My blog has moved!

You should be automatically redirected in 6 seconds. If not, visit
http://www.ziefauzi.com
and update your bookmarks.

Wednesday, January 12, 2011

MAHER ZAIN LIVE IN CONCERT


Buat para peminat Maher Zain, penyanyi ini akan kembali lagi ke Malaysia untuk menjayakan konsert ‘live’ mega nya yang  akan diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam pada 25 dan 26 Februari 2011 yang akan datang. Konsert yang akan diadakan selama dua malam ini, akan membariskan pemuzik-pemuzik professional dari Malaysia dan Mesir.

Selain Maher Zain sebagai artis utama, konsert ini akan turut menampilkan artis dari Macedonia; Mesut Kurtis dan dari Kanada; Irfan Makki serta tidak ketinggalan artis tempatan; Kumpulan Inteam.
Konsert anjuran bersama Inteam Records Sdn Bhd dan Fiero Sdn Bhd dengan kerjasama Awakening Entertainment ini dijangka bermula jam 7.45 malam dan berakhir pada 11.30 malam.

Berikut adalah harga tiket yang ditawarkan : 
RM 297.00
RM 253.00
RM 203.00
RM 103.00
RM 53.00

Anda boleh menempah tiket secara online di tickethotline. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari  di Maher Zain Live In Concert

3 orang telah komen di sini.. Terima Kasih:

Alimaz-Kembara Terasing said...

minat sangat maher zain

ardinihumaira said...

nak mitak otograf dia :D

waalllaa! said...

mahal jugak tiket dia..dah bleh beli handbag idaman dah nie..hehehe..
tapi ok la ade gak yg harga rm53..kalo tak melopong je la yang tak mampu nk dtg,..