"zie, nanti tengok la blog aku"
"wei,hang ada blog tak?? kalau rajin mai la blog aku"
"eh..aku dah updated blog, jom tengok"
"jangan lupa tau singgah blog aku tau"
Dialog-dialog di atas merupakan antara pesanan teman-teman yang telah mempunyai blog peribadi suatu ketika dulu. Terus terang aku katakan aku tak tahu apa itu blog. Dan aku tak tahu bagaimana kehidupan seorang blogger yang sebenar-benarnya. Tak pernah pun aku tanya teman aku ketika itu apa itu blog? Bagaimana nak menjadi seorang blogger?? Yang aku tahu hanyalah Friendster, My Rakan, Tagged, My Space dan yang terakhir Facebook. Itu sahaja yang aku tahu.. Terasa betul-betul seperti orang yang ketinggalan keretapi masa tu.. Hahaha..nasib keretapi dan bukannyer komuter ker lrt ker... kalau tak lagi jauh aku ketinggalan ke belakang....
pic from uncle google
Tambahan pula masa tu, aku baru sahaja mendirikan rumah tangga.. Talian internet?? Non ado.. Bukankah talian internet itu penting bagi seorang blogger??? Masa tu rumah pun masih kosong, takder perabot, kabinet dan segalanya.. Tak pernah pun terpikir nak pasang talian internet . Takder dalam budget semasa atau jangka panjang. Yang ada dalam kepala otak masa tu just nak penuhkan rumah.. Konon2 kalau sesiapa datang takder la malu sangat sebab rumah kami ketika itu umpama rumah org bujang sahaja.. Kosong...
Walaupun takder internet, aku masih lagi boleh layari internet melalui handphone sony ericsson yang boleh dikatakan canggih jgk la masa tuh.. Itupun sekadar check kot-kot ada mesej kat Friendster sekali sekala.. Selebihnya check email. Boleh la walaupun sekadar menatap di skrin hp.. Tapi sekarang hp tu dah arwah...
Tak lama lepas tuh, Encik Fauzi beria-ia nak beli laptop.. Aku turutkan sahaja, dalam hati aku berkata boleh la aku menumpang sekaki.. Masa tu barulah boleh online menggunakan laptop yang baru dibeli dan menggunakan handphone sony ericsson sebagai modem..Memula tu terasa semacam membazir ajer,sebabnya masa banyak dihabiskan dengan menghadap game kat Facebook pulak. Alaaa...game yang kebun-kebun tu. Serius,masa tu belum terbuka lagi hati nak tahu apa itu blog dan masih belum tahu hidup seorang blogger yang sebenar walaupun aku rajin habiskan masa untuk melawat ke blog teman-teman.. Sebab aku still kabur bab2 blog ni.. Tak pernah nak cari maklumat apa tu blog..
Sampai la satu masa ketika aku ikut Encik Fauzi outstation.. Kata baru kahwin kan.. Mana laki pi mesti nak ikut.. hihihi... Dah nama pun outstation,tinggal pun mesti la kat hotel.. Dan hotel tu plak sediakan perkhidmatan wifi free, jadi harus la guna peluang yg ada sebaik mungkin tanpa membazirkan bil telefon.
Masa tu baru lah terniat di hati nak tahu lebih lanjut mengenai blog. Dengan bijak pandainya mula la aku google "www.blogspot.com" . Itupun aku google berdaasarkan alamat url blog teman yang ada perkataan 'blogspot'. Makanya keluar la website seperti di bawah... Hahaha..pandai tak???
Disebabkan perasaan ingin tahu tu membuak-buak, aku pun beranikan diri ikut step2 yang diberikan, makanya terhasil lah satu blog peribadi milik Encik Fauzi.. Yer..Encik Fauzi punya,bukan aku sebab tak berani nak gunakan nama sendiri masa tu. Tapi disebabkan masih jahil mengenai apa itu blog time tu, blog yang yg telah direka masa tu jadi seumpama tak wujud langsung. Sekarang tak tau apa jadi dah dengan blog tu.. Password pun dah lupa agaknya
Tak lama lepas tuh, aku create blog yg baru atas nama 'Teratak Kasih Zie Fauzi' yang telah bertahan sehingga sekarang. Masa tu aku mula la mencari maklumat bagaimana nak edit blog, nak cantikkan blog dan sebagainya.. Dan blogger yang banyak memberi bantuan mengenai cara mengedit blog adalah
DiRFARA.. Saudara Dir tak jemu mengajar aku yang banyak songeh ni.. Satu2 diajarnya lebih2 lagi bab coding html yang telah berjaya memeningkan kepala budak yang baru belajar ni.. Rasanya masa tu, hari-hari aku start online dari pagi sampai ke malam sebab nak mengedit blog.. Gigih kan aku... Gigih sampai mata naik berpinau.. Dan tak semena-mena, mata aku yang rabun ni semakin bertambah rabun..
Sejak dari hari tuh, aku mula melekat dengan blog ini. Pagi petang siang malam, kalau tak online untuk tengok blog kesayangan ni memang akan buat aku tak duduk diam. Panas punggung dibuatnya.. But, tugas-tugas sebagai seorang isteri yang menjadi suri rumah tangga sepenuh masa tetap tidak diabaikan. Tapi masa tu, aku tak titik beratkan bab entry yang di tulis.. Tulis entry pun hanya sekali sekala, itupun kalau ada mood,kalau takder memang tak berupdated la, kalau berupdated pun entry tah apa2 jer, tak caya??? Cuba korang kaji selidik balik entry-entry yang lama.. Itupun kalau korang rajin la.. Yang diambil berat sangat masa tu hanya rupa paras atau kecantikkan blog ini.. Time tuh,aku just minat benda lip lap lip lap... Gambar kartun,widget yang cute2,jam, dan paling penting lagu.. Lagu mesti best,konon nak menghiburkan tetamu yang datang melawat blog aku . Sekali tengok dah macam blog kanak2 ribena pun ada..
Tapi orang cakap masa akan mematangkan kita.. Yer betul... Setelah hampir beberapa bulan baru aku sedar betapa hodohnya blog aku ketika tu. Sedikit demi sedikit aku edit semula blog ni. Di ubah supaya lebih kelihatan matang, Supaya orang tahu, pemilik blog ini adalah milik seorang wanita yang telah berkahwin.. Time tu aku banyak habiskan masa dengan tutorial2 untuk mencantikkan blog.. Berapa berat blog dan berapa lama masa yg di ambil blog ini utk loading sepenuhnya..Semua tu aku ambil berat.. Buang segala widget2 yang telah meng'slow'kan masa loading.
Dan yang paling penting sejak aku menyertai contest Hidup Berani Untuk Gagal anjuran saudara
Denaihati tahun lepas,lebih banyak ilmu yang aku dapat. Segalanya tentang blog. Kiranya masa tu, makan blog,minum blog, tidur blog, nasib muka aku ni tak jadi macam blog ajer. Sepanjang contest itu berlangsung, aku banyak mencari ilmu tentang blog.. Apa itu SEO?? Page rank??? Google Ranking??? Dan sebagainya... Dengan sedikit ilmu yang ada tu, aku praktikkan dalam blog ini.. Itupun rasanya aku masih perlu lagi banyak belajar..
Semakin hari aku semakin addict dengan blog... Sehari tak online, rasanya macam bertahun.. Wahh...hebat sungguh penangan blog ni kan... Masa tu aku boleh dikatakan fulltime blogger.. Tapi masa tu jer la.. Sekarang dah tak boleh fulltime lagi dah,sebab dah ada anak. Hidup seorang blogger adalah hari2 blog...blog..blog..dan blog... Cuma aku masih belum berkesempatan untuk membeli domain dan hosting sendiri... Niat dihati tu dah ada, cuma belum termakbul sajer.. InsyaAllah, satu hari nanti akan termakbul jgk niat aku tu..
pic from uncle google
Waktu mengandungkan Alya pun, blog jugak yang ditatap. hari-hari.. Bukan setakat time mengandung jer, masa tunggu masa nak bersalin kat hospital pun laptop di bawa bersama gara-gara nak updated blog.. Selagi rasa sakit tak teruk, selagi tu la duk menghadap screen laptop ni.. Lepas bersalin pun macam tu, kalau orang baru lepas bersalin duk rehat tapi aku rehat dengan blog.. hehehehe,,,... tapi tidak la aku duduk,still baring cuma angkatkan sikit kepala katil bagi tinggi.... haaa..sudah..kan dah pecah lobang.. Rahsia berblog time tunggu masa nak bersalin.. hehehehe.. Rasanya tak pernah lagi cerita dalam blog ni kan... Ok, kalau nak tahu cerita betapa addictnya aku dengan blog, tunggu entry hidup seorang blogger seterusnya minggu hadapan.. So,stay tune..
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ini adalah entry khas untuk contest SEO HIDUP SEORANG BLOGGER anjuran saudara Denaihati. Entry ini adalah entry wajib yang perlu dipublish. Jadi segala isi kandungan entry kali ini adalah kisah benar yang berlaku pada diri ini sejak terciptanya blog peribadi TERATAK KASIH ZIE FAUZI . Kisah entry ni adalah bahagian pertama, bahagian kedua akan dipublishkan minggu hadapan. Jadi sila abaikan sekiranya penulisan entry kali ni sedikit skema bunyinyer,, :P
::::::sekadar untuk memeriahkan contest anjuran saudara Denaihati sambil belajar ilmu SEO..nak menang jauh sekali sebab ramai blogger-blogger hebat yang join contest kali ni,jadi GOOD LUCK kepada semua peserta contest seo HIDUP SEORANG BLOGGER:::::::