My blog has moved!

You should be automatically redirected in 6 seconds. If not, visit
http://www.ziefauzi.com
and update your bookmarks.

Sunday, October 31, 2010

RINDU-RINDUAN JADI KENANG-KENANGAN

Selamat petang... Hari ni online live dari rumah mak den menggunakan Penang Free Wifi.. Rumah mak tok Alya ni takder line streamyx dan takder modem broadband.. Makcik-makcik Alya selama ni online pakai Penang Free Wifi.. Best jer..sebab menjimatkan... Tak payah keluar duit bayar bil..

Tengah duk curi-curi pakai laptop mak ngah Alya, sempat la godek-godek gambar lama dalam ni.. Tetiba rasa rindu pulak bila tengok gambar-gambar kt bawah...






Gambar Alya masa dalam pantang...Gambar2 ni takder dalam simpanan den. Makngah Alya jer yg ada... Rindu betul kenangan time Alya kecik.. Rasa sekejap sangat masa berlalu..

RAHSIA SUBUR DAN GEBU

memang cantik dan gebu Maizawati ni....

Sejak akhir2 ni,dah jarang sangat beli paper sebab jimat lagi bila baca berita online... Cepat dan menjimatkan.. Hari ni tengok Metro Online, terberkenan la plak cerita pasal Maizawati kongsi rahsia kesuburan dan kegebuannya itu... Meh baca.... 

KUALA LUMPUR: Kegebuan dan kemampuannya memiliki ramai anak mungkin dicemburui wanita lain, tapi semua itu tidak datang bergolek.Sebaliknya, Maizawati Zainal, 35, yang namanya tersohor dek kontroversi dengan bekas suaminya, Akhil Hayy, mengamalkan enam petua bagi melengkapkan impiannya menjadi wanita ‘sempurna’ di mata lelaki. Menurut Maizawati atau lebih mesra disapa Maiza, petua utama adalah berpantang selepas melahirkan anak kerana percaya proses berkenaan dapat memulihkan tenaga dan memelihara kecantikan-METRO ONLINE

Cerita selanjutnya, sila-sila la rajinkan diri tengok laman Metro Online...

Petua-petua Maizawati :
1. Amalkan berpantang
2. Amalkan makan makanan panas
3. Makan jamu serbuk
4. Minum air akar kayu
5. Elakkan minum ais dan minuman berkarbonat selama setahun
6. Minum madu setiap pagi dan malam


 bagi sesiapa yg nak subur dan gebu macam Maizawati ni, sila la amalkan petua-petua di atas


::::::::::::den pengguna tegar air sejuk walaupun air kosong::::::::::::::::

Friday, October 29, 2010

MAYAT BERLIPAT DALAM BEG


Apa la nak jadi... Nyawa manusia zaman sekarang macam dah takder nilainya.. Bunuh sana sini... Hari -hari boleh dengar macam cerita ni.. Itu yg dilaporkan dalam frontpage surat khabar, belum lagi termasuk kes2 yg tak dilaporkan di akhbar.. Rasa macam negara kita dah tak selamat la plak..
KUALA LUMPUR: Seorang remaja perempuan dipercayai dibunuh sebelum mayatnya disumbat ke dalam sebuah beg pakaian dan dibuang di belakang sebuah bengkel kereta di Ukay Perdana, Hulu Klang di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Abdul Jalil Hassan, berkata mayat remaja tanpa identiti yang dipercayai berusia belasan tahun dan berpakaian lengkap itu ditemui oleh seorang pekerja bengkel berkenaan kira-kira 3.30 petang."Pekerja tersebut yang menunggang motosikal melalui lorong bersemak itu terjumpa sebuah bagasi besar sebelum bertindak menendang-nendang beg tersebut. Curiga dengan berat beg, dia kemudiannya membuka beg berkenaan sebelum terlihat mayat mangsa.- Berita Harian Online

Cerita selanjutnya boleh tengok kat Berita Harian Online


::::::tetiba teringat pulak kes kematian arwah adik Nurin Jazlin:::::::





Thursday, October 28, 2010

DEMAM... DEMAM... DEMAM...

Buah hati pengarang jantung den demam...Dah lama Alya tak demam2 mcm ni sebab Alya jenis susah dapat penyakit tapi kalau dah berpenyakit tu memang susah nak baik.  Awal pagi kelmarin masa nak mandikan Alya dah perasan badan dia panas... Tapi Alya aktif macam biasa. Lepas siap mandikan Alya, siap2 pakaikan baju semua terus gi klinik sebab bawa Alya gi checkup 15 bulan... Tak kena cucuk pun, mai buat pemeriksaan biasa jer...


Petang kelmarin baru nampak Alya tak berapa nak aktif... Macam tak larat jer dia... Mujur jgk la malam dia tidur lena. Pagi tadi bangun, nangis2...pas kena nenen tidur balik sampai la sekarang.. Badan masih lagi panas. Ubat dah dipaksa makan,kepala dah bertampal dengan kool fever. Tapi panas badan tak kurang2.

Risau jgk bila demam panas tetiba macam ni, sebab kawasan tempat tinggal den ni memang banyak kes demam denggi. Check jugak badan Alya kalau2 ada bintik-bintik merah ka... Tapi takder... Selain daripada bintik merah tu,apa lagi yer tanda demam denggi???? Bukan mintak Alya kena demam tu, memang mintak sangat2 dijauhkan la cuma sebagai langkah berjaga2. Tambah2 tinggal kat kawasan yg memang banyak kes ni...

 bear a.k.a bebi (bahasa Alya) yang sentiasa jadi peneman ketika tidur.
Cepat2 la sihat yer anak ibu.. Susah hati pulak tengok duk bertampal2 ni...

Tuesday, October 26, 2010

PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI

Rentetan daripada kisah dugaan seorang ibu berkaca mata, maka terjadilah entry seperti tajuk di atas.... Hehehehe... Yang patah tak tumbuh pun, hilang? takder benda yang hilang.. Cuma yg patah tuh dah berganti..

Semalam,selepas sedar Alya patahkan spek mata, den terus sms Encik Fauzi bg tau hal tuh.. Pastu Encik Fauzi balas " xper, nanti kita beli lain".... hairan bin pelik sekejap... Bukan apa biasanya,kalau bagi tau pasal benda2 rosak ni mesti kena soal siasat terlebih dahulu. Tapi semalam takder langsung pertanyaan siapa buat, macamana leh jadi mcm tu, kenapa biar jadi mcm tu... Tetiba jer rasa... wahhh...baik sungguh hubby den,tak tanya apa terus jer ajak buat spek lain... ni yang buat sayang lebih ni... hehehehe....

Jadi semalam lepas maghrib, kami 3 beranak pun pergi la Bukit Jambul kompleks, sebab sana pun paling dekat dan banyak pilihan kedai cermin mata... Nak gi jauh2 nanti sampai, kedai pun dah tutup..

Pergi kedai focus point, memula cadang nak repair ajer.. Tapi salegirl tu cakap dia tak janji sama ada boleh repair atau tidak sebab tangkai spek tu dah patah terus dan dia cakap nak hantar spek mata tu pi supplier.. Maybe makan masa nak siap.. Pikir2 terus cadang tukar bingkai baru, sebab den ni bukan boleh hidup tanpa spek mata... Bingkai baru,cermin lama... Ok la tu,save budget sikit... Lagi pun cermin ni baru jer buat bulan 3 hari tuh... Harga bingkai RM300 lebih jgk la,tapi dah ada diskaun dapat la RM150.. Tu pun mintak kurang...

Apa yg penting sekarang, mata den sudah berspek mata kembali dengan bingkai yg baru... Kali ni kena lebih berhati2, sebab Alya dah tunjuk minat dia pada bingkai cermin mata yg baru ni... Hehehehee..

 bingkai cermin mata yang lama

 bingkai cermin mata yg baru.
ambil yg jenis takder bingkai keliling cermin
salegirl tu pesan kena hati2 dgn bingkai jenis ni
katanya jenis ni lagi mudah nak patah...
huhuhu


Monday, October 25, 2010

DUGAAN SEORANG IBU BERKACA MATA

Bila seorang ibu berkaca mata dan ada anak kecil seusia Alya, pasti akan berhati-hati bila bersama simanja untuk mengelak sebarang kerosakkan pada spek mata. Tapi dalam berhati-hati tu, mesti akan terlepas pandang jugak sekejap..Akibatnya,spek mata akan jadi seperti gambar dibawah.....


Sedih betul tengok spek mata den ni dah cacat tangkai sebelahnya. Yang buat lagi bertambah sedih spek mata ni baru je buat.. Tak sampai setahun pun lagi.. Kalau setakat tangkai tu tercabut boleh hantar kedai skru balik. Tapi yang ni dah patah terus.. Tak boleh buat apa selain buat yang baru... 

Aduhaiii... nampak biasa jer spek mata ni tapi harganya RM500 jugak.. Mahal kat cermin sebab power mata den ni boleh tahan jugak banyaknya.. Dah sama banyak dengan belanja makan untuk sebulan tuh.. Bagi yg kaya RM500 ni apa la sgt kan, tapi bg kami banyak tuuuu....

Kejadian tangkai spek mata patah ni terjadi pagi tadi... Sementara tunggu Alya bangun tido, den pun tumpang lelapkan mata sekejap. Letak la spek mata ni kat kepala katil.. Bila tersedar jer dlm setengah jam lepas tuh, tengok Alya duk sengih2 sambil pegang spek mata den... Memang time tu dah patah, tah masa bila Alya terjaga dari tido pun tak perasan, sebab biasanya bila Alya bangun tido, dia akan cari ibu dia dulu.. Tapi kali ni dia cari spek mata ibu dia dulu... Huhuhuhu....

Jadi oku sementara la den ni... Sebab takder backup spek mata, contact lens pun dah lama tak pakai... Masih boleh nampak, cuma kabur banyak... Macam tengok bentuk muka orang boleh nampak lagi tapi mata,hidung, mulut nampak kabur... 




::::::abah, ibu nak cancel beli makeup baru, spek mata lagi penting.. boleh kan???::::


Saturday, October 23, 2010

SUKA SUKI

Saja suka suki nak upload gambar budak bertudung tapi seksi kat bawah ni. Bukan senang nak ambil gambar Alya bertudung sebabnya,bila pakaikan tudung, tak sempat nk ambil gambar dia dah buka tudung tu..

 seriusnya,boleh buat gambar pasport ni...

 alamak, nampak ketiak masham....


 notty face...sebenarnya ni muka bila ibu suruh senyum
mcm ni la jadinya..


 kan dah cakap, bertudung tapi seksi...


ohhh...ini lagi seksi.. tudung dah mcm mak datin dah.
baju dah naik sampai ke paha..
muka tu dah macam orang bersalah la plak....


:::::entry bergambar untuk hari ni.::::::


Thursday, October 21, 2010

ROZALIYA DITEMUI - LARI TAK MAHU NIKAH

Memula dapat tahu kisah Rozaliya hilang ni, ada terpikir jugak adakah kes Rozaliya ni akan sama dengan kes Sosilawati.. Namun mintak dijauhkan la benda2 tak elok macam tu. Dah tu bila si emak Rozaliya ni buat kenyataan kat akhbar bahawa dia mencurigai bakal menantunya atau tunang si Rozaliya ada kena mengena dengan kehilangan Rozaliya ni, den pun terpikir kemungkinan juga dia terlibat..

Tapi bila akhbar hari ni menceritakan yang Rozaliya dah ditemui dan dia mereka cerita diculik, buat hati rasa marah pun ada... Sepatutnya benda2 macam ni tak perlu la dibuat main-main. Setiap masalah ada penyelasaian. Duduk berbincang elok2.. Tapi tu la, mungkin sebab bakal pengantin ni masih muda, dia tak dapat nak fikir sebaik-baiknya.. Last2 buat cerita seakan-akan dirinya diculik, kalau kena culik betul2 mcmana???? Apa2 pun diharapkan masalah diorang ni cepat2 la selesai... 


KUANTAN – Misteri kehilangan bakal pengantin yang dijangka berkahwin 12 November ini, Rozaliya Mat Lazim, 20, akhirnya terungkai apabila dia ditemui bekerja di sebuah kedai serbaneka di Changkat Bukit Bintang, Kuala Lumpur petang semalam.Gadis itu bekerja di situ sejak dua hari lalu dan menyewa rumah bersama beberapa rakan berhampiran kawasan Bukit Bintang. Sebaik sahaja polis Kuantan menerima maklumat awam mengenai kehadirannya di kedai itu, mereka menghantar beberapa orang anggota untuk menahan gadis itu dan membawanya pulang ke Kuantan malam tadi. Rozaliya memberitahu Kosmo!: “Saya tidak mungkin bersama dia lagi (tunangnya, Mohd. Helmi Mohd. Noor). Saya ingin bina hidup baru, apa yang sudah berlaku biarlah berlalu.’’- Kosmo Online

Monday, October 18, 2010

KALAU DAH PEREMPUAN TU,PEREMPUAN JUGA LA.

Huhh..tajuk bukan main lagi.. Mesti ada yang salah sangka ni... Takder apa la... Cuma ni kisah anak dara den aje... Cuba tengok gambar bawah ni... Apa yang lain sangat kat muka Alya...


Nampak tak apa yg lain dlm gambar atas ni??? Apa??? Tak nampak... Tengok gambar bawah ni plak.. Gerenti nampak...


Muncungnyer mulut.. Awat tu?? Mulut Alya penuh dengan lipstik la...Mujur la ibu Alya ni tak suka pakai lipstik merah menyala,suka pink kaler sajer... Kalau tak habis mulut budak ni kaler merah... Dah la lipstik ni ibu baru beli. Tak sampai sebulan pun pakai,habis lingkup dikerjakan anak dara ni... Huhuhuu....



 Mekap ibu kat atas ni pun habis hancur berderai dikerjakan dek Alya. Ibu punya la berjimat pakai,dapat kat Alya,dalam masa 5 minit jer hancur...



:::::::abah, ibu nak lipstik n mekap baru boleh????? ::::::

STATUS GLITTERATI HILANG ANGKARA ABG HIJAU?????

Cuba baca tajuk kat atas tu??? Hilang sebab si abg hijau (ads innity)??? Ya ampun...ada ker ads hijau tu kat blog ni...??? Dulu ada jgk apply dengan innity ni tapi syarat tak cukup... LAst sekali lupa macam tu jer..

Ingat tak entry apa salah kami ni??? Lepas tulis jer entry tu, ambil masa 2 hari baru hantar tiket pertanyaan kat nuffnang. Kenapa 2 hari?? Sebab terasa hati dengan nuffnang yang tetiba tarik balik status glitterati. Kira makan hati berulamkan jantung jgk la 2 hari tu,... Meh tengok jawapan yang pihak nuffnang bagi..


"Glitterati membership is an automated process. It's given automatically to a blogger's account if all his/her blog(s) registered with us serve Nuffnang ads publicly at all times and none from our competitors. In addition to that, the registered blog(s) should also be active and has at least 1 visitor in each day or else our crawler will mark it as a spam blog and this will affect your membership status. Should your blog be free from any conflicting activities, you'll receive your Glitterati membership in 4 days time.

Your blog http://fztogether.blogspot.com/ was detected with ads from Innity on it recently. Kindly remove it and you'll be Glitterati in due time.
Cheers,
Robb Chew
Blogger Relations Executive

Nuffnang Sdn Bhd

www.nuffnang.com.my"


Alasan yang pertama tu memang boleh diterima pakai lagi.. Den memang ada 1 lagi blog dibawah 1 akaun nuffnang yang tak berapa kencang trafiknyer.. Sebab blog tu pun blog untuk join contest atau giveaway semata-mata. Tak pernah promote pun link blog tu.. Dan link blog tersebut juga sudah diremove.. Tapi status glitterati tak juga kembali.

Cuma yang menjadi kemusykilan di hati, bila pihak nuffnang cakap ada iklan dari Innity... Terpinga kejap,sebab duk memikir bila plak la aku pasang iklan hijau tu... Tapi check jugak,mana la tau kot2 den ada tercopy paste artikel dari akhbar online yg ada iklan hijau tu... Tapi script ads hijau tak jumpa pun... Dah belek satu2,memang takder... Sekali lagi bertanya dalam hati,apa salah kami.?.. huhuhu... Pastu memang merajuk terus dengan nuffnang... Dah berapa hari tak buka akaun nuffnang utk check trafik dan lain2..

Tapi semalam, tetiba rasa macam nak tengok trafik blog melalui nuffnang analytic.. Bila buka je website nuffnang, mata tertumpu kat bahagian atas kat profile tu.. Senyum kambing sekejap... Dalam hati,.. 'yess... status geli-geli dah mai balik'... Gumbira rasa hati tak terkata.. Jumlah BE pun dah kembali kepada asal.. Cuma ralat sikit la,sebab sepanjang minggu lepas,trafik blog ni ada kencang sikit... Tapi disebabkan status geli-geli hilang,iklan BE pun malas nak tergedik-gedik kat sini... So,kesimpulannya earning BE untuk minggu lepas tiada sebarang peningkatan... 

Apa yang penting,status geli-geli sudah kembali.. Terima kasih nuffnang... Lain kali jangan buat den merajuk lagi tau... Sakit jer hati ni tengok status ordinary tu... Hehehe... 




:::::::Semalam ramai juga yang buat entry mengenai satuts geli-geli tetiba hilang.. kenapa..apakah..mengapakah jadi macam tu??? Agaknya nuffnang ada masalah teknikal kot:::::::::::::::



Sunday, October 17, 2010

YALAL CHIN MENIGGAL DUNIA

Salam takziah untuk keluarga pelakon arwah Yalal Chin di atas kehilangan orang yang tersayang. Al-fatihah...


"ALOR GAJAH: “Kehilangannya memang mengejutkan kerana tiada sebarang pesanan, cuma arwah ada menepuk-nepuk bahu saya beberapa kali sebagai isyarat yang mungkin membawa maksud supaya menjaga diri (dengan baik) jika dia pergi buat selama-lamanya.”
Sebelum itu, Allahyarham diletakkan di bawah pengawasan rapi Unit Rawatan Jantung (CCU) hospital terbabit selepas mengadu sakit dada ketika mengambil wuduk untuk menunaikan solat Subuh di rumahnya pada 3 Oktober lalu.
Suriani yang menetap di Bandar Enstek, Sepang, berkata dia tidak memikirkan sebarang perkara sejak arwah dimasukkan ke hospital kerana serangan jantung disebabkan doktor memberikan suaminya ubat hingga menyebabkannya berada dalam keadaan separa sedar.
Menurutnya, arwah bukan koma cuma doktor berbuat demikian supaya dia dapat menenangkan diri sekali gus menurunkan tekanan darah tingginya, selain percakapannya juga tidak lancar.
"Dia (arwah Yalal) adalah seorang suami yang baik kerana kami banyak kenangan indah sepanjang hayatnya. Dia juga diibaratkan sebagai tok guru atau cikgu kerana banyak memberi tunjuk ajar terutama mereka yang aktif dalam bidang teater," katanya ketika ditemui di Taman Paya Rumput Indah, Bertam, di sini." - Harian Metro

Wednesday, October 13, 2010

BILA SI DARA BERAKSI SEPERTI SI TERUNA

 Korang nampak tak apa yang ada di sebalik tv tuh... kalao terer cuba teka... kalau betul takder hadiah... :P

 Tu dia.... nampak dah kan kepala dia... Si dara manis jelita tengah buat apa tu.. Tah apa la yang dia duk godek2 tu...

 Ooooo...nak masukkan bendera kat lubang ariel tu... bijak sungguh anak dara ni... Tapi tah masa bila plak dia ada kat sebelah tv ni...

Sebab tv ni duk atas kabinet.. Sah2 la dia duk memanjat.. Mana dapat idea memanjat pun tak tau... Ni mesti memula dia panjat toy car tu,pastu naik atas meja kopi baru dia naik atas kabinet tv tu.. Bahaya betul la si Alya ni.. Pantang ibu terlepas pandang kejap,ada ja dia nak buat... Baru ke dapur jap,bila ke depan dia dah gelak2 suka atas kabinet tuh...



::::::budak baru nak belajar,ada je dia nak buat,yang penting takleh lalai sangat...:;:::

KELIBAT WANITA KENDONG ANAK

Kelibat wanita berpakaian putih sambil mengendong anak melintas secara tiba-tiba. Erkkk...tetiba naik pula bulu roma ni... Misteri sungguh.. Tapi betul ker... Kelibat wanita kendong anak dan berpakaian putih dikaitkan dengan kemalangan ngeri sehingga menyebabkan 12 kematian Ahad lalu... Baru baca artikel ni kat Kosmo Online... Apa2 pun yang terjadi tu pasti ada hikmahnya...Segala apa yang terjadi dah ketentuan-Nya. Semoga keluarga2 mangsa ni tabah.


"KUALA LUMPUR - Kelibat wanita berpakaian putih sambil mengendong anak melintas secara tiba-tiba di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Tol Simpang Ampat, Alor Gajah di Melaka kini dikaitkan dengan kemalangan maut yang berlaku Ahad lalu.
Tinjauan Kosmo! mendapati ada antara pemandu bas ekspres dan pengguna jalan raya yang selalu menggunakan laluan itu mendakwa kawasan berkenaan 'keras' dan kerap dikaitkan dengan elemen-elemen mistik.
Ada yang mendakwa melihat kelibat wanita itu melintas jalan dan ada yang melihatnya duduk di tepi jalan terutama pada waktu malam.
Ia menyebabkan ramai pengguna jalan raya terpaksa membrek mengejut sehingga ada yang gagal mengawal kenderaan yang dipandu." :- Kosmo Online




Tuesday, October 12, 2010

APA SALAH KAMI :(

Hati terasa sangat gundah gulana bila check earning untuk buffered earning yang terkumpul semalam. Sekali tengok terkejut beruk den sebab jumlahnya lagi kurang berbanding hari sebelumnya... Bila diteliti betul-betul rupa-rupanya status 'geli-geli' dah jadi ordinary... Sejak bila tukar pun tak tahu. Tak puas hati,cari punca kenapa status boleh bertukar tapi tak jumpa... warghhhhh...rasa mau nangis... earning tu banyak tau berkurang.. Apa salah kami??? 




:::: kalau status 'geli-geli' tu dapat balik, earning sebelum ni boleh dapat balik tak????????? ::::::

Sunday, October 10, 2010

KOLEKSI GAMBAR PRA-PERKAHWINAN DATUK DR SHEIKH MUSZAPHAR SHUKOR & DR HALINA

Wedding of the Century antara Angkasan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr Harlina Mohd Yunos akan berlangsung beberapa jam jer la.. Mesti bakal pengantin yang sama cantik, sama padan, sama bijak  ni berdebar-debar menunggu detik untuk mereka diijabkabulkan. Majlis perkahwinan mereka ini akan disiarkan di slot Nona pada pukul 2 petang ini. 

Tak sabar nak tengok, tapi hari dah rancang nak ke rumah seorang teman kerja Encik Fauzi.. Entah sempat ke tidak nak tengok... Kalau tak sempat tengok kat rumah tengok kat handphone je la dalam kereta,itupun kalau dapat siarannya...

 sama cantik, sama padan dan sama-sama bijak

 berseri-seri bakal pengantin ni

 dah macam cerita donggeng pulak gambar ni

 gambar simple tapi tetap cantik

 kenangan photoshoot diorang...



Saturday, October 09, 2010

KAMI LARI DARI RUMAH

Kelmarin tepat pukul 6.00 petang kami sefamily lari dari rumah.
Sehelai sepinggang jer. Just bawa duit dan kad pengenalan diri.

Kami lari sebab asap yang menyesakkan nafas kami tiga beranak..
Jabatan kesihatan mai sembuq asap halau nyamuk kat
tempat tinggal kami.
Sebab kat apartment kami ni ada kes demam denggi lagi..
Tak habis-habis dengan kes ni..

Kami tiga beranak lari pi Taman Metropolitan Relau.
Tempat kami laki bini selalu dating sebelum kelahiran Alya.
Alya dah lahir pun still lagi suka pi dating bertiga kat sana.. :P
Sebab seronok layan Alya main mainan kat sana...


 sampai jer sana,anak dara ni nak sangat panjat tangga

 pas panjat tangga,gigih pulak budak ni daki bukit. dari bawah sampai atas dia daki sendiri tau
tanpa bantuan,ibu cover jer bahagian belakang, takut nanti Alya tergolek jatuh bawah plak

 apa la 2 beranak ni duk tengok. khusyuk habis

 ibu dan anak main buai sama2,. si ibu terpaksa lunjur kaki macam tu 
sebab buai tu rendah sangat :)
(dah nama pun taman mainan kanak2,mesti la rendah..yang mak budak pi turut serta apa hal)

payah betul nak suruh budak ni bergambar sambil senyum..
mahai betul senyuman dia...

Friday, October 08, 2010

BERUK YANG RAJIN

Memula jumpa video ni kat facebook yang dikirim oleh Oh! Media. Pastu cari la la youtube sebab nak embed kat sini. Bila tengok boleh hilang tension den ni haa... Gelak tak ingat dunia dah. Alya tengok pun dah naik heran. Apasal la ibu abah dia duk gelak sakan. (tengok video ni dengan Encik Fauzi). Tapi serius memang syok tengok video ni.. Cute ja beruk tu pakai baju dengan aksi2 lawak lagi...



Thursday, October 07, 2010

KEMBALI BERSIARAN

Dua tiga hari ni mood nak berblog tiada.. Sebab tu la non ado entry baru. Yang ada pun entry yang dipublish semula. Recycle entry.... Mood berblog hilang ke mana tah, tak dapat pulak nak cari... :D

Ni sebab gara-gara penyakit lama datang menyerang... Tekanan darah rendah... Pening, badan terketaq-ketaq, kaki jejak lantai pun tak merasa, bila berdiri rasa nak melayang jatuh ja... Last sekali, tidur je la...

Mujur jgk la Alya tak berapa meragam... Sambil baring tuh,boleh la tengok-tengokkan Alya... Dan Alya la orang paling seronok sebab ibu tengok je apa dia buat, ibu dia kan tak larat nak bangun marah2 ke apa..

Tu sebabnya habis semua barang dalam kabinet tv dia punggah... Dengan segala cd,dvd,gambar2 dalam album habis keluar... Berselerak barang2 tu semua kat hall. Tu belum lagi kat dapur dgn bilik.

Ibu dia yang pening ni lagi la bertambah pening... Disebabkan tak larat nak bangun,den biar je la apa dia nak buat... Janji dia tak nangis....

Dan Alhamdulillah, hari ni den dah kembali bertenaga... Pening sikit2 tu masih ada lagi,tapi tak la seteruk 2 3 hari lepas...

Wednesday, October 06, 2010

Domain FREE untuk dimenangi


Wahhh!!! Dahlia dan iHosterz bergabung tenaga menyediakan  
Giveaway Special: Domain Percuma 
untuk blogger. 
Memang menarik! Semestinya saya turut serta, 
siapa takmau barang FREE beb!

Nama Domain pilihan saya ialah : fztogether.com

Saya pilih fztogether.com kerana itulah nama link url dari mula berblog sehingga kini.
Sebutannya pun dah kira sebati dengan jiwa.
F untuk Fauzi dan Z untuk Zie.

Dahlia dan iHosterz patut menaja domain tersebut untuk saya kerana 
dah lama sangat berhajat nak ada domain sendiri. 
Lagipun siapa yang taknak barang free kan.. 
Save sikit budget. Hehehehe



Friday, October 01, 2010

UDANG LIPAN, MASAK APA SEDAP

Udang lipan @ udang getak @ udang ronggeng yang Encik Fauzi bawa balik semalam. Banyak jugak. Disebabkan sepanjang umur hidup den ni tak pernah tengok udang jenis ni, walaupun pernah dengar namanya jadi terpikir-pikir la apa den nak masak guna udang ni. 

Encik Fauzi suruh goreng macam biasa jer. Tapi bagi den takkan nak goreng ajer, udang besar-besar macam ni nikmat ker kalau goreng ajer..?? Hehehe....  Bila google resipi udang ni tak banyak la pula yang ada. Kalau buat masak lomak cili api sodap tak??? :D

::::::::::sapa-sapa ada resipi yg best tak nak masak udang ni.. share la yer:::::::::::::