My blog has moved!

You should be automatically redirected in 6 seconds. If not, visit
http://www.ziefauzi.com
and update your bookmarks.

Thursday, June 02, 2011

DERA DAN BUANG BAYI





Dah jadi macam bermusim pulak kes dera dan buang bayi ni... Semalam jer, 3 kes dera dan buang bayi yang den baca, dengar dan lihat samada kat tv mahupun kat surat khabar... Ketiga-tiga kes tu melibatkan kehilangan nyawa.

Pertama, kes dera yang den baca kat Harian Metro.. Bayi 9 bulan didera sehingga mati oleh ibubapa yang dipercayai sakit mental. Mayat bayi tu boleh pulak disimpan dalam stor.. 

Kes kedua dan ketiga pulak kes buang bayi.. Seorang mayat bayi perempuan ditemui tersangkut di celah batu di Sungai Gombak berdekatan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Seorang lagi mayat bayi lelaki ditemui dipekarangan  rumah pangsa yang dipercayai dicampak dari tingkat 5. Yang ini den tengok berita TV3 malam tadi. Area mana tak pasti la pulak.. Boleh pelaku tu main campak2 macam campak sampah jer.. 

Agaknya bila la kes-kes macam ni nak habis yer.. Nak tunggu kiamat kot.. Sedih bila insan2 comel yang malang ni diperlakukan macam binatang.. Sesuka hati nak ambil nyawa insan yang tak berdosa tu.. Moga si pelaku dapat hukuman yang setimpal..



SILA LA KLIK BAWAH NI..TQ



4 orang telah komen di sini.. Terima Kasih:

::blog anak jawer:: said...

tu lah dy...ade org mengharap2 kan dapat anak..tapi xde rezki...ade org dapat anak tapi di buat...tapi selalu nye... org dapat anak luar nikah ni senang je nak bersalin kan... kat tandas pun boleh...kuasa allah kan...

-Yok mampir diluk = menangis dalam panggung sebab tengok nurkasih...

dilazfamily said...

zalim sungguh manusia yang tak berhati perut nie kan.
dapat anak buat macam nie, yang tak dapat anak lagi sedih tau

halila Ibrahim said...

kalau tak mau jangan buat tapi kalau dah buat .. kena la pandai2 guna akal.. bodoh betul la depa ni.. geram betul saya kalau bab2 buang anak nie.. kesian tau..
rasa macam kalau depa tak mau mai letak depan rumah saya pun tak pa...jangan dok lempar2... saya suka sangat baby.. pasai 3 anak saya dah besar2 dah..

Amy Syaquena said...

ya allah kenapa la zalim sangat. Benci betul dengan manusia yang tidak berhati perut nie... kalau dapat bunuh bagi mampus je...

p/s: jemput singgah SR ye..