My blog has moved!

You should be automatically redirected in 6 seconds. If not, visit
http://www.ziefauzi.com
and update your bookmarks.

Monday, January 31, 2011

BILA DAH TERLALU PENAT, BEGINILAH JADINYA

  
Anak sapa lah yang tidur ikut dan jer ni.. Baik mengaku cepat... Eh..eh... macam Alya anak kesayangan den jer tuh.. hehehehe...

Beginilah jadinya bila dah terlalu penat 'mengemas' atau dalam istilah lain adalah memunggah. Bila dah penat, mata pulak dah mengantuk kat mana2 je boleh tertidur. Sebelum tertidur tu,harus la mengamuk dahulu, tak lama pastu terus diam. Itu tandanya Alya dah tidur...

 bukti..betapa rajinnyer Alya memunggah.. Habis laci terkeluar...

Bukan sekali dua macam ni, dah banyak kali dah.. Punggah2, penat, nangis2 akhir sekali tidur... Kat mana pun boleh...

Den pulak, sebelum angkat Alya letak kat tilam, renung dulu muka Alya tidur.. Dalam hati duk berkata 'alahai kesiannyer..penat la tu'. Dan yang pasti, lepas Alya tidur sebab letih, giliran ibu dia pulak untuk letih mengemas balik.. Huhuhu...

Suci jer kan muka budak letih ni.. Takder tanda rasa bersalah pun sebab memunggah.. Tapi, den suka!!!
'
'
'
'
'
'
'
'
 '
'
'
pic terbaru selepas baik dari demam.. tertidur atas sofa...kalau gini gayanya,memang wajib angkat, nanti jatuh susah ooo!!!! :P


Thursday, January 27, 2011

BILA BUAH HATI DEMAM TERASA SUNYI LA PULAK


Buah hati pengarang jantung den demam.. Lepas balik dari kena cucuk kat klinik kelmarin, tak nampak tanda nak demam lagi.. Petang sikit tu baru nampak... Nak tidur duk merengek2 dulu. 

Dah tu nak dengan abah jer, dengan ibu takmau langsung. Ibu pujuk macamana pun tak mahu. So, semalam terpaksa la abah layan kerenah Alya. Takpe la,bukan selalu, dah kebetulan kelmarin abah cuti..

Gaya tidur sekarang ni, nak tidur atas badan abah atau ibu.. Biasanya ibu yang kena, tapi semalam giliran abah. Terpaksa la layan,sampai abah sendiri tertidur..

Hari ni abah dah start kerja, tetiba rasa sunyi pulak rumah ni.. Alya still demam, tengah tidur. Kalau tidak, time macam ni mesti riuh rendah dengan suara den larang Alya main itu, main ini... Kalau ikutkan, time ni Alya suka memunggah tapi hari ni rumah kemas jer, takder sapa nak punggah..Huhuhu...

Ni gambar malam tadi, sempat lagi buat peace bila nampak kamera. Muka tu dah tak ceria sebab tak larat.. Alya takmau pakai baju, nak berselimut ja dia. Kalau paksa pakai baju, mengamuk la dia... Apa2 pun, semoga anak ibu cepat baik yer...



Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?



Wednesday, January 26, 2011

1 TAHUN 6 BULAN

Baru balik dari klinik, checkup Alya untuk 1 tahun 6 bulan dan ambil suntikan untuk dos tambahan untuk baby 18 bulan... still boleh panggil baby ker... Dah besar rupanya anak den ni.. Lagi 6 bulan cukup 2 tahun.

Bila dah besar ni, banyak akal dia.. Dah pandai merajuk bila ada yang tak kena.. Marah2 pun dah pandai.. Paling best dia dah faham apa yang ibu abah cakap dan suruh. 

Mulut pulak bukan main ramah.. pot..pet..pot...pet tak henti... Tapi bahasa dia la.. Kalau mood Alya baik, dia ajak sekali ibu atau abah sembang.. Tak faham kena la buat2 faham...

Bila buka baju nak mandi, dah tahu mana nak letak baju untuk dibasuh. Pandai 'menyimpan' atau erti kata lain memunggah.. Tak boleh kemas rumah selagi Alya tak tidur.. Sebab aktiviti mengemas rumah akan jadi sia-sia ja kalau Alya tak tidur..Masa terbaik untuk kemas rumah time Alya dibuai mimpi.. Jadi, sesiapa yang nak datang rumah kami ni.. Sila la inform dulu.. kalau tidak kelam kelibut nak mengemas.. huhuhuhu...

Paling mencuit hati bila tengok anak dara tu berangan dan cakap sorang2.. Contoh macam kalau ada buku yang dia pegang, dia akan cakap sorang2.. Tah apa la yang dia duk berimaginasi tu.. kelakar pulak tengok sebab cara dia cakap tu macam bersembang dengan orang lain.. Padahal takda siapa pun.. Macam-macam kan imaginasi budak2 ni..

Apa2 pun harap Alya terus membesar dengan sihat tanpa ada sebarang masalah.. Dan sentiasa menjadi anak yang baik untuk orang tua.. Amin...

 tengah bergaya dengan shawl hadiah GA dari Kak Dni









Tuesday, January 25, 2011

PELAJAR HISTERIA JILAT DARAH SENDIRI

Baru baca Kosmo Online, cerita yang menarik perhatian den pasal pelajar histeria kat sekolah. Sebenarnya bila baca berita ni, den teringat cerita yang hampir sama berlaku kat kawan baik adik den sendiri lebih kurang setahun ke dua tahun lepas masa diorang tingkatan 5 kot.. Tak berapa nak ingat dah la.

Kes histeria jugak, tapi kes kawan adik den ni sampai terjun bangunan sekolah. Kejadian betul2 berlaku depan mata adik den. Tapi mujur jgk la, kawan dia jatuh atas pokok dulu, kemudian ke tanah.. Kalau jatuh ke tanah terus tak tahu la apa jadi sebab dia terjun dari tingkat 3 bangunan sekolah tuh.. Kawan adik den tu cuma cedera kat pinggang dan mujur jgk tak patah tulang belakang... Sekarang ni dia dah ok.. Sihat walafiat..

Cerita dalam Kosmo hari ni, seram jugak la baca sampai jilat2 darah sendiri..  Baca artikel kat bawah ni...

ANGGOTA bomba cuba menyelamatkan pelajar yang diserang histeria di Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar di Temerloh semalam
TEMERLOH - Para pelajar dan guru Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar di sini semalam melalui detik seram dan cemas apabila bukan saja terkejut dengan serangan histeria terhadap seorang pelajar perempuan malah menyaksikan cubaan membunuh diri oleh pelajar itu.

Selain gempar dengan tindakan pelajar tingkatan tiga pada pukul 8.30 pagi itu, lebih 1,000 pelajar termasuk kakitangan sekolah itu juga merasa seram menyaksikan bagaimana pelajar itu menjilat darah di tapak tangannya yang luka dipercayai terkena cermin tingkap.

Kejadian berlaku apabila mangsa yang berada di dalam kelasnya yang terletak di tingkat dua bangunan itu tiba-tiba menjerit-jerit mengatakan dia hendak terjun dari kelasnya yang mempunyai ketinggian lapan meter itu.

Lebih cemas apabila mangsa kemudian dapat melompat ke balkoni melalui tingkap kelasnya selepas setengah jam menjerit-jerit.

Keadaan bertambah kecoh apabila mangsa berlari-lari di sepanjang balkoni itu sebelum berdiri di hujung balkoni sambil mendepakan kedua-dua belah tangan.:-KOSMO ONLINE

Saturday, January 22, 2011

Prepaid untuk internet? Layari internet dengan harga rendah dari RM 1.70/sehari tanpa komitmen! Dapatkan sekarang!




Wahai-wahai orang Kota Bharu, ini ada promosi baik untuk anda... Layari internet di mana-mana sahaja dengan harga rendah dari RM1.70 sehari....sila baca artikel dibawah dengan teliti yer... 


Adakah anda berada di Kota Bharu atau ada rakan-rakan di Kota Bharu? Kami ada berita gembira untuk anda! Kini Happy Prepaid bukan sahaja untuk telefon bimbit, tetapi kini terdapat prabayar untuk internet.

Layari internet dirumah, dipejabat ataupun dimana sahaja anda berada dengan harga rendah dari RM 1.70/sehari tanpa komitmen! Jika anda berada di Kota Bharu, kongsilah berita gembira ini dengan rakan rakan dan keluarga anda!

Tetapi jika anda tidak berada di Kota Bharu, anda masih boleh menyebarkan berita ini kerana mungkin mereka yang anda kenali berada disekitar Kota Bharu. Happy internet prabayar, pilihan terbaik internet untuk anda!


Untuk maklumat lanjut sila klik link dibawah ni yer!!!!!

Wednesday, January 19, 2011

BANTULAH SAUDARA HAIRUMAN

 disebabkan ramai yang google mencari nama saudara Hairuman, den republish semula entry ni..


Siapa sangka, ketika mencari rezeki dengan niat untuk membantu keluarga kejadian malang telah berlaku. Itulah nasib saudara Muhamad Hairuman bin Miskon.

Ketika Hairuman sedang memungut kelapa sawit, tiang elektrik berkuasa tinggi telah jatuh menimpa dirinya dan membuatkannya terkena kejutan elektrik. 50% badannya melecur teruk. Malang sememangnya tidak berbau kan..

Bukti adalah seperti gambar di atas. Banyak lagi gambar sebenarnya, tapi tak sanggup nak letak. Cukuplah sekeping gambar yang boleh ceritakan penderitaan sebenar mangsa.

Bawah ni artikel yang den copy paste dari blog ardinihumaira..com .Semoga korang tak ragu-ragu dengan kisah saudara Hairuman ni..

hampir keseluruhan tubuh badannya melecur dan amat mustahil untuknya menjalani kehidupan seharian buat masa terdekat ini. jadi, beliau memerlukan bantuan kalian... ya... bantuan kewangan bagi meringankan bebanan untuk menampung kos perbelanjaan perubatan serta keluarganya..


mengapa?

Hairuman merupakan anak ke-4 daripada 6 beradik yang mana dua orang daripada kakanya adalah OKU dan mereka semua adalah anak yatim piatu. kedua ibubapa Hairuman telah meninggal dunia sejak beliau berusia 5 tahun lagi. kakaknya membantu suaminya menjual buah manakala Hairuman pula bekerja keras dengan bekerja di kilang serta menjadi pemungut kelapa sawit. ketekunannya bekerja amatlah dikagumi... tapi,



malang tidak berbau...


ketika Hairuman sedang memungut kelapa sawit, tiang elektrik berkuasa tinggi telah jatuh menimpa dirinya dan membuatkannya terkena kejutan elektrik. 50% badannya melecur teruk. bukti juga ada di tranungkite.net jika korang rasa ragu-ragu dengan perkara ini...



Mohon jasa baik pembaca sekelian, bantulah saudara Hairuman meringankan beban yang ditanggung. Hulurkan bantuan kewangan walau cuma RM1 kepada tabung bantuan untuk kos rawatan saudara Hairuman ini. Semoga Allah membalas jasa baik anda semua...


Kakak Hairuman -Maryuni Bt Miskon
No telefon: 0183807867

No Akaun :
162030632448 Maybank (sedang dikemaskini)
12570000203529 CIMB

Alamat:
No 28 jln desa mawar 2/11,seksyen 2,tmn desa mawar 45500 tanjong karang,selangor


::::::semoga saudara Hairuman cepat sembuh dan sama-samalah kita berdoa.. Amin..:::


Tuesday, January 18, 2011

IBU VS BIBU

Ibu : Alya...sebut aaaa..bah...
Alya : Aaa...bahhh..

Ibu : Kakakkkk...
Alya : kakakkkk...

Ibu : Adikkk..
Alya : adikkk..

Ibu : Iiiiiibuuuuuuu..
Alya : Biiii...buu....


Huhuhu....abah, kakak, adik boleh sebut betul .. Time sebut ibu jadi bibu plak.Laju plak tu dia sebut perkataan bibu.... lantak la janji ada bunyi ibu walaupun ada bunyi huruf B kat depan...


 ni aksi baru nak buka langkah bersilat.. hahaha :)

Monday, January 17, 2011

JAM-PACK YOUR FRIENDS DAN MENANGI HADIAH BERNILAI RM40 000!

 

Salam...

Churp-churp ada iklan baru yang menarik. Contest dari Milo. Hadiah pun best giler.. Terasa macam nak join jer..

 4 x Macbook Air
4 x iPhone 4 16GB
4 x iPad 16GB WiFi + 3G
5 x Sony PS3 320GB
3 x iPod Touch 32GB
5 x iPod Shuffle 2GB

Contest ni akan berakhir pada 9 Mac 2011. Lambat lagi tu.sempat kalau nak join. Bagi sesiapa yang nak join,pastikan anda ada akaun facebook yer.. Untuk maklumat lanjut anda boleh klik link di bawah..



TERIMA KASIH M@T@HaW

Siapa M@T@HaW ni?? Seorang blogger jugak.. Den kenal M@T@HaW ni lebih kurang 3 minggu lepas. Memula sebagai silent reder ajer, sejak minggu lepas baru den berani bertegur sapa, tinggalkan komen, jadi follower dan tinggalkan link di blog M@T@HaW. Blognya pun best dan menarik serta banyak info.

Dan sejak dari itu lah, trafiik blog ni semakin meningkat dan banyak sumber trafik yang datang ke blog ni adalah dari blog M@T@HaW.. Pelik.. tak tahu apa rahsianya, tak kisah la janji den happy sebab semakin hari semakin naik traffik blog ni. Itupun kalau blog berupdated dan cerita menarik la...  Terima kasih daun keladi M@T@HaW sebab membantu menaikkan trafik di sini.....

sumber dari blogger stats

Saturday, January 15, 2011

LAPTOP 'HANG' ANGKARA IKLAN NUFFNANG ?????

Salam...

Tajuk di atas bukanlah kenyataan tapi persoalan dari den sebab den tak tahu hujung pangkal ceritanya lagi. Begini ceritanya..... Semalam den perasaan satu iklan baru dari nuffnang kat atas header nun di sana.. Sampai ke pagi ni pun masih ada. Nak kata buffered earning, takder pulak tercatit kat bahagian earning nuffnang den.


Iklan baru tuh dalam kotak merah tu yer.. Den sebagai pengguna contact lens mesti la berminat nak tahu bila tengok iklan tu. Tapi masa blogwalking, takder pulak jumpa iklan ni kat blog2 lain. Jadi mau tak tak mau den terpaksa klik iklan contact lens tu kat blog sendiri..

Sayangnya, belum sempat habis loading page yang jual contact lens tu, laptop den 'hang'.. Tak boleh buat apa kecuali tutup dan buka semula.. Kalau sekali takper lagi, ini dah masuk 5 6 kali klik iklan tu, 5 6 kali juga jadi benda yang sama.

Habis macamana tuh... den ni nak tahu sangat2 pasal contact lens kat web tuh. Mana la tau kot2 ada diskaun ker apa..


:::kenapa agaknya jadi macam tu yer...web tu ada virus ker??? huhuhuhu... ::::::


Friday, January 14, 2011

JAWAPAN RINGKAS DARI PIHAK NUFFNANG

Salam..

Dah makan?

Baru jap tadi buat entry pasal jumlah statistik pengunjung yang kosong kelmarin. Sebab tak puas hati, den hantar tiket kat nuffnang. Takder speaking2, tulis jer dalam bahasa yang cepat dan mudah difahami.

Tapi macam biasala, pihak nuffnang akan balas dalam bahasa Inggeris juga. Berikut adalah jawapan nuffnang bagi masalah statistik pengunjung kosong pada 13hb Januari 2011.

Hi Nor,

Our program that was supposed to track your analytic was affected by a server irregularity yesterday night. As such, the data for the analytic from 2AM till 8AM was not tracked. We apologize for this but rest assured that your earnings will not be affected by this as the CPM campaigns on your blog will be served out accordingly. The data for the previous day will also be restored in due time.


Cheers,
Robb Chew
Blogger Relations

Nuffnang Sdn Bhd

www.nuffnang.com.my

Sebab tu la tak boleh login awal pagi tadi. Puas hati la dengan jawapan nuffnang ni. Harap yang lain pun puas hati yer. Kita tunggu jer dalam masa terdekat ni macamana..


:::::cepat pulak diorang balas, selalu ambil masa nak balas. dah tu,jawapan skema plak::::::::::


updated: statistik nuffnang dah ok dah...





BIAR BETUL? TAKKAN KOSONG JER

Salam..

Dah tengahari baru boleh online ni. Seperti kebiasaan, bila online jer mesti nak masuk website nuffnang dulu. Sebab nak check jumlah earning buffered earning dan jumlah pengunjung. 

Tapi tadi terkejut sebab bila check jumlah pengunjung untuk 13hb adalah kosong...Takkan kelmarin takder siapa yang datang sini. Adehh..dah la minggu ni prestasi pengunjung menurun sedikit..

Tak puas hati tengok kat website nuffnang, den login pula website get clicky. Pengunjung ada la kelmarin, tapi tak ramai.

Apa dah jadi dengan nuffnang ni.. memang perasan sejak 2 3 hari lepas macam ada yang tak kena je. Patut la awal pagi tagi dalam pukul 1 ke 2 pagi tak boleh masuk website nuffnang. Den dah hantar tiket, tanya pasal ni. Nak tengok apa jawapan diorang.. Jawapan skema ke atau jawapan yang boleh menjawab soalan den tu. :(


p/s : analtik kosong bagi kesan kat earning BE. Sedih betul... Ada sesiapa lagi tak alami masalah macam ni? 

p/s/s : dalam hati dah mula nak berlaku curang dengan abg biru ni. :) hahahaha....




Thursday, January 13, 2011

CARA TIMBANG BERAT BLOG

Salam..

Selamat pagi..

Sejak beberapa hari ni den perasan yang blog ni semakin berat. Setiap kali loading mesti ambil masa untuk keluar paparan yang sepenuhnya. Den sebagai pengguna streamyx pun terasa lambat apatah lagi pengguna broadband.

Den tak tahu kat bahagian mana yang membuatkan blog ni jadi berat, tapi sekejap lagi den akan buat kemaskini. Kalau berat sangat nanti takder sapa pulak nak datang.

Macamana nak check berat blog? Rasanya ramai dah tahu. Ini bagi yang tak tahu lagi. Sila ke iwebtool dan masukkan url blog anda kemudian klik check. Lepas tu akan keluar la maklumat berat blog anda. Pastikan berat blog anda bawah dari 100kb. Baru cepat loading kot.

161.17kb?? Patutla berat

Anda juga boleh check berat blog anda di rapid searchmetrics. Tool kat sini akan memaparkan maklumat lebih detail lagi berkaitan dengan coding yang diletakan dalam blog anda. Berat gambar pun akan diberitahu. Rujuk gambar bawah ni yer.    

 

Wednesday, January 12, 2011

MAHER ZAIN LIVE IN CONCERT


Buat para peminat Maher Zain, penyanyi ini akan kembali lagi ke Malaysia untuk menjayakan konsert ‘live’ mega nya yang  akan diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam pada 25 dan 26 Februari 2011 yang akan datang. Konsert yang akan diadakan selama dua malam ini, akan membariskan pemuzik-pemuzik professional dari Malaysia dan Mesir.

Selain Maher Zain sebagai artis utama, konsert ini akan turut menampilkan artis dari Macedonia; Mesut Kurtis dan dari Kanada; Irfan Makki serta tidak ketinggalan artis tempatan; Kumpulan Inteam.
Konsert anjuran bersama Inteam Records Sdn Bhd dan Fiero Sdn Bhd dengan kerjasama Awakening Entertainment ini dijangka bermula jam 7.45 malam dan berakhir pada 11.30 malam.

Berikut adalah harga tiket yang ditawarkan : 
RM 297.00
RM 253.00
RM 203.00
RM 103.00
RM 53.00

Anda boleh menempah tiket secara online di tickethotline. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari  di Maher Zain Live In Concert

Tuesday, January 11, 2011

DUA BERANAK

Salam...

Tak tahu nak updated apa ni. Tetiba jer kepala otak jem.. Pada hal pagi tadi macam2 mau tulis.. Bila Alya dah tidur, idea nak tulis tah hilang ke mana.. Ikut Alya tidur sekali kot.. 

Disebabkan takder cerita nak tulis, jom layan gambar dua beranak kat bawah ni.. Lagipun dah lama tak cerita pasal Alya kan.. :)

 dua beranak ni baru balik merempit dalam hujan..

 muka budak dipaksa pakai helmet sebab nak elak kena hujan

motor yang digunakan untuk merempit selama 3 hari 2 malam

Gambar2 semasa kat Pulau Pangkor, sewa motor jer, jimat sikit.. Lagipun kami 3 beranak jer.. Lagi satu, pusing pulau tu amik masa 30 minit ja naik motor.. Jadi sangat berbaloi walaupun hanya sewa motor.. 


Monday, January 10, 2011

KEPUTUSAN ANUGERAH JUARA LAGU 25 - TOLONG INGATKAN AKU JUARA AJL25


Bawah ni keputusan penuh/senarai pemenang Anugerah Juara Lagu ke 25:

Persembahan Terbaik: Hanyut, Faizal Tahir
Vokal Terbaik: Noktah Cinta, Hafiz AF
Tempat Ketiga AJL25: Noktah Cinta, Hafiz AF
Naib Juara AJL25; Drama King, Meet Uncle Hussain dan Black
Juara AJL25: Tolong Ingatkan Aku, Ana Raffali

Tahniah kat Ana Raffali. Kat twitter tadi ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap keputusan AJL25 kali ni. Macam2 la.. Memang keputusan AJL25 kali ni mengejutkan, tapi biasa la adat bertanding ada kalah dan ada menang. Lagipun, Anugerah Juara Lagu adalah pertandingan lirik dan lagu dan bukan siapa paling popular... 

Jom hayati lirik lagu Tolong Ingatkan Aku nyanyian Ana Raffali

TOLONG INGATKAN AKU 

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa


Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari


Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu


Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

 
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa


Tolong ingatkan aku
Kisah kita

Kalau rasa nak mengenali Ana Raffali ni lebih dekat, sela la ke blog Cik Ana Raffali atau Facebook Ana Raffali atau twitter Ana Raffali.

Friday, January 07, 2011

TAHNIAH.. DR SHEIKH MUSZAPHAR DAN ISTERI

Atas ni pengumuman yang dibuat oleh Dr. Sheikh Muszaphar & isteri, Dr. Harlina di facebook lebih kurang 15 jam lalu tentang khabar gembira bahawa mereka bakal menimang cahaya mata pada bulan Julai akan datang ni. Kalau tak nampak gambar atas tu, pandai2 la besarkan yer.. Tahniah untuk mereka. Semoga kehadiran orang baru (anak) dapat mengeratkan lagi kasih sayang antara mereka.

:::bulan Julai.. Agak2 sama tarikh lahir dengan Alya tak..::::

SIPNOSIS SINETRON SEJUTA CINTA MARSHANDA

Sinetron Sejuta Cinta Marshanda akan menemui penonton di TV3 setiap Isnin hingga Khamis pada jam 2.00 petang yang akan menggantikan Sinetron Alisa. Siapa peminat Baim Wong, Marshanda atau Ashraf Sinclair? Memang kena tengok cerita ni. Hahaha..boleh macam tu..



SIPNOSIS SEJUTA CINTA MARSHANDA

MARSHANDA (Marshanda), gadis cantik yang selalu semangat, optimis, pekerja keras dan polos itu sedang dilanda perasaan bahagia. DELVIN (Baim Wong), pria yang selama 6 tahun terakhir menjadi pacarnya akhirnya ingin mengenalkannya dengan mamanya, FARAH Vicky Burki), yang selama ini tidak pernah merestui hubungan mereka.

Mereka dipertemukan saat acara wisuda Delvin, dimana Delvin menjadi lulusan terbaik, dan segera akan mewarisi hotel yang selama ini dikelola Farah. Tetapi pertemuan itu tidak seindah bayangan Marshanda, karena Farah tidak ingin anaknya menikahi wanita 'miskin'. Farah pun mengancam Marshanda.

Memang Farah selalu mencari jodoh yang tepat buat Delvin, karena ia mengharapkan Delvin bisa memimpin hotel miliknya yang berkongsi dengan keluarganya BEN (Ben Kasyafani). Tetapi sekali lagi Delvin berhasil membujuk Farah untuk bisa lebih mengenal Marshanda dan keluarganya. Farah pun kemudian meminta Delvin untuk mengundang Marshanda dan mamanya, Asri (Lulu Kurnia), ke rumah.

Namun saat bertemu dengan calon besannya, Bu Asri sangat shock! Karena Bu Farah tak lain adalah sahabatnya dahulu, yang entah kenapa pergi menjauhinya. Farah pun semakin membenci Marshanda setelah tahu kalau Asri adalah ibunya. Farah masih menyimpan dendam masa lalu yang menyebabkan persahabat mereka retak. Farah meminta Asri untuk menjauhi Marshanda dari Delvin atau ia mengancam akan mengungkapkan fakta di masa lalu yang belum diketahui Marshanda. Asri mengalami dilema yang sangat berat, dan ia pun meminta Marshanda untuk menjauhi Delvin secepatnya.

Marshanda bingung, dan ia pun dengan berat hati menuruti keinginan mamanya, walaupun ia sangat mencintai Delvin. Delvin tidak bisa berbuat apa-apa, karena di sisi lain Farah tiba-tiba sakit karena terlalu banyak menelan obat penenang.

Ketulusan cinta Marshanda dan Delvin diuji akan banyaknya kejadian-kejadian yang seolah-olah memang harus memisahkan mereka. Delvin mulai teralihkan perhatiannya oleh gadis lain, MERRY (Alice Sofie Norin), sahabat Marshanda dan Delvin, yang diam-diam selalu berusaha merebut Delvin dari Marshanda. Sedangkan kecantikan, kebaikan dan ketegaran Marshanda juga mengundang perhatian Ben,. Lalu datang ABEL (Ashraf Sinclair), yang walaupun awalnya tidak memperdulikan Marshanda karena selalu bertemu di kesempatan yang salah, namun lambat laun ia mulai memperhatikan Marshanda.

Bagaimanakah selanjutnya kisah hidup Marshanda?..

Rahasia besar apakah yang melibatkan Asri dan Farah, sehingga berdampak kuat akan kelangsungan cinta Marshanda dengan Delvin?..

Pelakon : Baim Wong (Delvin), Marshanda (Marshanda), Ashraf Sinclair (Abel), Alice Sofie Norin (Merry,) Ben Kasyafani (Ben), Ibnu Jamil (Romy), Putri Patricia (Vivi),Wilda Hamid (Vika), Meriam Belina (Emilly), Vicky Burky (Farah),  Lulu Kurnia (Asri), Annie Anwar (Diana), Rommy Sulastyo (ArdiLeily), Sagita (Neni), Magdalena (Della)


Kredit : helloskyblu



Niat memula tu nak alih bahasa kepada bahasa yang mudah difahami. Tapi kepala otak jem la pulak. Susah juga nak translate bahasa Indonesia ni. Jadi harap2 korang faham la yer. Tak faham buat2 la faham.. Tak faham jugak, tengok sendiri cerita tu.. Kalau tak faham2 jugak, tak dapat la den nak tolong.. :)

Wednesday, January 05, 2011

BUFFERED EARNING PERTAMA UNTUK TAHUN 2011


Hari ni dah 5 hari kita berada di tahun 2011, dan hari ni juga den dapat BE baru juga yang pertama untuk tahun ni dari nuffnang dan maxis. Buffered earning sebelum ni dah jadi metered earning. Buffered earning yang baru ada kat bahagian sidebar.

Jadi, nak ucapkan terima kasih kat nuffnang sebab masih lagi beri blog ni peluang walaupun den gatal2 tangan nak menduakan nuffnang sejak 4 5 hari yang lepas. Ada sesiapa perasan tak?? .. Jadi kena la terima akibat dari perbuatan den tu dengan penarikan status gliterati. Lepas perasan status tu hilang, dah tu pulak ada buffered earning baru, kelam kabut buang "madu" nuffnang yang dah terpampang lebih kurang 4 hari kat sini.  Hahaha...Padan muka, tamak lagi..




Tuesday, January 04, 2011

KHAIRUL FAHMI CHE MAT DAPAT RUMAH

ohhhh..bertuahnya badan... Tu la orang cakap, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Rezeki Khairul Fahmi dapat rumah free yang dianugerahkan oleh kerajaan Kelantan sebagai mengenang jasa dan pengorbanan penjaga gol itu..

KOTA BHARU: Penjaga gol pasukan bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat, 21, yang membantu Malaysia muncul juara Piala AFF Suzuki 2010 baru-baru ini dianugerahkan sebuah rumah oleh kerajaan Kelantan bagi mengenang jasa dan pengorbanan penjaga gol itu.

Pemberian rumah itu diumumkan sendiri oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, selepas majlis meraikan Khairul Fahmi oleh penduduk Kampung Cherang Ruku di sini, hari ini.
"Sebagai mengenang budi dan menghargai jasa anak muda kita yang berbakti melalui sukan bola sepak membantu negara menjulang piala, maka pihak kerajaan negeri memutuskan menghadiahkan sebuah rumah kepada Khairul Fahmi.
"Kita akan tetap beri hadiah. Itu kenyataan saya (pemberian sebuah rumah) dan segala butiran mengenai pemberian hadiah tersebut akan dilaksanakan oleh Exco bertanggungjawab," katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan Badan Bukan kerajaan (NGO) Negeri Kelantan, Abdul Fattah Mahmood.

Nik Aziz berkata, kerajaan Kelantan begitu berbangga dengan kecemerlangan Khairul Fahmi dan berharap pemain itu akan terus meningkatkan prestasinya pada masa akan datang.

"Dia masih muda dan perlu menjaga diri dengan baik. Dengan bakat yang ada, dia boleh menonjol sampai bila-bila. Kita menghargai bakat dia serta keluarga dia, sebab itu kita berjanji nak beri hadiah rumah kepada dia,” katanya.
Terdahulu dalam ucapannya, Nik Aziz berkata bersukan adalah satu riadah yang sangat dituntut dalam agama Islam.

"Kita perlu seimbangkan antara tuntutan dunia dan akhirat. Bersukan boleh tetapi kita jangan lupa solat. Solat membentuk keperibadian akhlak yang mulia. Kita jangan terbabit dalam gejala najis dadah.

"Nabi Muhammad SAW dahulu pun bersukan juga. Masa saya berumur 11 tahun ketika zaman perang Jepun saya menunggang kuda dengan beberapa adik-beradik saya. Saya menang ketika itu, kerana terlampau gembira saya angkat kedua-dua tangan dan bila biawak lalu kuda pun terkejut dan saya pun jatuh. Sampai sekarang kesakitan itu masih terasa," katanya. - BERNAMA

sumber : berita harian online

Monday, January 03, 2011

GAYA ALYA BERKARAOKE

Salam..
Selamat pagi...

Ada gaya penyanyi rock tak Alya dalam gambar kat atas nun..???? Remote aircond tu dah jadi mic pulak gayanya. Gambar ni masa kat Pulau Pangkor. Mujur la remote tu dirantai, kalau tidak mungkin dah lama hilang dikerjakan dek Alya

Btw, ni bukan karaoke betul2 ni.. Gambar candid jer ni.. Time ni tengah candid gambar2 Alya duk memunggah dalam bilik tu. Tak bagi, pandai pulak dia tunjuk perasaan..


::::entah bila la nak cerita pasal bercuti hari tuh.. malas la nak menaip::::

Sunday, January 02, 2011

HAPPY BIRTHDAY TO ABAH ALYA@MY HUBBY

Ohhh..abah Alya sudah semakin meningkat usia
sudah berada dipenghujung 20-an
tahun depan no more 20-an pada angka umur abah
yang penting kami (ibu &Alya) sayang sangat2 kat abah..
SELAMAT HARI JADI
SEMOGA PANJANG UMUR DAN MURAH REZEKI SELALU
WE LOVE YOU SO MUCH !!!!


p/s: Alya dah pandai wish hepi besday kat abah walaupun hanya perkataan abah je yg clear :).. ..


Saturday, January 01, 2011

FAIZAL YUSUF PELAKON ADAMAYA MENINGGAL DUNIA - AL-FATIHAH

Salam..

Baru online ni.. Siang tadi pergi Sungai Petani. Sangat-sangat terkejut dengan berita kehilangan pelakon yang pernah memegang watak sebagai Dani dalam drama bersiri Adamaya iaitu Faizal Yusuf. Ex-husband Siti Nordiana. Takziah untuk keluarga arwah atas pemergiannya akibat serangan sakit jantung. Arwah meninggalkan seorang isteri yang sedang sarat mengandung lima bulan. Harap isteri arwah tabah.

Tetiba teringat lakonan arwah dalam drama Adamaya yang memang yang memang buatkan ramai penonton geram dengan watak Dani tu. Dan mungkin drama Tiramisu merupakan drama lakonan terakhir arwah. Tapi tu la, tak sangka kan, arwah pergi dalam usia muda dan tak sangka sebab bila tengok arwah nampak macam sihat jer. Apa2 pun ajal maut ni semua ketentuan Ilahi. Al-fatihah untuk arwah... semoga arwah dtempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.


 antara babak2 lakonan arwah Faizal Yusuf dalam drama Adamaya.