Salam...
Kejadian hari Ahad baru ni.. Selepas Asar petang tu, kami 3 beranak cadang nak pergi pekena laksa janggus kat Balik Pulau. Kemudian bawa Alya ke taman mainan.. Kisah bermula, bila En.Fauzi melakukan serang hendap kat bahagian bonet kereta. Apa yang diserangnyer?? Serang lipas dengan spray racun serangga, sebab sebelum ni terperasan ada sekor dua lipas duk bermastautin kat bonet. Entah dari mana datang pun tak tau.
Disebabkan salah strategi buat serang hendap sebelum bertolak pergi, makanya dalam perjalanan ke Balik Pulau berlaku la kejadian huru hara dalam kereta bila ada 2 ekor lipas yang En. Fauzi terlepas pandang berlari mencari kawasan selamat untuk dijadikan tempat tinggal yang baru..
Den yang penakut dengan lipas ni mula la terjerit-jerit kegelian bila lipas lalu kat kaki., merayap di belakang badan, atas kepala... Sambil meriba Alya, den duduk mengcangkung atas seat.. Boleh bayangkan tak macamana keadaan den dengan Alya masa tu?? :) Sila bayangkan ok...
Apa jenis manusia la takut dengan lipas ni.. Hehehe... Den tak takut, geli saja, tapi masa kejadian tu perasaan takut turut ada.. Sampai senak perut, dada pun sakit dah macam kena serangan sakit jantung. Hehehe... Alya yang mula2 duk pot pet pot pet pun tersenyap sebab tengok ibu dia duk jerit2 macam histeria. Dia pun dah nampak macam cuak sikit... Takut tengok keadaan ibu dia masa tu. Sikit jer lagi nak nangis... :)

Disebabkan tak tenang nak drive, En.Fauzi pun berhentikan kereta kat tepi jalan untuk melakukan serang hendap buat kali kedua... Den yang berkaki ayam sebab tak sempat pakai kasut terus keluar dari kereta sambil dukung Alya.. Pas setel semua baru la tenang duduk dalam kereta.. Pastu pakat lawan gelak pulak kami laki bini bila teringat peristiwa tadi.
Sampai je kat Balik Pulau dah lewat, orang pulak ramai, nak beli laksa terpaksa berbaris panjang.. Last2 kami bungkus je makan kat rumah.. Pergi taman mainan pun tak jadi sebab dah lewat sangat... Ini semua angkara lipas.. huhuhu...
::::::siapa penakut dengan lipas, boleh la geng dengan den yer...::::