak buyung,tahun ni dah jadi mak budak pun.. Tahun depan jadi mak buyung balik kot... hahaha... Kalau rezeki Alya nak dapat adik tahun depan, den terima seadanya... :P

Alhamdulillah... sepanjang usia den ni... Allah s.w.t kurniakan kesihatan yang terbaik untuk den...Syukur sangat... dan memang itu lah yg dipohon setiap hari selain memohon diberi keberkatan dan kebahagiaan hidup dunia dan akhirat...  Amin..

Oklah, yang sebenarnya den bukan nak bercerita panjang pasal besday den ni... Sebab den tak pernah celebrate pun besday den cuma adala sekali.. Tu pun kengkawan masa study dulu buat surprise... Den pun tak kisah sgt nak celebrate ke tak asalkan orang tersayang tak lupa tarikh ni.. Sekadar terima ucapan selamat dari yang tersayang, pun den dah happy sangat2...

Ok, berbalik kepada niat sebenar entry ni ditulis.. Ingat lagi tak kuiz teka teki den anjurkan minggu lepas... Wahh...dah ada yang teka tarikh dengan betul.. Sapa tu??? Meh tengok senarai kat bawah ni...

  1. SHIDASYAKIRIN teka 10 Jun, 4.30 ptg
  2. NIDA teka 10 Jun, 3.15ptg dan 10 Jun, 11.15 pagi
  3. SHAHIR@MENG teka 10 Jun, 9mlm dan 10 Jun 7 pagi
  4. X-PO teka 10 Jun, 3.15 ptg dan 10 Jun, 10.30 malam
  5. IBU MIFZAL ARSYAD teka 10 Jun, 6.45 pagi
  6. ZHET teka 10 Jun, 4.15 pagi
Ada 6 blogger yang teka tarikh dengan betul.. So, nama2 kat atas ni dah betul 50% jawapan... Sape yek yg dapat teka waktu dengan betul?? Sebenarnya den ingat2 lupa bila waktu sebenar den dilahirkan.. Jadi, pemenang akan diberitahu samada hari Jumaat@Sabtu akan datang..

Sebab apa, sebabnya Jumaat ni  nak balik rumah mak den nak tengok surat beranak dulu.. Nak confirm sebetul-betulnya.. Tak mau la main ingat2 lupa... Nanti tak betul marah lak kawan2 kita kat atas ni... Dan jangan risau, nanti den capture sekali waktu kat surat beranak tu sebagai bukti k... Jadi nama2 kat atas ni, relaks kan diri anda.. Tahu mesti korang berdebar tu... hehehe...

Wednesday, June 09, 2010

BIBIK YANG TERLAMPAU RAJIN

wahhhh...bibik gitu... sejak bila pulak den ada bibik... Sepanjang hidup den, tak pernah lagi merasa ada bibik... Semua keje rumah den yang buat... Kalau den tak buat, makanya berselerak lah rumah... 

Tapi sejak akhir-akhir ada sorang bibik dalam rumah den.. Comel jer bibik ni.. Kecik jer orang nyer.. Buat kerja tak perlu suruh... Bangun dari tido jer, terus kemas-kemas rumah.. Kadang-kadang tu tak sempat mandi.. Aiyaaa... ini bibik terlampau rajin ok... Dan paling best, tak perlu  bayar gaji.. Percuma ajer... Nak kenal tak sapa bibik den ni.. Meh tengok gambar kat bawah...
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'


inilah dia bibik kesayangan den... Nampak belakang jer..
Sebab dia tengah khusyuk mengemas almari baju..
Habis semua isi-isi kat dalam tu dia keluarkan..
Cuma laci yang atas sekali tu jer dia tak dapat buka
Kalau tak habis bersepah dengan pampers2 
Sebab kat atas tu di isi dengan pampers....

Bila den panggil, dia menjeling ajer,,
Pastu terus sambung kerja-kerja mengemas....

Yang ini pulak, bibik kena dera pakai sarung tangan dia masa baby dulu.
Sebab apa???? Tengah den kemas2 baju Alya yg dia tak leh pakai masukkan dalam box
Si Alya ni nyibuk jer nak keluarkan balik baju2 tuh
Geramnya pasal den teruskan pakai Alya dengan sarung tangan..... 
Kejam sungguh ibu Alya ni kan... :)










Tuesday, June 08, 2010

TERBAKAR BILA KEMALANGAN, APA PUNCANYA??

Sejak akhir-akhir ni, kerap benar kita dengar tentang kemalangan jalan raya yang melibatkan kenderaan terbakar selepas kemalangan berlaku.. Antara kemalangan yang mendapat liputan meluas melibatkan vokalis kumpulan Spin, Achik Spin atau nama sebenar Abdillah Murad Md. Shari..

 Kenderaan MPV yang dinaiki arwah Achik Spin terbabas dan terbakar

Kat bawah ni ada lagi rentetan kisah kemalangan jalan raya yang menyebabkan kebakaran

DUA PEMANDU MAUT, 2 PARAH
ALOR GAJAH 17 April – Dua terbunuh termasuk seorang daripadanya rentung manakala dua lagi parah apabila dua kereta bertembung dalam satu kemalangan di Jalan Solok Duku-Tanjung Bidara di sini hari ini.

PEMANDU TOYOTA HARRIER RENTUNG DALAM NAHAS
SEREMBAN 21 Mac - Seorang lelaki rentung selepas kereta yang dipandunya terbabas sebelum terbakar di Kilometer 279.9 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan di sini malam ini.

PELAKON RENTUNG DALAM KEMALANGAN MAUT SEMALAM
KOTA BHARU 19 Okt. - Dalam kejadian pukul 4.15 pagi semalam, Dayana bersama dua lagi rakannya rentung selepas kereta Proton Persona dinaiki terbabas lalu merempuh tembok jambatan di jalan itu. – Utusan

WANITA HAMIL NYARIS MAUT KERETA TERBAKAR
KUANTAN 15 Dis. - Seorang wanita hamil nyaris maut apabila kereta yang sedang diisi minyak oleh suaminya disambar api di sebuah stesen di Bandar Indera Mahkota di sini hari ini.



Dan yang terbaru berlaku pada jam 2.45 pagi, 7 Jun 2010 yang melibatkan 3 adik beradik di plaza tol Sungai Dua, Butterworth menghala ke Kepala Batas.

TIGA BERADIK MAUT KEMALANGAN NGERI DI PLAZA TOL SUNGAI DUA
KEPALA BATAS: Tiga beradik yang dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kepala Batas di sini maut apabila kenderaan yang dinaiki terbabas dan melanggar tembok di Plaza Tol Sungai Dua arah utara di sini sebelum terbakar awal hari ini. 


Bila baca berita kemalangan kat plaza tol ni, seriau den rasa.. Dah la ini laluan 2 minggu sekali den sefamili lalu untuk balik kampung.

Persoalannya sekarang, kenapa banyak sangat kemalangan yang melibatkan kenderaan terbakar terus-terusan berlaku...? 

Dan ada ura-ura yang mengatakan puncanya adalah minyak RON95 yang mula dipekenalkan tahun lepas.. Ok,bab ni kita tak boleh percaya bulat-bulat selagi tidak ada kajian dan bukti-bukti yang kukuh ok..  Den ada terima beberapa email mengenai hal ni, tapi takmau la den letak kat dalam ni.. Sebab dalam hal ni,hanya yang pakar saja dapat menghuraikan.

Apa yang penting, kita perlu berhati-hati bila bawa kenderaan... Ingatlah orang-orang yang menyanyangi kita.. Pikir apa akan terjadi kepada mereka, jika sesuatu terjadi pada kita..  

Apa-apa pun, den berdoa semoga kita semua sentiasa dilinddungi-Nya... Amin...



::::::updated terkini: kemalangan terbaru yang melibatkan tiga beradik di plaza tol Sungai Dua merupakan anak GM MATTEL MALAYSIA (kilang Mattel). Takziah untuk family arwah::::

Monday, June 07, 2010

SAMPAI TENGAH MALAM NI JER

Salam semua....
Nak bagi tau ni...
Giveaway teka teki den tamat tengah malam ni tau.. 
Tepat pukul 12 tghmalam... 
Selepas daripada waktu 12 tghmalam, 
jawapan tidak akan diterima lagi...

Manakala, pemenang akan den umumkan 
pada satu tarikh yang akan diberitahu kelak...
Jadi kepada sesiapa yang belum meneka tuh, 
silalah ke sini. 

Saturday, June 05, 2010

BERHATI-HATI DENGAN COKLAT

Awas...entry ini dipenuhi dengan gambar-gambar yang akan membuatkan anda terliur.... Harap maklum....

 Sedapkan jenis-jenis coklat kat atas ni.... Den kalau dapat makanan yang berperisa coklat memang boleh habis masa tu jugak... Hari tuh En.Fauzi pergi Langkawi borong coklat banyak jugak... Tapi bila bawa balik rumah, kejap jer habis... Kalau orang lain mungkin seminggu atau lebih baru habis tapi den 2 3 hari jer dah habis... Peminat fanatik coklat ni... Tapi kan bila tengok gambar kat bawah, mula nak rasa insaf la pulak.... huhuhu....

'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'

Agaknya sebab makan coklat la kot berat badan den naik mendadak... Dah nampak lemak2 yg tak patut nampak... Adehhhh.... ni la yang buat den nak makan Jusmatediet 5 atau Rxlite ni... hehehe....



:::::gambar-gambar kat atas sumber dari email:::::
 
 

Thursday, June 03, 2010

ZIE FAUZI's GIVEAWAY- TEKA-TEKI


Giveaway datang lagi.... Yang tgh berlansung pun belum tamat lagi, ada lagi giveaway baru dari den... Itu sebab den tengah baik hati nak bagi hadiah.. Giveaway yang baru ni simple-simple ajer...Tak susah pun.

Oklah bulan Jun datang lagi, beerti usia den juga akan bertambah bulan ni.. Jadi sempena pertambahan usia den, dengan baik hatinya den nak hadiahkan sesuatu yang cute untuk sesiapa yang dapat meneka soalan den  dengan betul dan tepat..

  Soalan den, bila tarikh lahir den yang sebenar dan pada waktu bilakah den dilahirkan??

contoh : 2 jun, 11 pagi

Wahhh...soalan..susah ker??? Takder susah mana pun.. Korang cuma perlu teka tarikh dengan waktu ajer... Tak perlu tahun yer... Setiap seorang boleh jawab 2 kali sahaja dalam 1 komen.. Jawapan korang tinggal dalam entry ni bersama url blog korang yer. Tak perlu buat entry atau follow.. Cuma letak jawapan sahaja... 

Cepat yer, giveaway ni berlangsung seminggu jer.. Mula hari ni 1.6.2010 hingga 7.6.2010 ( 12 tghmalam). Hadiah akan diberikan kepada peneka yang tepat sahaja.. Tapi kalau tiada sesiapa yang meneka dengan tepat, peneka hampir tepat akan dipilih... Hadiah??? Seperti gambar diatas..... keychain teddy bear...


klu atau pembayang
tarikh : 
1 hb hingga 20hb 

waktu:
yang ni den tak dapat bagi klu,sebab nak kena check balik surat beranak :P