My blog has moved!

You should be automatically redirected in 6 seconds. If not, visit
http://www.ziefauzi.com
and update your bookmarks.

Friday, December 31, 2010

JAWAPAN TEKA TEKI DAN NAMA PEMENANG

Salam..

Tidur malam tadi masih terasa seakan berada di resort yang kami tidur malam sebelumnya. Bila celik mata, rupanya dah ada kat rumah daa..

OKlah, tak mau celoteh banyak, nak terus bagitau jawapan teka teki sebelum ni. Nak tau ke mana kami pergi? 

Dah nama pun percutian tak dirancang dan dalam kategori percutian bajet, kami tak pergi jauh pun.. Kami pergi negeri berjiran jer. Tapi best dan berbaloi.. Meh tengok jawapannya...
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
PULAU PANGKOR, PERAK

Cerita pasal percutian lain kali la den cerita yer. ekarang ni den nak umum pemenang. Sebenarnya giveaway ni tak berapa ramai yang join, mungkin sebab lepas buat entry tu den terus tutup laptop dan tak promote.. Tapi takper, giveaway kali ni ada 3 orang pemenang. Jawapan yang diorang bagi ni sengaja den tak publish awal2. Saja nak bagi suspen sikit..Pemenang adalah


So, kepada nama diatas.. Sila email nama,alamat dan contact no ke nazfa_fafa@yahoo.com yer.. Harap korang sudi la terima hadiah yg tak seberapa tu dari kami yer..

TEKA TEKI TAMAT

Selamat malam...

Entry ni cuma nak inform secara rasminya teka-teki kat entry sini telah tamat. Jawapan yang diterima selepas entry ini tersiar tidak akan diterima lagi.

Den dah ada pemenangnyer. Siapa? Tunggu entry seterusnya. Nak tidur dah ni.. Penat bercuti masih terasa.  Good night...

Wednesday, December 29, 2010

MALAM JUMAAT

Salam..

Nak tanya ni, apa korang buat pada malam Jumaat lepas??? Wahhh...soalan... boleh bikin panas ni.. Takpe2.. Sila jangan jawab yer.. Simpan jer apa pun jawapan anda tu dalam hati ekk.. Soalan suka suki jer tuh..

Ni nak cerita aktiviti kami tiga beranak pada malam Jumaat lepas.. Aktiviti kami adalah menghabiskan duit di Pesta Pulau Pinang.. Sebenarnya, tak banyak pun duit yang habis sebab tak shopping apa2 pun kat sana. Den cuma menyusahkan tauke2 karpet dan cermin dengan bertanyakan harga dan tawar menawar dengan tauke2 tersebut. Tapi tak beli pun.. Mesti marah giler tauke2 tu semua.. :)

Sebenarnya niat di hati memang nak beli tapi den tunggu hari2 terakhir Pesta Pulau Pinang tu. Sebab orang cakap, orang cakap ok, bukan den yang cakap, hari2 terakhir boleh dapat murah lagi. Dan tahun lepas pun kami pergi shopping saat terakhir, harga memang boleh dapat murah dengan syarat pandai tawar menawar.

Tunggu la malam Jumaat akan datang ni, mesti kami pi shopping barang untuk penuhkan rumah satu lagi. 

Bila dah tak shopping, malam Jumaat tu kami habiskan masa di bahagian permainan. Tapi tahun ni tak teringin pun nak main permainan2 yang gayat tu. Just main mainan untuk kanak-kanak jer sebab temankan Alya.. Alya kan tak pandai main sendiri2 lagi.. :)

Alya dalam dakapan ibu. Naik euro wheel. Alya tak gayat, tapi ibu dia yang ketaq lutut.. 

Mainan ni nama apa tah.. Berpusing2 dan kejap naik, kejap turun. 

Alya naik kuda ditemani abah..

Ok,sekian sahaja cerita malam Jumaat kami. Jangan marah noo...

Tuesday, December 28, 2010

SLOT AKASIA : TIRAMISU



Ohhh..cerita baru dalam slot Akasia tv3 dah start kelmarin.. Tapi lupa tengok sebab busy yang teramat. Nanti macam biasala, khatam kat TONTON online. :) Bila mau khatam tak tahu la sebab mungkin sekarang ni den dalam perjalanan ke........ :) Lepas balik dari bercuti nanti baru nak khatam kot.

Berdasarkan sipnosis Tiramisu ni, rasanya macam syok jer cerita ni. Salah satu sebab ada Mia Sara Nasuha yang comel.. Memang wajib tengok nanti. Jom layan sipnosis certa ni.


SIPNOSIS CERITA TIRAMISU DALAM SLOT AKASIA TV3

TIRAMISU mengisahkan cinta antara dua insan yang sudah berkawan rapat di zaman sekolah, Melur (Sharifah Amani) dan Dani Mirza (Pierre Andre). Walaupun Dani seorang pelajar lelaki yang popular dan diminati oleh ramai pelajar perempuan tetapi Melur yang baru berpindah ke sekolah tersebut tidak meminati Dani seperti pelajar lain. Ini membuatkan Dani ingin mendampingi Melur dan berkenalan dengannya.

Sebenarnya, Melur mempunyai masalah keluarga kerana abang iparnya seorang kaki judi. Malah, Melur sering diganggu oleh pemiutangnya dan Dani telah menyelamatkannya. Sejak itu, Melur dan Dani mula berkawan. Terdapat keserasian antara Melur dan Dani tetapi mereka tidak memikirkan soal cinta kerana usia masih muda.

Dani menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang Chef Pastry walaupun ibunya, Puan Gai (Sheila Mambo) mengharapkannya menjadi seorang peguam yang berjaya. Melur sentiasa memberi sokongan kepada Dani dan mencadangkannya supaya memujuk ibunya dengan membuatkan kek Tiramisu. Akhirnya, Puan Gai mengalah dan menyokong cita-cita Dani.

Sebelum Dani menyambung pelajaran ke London, Dani berjanji sekiranya mereka masih bujang pada usia 28 tahun, dia mahu mengahwini Melur. Melur terharu. Mula-mula, mereka masih berhubung melalui emel. Lama-kelamaan, mereka terputus hubungan dan membawa haluan kehidupan masing-masing.

Beberapa tahun kemudian, Dani telah kembali ke tanah air sebagai Pastry Chef terkenal di London. Dani bercadang untuk membina empayar di Malaysia. Selain itu, Dani juga mahu mencari Melur namun kecewa kerana Melur telah berpindah. Lyana (Tania Hudson) yang meminati Dani sejak zaman persekolahan masih terpikat dengannya dan menaruh harapan supaya Dani akan jatuh cinta dan mengahwininya suatu hari nanti.
Dani dan Melur pernah berselisih beberapa kali tetapi tidak pernah bertembung muka. Suatu hari, Dani terserempak Melur bersama seorang budak perempuan, Ayesha (Mia Sara Nasuha).

Dia berasa kecewa kerana menyangka Melur telah berkahwin. Sebenarnya, Melur berkorban untuk keluarganya selepas kakaknya bercerai dan bekerja di Singapura.

Sejak itu, Melur bekerja di kedai bunga dan menjaga anak saudaranya, Ayesha. Walaupun Dani dapat tahu bahawa Melur masih bujang tetapi Faris (Zain Ruffedge) tidak pernah berputus asa untuk memikat hati Melur telah mengaku dirinya sebagai teman lelaki Melur. 

Sekali lagi, Dani memilih untuk mengundur diri. Masih adakah jodoh untuk Melur dan Dani? Apakah yang akan terjadi kepada mereka? 

PELAKON : Sharifah Amani (Melur), Pierre Andre (Daniel Mirzan), Adik Mia Sara (Ayesha), Tania Hudson (Liana), Shiela Mambo (Puan Gai), Rahhim Omar (Pakcik Sam), Zain Ruffedge (Faris), Faizal Yusof (Alias), Dira Abu Zahar (Intan) dan Azzam Zamani (Nik).

Sumber: budiey.com


p/s: Kalau rasa cerita ni best, jangan lupa tengok setiap hari Isnin hingga Khamis jam 6.30 petang.

MAI TEKA CEPAT.. SIAPA BETUL DAPAT HADIAH

Salam.. dan selamat pagi..

Kami 3 beranak tengah bersiap-siap nak pergi bercuti ni. Percutian tak dirancang dan juga percutian dalam kategori bajet. Boleh macam tu... Tak kisah la... Yang penting, kejap lagi kami akan bertolak ke tempat yang dituju..Teruja sebab ni first time kami pergi bercuti luar dari Penang bertiga sahaja. Biasanya pergi beramai-ramai dengan sedara mara yang lain.

Sebenarnya entry ni boleh dikatakan sebagai entry giveaway. Sebab den dengan rendah diri nak bagi cenderahati dari tempat percutian kami nanti. Berapa orang pemenang??Belum dapat ditentukan lagi. Tengok keputusan selepas kami balik dari bercuti. Bagaimana nak join? Just jawab soalan kat bawah ni. Simple jer..

Soalannya : 
Dimanakah destinasi percutian kami 3 beranak bermula 28hb Disember sehingga 30hb Disember 2010

Klu:
Luar dari kawasan Penang

Syarat-syarat penting
Mesti mempunyai blog dan frofil diri. Cik/Puan/Encik annonymous tidak dibenarkan join. Setiap seorang cuma perlu teka sekali sahaja.Tinggalkan jawapan anda dan link blog anda dibahagian komen entry ni yer. Tak perlu susah payah buat entry ok,just tinggalkan jawapan di entry ni. Untuk berlaku adil, jawapan anda tidak akan den publish sehingga ke tarikh tutup.

Tarikh tutup
30hb Disember 2010 tepat jam 11.59pm
3 hari jer tau

Hadiah?
Cenderahati dari tempat percutian kami. Rasanya takder la mahal sangat. Ikhlas dari kami bertiga..

Contoh jawapan
Korang kena bagi jawapan yang tepat tau. Contohnya macam "Bukit Bendera, Penang"
Boleh???

Balik dari bercuti nanti, den akan umumkan siapa yang dapat teka dengan betul. Mungkin dalam masa 3 hari mendatang ni tak der entry baru. Kalau ada pun mungkin autopublish.Jadi sila la rajinkan diri anda untuk singgah ke sini walaupun takder entry.. :)


Monday, December 27, 2010

SELAMAT PAGI

Salam..

Tetiba gatal tangan ni nak menulis entry pepagi macam ni. Bukan apa, kejap lagi nak keluar pergi hantar makcik Alya aka adik den daftar masuk UITM. Tak jauh pun.. Kat Merbok,Kedah saja. Dekat jer dengan rumah kami kat Sungai Petani tu

Disebabkan kami nak ke sana jap lagi, tu rajin nak buat entry pepagi ni sebab tak boleh blogwalking. Mungkin sampai ke petang tak boleh online. Sebab lepas tu nak gi beli barang pulak. Barang untuk apa? Barang untuk esok? Kenapa dengan esok? Tunggu jer la entry khas pagi esok. Heheehe... Suspen jer kan. Memang esok akan ada entry khas terutama untuk my follower.. Khas untuk anda.

oklah..Jumpa petang nanti yer. Untuk entry khas tu tunggu jer pagi esok. Pagi ni takmau monday2 blues yer..

Sunday, December 26, 2010

KEPUTUSAN TERKINI PIALA AFF SUZUKI 2010- MALAYSIA VS INDONESIA

Baru 20 ke 30 minit sampai rumah di Penang dari rumah di Sungai Petani. En.Fauzi bawa kereta macam pelesit sebab nak kejar tengok Siaran Langsung Piala AFF Suzuki 2010. Perlawanan antara Malaysia dengan Indonesia.

Sampai jer terus on tv. En.Fauzi layan la perlawanan bola tu berdua dengan Alya di separuh masa kedua. Yang pertama tak sempat tengok. Den pulak layan blog. Sambil tu intai2 jugak bila En. Fauzi jerit 'gol'.... Setakat ni Malaysia dah 3 gol dan Indonesia belum pun pecah telur. Tersenyum bangga jugak la, walaupun den bukan peminat bola sepak.


updated terkini :


Malaysia - 3
Indonesia - 0



Saturday, December 25, 2010

KEPUTUSAN PENUH ANUGERAH SKRIN 2010

Lupa sangat2 malam tadi ada siaran langsung untuk Anugerah Skrin 2010. Tak tengok pun sebab malam tadi pergi Pesta Pulau Pinang. Nak kena tengok kot2 ada siaran ulangan kat TONTON. Bawah ni ada keputusan penuh Anugerah Skrin 2010.

Kategori Filem
Filem Terbaik: Muallaf
Pelakon Lelaki Terbaik Filem: Bront Palarae (Belukar)
Pelakon Wanita Terbaik Filem: Sharifah Amani (Muallaf)
Pengarah Terbaik Filem: Yasmin Ahmad (Muallaf)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Fazura (Pisau Cukur)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Aaron Aziz (Evolusi KL Drift 2)
Lakon Layar Terbaik Filem: Shamsul Yusof (Evolusi KL Drift 2)

Kategori Drama/Drama Bersiri/Drama Komedi Bersiri
Drama Terbaik: Antara Garisan
Pelakon Lelaki Terbaik: Fauzi Nawawi (Sebelum Akhirat)
Pelakon Wanita Terbaik: Norkhiriah (Antara Garisan)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Azma Aizal Yusoof (Antara Garisan)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Fadilah Mansor (Sebelum Akhirat)
Pengarah Terbaik: Murali Abdullah (Sebelum Akhirat)
Lakon TV Terbaik : Shahrul Ezad Mohamedin (Antara Garisan)
Drama Rantaian Terbaik: Nur Kasih
Drama Komedi Terbaik: Simpang 3

Kategori Penerbitan Dalaman
Dokumentari atau Majalah Terbaik: Epik Suatu Ketika (Laskar Senoi) (Astro Prima)
Bual Bicara Terbaik: Isu Khas Gaza Palestin Kami Bersamamu (RTM)
Rancangan Muzikal Terbaik: Anugerah Juara Lagu 24 (TV3)
Rancangan Hiburan Terbaik: Anugerah Bintang Popular
Rancangan Realiti Terbaik: Showdown 2010 Episod 10 (8TV)
Laporan Khas/ Berita Terbaik: Aduan Rakyat Berbumbung Langit (TV3)
Videografi Terbaik: Datang Bulan
Anugerah Yasmin Ahmad: Shaheizy Sam

Sumber : http://beautifulnara.com/


Tadi duk blogwalking cari info pasal Anugerah Skrin 2010, terjumpa la gambar cute 2 beranak 'ADAMAYA' ni. Sorang comel, sorang lagi cantik.. Geram jer tengok...

siap dengan cluth merah kat tangan Mia Sara tuh...

 Gambar sumber dari : http://www.budiey.com/

Friday, December 24, 2010

ALYA DAN DORAEMON PINK

Senyum lebar disamping doraemon pink dia

Salam..

Demam dah lama baik..cuma tinggal batuk2 sikit jer. Tapi bila penyakit malas datang, memang payah nak buka laptop. Jadi, bersarang la blog ni untuk seketika.

Oh ya, Alya dah ada kawan baru. Basikal doraemon pink. Asal celik jer mata terus serbu basikal doraemon tu, padahal malam tadi dah sorokkan basikal tu kat dapur sebab Alya takmau tido malam tadi. Asyik nak berkepit ajer dengan doraemon pink tu. Last sekali bawa sorok, baru mau tido. Pagi ni celik jer mata,pandai pulak dia cari kat mana letak basikal tu..

Agaknya macam tu gayanya bila mainan masih baru. Bila dah lama2 nanti mesti bosan. Silap2 nak tengok pun takmau.. Basikal tu baru jer beli kelmarin. Guna duit income dari nuffnang. Tak banyak pun, tapi boleh la dapat sebiji basikal untuk Alya.



Tuesday, December 21, 2010

ChurpChurp | Social Share » Be part of the Invent Your Own iPad Application Contest and Win! (Preview)





There are 2 prizes up for grabs. Here's how the 2 winners are chosen:

- The best idea (both creatively and technologically feasible)
- The most creative idea (Your idea may be well ahead of the technology that is available today but WOW us and you can still win a free iPad from Maxis.)

FIRST PRIZE : 1 x 3G 64GB Maxis iPad + WIFI Maxis Modem

SECOND PRIZE: 1 x 3G 32GB Maxis iPad + WIFI Maxis Modem
 Contest ends on Friday, December 31, 2010! 


kepada sesiapa yang teringin nak join dan nak menang hadiah sila klik link kat bawah ni yer untuk ketahui syarat-syarat dan cara penyertaan

Be part of the Invent Your Own iPad Application Contest and Win!

 

 

GAMBAR MAJLIS RESEPSI SM NASARUDIN DAN MARION COUNTER




Gambar sumber daripada : Zonartis.com


Majlis resepsi mereka diadakan secara tertutup. Kalau tak salah, tetamu yang dijemput pun tak dibenarkan bawa kamera kecuali jurugambar yang diupah. Itu kalau tak salah la, kalau salah mintak maaf banyak2. Apa2 pun semoga ikatan perkahwinan mereka ni berkekalan hingga akhir hayat.

Monday, December 20, 2010

NAHAS BAS DI CAMERON HIGHLANDS



Korban nahas bas di Simpang Pulai meningkat 28

IPOH: Dua puluh tujuh pelancong Thailand dan seorang rakyat Malaysia terbunuh selepas bas pesiaran yang mereka naiki terbalik ke dalam longkang di Kilometer 15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, jam 11.40 pagi tadi.

Seramai 22 orang mati di tempat kejadian, empat meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital dan dua lagi di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.
Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof memberitahu pemberita di tempat kejadian bahawa bas itu sedang dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands ke Kuala Lumpur kerana rombongan pelancong itu dipercayai akan mengambil penerbangan pulang ke Bangkok.
Katanya siasatan awal mendapati pemandu bas itu hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum bas terbabas ke laluan bertentangan dan terbalik dalam longkang.

Katanya, polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menerima panggilan pada tengah hari telah mengerakkan 100 anggota penyelamat dalam operasi menyelamat.

Rakyat tempatan yang terbunuh itu dipercayai pemandu atau pembantu pemandu bas terbabit.

Menurut sumber Tourism Malaysia pula, seramai 44 pelancong Thai menyertai pakej pelancongan ke Cameron Highlands menggunakan bas dua tingkat milik San Express Holiday dengan nombor pendaftaran AFX 2266 itu yang didaftar di Perak tetapi berpusat di Changloon, Kedah.
Pengarah Urusan syarikat itu, Sor Eng Hock yang kini berada di Bangkok kerana urusan perniagaan, ketika dihubungi berkata bahawa sebelum ini tidak pernah berlaku kemalangan melibatkan syarikat itu.

"Tak sangka jadi macam ini. Saya tak tahu punca...saya kena balik dan bincang," katanya.

Syarikat yang didaftarkan pada 2007 itu mempunyai enam bas.

Ditanya mengenai bentuk bantuan kepada mangsa, Sor berkata syarikat akan merancang sesuatu.

"Buat masa ini saya amat sedih...saya memang terkejut. Saya tak tahu nak fikir atau buat apa-apa. Tapi kita akan rancang sesuatu untuk mangsa," katanya.- BERNAMA

sumber: Berita Harian Online


::::::: kerap betul la dengar cerita pasal kemalangan ngeri yang melibatkan bas sejak akhir2 ni. Agak-agaknya sebab apa yer.. Mungkin sebab keadaan cuaca negara kita sekarang ni yang kerap hujan kot:::::::

DEMAM SERENTAK DAN TRAFIK MERUDUM

Salam...

Selamat pagi, selamat hari Isnin dan selamat bersiaran kembali buat den sendiri.. :) 4 hari tak online, rindu betul kat blog ni. Tapi nak buat macamana, memang den demam teruk kali ni. Tak mampu nak bangun, asyik tidur saja sepanjang hari.

Dan paling seksa sekali bila den dengan Alya demam serentak. First time kami demam serentak. Mujur jugak la abah Alya tak join sekali. Jadi En.Fauzi la yang banyak layan kami terutama sekali Alya sepanjang kami demam bersama. Kalau nak harapkan den yang tak berapa nak bermaya ni, memang tak terlayan la budak kecik tu. Sekarang, alhamdulillah kami dah sihat walaupun tak 100% sihat.

Tapi kan, dalam tak sihat2 kami ni, sempat lagi kami pergi ke Pesta Bunga kat Botanical Garden Sabtu lepas. Beli pokok dengan pasu, niat dihati nak tanam kat rumah baru kami nanti. Bab Pesta Bunga tu nanti2 la cerita, sebab gambar ada kat En.Fauzi. Tak best pulak cerita tanpa gambar.

Sepanjang 4 hari tak online, memang bagi kesan sangat-sangat jumlah visitor dalam blog ni. Trafik jatuh merudum dan memamg tak boleh nak buat apa dah. So,sekarang ni just kena usaha balik untuk naikkan jumlah visitor macam biasa.




Thursday, December 16, 2010

MAAF

Salam..

Kepala den tengah berdenyut sakit, hidung meleleh tak berhenti, badan panas. So,hari ni tak dapat nak berblogwalking dengan tenang. Maaf kepada sesiapa yang singgah sini tapi den tak dapat jejak balas. On pc ni pun kejap jer. Pasni nak gi selubung dalam selimut balik.

Kalau den dah sihat, den akan buat kunjungan balas. Jangan lupa tinggalkan url yer.. Terima kasih.

Wednesday, December 15, 2010

KANAK-KANAK 4 TAHUN TEMANI MAYAT IBU

Anggota polis  bertanyakan sesuatu seorang kanak-kanak perempuan yang ditemui bersama mayat ibunya

Mangsa dipercayai dibunuh tiga hari lalu

KUCHING: Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun ditemui dalam keadaan letih, kelaparan dan tidak bermaya di sisi mayat ibunya yang dipercayai dibunuh tiga hari lalu di rumah sewa mereka di Jalan Hua Kee di sini, petang semalam. 

Kanak-kanak itu dikatakan tidak makan dan minum dalam tempoh berkenaan selepas ibunya yang berusia 34 tahun mati.Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu, Superintendan Zamani Hamdan, berkata mayat mangsa yang juga seorang ibu tunggal ditemui tuan rumah itu yang datang untuk mengutip sewa kira-kira jam 3.30 petang semalam.

Beliau berkata, tuan rumah itu mengesyaki sesuatu selepas panggilannya di pintu rumah beberapa kali tidak dijawab, selain terhidu bau busuk dari dalam rumah berkenaan.

“Polis yang menerima panggilan daripada orang awam bergegas ke rumah itu dan menemui mayat mangsa yang sudah berbau di atas katil di dalam bilik rumah berkenaan.“

Anak mangsa pula ditemui dalam keadaan lemah dan kelaparan kerana dipercayai tidak makan dan minum sejak tiga hari lalu. Ketika ditemui dia duduk lesu di sebelah mayat ibunya,” katanya ketika dihubungi petang semalam.

Zamani berkata, hasil pemeriksaan awal pihaknya menemui kesan kecederaan di kepala mangsa dipercayai akibat tikaman benda tajam.Berikutan penemuan mayat wanita yang berasal dari bandar Sibu itu, polis menahan bekas suaminya di sekitar bandar Sibu kira-kira jam 4.30 petang semalam, untuk membantu siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Anak mangsa kini menerima rawatan lanjut di Hospital Sibu dan polis masih menyiasat untuk mengenalpasti punca wanita itu dibunuh,” katanya.

sumber gambar dan artikel : Berita Harian Online



:::::macam-macam la sekarang ni.. Rasa Malaysia ni macam dah tak selamat je. Sana sini ada jer dengar kes pembunuhan.. Kesian tengok gambar budak kat atas tu. Baru 4 tahun dan tak tahu apa2 pun lagi. Mesti trauma teruk ni. Tengok muka pun dah cengkung::::::::

Monday, December 13, 2010

INGATKAN ANAK LIPAS RUPANYA....

Selama binatang atas ni datang menyerang di rumah kami, den ingatkan serangga halus tu adalah anak lipas. Selepas tanya mak den,rupanya binatang tu orang panggil pijat atau pepijat atau bahasa orang putih bed bugs.. Serius.. memang den tak pernah tengok rupa paras pepijat selama ni sebab tu den fikir binatang ni anak lipas..

Binatang ni datang menyerang rumah kami sekitar 2 3 minggu lepas. Dah pelbagai cara guna untuk hapuskan binatang ni tapi still ada lagi. Bila google maklumat tentang binatang ni rupanya, pijat ni boleh hidup selama 18 bulan tanpa makanan. Dan bila boleh bertelur antara 5-500 biji seekor..  

Pepijat ni suka tinggal kat ruang sempit mcm celah jahitan selimut, celah tikar, tilam, dan paling pijat ni suka celah-celah katil... Semua ruang2 sempit yang pijat suka tinngsl ni den dah bersihkan. Tapi bila tinggal 2 3 hari lepas tu mesti ada balik.

Makanan pepijat ni adalah darah manusia. Sebab tu bila den bunuh sekor2 pepijat ni keluar darah merah dan keluar bau busuk. Selalunya pepijat ni datang menyerang time awal pagi. Time kami tengah sedap2 tidur. Bila kena gigit dengan pepijat ni terus tak boleh tidur sebab gatal2 satu badan.

Dah dah try hapuskan binatang ni.. Bila dah confirm takder dah, den biar la.. Tapi bila 3 4 5 hari check balik, pepijat ni sudah beranak-pinak. Mak den cakap, kalau pepijat ni dah datang menyerang memang susah nak hapuskan.

So,sesiapa ada cara nak hapuskan pepijat ni selain daripada guna racun serangga atau bunuh sekor2, mai la share dengan kami.. Tidur malam kami dah tak setenang dulu..


Thursday, December 09, 2010

KECEWA SAMPAI TERTONGGENG

Salam..

Lama takder cerita pasal Alya kan. Banyak kisah Alya yang nak diceritakan, tapi kalau asyik bercerita pasal anak dara den tu nanti ada bosan pulak. Sebab tu den selang seli kan cerita yang lain.. 

Pernah tengok tak orang frust sampai menonggeng (betul ker ejaan ni)?Biasa dengar perkataan ni bila berkaitan dengan putus cinta kan. Tapi kes Alya lain sikit..

 Sila abaikan keadaan persekitaran yang berselerak dan Alya yang tak berbaju tu yer.. Ada anak kecik yang dah pandai 'menyimpan' memang macam ni la keadaannya. Alya tu nak mandi sebenarnya, bila dah buka baju laju jer dia lari dari pegangan ibu dia.. Sebab sebelum tu, ibu dia tiba2 kacau dia tgh duk main. Tak puas main la tuh..

Tau tak Alya nak buat apa dalam gambar tuh? Alya tengah cuba nak keluarkan tikar buluh tu. Tapi tak kena gaya, tersangkut pulak kat pintu tu. Cuba punya cuba, tak boleh keluarkan jugak.. Akhirnya jadi la seperti gambar kat bawah  ni...

Haaa... ini la dinamakan frust menonggeng. Frust sebab tak dapat keluarkan tikar tu dari bilik... Menangis sedih betul dengar tau.. Tapi Alya tak perasan ibu dia tengah duk skodeng kat belakang.

Tapi akhirnya dia perasan jugak ibu dia ada kat belakang. Pastu mula la buat2 nangis minta simpati. Hehehe... minta simpati tolong keluarkan tikar tu la.. Bila ibu dia dah tolong keluarkan, dan2 tu sengih sampai ke telinga.. Alahai... Alya...Alya....



::::::gambar kelabu sebab pakai kamera cap ayam jer..boleh la jadi mamarazi Alya kejap::::


Wednesday, December 08, 2010

SIPNOSIS DRAMA HANI DI SLOT LESTARY TV3

Salam,

Malam tadi lupa la nak tengok cerita baru kat TV3, dalam slot lestary tu. Lupa sangat-sangat. Buka tv jer dah nak habis dah drama Hani tu. Lepas tu gigih la cari sipnosis drama ni. Sebab nak tau permulaan ceritanya..

Tajuk asal drama ni adalah SECANKIR KASIH tetapi telah ditukar tajuknya kepada HANI sesuai dengan nama pada watak utamanya yang pada asalnya akan dilakonkan oleh Diana Danielle. Tetapi disebabkan Diana Danielle ada komitmen lain dan terlalu sibuk watak Ummu Hani digantikan oleh Siti Fathia Abdul Latif.



SIPNOSIS DRAMA HANI DALAM SLOT LESTARY TV3

Pelakon : Nur Fathia, Ryzal Jaafar, Siti Fathiyah, Rozita Che Wan, Esma Daniel, Nurul Elfira Loy, Zarynn Min, Airis Yasmin dan Ngasrizal Ngasri

Ummu Hani lakonan Nur Fathia merupakan seorang pelajar Tingkatan Lima yang riang dan cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.

Hani menyimpan cita-cita untuk menyambung pelajaran di luar negara dan mahu menjadi seorang pensyarah.

Irfan lakonan Ryzal Jaafar pula seorang pelajar baru yang berpindah ke sekolah Hani selepas ayahnya, Dr. Adib ditugaskan ke sebuah hospital di Kuala Lumpur.
Irfan menjadi seorang yang pendiam dan gemar menyepikan diri selepas kematian abangnya akibat leukimia.

Kawan baik Hani, Aliah lakonan Siti Fathiyah dan Jalilah cuba mendampingi Irfan tetapi hanya mendapat layanan dingin. Hani mendapat tahu Irfan gemar membaca maka dia mula membaca novel kegemarannya bagi menarik perhatiannya.

Sikap optimis Hani telah mempengaruhi Irfan, dia telah berubah menjadi seorang yang lebih aktif. Hubungan mereka juga menjadi rapat dan Hani mula menyimpan perasaan terhadap Irfan dalam diam.
Hani yang selalu mengalami sakit kepala dan pening telah disahkan mempunyai ketumbuhan dalam otaknya sebelum menghadapi peperiksaaan SPM. Lebih menyedihkan, dia akan menjadi buta selepas menjalani pembedahan otak bagi menyelamatkan nyawanya.

Hani tidak dapat menerima hakikat bahawa dia akan menjadi buta pada usia 17 tahun.Baginya, berita tersebut umpama hukuman mati untuk mengejar cita-cita dan cintanya.

Emosi Ummu Hani tertekan selepas menjadi orang buta. Mariam lakonan pelakon jelita Rozita Che Wan dan Mokhtar iaitu Esma Daniel sekeluarga sering memberi motivasi dan kata-kata semangat kepada Ummu Hani.

Dr. Adib tidak mahu Irfan mengabaikan pelajarannya hanya kerana terlalu ambil berat terhadap Ummu Hani. Dr Adib dan Shafinaz merancang Aliah mendekati Irfan.

Selepas keputusan SPM diumumkan, Irfan dan Aliah berjaya melanjutkan pelajarannya dalam bidang perubatan di luar negara. Akhirnya, Irfan dan Aliah telah berkahwin dan kedua-duanya berjaya menjadi doktor.

Selepas tujuh tahun, Ummu Hani masih menunggu kepulangan Irfan kerana dia dirahsiakan tentang hubungan Irfan dan Aliah selama ini. Ummu Hani telah mendaftarkan diri di Pusat Latihan Orang Buta dan sedang membantu merealisasikan projek Quran Braille.
Takdir telah menemukan Ummu Hani dengan cinta pertamanya, Irfan namun dapatkah Ummu Hani menerima hakikat bahawa kawan baiknya, Aliah telah menjadi suri hati Irfan?
 Siti Fathia Abdul Latif sebagai Ummu Hani


BLOGLIST 2011 .. SELAMAT DATANG TAHUN BARU

Entry tumpang glemer di petang hari.. Tengah bosan ni.. Lagipun bukan selalu, sekali sekala jer.. Siapa nak masuk dalam bloglist terbaru Ben Ashaari? Meh klik sini..  

Terbuka bagi yang berminat saja .. Dan tak kira samada blogger baru atau yang lama. Sesiapa jer boleh join.. Tiada halangan ..Nak tahu maklumat lanjut singgah sini cepat.


Monday, December 06, 2010

KEMPEN CHURP CHURP YANG PATUT JOIN

Sesiapa yang ada akaun churp churp tapi belum join kempen-kempen kat bawah ni, cepat-cepat la join sebelum terlambat yer.. Klik jer mana satu yang anda berkenan..

AirAsiaX New Zealand

CELCOM EXEC

DIGI Youth K-POP Live 

Cepat tau, ada diantara kempen2 kat atas ni dah nak habis dah.. :) 

 

Sunday, December 05, 2010

GIVEAWAY KECANTIKAN #6 | HADIAH TAJAAN

Sapa2 boleh join giveaway ni tak kira lelaki atau perempuan. Jadi meh la kita join ramai2.. Jangan lupa baca dulu syarat2 kat bawah ni yer...


  • mestilah menjadi follower ardinihumaira.com & Suffah Beauty Shop
  • tidak perlu buat special post
  • tinggalkan url blog anda di kotak komen entry ini (contohnya http://abc.blogspot.com)
  • hadiahnya adalah satu sachet daripada mana-mana produk di atas tu untuk seorang. boleh cuba pastu kalau rasa ngam boleh beli sekotak dan berkotak-kotak terus di Suffah Beauty Shop ;)
  • warganegara Malaysia dan beralamat di Malaysia (duk OC tak jadi masalah)
  • tarikh tutup penyertaan adalah pada 6/12/10 jam 2 petang

Jadi sesiapa nak join meh la klik link kat bawah ni yer...

Friday, December 03, 2010

PEACE VERSI ALYA

Salam...

Semalam takder mood nak updated.. Hati tengah bersedih. Hari ni dah ok sikit bila layan kerenah Alya yang dah macam2 sekarang ni.. Pening tapi sedikit sebanyak boleh buat ibu dia ni tersenyum..

Alya sekarang ni dah pandai tunjuk 'peace', flying kiss, give me 5 selain daripada pandai bersalam. Bab bersalam memang dia pandai lama dah.. Meh tengok 'peace' versi Alya.. Versi yang tak de di pasaran...

'peace' Alya lain dari yang lain.. Peace versi empat jari.. Hehehe..dia tak pandai nak buat yang dua jari tu.. Mulut senget2 duk menyebut peace.. Sesiapa yang tengok dia buat peace mesti nak tergelak...

ini pulak fliying kiss dari Alya untuk uncle2 dan untie2 semua.. Terbaik dari ladang.. Bab flying kiss ni Alya memang terer.. Menjadi bila dia buat... 

Setiap malam sebelum Alya tidur, den akan pastikan Alya ucapkan selamat malam sambil kiss pipi dan salam tangan ibu dengan abah. Harap aktiviti macam ni akan berterusan sampai Alya besar. Sebab bagi den ini adalah salah satu aktiviti yang akan mengeratkan lagi kasih sayang antara kami...

Oklah,takder benda nak cerita sangat ni. Layan jela pic Alya kat atas ni yer...


Here I come New Zealand! Awesome adventure awaits! Book your tickets now starting from RM199!


 Nak pi New Zealand tak? Boleh booking tiket kat sini yer













                    

Wednesday, December 01, 2010

KEMENANGAN BERGANDA DALAM MOBS GIVEAWAY

Salam....

Alhamdulillah... rezeki Alya ni... Kemenangan semalam belum buat pun lagi entry, hari dah dapat berita baru, menang lagi giveaway kat Malaysian Online Baby Shops.  Kiranya ni entry sekali gus la... Lagipun dua2 menang dalam MOBS giveaway ni.

MOBS giveaway ni ada hari-hari tau. Kira macam kuiz harian. Tapi pemenang berdasarkan siapa yang terlebih dahulu hantar jawapan melalui email. Kira siapa cepat dia dapat la. Siapa dah menang, boleh join lagi tapi kena berlainan sponser dan setiap sorang hanya boleh menang 3 hadiah sahaja.

Tak sangka 2 hari berturut-turut dapat jadi yang terawal.Kira ada peluang sekali lagi nak menang, cuma kena tunggu soalan dari sponsor yang lain la...

Btw, terima kasih Sha@MOBS dan juga sponsor2, Baby Tales Loft dan Funny Life Shop. Den menang hadiah dari kedua-dua sponsor ni. Hadiah Oshkosh Girl Tee, Mopee Painting Boar dan jugak voucher RM20. Semua barang baby, jadi hadiah ni untuk Alya la... 

Sesiapa nak join MOBS giveaway ni, kena alert selalu bila soalan kuiz tu keluar.. Pastu cepat2 la hantar jawapan melalui email tau. Ikut format yang Sha bagi... Senang jer...