My blog has moved!

You should be automatically redirected in 6 seconds. If not, visit
http://www.ziefauzi.com
and update your bookmarks.

Friday, September 09, 2011

KENA BELASAH SEBAB SHOPPING LAMA

KUANTAN: Akibat gagal menahan sabar selepas lebih tiga jam menunggu isteri membeli-belah, seorang lelaki hilang pertimbangan sehingga sanggup memukul wanita itu di depan orang ramai dengan sebuah beg tangan di sebuah pasar raya di Jalan Gambang, di sini kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, wanita berusia 50 tahun dan tinggal di sebuah taman perumahan berhampiran pasar raya berkenaan, lebam di beberapa bahagian badan dan muka sebelum mendapat rawatan di sebuah klinik kesihatan di Jalan Gambang.
Sebelum kejadian, pasangan terbabit dikatakan masuk ke sebuah pasar raya untuk membeli barangan keperluan sebelum si suami dikatakan penat dan berehat di luar pasar raya itu.
Selepas kira-kira tiga jam menunggu, si suami yang berusia hampir 20 tahun lebih muda daripada isterinya itu mula bengang dan berang apabila mendapati wanita berkenaan tidak muncul dalam waktu yang sudah dijanjikan sebelum itu.
Bagaimanapun, beberapa minit kemudian, isteri lelaki berkenaan keluar dari pasar raya itu sambil menjinjing beberapa beg plastik mengandungi barangan dibeli.
Tanpa mempedulikan isterinya yang ketika itu menjinjing banyak barang di tangan, lelaki berkenaan terus menengkingnya sehingga menarik perhatian pengunjung lain yang berada berhampiran.
Lelaki itu yang tidak menghiraukan perhatian pengunjung lain terus merampas beg tangan isterinya sebelum memukul beberapa kali di badan selain melibas beg berkenaan ke muka isterinya. :- HMETRO
Ermmm... Kalau den, setengah jam lewat pun dh masam2 muka.. Inikan pulak tunggu 3 jam lebih, tapi batang hidung org yg di tunggu tak muncul2.. Sah2 den ni pun hangin.. :) Tapi setakat ni kalau pi shopping selalunyer bertiga dengan En.Fauzi & Alya.. Shopping pun tak la lama sgt sebab den sendiri tak leh berdiri lama.. Dapat ape yg dicari terus balik..

Cuma kes kat atas ni, kot iye pun si suami marah.. Jangan la sampai jatuhkan air muka si isteri depan khalayak ramai dengan menengking dan belasah dan-dan tu jgk.. Tak pasal2 jadi kes polis plak.. 


SILA LA KLIK BAWAH NI..TQ



3 orang telah komen di sini.. Terima Kasih:

kakngah said...

kalau tak tahan tunggu.. balik jek la dulu...

aldiena said...

hm... kalau macam tu jangan tunggu, baik balik dulu tidur ka tak pun pi rayau-rayau kat tempat lain... stress sangat tu kot...

Ummi Eisya&Amani said...

mcm2 kes sekarang ni..mmg la lama gak la dia tunggu..tapi,bertindaklak dgn waraskan..tu dah dikuasai nafsu marh tu..