My blog has moved!

You should be automatically redirected in 6 seconds. If not, visit
http://www.ziefauzi.com
and update your bookmarks.

Friday, September 09, 2011

SIPNOSIS KEKASIHKU PUYU


Salam semua..

Sejak2 malas nak beronline selalu ni, rajin pulak den tengok tv sekarang.. Layan cerita2 yang boleh tahan bestnya.. Lani tiap petang mesti kena tengok Slot Lagenda kat TV3. Terbaru cerita Kekasihku Puyu, memang layan.. Hehehe.. 




SIPNOSIS KEKASIHKU PUYU

KEKASIHKU PUYU mengisahkan tentang sepasang suami isteri, Tuan Malek dan Latifah yang telah dikurniakan seorang bayi perempuan. Anehnya, anak perempuan mereka lahir ditemani dengan seekor ikan puyu. 

Nek Jah (Mak Jah), bidan kampung yang menyambut kelahiran bayi itu telah melepaskan ikan puyu tersebut ke dalam sebatang parit kecil di kampung itu manakala bayi perempuan itu dinamakan Bidasari.

23 tahun kemudian, Fahmi (Mohd Fazren Mohd Rafi) yang merupakan seorang pengusaha kebun di kampungnya telah ditakdirkan untuk bertemu dengan ikan puyu tersebut. Dalam mimpinya, ikan puyu aneh itu telah menyuruh Fahmi untuk menangkap dan membelanya.  Walaupun pelik dengan kejadian tersebut, Fahmi akur dengan kemahuan ikan tersebut pada keesokkan harinya. 

Setelah memasukkan ikan tersebut ke dalam sebuah balang kaca, Fahmi terkejut apabila mendapati ikan itu mampu berkata-kata. Ikan puyu itu menyarankan agar Fahmi memeliharanya dengan menggunakan 7 jenis air dan setelah menuruti perintahnya, ikan puyu tersebut menjelma sebagai seorang gadis cantik yang hanya boleh dilihat oleh Fahmi seorang.

Gadis tersebut memperkenalkan dirinya sebagai Bidasari (Intan Ladyana) dan menceritakan kisah hidupnya yang malang kepada Fahmi. Sejak kematian ibu kandungnya, bapa Bidasari, Tuan Malek (Hafizuddin) telah berkahwin dengan Suriati (Zarina Zainuddin) yang mengamalkan ilmu hitam untuk mengekalkan kecantikannya dan mempunyai rancangan jahat untuk membolot harta milik Tuan Malek. 

Setelah meningkat remaja, Bidasari menjadi seorang yang sangat cantik serta bijak dan perkara ini telah dicemburui oleh Suriati. Kebijaksanaan Bidasari juga membuatkan Suriati dan Habib (Rizal Ayub), rakan sekomplotnya khuatir rancangan jahat mereka tidak berjaya. Akibat dari itu, Bidasari diculik dan disihir dan kembali menjadi ikan puyu. :- Sumber dari DarkBatman




***Antara ikan puyu dengan ikan sepat mana lagi sedap ye kalau goreng?? Selalu masak ikan keli je.. ***


SILA LA KLIK BAWAH NI..TQ


0 orang telah komen di sini.. Terima Kasih: