My blog has moved!

You should be automatically redirected in 6 seconds. If not, visit
http://www.ziefauzi.com
and update your bookmarks.

Wednesday, January 26, 2011

1 TAHUN 6 BULAN

Baru balik dari klinik, checkup Alya untuk 1 tahun 6 bulan dan ambil suntikan untuk dos tambahan untuk baby 18 bulan... still boleh panggil baby ker... Dah besar rupanya anak den ni.. Lagi 6 bulan cukup 2 tahun.

Bila dah besar ni, banyak akal dia.. Dah pandai merajuk bila ada yang tak kena.. Marah2 pun dah pandai.. Paling best dia dah faham apa yang ibu abah cakap dan suruh. 

Mulut pulak bukan main ramah.. pot..pet..pot...pet tak henti... Tapi bahasa dia la.. Kalau mood Alya baik, dia ajak sekali ibu atau abah sembang.. Tak faham kena la buat2 faham...

Bila buka baju nak mandi, dah tahu mana nak letak baju untuk dibasuh. Pandai 'menyimpan' atau erti kata lain memunggah.. Tak boleh kemas rumah selagi Alya tak tidur.. Sebab aktiviti mengemas rumah akan jadi sia-sia ja kalau Alya tak tidur..Masa terbaik untuk kemas rumah time Alya dibuai mimpi.. Jadi, sesiapa yang nak datang rumah kami ni.. Sila la inform dulu.. kalau tidak kelam kelibut nak mengemas.. huhuhuhu...

Paling mencuit hati bila tengok anak dara tu berangan dan cakap sorang2.. Contoh macam kalau ada buku yang dia pegang, dia akan cakap sorang2.. Tah apa la yang dia duk berimaginasi tu.. kelakar pulak tengok sebab cara dia cakap tu macam bersembang dengan orang lain.. Padahal takda siapa pun.. Macam-macam kan imaginasi budak2 ni..

Apa2 pun harap Alya terus membesar dengan sihat tanpa ada sebarang masalah.. Dan sentiasa menjadi anak yang baik untuk orang tua.. Amin...

 tengah bergaya dengan shawl hadiah GA dari Kak Dni









3 orang telah komen di sini.. Terima Kasih:

ardinihumaira said...

comelnye.. semoga jadi anak yang solehah, amin

;)

Mama Zharfan said...

ur baby girl sgt comel :) beshhnya ada gegirl :)

me dtg click ur HB banner :)

nak mintak tlg vote kalau sudi. tq in advance yer
tlg vote utk MZ!

Kyra *Qis* said...

as salam...hai slam perkenalan dari sya..
rajin la polo blog sya...
cumil anak kamo..anak sya 1 thn 4 bln...akai punyer la byk...hmmmmmm