Baru baca Kosmo Online, cerita yang menarik perhatian den pasal pelajar histeria kat sekolah. Sebenarnya bila baca berita ni, den teringat cerita yang hampir sama berlaku kat kawan baik adik den sendiri lebih kurang setahun ke dua tahun lepas masa diorang tingkatan 5 kot.. Tak berapa nak ingat dah la.
Kes histeria jugak, tapi kes kawan adik den ni sampai terjun bangunan sekolah. Kejadian betul2 berlaku depan mata adik den. Tapi mujur jgk la, kawan dia jatuh atas pokok dulu, kemudian ke tanah.. Kalau jatuh ke tanah terus tak tahu la apa jadi sebab dia terjun dari tingkat 3 bangunan sekolah tuh.. Kawan adik den tu cuma cedera kat pinggang dan mujur jgk tak patah tulang belakang... Sekarang ni dia dah ok.. Sihat walafiat..
Cerita dalam Kosmo hari ni, seram jugak la baca sampai jilat2 darah sendiri.. Baca artikel kat bawah ni...
ANGGOTA bomba cuba menyelamatkan pelajar yang diserang histeria di Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar di Temerloh semalam
TEMERLOH - Para pelajar dan guru Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar di sini semalam melalui detik seram dan cemas apabila bukan saja terkejut dengan serangan histeria terhadap seorang pelajar perempuan malah menyaksikan cubaan membunuh diri oleh pelajar itu.
Selain gempar dengan tindakan pelajar tingkatan tiga pada pukul 8.30 pagi itu, lebih 1,000 pelajar termasuk kakitangan sekolah itu juga merasa seram menyaksikan bagaimana pelajar itu menjilat darah di tapak tangannya yang luka dipercayai terkena cermin tingkap.
Kejadian berlaku apabila mangsa yang berada di dalam kelasnya yang terletak di tingkat dua bangunan itu tiba-tiba menjerit-jerit mengatakan dia hendak terjun dari kelasnya yang mempunyai ketinggian lapan meter itu.
Lebih cemas apabila mangsa kemudian dapat melompat ke balkoni melalui tingkap kelasnya selepas setengah jam menjerit-jerit.
Keadaan bertambah kecoh apabila mangsa berlari-lari di sepanjang balkoni itu sebelum berdiri di hujung balkoni sambil mendepakan kedua-dua belah tangan.:-KOSMO ONLINE

7 orang telah komen di sini.. Terima Kasih:
Astaghfirullahal'azim..
jilat darah sendiri tu dah naik seram betul..
semoga budak tu cepat sembuh, amin
takut nyer..
kalau kes histeria.. harus kene kt bebudak pompuan sklh sklh menengah..
allah huakbar.......
semoga cepat sembuhlah..seram nengok.
ini mesti kes tensen exam ha...macam kita dulu la zie...asal nak exam je,mesti mai perangai pelik2...hehehehehe
pmbetulan..bukan ting5 tp..ting.3 ler...dh 3 thun 9 bulan...
Post a Comment