My blog has moved!

You should be automatically redirected in 6 seconds. If not, visit
http://www.ziefauzi.com
and update your bookmarks.

Thursday, July 29, 2010

DAH TUTUP LA.. MEH TENGOK SENARAI PESERTA GIVEAWAY

HUHU...giveaway dah tutup la semalam tepat pukul 7.27 pm.. Lupa plak nak buat pengumuman... sibuk layan besday girl yang meragam. 

Sebabnya semalam besday girl dapat hadiah paling best sekali... Injection 1 tahun... Tapi kesian la plak tengok Alya nangis time kena cucuk tu.. Nasib jugak Alya nangis tak lama .. Pujuk2 sikit dah senyap.. Mungkin dia terkejut kot tetiba jer rasa sakit...

Oklah berbalik kepada giveaway..Tak sangka ramai jugak yang join walaupun berlangsung tak sampai 48 jam.. Den ingatkan belas2 jer... Sekali puluh2 la..Btw,terima kasih sangat2 sebab support giveaway kali ni... Sesiapa yang tak sempat join tu jangan la sedih2 yer.. InsyaAllah..ada rezeki ada la lagi giveaway akan datang.. 

Meh tengok senarai nama blog yg dah join... Check betul2 yer... kalau tak tersenarai inform cepat sebelum hari Ahad... Sebab hari Ahad nak undi pemenang, Isnin nak buat pengumuman dah..

  1. http://alwzbemybaby.blogspot.com/
  2. http://adamnigina.blogspot.com 
  3. http://azatiesayang.blogspot.com/
  4. http://hanifadhlinaabdulrahman.blogspot.com/ 
  5. http://loveblogcontest.blogspot.com/ 
  6. http://naufalnnureen.blogspot.com/ 
  7. http://mama-syafi.blogspot.com/
  8. http://zaikulim.blogspot.com
  9. http://nyokmanis.blogspot.com/ 
  10. http://ummi-aqilah.blogspot.com/
  11. http://cikbedahlaser.blogspot.com
  12. http://www.permatapapaibu.blogspot.com
  13. http://www.hanie-izali.blogspot.com
  14. http://mummyayu.blogspot.com/
  15. http://zanmyly.blogspot.com
  16. http://hepicookmum.blogspot.com/
  17. http://cikpia.blogspot.com/
  18. http://nuraarin.blogspot.com
  19. http://arisyanaziq.blogspot.com/
  20. http://nisajijah.blogspot.com
  21. http://neaflerida.blogspot.com
  22. http://mama-danishsarah.blogspot.com/
  23. http://nothingtobedisplayed.blogspot.com
  24. http://yananuar.blogspot.com
  25. http://ieyza83.blogspot.com/
  26. http://qamarulabdullah.blogspot.com
  27. http://ad-soul.blogspot.com/
  28. http://missjiwang87.blogspot.com
  29. http://thecahayabulan.blogspot.com/
  30. http://hatisamronkin.blogspot.com
  31. http://mayaqarmyla.blogspot.com
  32. http://misyamissyou.blogspot.com
  33. http://www.emmira.blogspot.com
  34. http://www.belogmj.com
  35. http://hayworlds.blogspot.com/
  36. http://mamaadablog.blogspot.com/
  37. http://aslindaa.blogspot.com/
  38. http://ummuabdullahdanhajar.bogspot.com
  39. http://luahansanubarihati.blogspot.com/
  40. http://rosilahi.blogspot.com/
  41. http://qard91.blogspot.com
  42. http://lakaranhatii.blogspot.com
  43. http://mrsrampage.blogspot.com
  44. http://asmidaraasri.blogspot.com
  45. http://hijaucantik.blogspot.com
  46. http://mazlyna.blogspot.com/
  47. http://furdunesia.blogspot.com
  48. http://tiefazatie.blogspot.com/
  49. http://bintangzither.blogspot.com
     
:::::kalau boleh check betul2 yer.. sekali tengok mcm sama jer semua::::

Wednesday, July 28, 2010

GIVEAWAY 35 JAM 27 MINIT


STICKY MODE ENTRY

Salam dan selamat pagi semua... 
Hari ni den nak lancarkan satu lagi giveaway untuk bulan Julai ni.. Giveaway 35 jam 27 minit... Pelik nyer nama giveaway ni.. Hehehe... tak pelik mana pun.. 

Kenapa 35 jam 27 minit?? Sebab den nak buat 2 hari jer giveaway ni.. Tak mau lama2. Dan tamat pulak tepat pada waktu bersejarah. Tak macam selalu...biasa sebulan kan... 

Kenapa pulak 2 hari jer, pastu ada minit pulak??? Okey, meh den terang satu2.. Sebenarnya hari ni 27hb Julai dan esok 28hb Julai merupakan dua tarikh yang amat penting dalam hidup den sefamily.. Setiap tahun akan celebrate..

27 Julai adalah anniversary den dan Encik Fauzi.. Tahun ni merupakan tahun kedua kami bergelar suami isteri. Dan harap akan berkekalan sampai bila2.

Manakala 28 Julai pulak adalah tarikh birthday my gegirl Alya. Dan ini jugak adalah tahun pertama Alya celebrate hari jadinya..

Jadinya den sefamily sangat berbesar hati nak berikan hadiah kepada 2 orang yang bertuah sempena dua tarikh istimewa kami ni... 


Caranya cukup mudah.. Syarat tak ketat sgt..  
  1. Paling penting hanya dibuka kepada sesiapa yang ada blog sahaja
  2. Pastu tinggalkan komen di entry ini dengan meninggalkan url blog dan email
  3. Itu sahaja,.. tak perlu entry, tak perlu juga follow.. Mudah kan?

Tapi cepat..giveaway ni berlangsung selama 35 jam 27 minit sahaja.. Bermula pada 27 Julai (8.00 am) hingga 28 Julai (7.27 pm) waktu kelahiran Alya. Pernyertaan selepas tarikh tutup tidak akan di layan. 

Hadiah terus terang belum beli lagi tapi dah ada idea benda apa yang nak diberi. Tunggu masa nak pi shopping saja. Boleh pakai masa raya nanti... InsyaAllah..nanti den updated rupa hadiah tu ...ker korang nak surprise???  :P

Pemenang akan dipilih dengan cara tradisonal macam den buat sebelum ni. Cabut undi yang akan dilakukan oleh besday girl.. Keputusan hari Isnin (2 Ogos) den umumkan yer.... Jadi selamat bergiveaway semua...



::::::hadiah giveaway yang lepas den dah pos dah.. maaf yer sebab tak inform.. busy sikit.. kalau dah sampai bagi tahu la yer:::::

HAPPY BIRTHDAY TO MY GEGIRL NUR ALYA ADRIANA

NOTA UNTUK ALYA
gambar fresh selepas keluar dari perut ibu...
wahhh....rindu betul sgt mengandungkan Alya dulu
sepanjang mengandungkan Alya, ibu memang tak banyak masalah..
takder morning sickness yang teruk cuma ibu ngidam makan nasi kandar selalu
ibu miss sangat2 saat dulu...

 Umur sebulan... Alya dah pandai pandang kamera... 
tahu jer ibu nak snap picture dia..

Ini dah 2 bulan... rambut semakin tumbuh dengan banyak
selepas dibotakkan ketika usia 7 hari
ingat lagi tak? :)

masuk 3 bulan dah pandai senyum bila di agah...
saat macam ni pun ibu rindu
walaupun sekarang lagi sakan Alya mengekek ketawa
bila ibu geletek..

4 bulan suka main jari..
entah apa la yg Alya pikir..

ini pulak gambar 5 bulan..
time ni Alya cepat sungguh belajar..
sekali buat mesti Alya buat lagi..
contoh masa ni Alya ter 'on' wiper kete abah
pastu berulang kali di on balik wiper tu walaupun abah dah off kan

umur 5-6 dah mula aktif dalam walker..
sampai la satu tahap Alya dah pandai panjat keluar walker
terpaksa la ibu simpan walker tu untuk keselamatan Alya..
tak lama mana pun Alya pakai..
sebab tu la sekrang ni Alya teringin nak naik balik walker tu kan..

ini gambar paling latest yang ibu snap.. 
muka budak bucuk masam ibu merajuk bila ibu tak layan dia main..
mata bergenang sebab nangis teresak2..
bila nampak kamera elok pulak Alya senyap..
memang dari kecik Alya pantang nampak kamera..

hmmm...rasa mcm nak tempek jer semua gambar Alya yg ada..
sejak dalam perut lagi asyik amik gambar
rasanya dah beribu riban gambar Alya tau..

Cuma ibu tak sangka cepat betul masa berlalu..
dah setahun rupanya budak tecik yang ibu kendong dulu..
28 Julai 2009 tarikh keramat yang takkan ibu lupakan..

sebab menantikan kelahiran Alya la
ibu dan abah tak celebrate ulangtahun pertama perkahwinan tahun lepas
tapi kami bersyukur sayang 
sebab Alya lahir betul2 sehari selepas ulangtahun ibu dgn abah..
takder hadiah yang lebih istimewa selain dari kelahiran mu
hadiah yang paling bermakna buat kami..

hari ni tarikh itu tiba lagi..
Alya dah pandai serba serbi sekarang..
Ibu pun tak terlarat melayan kerenah Alya..
Kadang2 Alya buat ibu naik geram.. 
Tapi apa la yang Alya faham bila ibu marah kan??
Ibu marah pun sekejap jer sebab Alya suka buat muka noty yg boleh mencairkan hati ibu
Pandai betul ambil hati ibu yer..
Sebab itula ibu sayang Alya sampai hujung nyawa ibu..

Alya...
Selamat Hari Jadi yang pertama sayang...
Semoga anak ibu terus membesar dengan sihat..
Menjadi seorang yang cerdik akalnya 
juga seorang yang sgt menghormati orang tua



Friday, July 23, 2010

EMAIL VERSI INDONESIA PULAK

Selalu sangat dapat email yang bukan2... Mintak tolong simpan duit la,apa la.... Kira macam2 la... Tapi selalunya yang hantar email2 macam ni den dapat dalam Bahasa Inggeris tapi kali ni dapat dalam bahasa indon plak....


Salam Kenal.
   
Saya Rully Anugraheni D.W. Saya tinggal dan bekerja di London . Saya menikah dengan seorang warga negara Amerika. Kami hidup menetap di London . Suami saya menikah dengan istri lain, seorang warga negara Amerika sebelum dia bertemu saya. Dia tidak membawa ini untuk memberitahu saya sebelum kami menikah. Jadi saya berstatus istri kedua.

Saya hidup bahagia dengan dia tapi jujur istri pertamanya memberi saya neraka di rumah kami. Saya berencana untuk memindahkan uang suami saya ke Indonesia, negara asal saya. Jika saya tidak bertindak cepat sekarang, saya akan kehilangan segalanya dalam satu detik.

Saya bekerja di perusahaan suami saya sebagai akuntan. Saya memegang bagian account. Saya berencana untuk memindahkan jumlah total sebesar £ 2,000,000.00 GBP [Dua Juta Pounds Inggris] keluar dari perusahaan ini untuk masa depan.


 Apabila saya tidak bertindak sekarang, akan ada masalah ketika suami saya meninggal dunia nanti karena istri pertamanya memiliki semua koneksi di perusahaan kami ini.


APAKAH ANDA MAMPU MENERIMA DANA UNTUK INVESTASI DAN MENYIMPANNYA SAMPAI SAYA TIBA DI INDONESIA ?


Saya butuh orang terpercaya yang tidak akan pernah mengkhianati saya.



  Saya telah mengurus semua pengaturan tentang bagaimana dana tersebut akan tiba di Indonesia tanpa masalah. Kesepakatan ini 100% bebas masalah. Jika Anda siap untuk membantu, langsung balas email ini ke rullyanugraheni76@mail.com  karena tidak ada waktu lagi yang dapat disia-siakan. Silahkan juga hubungi saya di +447513385090 atau +447045725313 atau +447031821633


INI PENTING TOLONG DILIHAT.

Rully A.D.W







:::Kalau korang percaya tak email2 mcm ni??? Siapa yang yang percaya tu memang la....::::

Thursday, July 22, 2010

BAYI AJAIB


LONDON: Sepasang suami isteri kulit hitam terkejut apabila anak bongsu mereka dilahirkan dengan sifat berbeza sama sekali - berkulit putih, bermata biru dan berambut perang.

Selepas diperiksa, bayi perempuan itu, Nmachi Ihegboro (bermaksud Keindahan Tuhan), didapati normal dan bukannya menghidap penyakit albino.

Bapanya, Ben, 44, berkata dia dan isterinya, Angela, amat terkejut dan sekadar mampu memerhatikan Nmachi selepas dia dilahirkan.

Bagi Angela, 35, anak bongsunya itu dianggap ‘bayi ajaib’.

Kata Ben, apabila kali pertama melihat Nmachi, dia bergurau dan bertanya: “Benarkan dia anak saya?”

“Sebenarnya, perkara pertama yang terlintas di kepala ketika itu adalah pertanyaan - di mana silapnya?” 


Cerita selanjutnya klik sini...
kredit myMetro



Wednesday, July 21, 2010

BUFFERED EARNINGS KE 10... HAIRAN KEJAP???

Salam...selamat pagi semua... Mood bermalasan masih ada pada diri ni.. Terasa macam berada di kampung lagi.. Tambah2 sekarang ni tengah hujan lebat kat luar.. Lagi bertambah2 rasa malas ni.

Den cuma nak cerita sikit pasal buffered earning den ke 10 ni... Dah 2 hari duk running kat atas header nun.. Yang lama dah stop tapi belum metered earning lagi.



Den hairan kejap... Yela, sejak akhir2 ni kan den malas nak berblog. berblogwalking dan segalanya.. Sedikit sebanyak trafik blog ni jatuh gedebuk.. Banyak jugak la perbezaannya dulu dan sekarang. Yang menjadi pertanyaan sekarang ni mcmana boleh dapat buffered kalau trafik tak memuaskan???  Selama ni den duk baca entry orang lain jer pasal ni, sekarang den sendiri yang pelik... :P

Walau macamana pun, Alhamdulillah... rezeki jangan di tolak.. So,meh la ramai2 jenguk blog den supaya earning bertambah2 naik.. hehehe...




::::Alya masih duk tidur lena tu... Rasanya macam nak gi join Alya tidur la.. Sambil peluk dia... tengah hujan lebat ni memang syok tidur:::::::


SILA LA KLIK BAWAH NI..TQ

Friday, July 16, 2010

KALAU DAH TERINGIN SANGAT MACAM NI LA JADINYA

Salam...Selamat sejahtera.. Trend tajuk panjang melanda diri den.. Sebenarnya tak tahu nak letak tajuk apa, main hentam jer la... 

Nak tanya ni, kalau anda teringin sgt nak sesuatu apa anda buat?? Mesti usaha sampai dapat kan.. kan... Sama la macam anak dara den sorang ni... Meh tengok apa yang Cik Alya kesayangan den teringin sangat...
 '
'
'
'
'
'
yeahhhh...Alya teringin nak naik walker balik.....Siap terjerit2 sambil tersengih  tu. Alya dah tak naik walker sejak dia dah mula pandai memanjat keluar itu walker.. Jadi disebabkan keselamatan Alya, walker terpaksa disimpan dibilik belakang yang berselerak itu...

Tengok...? Gigih ke tak anak den ni haa... Usaha jugak tu nak masuk.. Walaupun kaki sebelah tersangkut macam tu... Adehh.. sebenarnya memang 2 3 hari lepas saja bagi Alya masuk dalam walker dia balik.. Pastu lupa turunkan balik, letak jer kat bilik belakang aka stor.. Tah mcmana terlupa plak tutup pintu.. Itu yang Alya boleh jumpa walker dia... Nasib baik jugak den perasan dia masuk bilik, jadi den ikut jer dari belakang senyap2... Rupa2nya dia ada agenda tersendiri... :)

 Konon2 muka bangga la ni dapat masuk walker dengan sendirinya.. Padahal kaki tersangkut... Siap control cun bila ibu nya sebut senyum... apa2 jela... 

Bahayakan kalau den tak perasan Alya masuk bilik.. Macam2 boleh jadi..Mujur jgk la den perasan... Tapi den pantau jer dari belakang sambil tengok Alya berusaha naik.. Pastu turunkan balik... Biar la dia lepaskan gian dia sekejap... 




::::::ada satu lagi benda yang dah lama Alya tinggal, tapi den perasan baru2 ni dia macam teringin balik nak mencuba.. tunggu entry berikutnya yer::::


Wednesday, July 14, 2010

CARA LETAK IKLAN NUFFNANG DI SETIAP POSTING

Tutorial ni sengaja den tulis untuk simpanan den.. Almaklum la..den ni selalu tukar template, jadi bila dah kerap sangat tukar template coding2 untuk iklan nuffnang akan menghilang sama... Sebab den masukkan coding iklan nuffnang di antara posting kat template blog.. JAdi asal tukar  template jer, hilang..asal hilang jer tukar template la tu.. :P

Sebenarnya ada 2 cara nak letak iklan nuffnang yang den tahu. Ada 2 cara tu bukan apa, mungkin sesetengah template takder code-code tertentu sebab tu ada tiga. Ini setakat yang den tahu la.. Mana tau kot2 ada lagi sila la share sama2 yer bagi sesiapa yang tahu tu..

CARA PERTAMA
  • First sekali haruslah log in dulu, pastu pergi ke DASHBOARD => EDIT HTML. Kemuadian jangan lupa klik kat kotak EXPAND WIDGETS TEMPLATE.
  • Kemudian tekan CTRL+F , kemudian copy paste code yang dalam kurungan ni kat kotak Find tu  (<data:post.body/> )
  • Akhir sekali salin code nuffnang (Large Rectangle) ka bawah code <data:post.body/>
CARA KEDUA
  • Step pertama sama jer macam atas cuma kali ni kalau tak jumpa code yang di atas cuba cari code yang dalam kotak merah tu...
 tak nampak pandai2 la klik bagi besar ye
  • Kalau dah jumpa code ni copy paste iklang nuffnang sebelum code yang dicari tadi.





 

ASAL BOSAN MESTI TUKAR

Salam...selamat pagi semua... Ini kisah template blog den ni ha. Bila bosan jer tengok template blog ni mesti akan bertukar dalam sekelip mata.. Sanggup berjaga malam semata-mata nak tukar template.. :) ... Nak buat macamana mata ni bukan boleh tengok benda yang sama jer... Mesti bosan.... 

Kalau memula dulu nak tukar template mesti akan fikir berkali-kali sebab dulu setiap kali tukar template widget kesayangan hamba akan hilang sekali, tapi sekarang tak risau dah sebab blogger dah setting baik punya.. widget2 yang ada takkan hilang kalau kita pilih 'KEEP WIDGET' masa nak save template..

Cuma, kalau ada coding widget yang kita masukkan sekali dalam template gerenti hilang.. Yela,kita dah tukar template baru kan, yang lama mesti hilang.. Ada satu lagi yang akan hilang adalah bloglist, tapi bab ni den buat kerja senang jer.. Yang mana blog den follow den akan masukkan balik dalam senarai.. So, takder la risau sangat...


template lama kaler biru.. takder la lama mana pun pakai..adala dalam sebulan dua..

template baru... soft kaler... boleh la.. ni pun tak tahu berapa lama boleh bertahan.. :P

Tuesday, July 13, 2010

KISAH PERGADUHAN TOM JUARA MyStarz LG

Salam semua... tetiba kisah Tom atau nama betul Raja Farah Afzal Raja Ikram menjadi hangat kelmarin gara-gara pergaduhan di tepi jalan. Hangat memang hangat.. Den sendiri pun tak kenal siapa Tom ni sebab den tak layan MyStarz LG tu..

Semalam baca kat mymetro, den tak faham jalan ceritanya... Berbelit-belit. Agak-agaknya penulis pun pening kes diorang ni. Tapi bila baca Kronologi Pergaduhan Tom-Keluarga Mangsa kat Murai.com.my baru la boleh faham..


Tak tahu pihak mana yang benar dan pihak mana yang salah.. Den cuma kesian mangsa yang baru lepas bersalin tu jer.. Masih dalam pantang anak sulung dan sepatutnya berehat tanpa pikir masalah... 


Nak tahu cerita selanjutnya boleh pergi kat link Kronologi Pergaduhan Tom-Keluarga Mangsa dan Adik Mangsa Dedah Mesej Dari Tom.

Monday, July 12, 2010

SEPANYOL JUARA PIALA DUNIA 2010

Akhirnya tamat sudah perlawanan akhir Piala Dunia 2010 di mana Sepanyol berjaya menjadi juara dengan mengalahkan Belanda awal pagi tadi. Dengan keputusan 1-0 jaringan gol oleh Andres Iniesta pada minit 116 akhirnya membawa Sepanyol menjuarai Piala Dunia 2010.

Hohohoho... sekali lagi ramalan Paul si sotong kurita tepat dan selamat untuk tidak dijadikan santapan istimewa penyokong2 Spain.... hahahaha....


Harap2 lepas Piala Dunia 2010 ni berakhir takde la lagi yang bangun lambat yer... Dan takde la lagi yang mengantuk bila ditempat kerja... Ahaks.... :)

BELANDA VS SEPANYOL & PAUL VS MANI

Selamat awal pagi semua.. Tahu ramai yang tak tido lagi ni.. Dan yang pasti ramai yang tak online kot gara-gara nak tengok final World Cup kan, sebab rasanya ramai yang suka melepak kat kedai2 mamak atau sekarang ni dah duk depan tv.. Lebih kurang setengah jam jer lagi perlawanan akhir antara Belanda vs Sepanyol akan bermula...

Encik Fauzi pun siap pesan suruh kejutkan dia jam 2.30 am nanti.. Tak pernah2 layan WC, tetiba tadi pesan suruh kejutkan.. Pelik pun ada. Malas nak kata apa makanya jap lagi den kejutkan la En. Fauzi.. :)

Den sebenarnya bukan peminat bola.. Lebih2 lagi En.Fauzi.. Tu yang den heran kenapa tiba2 bila dah final dia nak tengok..hehe.... Ni mesti ada kaitan dengan pertandingan yang kami join masa pi melawat Menara Alor Setar tempoh hari..

Agak-agak kan ramalan binatang mana yang tepat ye.. Adakah Paul si sotong kurita ataupun Mani si burung nuri... hehehe...

Paul pilih Sepanyol

Mani lak pilih Belanda

Moga2 takder la yang taksub sangat dengan ramalan/tilikan si sotong dgn si burung ni.. Tak baik tau.. Setakat suka2 takperla...




Friday, July 09, 2010

KALAU MACAM NI HARI-HARI PENAT OOO NAK MENONYOH....

Sengaja buat tajuk panjang lagu tu... Sebab memang betul kalau hari-hari kejadian yang sama berulang.. Penat ooo nak menonyoh (sental)... Apa ke hal pulak ni?? Biar la gambar saja yang bercerita... Huhuhu...




p/s: Selamat menyental la wahai puan Zie..... :P

STATUS TERKINI HADIAH GIVEAWAY


pic google

Salam semua... pekabar? Sihat ker... Dah lama rasanya tak buat entry utk blog ni kan .. Tu pun adala entry2 giveaway yang sengaja den masukkan dalam blog ni yg sepatutnya masuk dalam blog lagi satu.. Tulis entry giveaway tu pun copy paste dan curi2 time tulis. Sebabnya nak memenuhi ruang kosong blog ni sebab tak terupdated.. Sekurang-kurangnya terupdated la jgk dgn entry giveaway kan... Huhuhu...

Terlebih dahulu den nak mintak maaf sangat kat pemenang2 giveaway den sebelum ni iaitu Nida, ieyza, cicakgirls, zhet, aiyu esa dan nuraarin-life sebabnya status hadiah kalian masih berada dirumah den..
 
Belum sempat nak dipos... Busy sangat2... Dengan Alya yang makin banyak ragam dan tak boleh berenggang langsung, asyik nak nangis ja.. Pastu dengan urusan2 penting sejak 2 3 hari ni kejap ke pejabat lawyer, kejap ke bank, kejap ke situ, kejap ke sinun... Sampai aktiviti berblogwalking jugak terkandas.. huhuhu..
 
Adehhh..memang busy sangat sampai terlupa nak pos hadiah yang sedia berbalut tu... Sorry sangat2 yer.... InsyaAllah akan den pos secepat yang mungkin... Dah pos nanti den emailkan tracking number ke email masing2 ye.. Sekali lagi den mintak maaf yer..

Thursday, July 08, 2010

CUTE BABY WITH TOY

 
 
Organized by : 

Sposored by:

Gambar yang dipertandingkan
'
'
'
'

NUR ALYA ADRIANA AHMAD FAUZI 
11 BULAN 10 HARI

Teruja sungguh den nak join contest ni.. Sebenarnya contest ni ada season2 dia tau... Yang ini season 3... Yang lepas2 tak layak join sebab yg pertama dulu Alya takder baju biru.. Yang kedua lak, Alya tak makan coklat... Sebab tu tak join.. Tapi kali ni nak join jugak,kebetulan ada gambar yang rasanya mcm sesuai.. Tau tak kenapa den teruja nak masuk contest ni??? Sebab hadiah kiut kat bawah ni...

 Tapi paling-paling teruja sebab hadiah grand finalnyer... GRAND PRIZE for FINALE SEASON are 3D2N FULL PACKAGE @ REDANG/LANGKAWI ISLAND & 70PCS 4R SIZE PHOTO SPONSORED BY MALINASIAM.COM


Wednesday, July 07, 2010

NisaChoc Giveaway

Huhuhu..jangan marah arr... Lagi2 entry giveaway.. memandang blog ni dah lama terupdated terpaksa la den updated pasal giveaway yang den join.. Kali ni nak join giveaway kat bawah ni plak..

NisaChoc Giveaway
organized by: sudah semestinya tuan blog ini
duedate : 8 Julai 2010

memandangkan den ni penggemar coklat, harus la wajib den join walaupun last minit.. hehehe.. Nak join jugak?? Apa lagi klik link kat bawah ni.. Jangan malu2..sempat lagi kalau nak join tuh..



Happy Birthday to Me’ Giveaway

Happy Birthday to Me Giveaway

lagi nak join giveaway
tarikh tutup giveaway ni 7.7.2010
hari ni la.. harap2 sempat lagi nak join
meh tengok syarat2nyer

  1. Add blog ni : http://blog.beba-anas.com kat blogroll in your sidebar..
  2. Then buat satu entry pasal giveaway ni..
  3. Make sure dalam entry tu korang tepek banner kat atas tu..yang ada muke awek kiut tu… :p and linkkan ke entry giveaway ni: http://blog.beba-anas.com/contest/happy-birthday-to-me-giveaway dan jugak link ni: http://heartbeat.my/?rid=2571 sebab hadiah tu will be ordered kat situ nanti..
  4. Owh..jangan lupa jugak tepek and linkkan banner tu ke entry ni kat sidebar korang ek..
  5. Then, seperti mana giveaway2 lain..silalah tinggalkan link entry korang kat comment box ye…
  6. (Optional) Sila lah follow my google friend connect ye..jikalau sudi..kalau tak sudi takpe..still qualify untuk giveaway ni.. :D
  7. Giveaway ni akan berakhir pada 07.07.10.

GIVEAWAY at F.O.S

GIVEAWAY at F.O.S
organized by : FIRDANII ONLINE SHOP
duedate : 8 Julai 2010

Giveaway ni ada 2 kategori..
kalau nak tau apa kategorinya
sila la klik link kat bawah ni 

komen/pendapat:
design blog kiut simple dan tak la semak sangat mata memandang
cuma kan sidebar kiri dan kanan tu kalau diseimbangkan lagi kemas
kan..kan..? :)
bab barang yang dijual
memang best..
lebih2 lg hanmade bag tu
cantik2 belaka..
kalau ada ongkos yg lebih teringin jugak nak beli..

Sunday, July 04, 2010

MOHD, ZIANA ZAIN JUARA MENTOR 4

Tahniah untuk Mohd dan juga mentornya Ziana Zain sebab menjuarai Mentor musim ke- 4 yang baru sahaja melabuhkan tirainya sebentar tadi..

Mohd memang disebut2 untuk menjadi juara untuk musim ke 4 ni. Dan akhirnya dengan markah 71 mata, Mohd mengalahkan Adi, Dayang Nurfaizah (62 mata) dan Nani, Azmeer (51 mata).

Bila dah menang ni jadi la OKB sekejap sebab Mohd memenangi hadiah yg bernilai 100k..

Sebenarnya bukan la layan sangat Mentor ni tapi dah kebetulan duk tengok tv, layan jer la.. :)

Friday, July 02, 2010

PANTANG MASUK DAPUR

Ada sorang budak ni memang pantang masuk dapur.. Ada jer kerja dia nak buat..Tersangat la rajin... cuma belum pandai memasak jer.. Kalau dah pandai gerenti huru hara dapur ni.. Hehehe...

Budak bertuah ni memang tak makan saman..
Ibu dia duk tegur..buat dek je..(mana la dia tau makna marah kan)
Tau apa dia buat?? Tengok gambar bawah ni


Memunggah plastik di dalam plastik...
Abih penuh satu dapur dengan plastik..
Selagi tak habis memunggah selagi tu dia keluarkan
siap posing dengan bergaya sekali..

lagi di tegur lagi sakan dia memunggah
yang nak kemas balik si tukang amik gambar ni la aka ibu alya
huhu...
ini baru plastik..
belum lagi pinggan mangkuk dan lain barang yg ada kat dapur tu ha..
nak kena cari penghadang pintu masuk dapur mcm ni..
tak larat ooo nak mengemas..
kadang2 tu biar jer benda yg Alya punggah tu bersepah
bila dah rasa sakit mata memandang baru kemas balik

gambar ni plak mcm biasa bila den sebut
"alya, senyum...senyum..."
huh..nak kata senyum pun tak,sengih pun tak
nampak nganga ja.. hahaha...


Thursday, July 01, 2010

TOP MEMBERS RESULT

Salam & selamat pagi,
Berikut adalah keputusan top member setakat pukul 12tghmalam tadi. Sila semak yer...

Seperti yang telah den maklumkan sebelum ini, hadiah akan diberikan kepada top 5 sahaja. Jadi kepada ieyza, cicakgirls, zhet, aiyu esa dan nuraarin-life.... sila emailkan nama, alamat, no telefon dan jugak alamat blog ke nazfa_fafa@yahoo.com dengan kadar segera.

Kepada Amanina, Honey, as, @e_da dan shidasyakirin.... jangan sedih2 yer... lain kali cuba lagi...Dan insyaAllah ada lagi giveaway akan menyusul selepas ini sebab bulan Julai ni pun ada 2 tarikh istimewa dalam hidup den.

Terima kasih kepada anda2 semua sebab support giveaway den yg tak seberapa ni.. Terima kasih sangat2....



:::::today, kadar caj penghataran pos Malaysia akan naik... :( :::::