My blog has moved!

You should be automatically redirected in 6 seconds. If not, visit
http://www.ziefauzi.com
and update your bookmarks.

Thursday, September 30, 2010

FILEM MUZIKAL MAGIKA





SIPNOSIS FILEM MAGIKA
FIlem Magika bergenrekan muzikal dan dan fantasi arahan Edry Abdul Halim yang membariskan ramai pelakon-pelakon terkenal seperti Mawi, Diana Danielle, Ziana Zain, Aznil Nawawi, Fimie Don, M Nasir, Maya Karin, Ning Baizura, Sharifah Amani, Sharifah Aleya, Raja Azura, Fauziah Ahmad Daud, Datuk Jalaluddin Hassan, Nabil, Sabri Yunus, Norman Hakim, Vanidah Imran, Zaibo, Saiful Apek, Adibah Noor.
Filem ini mengisahkan mengenai 2 orang adik beradik iaitu AYU dan Malik menempuh saat duka apabila mereka kehilangan ibu tercinta. Malik tertekan kerana dia berasakan, ibunya meninggal dunia kerana dirinya. Satu petang, selepas bergaduh dengan Ayu, Malik merayau di dalam hutan di kampung neneknya. Kemudian dia tersesat dalam sebuah dunia cukup asing dikenali sebagai Magika. Di tempat itu, dia ditangkap Nenek Kebayan yang mahu memungut air matanya, untuk dijadikan minyak awet muda. Dalam usaha menyelamatkan Malik, Ayu yang mengikutinya ke Magika berdepan pelbagai watak menarik termasuk Badang, Pak Pandir, Bawang Merah, Bawang Putih, Orang Minyak, Naga Tasik Chini serta banyak lagi.

SUMBER : BERITA HARIAN 

Selepas filem Magika ni keluar 23 September 2010 lalu,ramai yang cakap cerita ni best... Bila tengok  trailer filem ni tetiba teruja pulak nak ajak Encik Fauzi pergi tengok kalau berpeluang.. Itu kalau berpeluang la, yela sapa pulak nak jaga Alya kan.. Takkan nak bawa jgk, buatnyer Alya meraung dalam panggung tu tak pasal-pasal  kami kena halau lak..





MACAMANA NAK PASANG BALIK NI????

Tulun...Tulun... Macamana nak buat ni.. Dah 4 hari mencuba,masih gagal nak pasang balik.. Macamana nak buat ni??? Huhuhuhu....

Alkisahnya, pasal anak dara den yg sorang tu ha... Malam Isnin lepas, mintak tolong maktok Alya tanggalkan subang kat telinga Alya tu.. Konon-kononnya nak pakaikan subang yang baru..

Tapi sampai ke hari ni belum berjaya pakaikan subang baru tu kat telinga Alya. Semuanya gara-gara Alya takmau duk diam. Sat toleh sana, sat toleh sini. Bila paksa dia nangis.. Sian la plak... Dah cuba pakaikan time dia tidur, pun sama jugak.. Tak berjaya... Asyik toleh sana sini.

Tapikan kalau tak pakaikan jugak subang tu, nanti 'terkambuih' (lubang subang hilang) rugi oooo.... Sia-sia je Alya nangis bagai nak rak masa gi tindik telinga hari tu..

Sesiapa ada idea tak macamana nak pakaikan balik subang kat telinga Alya.. Dah 4 hari telinga Alya tak bersubang ni. Bila check lubang utk subang tu still ada. Risau kalau tangguhkan lagi lubang tu hilang...


dah biasa tengok dia bersubang, 
bila tak bersubang nampak tak berseri plak anak dara ni...

Tuesday, September 28, 2010

SETELAH SEKIAN LAMA, AKHIRNYA DIA MUNCUL JUGAK

Saja letak tajuk panjang macam tu.. Tengah excited sangat ni. Memang dah lama tunggu,akhirnya dia datang jugak.. :P

Perasan tak kat sidebar sebelah atas sekali, nampak kan ada ads nuffnang duk menari-nari..


 Itu adalah buffered earning yang ke berapa pun dah tak ingat dah.. Sebab dah lama sangat tunggu buffered earning ni muncul.. Yang terakhir hari tu pun lebih kurang 3 bulan lepas kot.. Yang terbaru ni pun malam tadi baru perasan,heran jgk awat dia duk menari-nari tak stop langsung, check kat website nuffnang takdak pun tulis buffered earning. Pagi ni check baru ada buffered earning. Gumbira tak terkata...

Jumlah terkumpul masih lagi RM0.10 sebab rasanya iklan ni baru muncul malam tadi.. Takpe,tunggu sikit masa lagi...

Friday, September 24, 2010

LUKISAN YANG BERNILAI TINGGI

ihikss.... den ada satu lukisan yang tersangat la bernilai pada mata den.. Pelukisnya tak femes mana pun.. Baru nak berjinak-jinak dalam dunia lukisan.. Bagi jer pensil dan kertas pandai la dia lukis.. Tak cantik tapi ada makna yang tersirat.. Meh tengok hasil lukisannya...

'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
apa macam??? cantik tak????
yang tulisan 'alya' kat atas tu den yg tulis tau..

yang ini plak lukisan mural kat dinding
mujur dilukis guna pensil..
boleh la nak tonyoh dengan pemadam

dan ini lah dia pelukisnya
masih muda lagi..
bakat masih boleh diasah lagi kalau dia tunjuk minat yg mendalam..
sekian...



EXCHANGE LINK

Salam... malam tadi tidur lewat sebab gigih nak tukar layout baru untuk blog ni. Jangan pening yer, ini bukan hobi nak tukar2 layout, tapi sebab boring tengok layout yang sama.. Mujur free, kalau berbayar setahun sekali baru tukar kot. Sekarang mula la duk menguap tak henti2 sebab mengantuk.

Untuk pertukaran kali ni, den dah buang semua bloglist-bloglist dalam blog ni. Niat di hati nak ringankan blog supaya cepat loading. Kebanyakkan link blog yang berada dalam bloglist den sebelum ni adalah blog-blog yang den follow. Jadi yang mana blog yang den follow tu, den akan ikuti perkembangan anda melalui dashboard. Tapi untuk berblogwalking, sekarang den gunakan khidmat Mister Linky's Magical Widgets 



Jadi kepada anda yang rajin singgah ke blog ni, mohon jasa anda supaya masukkan link anda kat bahagian  tab EXCHANGE LINK di atas yer supaya den boleh berbalas kunjungan melalui Mister Linky's Magical Widgets 



::::::::::khidmat shoutbox untuk blogwalking masih lagi diperlukan::::::: 

 updated : atas nasihat cikmin, den tak jadi la nak buang widget bloglist.. huhuhuhu... nak add balik.... :P



Wednesday, September 22, 2010

KES BUNUH SYAFIAH HUMAIRA, PEMANDU TEKSI DIHUKUM GANTUNG

Akhirnya... kes kematian arwah adik Syafiah Humaira memdapat pembelaan apabila si pelaku yang membunuh adik Syafiah Humaira dijatuhi hukuman mati selepas didapati bersalah...


SHAH ALAM: Pemandu teksi, Mohd Fazli Azri Jamil dijatuhi hukuman mati selepas didapati bersalah membunuh anak teman wanitanya yang berusia tiga tahun pada Februari lalu.
Hakim Datuk Moktaruddin Baki, ketika menjatuhkan hukuman, berkata mahkamah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan terhadap kes pendakwaan. Ibu tertuduh yang terlalu sedih dengan keputusan itu terus menerpa ke arah tertuduh selepas mahkamah ditangguhkan dan meraung sebelum pengsan kerana terlalu sedih. 
Mohd Fazli, 28, didakwa membunuh Syafiah Humaira Sahari di padang bola sepak Jalan Utama, Kawasan Rumah Murah, Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali pada 6.30 petang 25 Februari lalu.:- Berita Harian Online

UNTITLED

Salam....
Wahh..berhari-hari baru nak updated blog..Sebenarnya start hari Isnin dah mula berblogwalking..  Sekadar silent reader jer.. Mood nak updated blog masih lagi terumbang-ambing.. Gara-gara bercuti makan angin lama sangat. Bila habis cuti mood makan angin masih ada lagi..

Entry ni ditulis pun sekadar nak bagitahu yang den dah online semula.. Hehehe...

Sekarang ni lebih utamakan anak dara den yang semakin banyak akalnya.. Sejak dua menjak ni asyik nak merajuk ja.. Ada jer benda yang tak kena. Benda yg dipegang jatuh, nangis.. Ibu nya buat kerja nangis... Serba serbi nak nangis ja.. Tak layan, pandai pulak merajuk pergi jauh2... Alahaiii...anak dara sorang ni...

 ini budak bukan mau tunjuk bontotnya yang cekci.. 
tapi tengah merajuk sambil peluk kusyen
nangis sampai merah mata,hidung,mulut...



::::: agaknya kenapa yer, kerap sangat Alya nangis sekarang ni::::::::::

Wednesday, September 15, 2010

WARIS EMPAT MANGSA BUNUH JALANI UJIAN DNA

Salam semua,
Sejak beberapa hari ni kecoh kes kehilangan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan 3 individu yang lain. Kemudian disusuli dengan penemuan kereta Datuk Sosilawati dan peguam yang dilaporkan hilang sehinggalah berita tentang penangkapan suspek dan juga penemuan mayat yang telah dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai. Memang kejam perlakuan pembunuh tersebut, kesian keluarga mangsa yang tak sempat untuk beraya bersama. 

Namun di sudut hati den ni masih mengharapkan mayat-mayat yang dibakar itu bukan mereka. Dan sudah pasti keluarga mangsa juga mengharapkan perkara yang sama selagi keputusan DNA tidak keluar walau pun bukti2 yang ditemui kuat mengatakan mayat2 yang dibakar adalah mangsa yang hilang sejak 30 Ogos lalu. Berikut adalah keratan berita yang diambil dari Berita Harian Online



" KUALA LUMPUR: Waris keempat-empat mangsa bunuh dan bakar di Banting, Selangor menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi membantu mengenalpasti identiti mangsa di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini hari ini. 

Kesemua mereka termasuk ibu pegawai bank CIMB Noorhisham Mohammad, 38, Satinah Mokhtar, 50-an dilihat berada di HKL sejak jan 1 tengah hari sebelum meninggalkan hospital itu satu setengah jam kemudian ditemani anak bongsunya,

Azlan Shah Aziz, yang juga adik tiri Noorhisham berlainan bapa, serta seorang anggota keluarga mangsa yang tidak dikenali. Turut kelihatan salah seorang anak perempuan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya. 

Kesemua mereka sebelum itu dilihat memasuki Balai Polis Dang Wangi dengan disertai isteri Noorhisham, Suzana Radim Pangat, 38, kira-kira tiga jam untuk memberi keterangan berkaitan hal peribadi mereka bagi membantu siasatan.

Sementara itu malam ini difahamkan merupakan malam terakhir kenduri tahlil diadakan di rumah Noorhisham di Taman Seraya, Ampang sejak Ahad lalu. ......."
Berita seterusnya.... ( klik sini )

Tuesday, September 07, 2010

KERETA DATUK SOSILAWATI, PEGUAM DITEMUI

SUBANG JAYA 6 Sept. - Siasatan kes kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya menunjukkan perkembangan apabila kereta milik beliau dan peguamnya ditemui di dua lokasi berbeza malam ini.

Kereta BMW milik Sosilawati, 47, ditemui di Pangsapuri Angsana USJ1 di sini diikuti kereta milik peguamnya di sebuah kawasan perumahan berhadapan Dorsett Hotel Subang Jaya.

Difahamkan, seorang peniaga yang mengecam nombor plat kereta Sosilawati menerusi berita di televisyen melaporkan penemuan itu kepada pihak polis pada pukul 9.30 malam.

Peniaga itu menonton berita mengenai kehilangan jutawan itu yang turut mendedahkan nombor plat kereta yang dinaikinya dan apabila dia turun ke bahagian bawah pangsapuri berkenaan selepas itu, dia nampak kereta dengan nombor plat sama ada di tempat letak kereta di bahagian hadapan pangsapuri tersebut lalu melaporkannya kepada polis.


Cerita selanjutnya klik link bawah

Sumber : Utusan Malaysia Online



:::::::::: Sebelum ni terpikir jugak apa dah jadi dengan Datuk Sosilawati dan 3 individu yang lain.. Kemalangan kah mereka, tapi bila kereta dah ditemui,kepala duk pikir lain pulak.. Mudah-mudahan takder apa2 la yang jadi kat diorang:::::::::

Monday, September 06, 2010

ALYA TINDIK TELINGA

Sabtu dan Ahad lepas balik kampung sebelah abah Alya kat Pendang.. Saja nak bersahur dan berbuka puasa kat sana sebelum raya menjelma. Sebab tahun ni raya pertama beraya kat rumah Maktok Alya sebelah ibu dulu. Bila balik sana, ibu Alya ni teringin sangat nak tengok telinga anak daranya bertindik. Jadi semalam pergi pekan Pendang cari kedai emas untuk tindik telinga Alya.. Sekali tindik untuk dua belah telinga RM8 saja. Ibu Alya budget dalam RM12..

 Muka budak yang akan ditindik telinganya. Ceria bukan main. 

Siap posing2 depan kamera dengan abah lagi..

Proses menindik bermula. Time ni Alya dah mula naik heran..
mesti dalam hati duk kata
'awat la makcik ni duk conteng telinga cheq'

Masa sembur ubat kebas,Alya dah mula tak mau duk diam.
Kejap toleh kanan,kejap toleh kiri..
Bila ubat kebas tu kena telinga dia
Terangkat-angkat bahu,tahan sejuk kot..

Time nak menindik ni lagi la Alya takmau duk diam
Jenuh umpan dia macam2 benda
Tapi dia tak layan..Dia nak tengok jgk pistol tindik tu.. 
Tapi berjaya jugak tindik

Pas kena tembak sebelah telinga 
Alya nangis kuat gila.. 
Satu kedai emas tu dengar suara dia..
Pastu tangan dia duk pegang2 subang yang baru tindik
Ibu Alya kat atas tu dah gabra dah
Takut Alya tarik subang tu..

Pujuk2 sampai Alya diam n tenang semula
Baru tindik sebelah lagi..
Tapi masa tindik telinga lagi sebelah abah yg pegang
Ibu Alya kena sembur ubat kebas kt telinga
Sebab bila Alya tengok org lain yg pegang telinga dia meronta-ronta takmau..
Proses untuk tindik telinga sebelah lagi sama la macam 
gambar-gambar kat atas
Meraung toksah cakap la..kuat sangat..
Tapi bila balik rumah,Alya macam biasa ja..
Macam dah lupa apa jadi sebelum tu..


DATUK SOSILAWATI HILANG

Pagi tadi pergi kedai nak beli barang dapur,terdengar makcik-makcik,pakcik-pakcik duk bercerita pasal orang hilang. Mulanya tak dapat tangkap lagi,bila tegok surat khabar,kebanyakkan muka surat pertama tulis pasal Datuk Sosilawati hilang secara misteri.. Baru la dapat tangkap apa yang diorang cerita. 
Sebelum tengok surat khabar tu memang tak tahu langsung pasal perkembangan ni, sebab tak tengok berita pun malam tadi.. Sebab time tu dalam perjalanan balik dari kampung ke rumah.. Sampai2 jer terus penat..Online pun tak... 
Zaman sekarang ni macam2 boleh jadi.. Tambah-tambah lagi bila seseorang tu bergelar jutawan. Moga Puan Sosilawati dan yang lain2 yang terlibat selamat dari sebarang musibah..  
 Link berita kehilangan Datuk Sosilawati


Thursday, September 02, 2010

"CINTA YANG MEMBUNUH" - KLIP VIDEO YANG MAMPU MENITISKAN AIR MATA

Jumpa klip video ni kat facebook.. Sedih...Tak pasal-pasal air mata mengalir.. Video klip ni di edit oleh seorang OKU, memang meruntun jiwa bagi sesiapa yang tengok.. Dalam klip video ni juga diselitkan nasihat yang berguna buat kita semua.. Sama-sama la kita hayati klip video ni.





TERBABAS

pic by: Google

Ini bukan kisah kereta terbabs masuk sungai yer.. Gambar kat atas tu pun hasil carian google, dan bukan kereta kami.. Terbabas yang dimaksudkan ialah terlepas bersahur.. Huhuhu... Pagi tadi untuk kali kedua, den dengan En.Fauzi terlewat bangun bangun untuk bersahur.. Sempat minum secawan air coklat Rxlite jer.. 

Kira ok sikit sebab sempat minum secawan air, kali pertama terbabas sebelum ni tak sempat suap apa pun ke mulut.. Sebab sedar-sedar jer dah pukul 6.30 pagi.. Nak kata tak kunci jam,dah set alarm kat handphone.. Bukan sekali tapi 5 set 5 kali berbeza time 5 minit.. Dah nak jadi kan. Ingatkan dah tak jadi mcm ni dah,rupanya hari ni jadi lagi.. Nasib jgk dah niat awal.. 

Masa kali pertama hari tuh,bila petang jer kami berdua dah lembik sikit.. Takder tenaga... Mintak-mintak hari ni boleh bertahan.. Amin... Part paling best... setakat hari ni puasa den belum bocor lagi.. Mudah-mudahan puasa tahun ni penuh...