My blog has moved!

You should be automatically redirected in 6 seconds. If not, visit
http://www.ziefauzi.com
and update your bookmarks.

Thursday, March 24, 2011

PATUT LA SENYAP, ADA PROJEK RUPANYA

Kejadian baru terjadi tadi.. Fresh lagi... Tengah duk sapu sampah, Alya senyap2 masuk bilik.. Den ingatkan dia nak baring2 ke apa.. Rupanya ada projek baik punya dalam bilik. Jom tengok gambar apa Alya buat...

Lepas buat projek dalam bilik, dengan muka tak bersalah Alya datang kat ibu sambil tunjuk benda atas meja. Benda yg ditunjukkan Alya adalah cermin. Dia nak cermin. Ibu time tu memang dah terkejut beruk dah tengok rupa Alya.. Bagi je la apa yg dia nak.. Tengok tu, bukan main lagi tengok cermin.. Konon2 dah cantik la tu..

Alya tunjuk hasil 'solekan' kat ibu. Apa lagi, terus snap gambar.. Kecik2 dah pandai makeup2 yer..

Bukan takat muka dia jer Alya makeupkan, habis almari solek pun jadi mangsa.. Penat pulak ibu nak lap nanti.. Memang barang sensitif macam makeup ke gunting ke ibu letak tinggi2 supaya Alya tak dapat capai. Tapi tu la kan, budak2 memang akal banyak.. Pandai pulak Alya guna kerusi pink kat bawah nak capai semua benda tu..



::::::::marah tu marah jugak.. tapi bila tengok muka Alya rasa kelakar..tak jadi nak marah....::::::::::

[Ads] Anda PEngguna DIGI? Download Opera Mini anda hari ini !!!!!

Anda idamkan peluang untuk melayari Internet dan laman web Facebook di smartphone seperti rakan-rakan anda yang lain? Berita baik untuk anda semua, kerana kami mempunyai tawaran hebat untuk pengguna telefon bimbit biasa juga! 

Dengan DiGi, anda mempunyai peluang untuk download Opera Mini dengan PERCUMA! Ya betul, PERCUMA! 
SMS “OPERA” dan hantar ke 2000.

Bukan itu sahaja, jika anda adalah prepaid sub, anda mempunyai peluang untuk memenangi 1MB PERCUMA penggunaan data jika anda tekan link FREE 1MB di Opera Mini anda. 

Promosi ini tidak akhir disini, kerana anda boleh jadi salah satu yang beruntung untuk memenangi HTC Mozart dengan membuka Opera Mini dan klik pada Refer-A-Friend. Opera Mini merupakan browser yang mampu memadatkan data sehingga 6x lebih cepat yang membolehkan anda melayari Internet dengan lebih cepat dan murah. 

Jangan melepaskan promosi ini! Download Opera Mini anda hari ini! Kongsilah berita baik ini kepada semua! 





 untuk maklumat lanjut sila klik sini




Tuesday, March 22, 2011

WIDGET BARU BLOGSPOT

Tak tahu benda ni baru ke dah lama.. Yang pasti den baru jer perasan benda 2 hari lepas masa duk asyik menukar background blog ni.. Kalau dah lama, memang ketinggalan la den ni... :)

Widget yang den maksudkan widget "Follow by Email". Sebelum ni just ada follower jer kan..


Kali ni blogspot sediakan widget yang membolehkan follower kita ikut perkembangan terkini blog kita melalui email. Maknanya, bila kita updated blog, secara automatik follower kita yang follow melalui email akan dapat info terkini yang dihantar terus ke inbox follower.

Kemudahan ni adalah kerjasama dengan Feedburner.. Sesiapa yang pasang widget terbaru ni, turut boleh track subscription information, seperti berapa ramai yang follow by email dan daily views. Kalau nak check stat ni, anda perlu log in feedburner.com

Amacam.. tak teringin ke nak add gadget baru blogspot ni? Kalau nak just click the Add a Gadget link kat bahagian Design | Page Elements. Lepas tu select jer "Follow by Email" dan save. Mudah kan.. Selamat mencuba.


akan keluar macam ni bila anda add gadget kat blog






 

Monday, March 21, 2011

MEAWWWW KESAYANGAN

Dipeluknya meawww...

Dibelainya meaawwww

Diciumnya meaaawwwww...

Ini la rupa meaaww RM10 kesayangan Alya yang dibeli kira-kira setahun lalu.. Memula beli dulu Alya takut, sebab meeaaww ni boleh berjalan and keluarkan suara "meaww" sambil mata kelip2.. Lani meaaww Alya dah tak boleh berjalan,tak boleh bersuara dan takder kelip2 kat mata sebab dah rosak.. 

Tapi yang rosak ni la Alya suka.. Kemana2 diusungnya meaaww tu.. Suruh tinggal kat rumah nangis la dia.. Kecian kat teddy bear cute, Alya takmau kawan dengan bear, Alya nak kawan dengan meaaww ja...

Kadang2 geli hati tengok aksi Alya dengan meaaww... bersungguh2 main,mcm meaaww tu hidup... Jumpa yang betul2 hidup takut plak nak pi dekat.






Thursday, March 17, 2011

PEMILIK SAFI RANIA GOLD JATUH KEPADA.....

Selamat petang...

Maaf yer sebab lambat up entry ni... Entry ni adalah kesinambungan entry kat bawah.. Takmau cakap banyak2, jom tengok gambar...

 Macam biasa, bila main cabut2 nama ni, den akan mintak tolong anak dara ni cabut kan.. Tengok la tuh,gaya yang sangat tak sopan..

Dah ready nak cabut nama... Tak banyak pun kertas dalam tu, tapi sebab lebih dari sorang yang berminat, secara adilnya den buat cabutan.. Peluang nama nak naik tinggi sebab tak banyak persaingan.. :)

Alya dah ambil satu kertas nama.. Senang sungguh bekerjasama dengan budak ni.. Tak banyak ragam.. Pas ambil jer kertas tu, pandai2 jer dia nak buka tengok nama sapa yang kena.. Padahal bukan tau baca pun.. meh tengok sapa yang kena....

Kepada pemilik nama diatas, sila munculkan diri anda.. Send nama, alamat dan no hp ke nazfa_fafa@yahoo.com dengan segera.. Kebetulan esok den nak pi pos barang, boleh hantar sekali set safi rania gold tu...


Kepada yang tak terpilih, jgn sedih2 tau...

Tuesday, March 15, 2011

UNTUK PENGGUNA SAFI RANIA GOLD SAHAJA

ENTRY MELEKAT, ENTRY BARU KAT BAWAH
updated 
tawaran ni sampai pukul 6 petang (15/3/2011) sahaja..


Kat atas ni, set siang produk Safi Rania Gold.. Ada pembersih buih, toner dan serum... Den beli bulan lepas. Itu pun gara-gara terhasut dengan testi2 positif dari pengguna Safi Rania Gold ni kat satu forum di website.. Tak ingat dah forum apa.

Walaupun umur belum menjangkau usia 30 tahun, tapi dek kerana terhasut dengan testi2 tersebut den pun dengan yakinnya beli satu set siang Safi Rania Gold untuk cuba pakai. Dalam hati masa tu kata, kalau ok boleh beli satu set lengkap terus... 

Selepas seminggu pakai, ada tanda-tanda negatif kat muka den ni.. Jerawat banyak tumbuh kat pipi sebelah kiri dan dahi. ... Bukan jerawat kecik-kecik tau, jerawat yg besar tu.. Bila sentuh rasa sakit.Muka pulak semakin berminyak.

Terus den stop pakai...Sebab Safi Rania Gold ni memang tak serasi dengan muka den. Sampai sekarang set Safi Rania Gold tu tak terusik langsung. Rasa rugi pun ada... 

Jadi den ingat nak berikan set siang Safi Rania GOld ni kat sapa2 yang berminat.. Dengan syarat, anda memang pengguna Safi Rania Gold sekarang ni dan serasi gunakan produk ni. Bagi yang baru nak cuba pakai tak boleh la yer...

Kalau anda pengguna Safi Rania Gold, tinggalkan url blog dan email kat bahagian komen entry ni. Kalau ramai, den akan buat cabutan nama. Dan diingatkan sekali lagi, produk ni den dah guna untuk seminggu.. Masih ada banyak lagi dan boleh bertahan lebih kurang sebulan lagi.. Kotaknya pun dah takder tau. Jadi bila sampai ke tangan anda, memang takder kotak yer.. Untuk yg berminat bagi detail yang den bgtau tadi kat kotak komen... Tawaran tamat sehingga den beritahu kelak..




DAH BOLEH CASHOUT

Pepagi check akaun nuffnang dengan churpchurp... Akaun nuffnang sangat2 menghampakan. Kenapa den rasa hampa?? Nanti den cerita next entry yer bila dah dapat jawapan dari tiket yang den hantar kat nuffnang malam tadi.

Dalam duk hampa2 tu, akaun churpchurp dah buat den tersenyum sorang2. Mana taknya setelah sekian lama menanti, akhirnya dah boleh cashout.. Alhamdulillah... Earning dah sampai target. Orang lain dah berapa kali cashout, den baru pertama kali. 

Churp churp memang boleh buat duit tapi kena rajin lebih la...Kena promote sana sini. Dan den sendiri lebih suka promote kat facebook atau twitter.

Sesiapa yang belum join, klik sini untuk join..Isi la maklumat yang diperlukan dengan betul yer...





Monday, March 14, 2011

[ads] Menangi wang tunai sekurang-kurangnya RM105 setiap jam!


Ingin memenangi wang tunai sekurang-kurangnya RM105 setiap jam? 
Jika ya, ikuti ERA fm sepanjang hari dan segera hubungi studio
apabila mendengar isyarat peraduan Aznil vs Muzik 
dan jawab soalan mudah mengenai topik 'Aznil' atau 'Muzik'.
Andai kata jawapan yang diberikan kurang tepat,
wang tersebut akan di bawa ke segmen seterusnya. 
Anda juga berpeluang memenangi hadiah lumayan 
seperti TV LCD 32" atau Set Teater Rumah SINGER bernilai lebih dari RM2000 
di dalam slot bonus Aznil! Jadi tunggu apa lagi?

Untuk maklumat lanjut klik sini



Friday, March 11, 2011

GAMBAR DAN VIDEO JEPUN DILANDA TSUNAMI SELEPAS GEMPA BUMI

 gambar sumber dari MyMetro

TOKYO: Gempa bumi pada kadar 8.9 magnitud melanda Jepun awal petang tadi mengakibatkan tsunami hingga setinggi 10 meter melanda beberapa bandar kawasan pantai negara itu.
Kejadian itu mengakibatkan banyak kes kecederaan, namun jumlah kes kematian masih belum diperolehi dari kawasan yang dilanda bencana di pulau Honshu.

Ombak setinggi 10 meter dilaporkan melanda Sendai di timur laut Miyagi, pulau Honshu mengakibatkan banyak kapal, kereta dan sisa runtuhan dihanyutkan ke kawasan bandar. Gempa bumi itu mengakibatkan gegaran kuat bangunan di Tokyo yang dihuni 30 juta penduduk.
Sekurang-kurangnya enam kes kebakaran dilaporkan di Tokyo akibat gempa selain menyebabkan sistem subway dihentikan, siren kecemasan dibunyikan dan orang ramai berpusu-pusu keluar dari bangunan.

Kepulan asap dikesan membabitkan sekurang-kurangnya 10 lokasi di bandar raya itu di mana lebih empat juta kediaman terputus bekalan elektrik selain beberapa kawasan ditenggelami air termasuk kawasan letak kereta Disneyland Tokyo.

Gempa bumi berlaku pada jam 2.46 petang (0546 GMT) selama dua minit dengan gempa pertama kira-kira 400 kilometer di timur laut Tokyo, menurut US Geological Survey.

Ia diikuti beberapa gempa susulan antaranya sekuat 7.1 magnitud.

Perdana Menteri, Naoto Kan memanggil sidang Kabinetnya sejurus dilanda gempa dan kerajaan Jepun menghantar kapal tentera lautnya dari Tokyo ke kawasan yang paling teruk di timur laut Miyagi.

Jepun terletak di atas Lingkaran Api Pasifik dan turut mempunyai titik gunung berapi di mana Tokyo terletak di antara kawasan paling berbahaya.

Amaran tsunami turut dikeluarkan kepada Taiwan, Russia dan Kepulauan Mariana, kata Pusat Amaran Tsunami Pasifik. - Agensi






sumber dari Youtube

Serius ngeri, takut, kesian dan semua la bila  tengok video kat atas ni. Bayangkanlah 10 meter tu tinggi mana.. 10 kali ganda dari tinggi manusia tu.. Kuasa Allah s.wt...

Mudah-mudahan rakyat Malaysia kat sana selamat la hendaknya...

Beberapa negara seperti New Zealand, Filipina, Indonesia, Papua New Guinea dan Hawaii diberi peringatan mengenai Tsunami.. Den ada baca kat twitter mengatakan Penang jem teruk sebab panik dengan serangan tsunami di Jepun.Tak tahu la betul ke tak, sebab den kat rumah sekarang ni. Nak keluar pun hujan..

Bawah ni, den copy paste dari seseorang yang retweet twitter Linda Onn.
RT : Linda baru temubual pegawai dari Jab Meteorologi M'sia berkaitan Tsunami. Nasihat utk org Sabah & Labuan, berjaga2 dari jam 6pm-12mlm. 



Penang hujan, lebat juga memula tadi.. Sekarang dah reda sikit... Dan dengar khabarnya ada beberapa negeri seperti Johor, Pahang sekarang ni hujan lebat yang dijangka sampai keesokan harinya. Mungkin akan berlaku banjir.. Itu apa yang den baca kat twitter la...


Panggilan untuk pengguna DIGI. Load your DiGi with more freebies today!



Promosi terhebat! 
Dapatkan ganjaran percuma setiap kali anda isi semula 
dengan pelan-pelan DiGi Prepaid!
Dan sila ambil perhatian bahawa promosi ini akan berlangsung dari 
1st March - 31st March sahaja
Jika anda gemar mengumpul ganjaran-ganjaran menarik,
tungga apa lagi 
isi semula sekarang juga.
Lebih banyak anda isi semula, 
lebih banyaklah ganjaran yang bakal anda dapat!
Cepat

Untuk maklumat lanjut sila klik di sini





Wednesday, March 09, 2011

Here's your chance to be a proud owner of iPhone 4. Whoa!

Are you an epic die-hard fan of Fruit Ninja? 
Get your hands on the new iPhone4 with DiGiiPhone4 today!
All you have to do is to upgrade your line.
Too cool to be true!!


click here for more info



Monday, March 07, 2011

DIA SUDAH PANDAI....

Cuba teka apa Alya buat tu??? Belajar benda baru ker? Kusyuk jer Alya bagi perhatian kan.. Yer, Alya tengah belajar benda baru yang membuatkan ibu dia sakit kepala tengok... Huhuhu...

Yup...Alya sudah pandai main bedak.. Umpama main salji jer... Dan paling 'best', pandai Alya cari port untuk main bedak tu.. Kabinet tv kaler hitam... Bila hitam bertemu putih, dah macam tahi cicak kan... 

Sekarang ni dah tak leh letak botol bedak merata-rata dah.. Pandai jer dia pusing nak buka botol tu. Dulu Alya mintak ibu atau abah toling bukakan.. sekarang dah tak perlu mintak tolong...

Bila ibu ambil botol bedak tu, pandai dia menangis mintak simpati.. Tengok la tangan tu,habis putih... No,sayang... bedak ni bukan untuk dimain... Kena pujuk main benda lain pulak... :)






Thursday, March 03, 2011

CARA BUKA AKAUN PAYPAL MENGGUNAKAN KAD DEBIT MAYBANK

Dulu den ada akaun paypal, tapi tak verified lagi sebab takder  kad kredit. Masa tu den tak tahu lagi yang debit kad jugak boleh guna untuk linkkan bersama dengan akaun paypal. Dan sekarang makin mudah nak daftar akaun paypal sebab dah banyak bank  bekerjasama dengan paypal ni antaranya Maybank, RHB dan Public bank. Dan rasanya, menggunakan kad debit lebih selamat dari kad kredit. Dan paling best, paypal turut menggunakan matawan Ringgit Malaysia (MYR).

Tahu tak apa itu paypal??? Rasanya sesiapa yang suka shopping online didalam atau luar negara atau pun penjual online (blogshop) mesti tahu apa itu paypal. 


Apa itu PayPal?
PayPal adalah salah satu alat pembayaran menggunakan internet untuk membuat pembelian online atau menerima duit. PayPal banyak digunakan untuk urusan jual-beli dan dijamin selamat. Selamat yang dimaksudkan adalah tanpa perlu mendedahkan nombor kad kredit atau maklumat kewangan kita.

Kelebihan menggunakan PayPal
  • Cepat - pembayaran dibuat serta-merta 
  • Privasi - PayPal tidak mendedahkan maklumat kewangan kepada penjual. 
  • Global - PayPal diterima hampir kesemua negara di dunia ini, ia juga boleh digunakan untuk membuat bayaran pada peringkat tempatan ataupun antarabangsa. 
  • Mudah - Menghantar wang / Membuat pembayaran dengan hanya berberapa klik sahaja. 
  • Dipercayai - Mengetuai dalam industi membasmi penipuan kad kredit dalam menjaga keselamatan data pelanggan. 
  • Keberkesanan - Ianya adalah percuma untuk menghantar wang, dan PayPal sesuai digunakan untuk pelbagai jenis perniagaan.

Kredit : echam76 

CARA DAFTAR PAYPAL

Pastikan anda ada debit kad Maybank yang sah (kad ATM yang ada gambar cherry) dan boleh check secara online. Kalau tak daftar online tu, rasanya susah sikit la nak buat. Untuk debit kad bank yang lain, anda perlu pastikan cara setting dengan bank masing-masing. Sebab lain bank, lain cara settingnya. 

1. Buka link http://www.paypal.com dan klik sign up.


2. Bila dah klik sign up, akan keluar gambar seperti dibawah. Jangan lupa pilih negara dan klik 'get started' kat bahagian 'premier'.
 
 3. Lepas tu, isi la form yang keluar dengan maklumat yang betul yer. Untuk bahagian nama, Jika nama anda ada 3 suku kata, contoh : Nur Alya Adriana, isi macam biasa.. Tapi jika nama anda cuma 2 suku kata, contoh: Nur Alya, isikan 'first name' dengan Nur dan 'last name' dengan Alya. Biarkan middle name kosong.

4. Bila dah isi form, klik 'agreed and get started'. Bila sampai tahap ni, akan keluar gambar seperti di bawah.
5. Apa yang perlu anda buat, hold dulu. Kemudian anda log in Maybank2u guna tab yang baru yer dan secara auto, akan keluar gambar seperti di bawah. Lepas tu jangan segan silu untuk kik 'Maybankard Secure Online Shopping Registration' di bahagian yang den bulatkan tu yer.


6. Isi la apa-apa yang patut kat kat form bawah ni. Lepas tu klik save. Dan kembali pada laman paypal tadi.. Untuk halaman paypal yang hold tadi, boleh la di isi kad number yang ada di bahagian depan kad ATM, expired date dan CSC. Apa itu CSC, nanti klik sendiri kat 'what's this?'. Settle semua, klik continue.


7. Lupa pulak nak bagitau, pada tahap ni PayPal akan potong RM10 dari akaun Maybank untuk pastikan no kad yang dimasukkan tadi adalah milik sendiri dan bukan orang lain. Tapi jangan risau, selepas debit kad confirm, PayPal akan kembalikan RM10 tersebut ke dalam akaun PayPal.

8. Biasanya, untuk confirmkan debit kad tersebut akan mengambil masa 2 ke 30 hari. Ikut statement bank. Kalau maybank 2 hari jer dan boleh check terus secara online tanpa perlu tunggu statement sampai rumah.

9. Cara nak confirmkan debit kad, log in akaun PayPal kemudian klik 'confirm debit card' dan masukkan 4 angka rahsia. Dari mana nak dapatkan 4 angka rahsia tu?? Ok, 4 angka tu boleh dapatkan di statement maybank.

10. kena log in dulu maybank2u. Lepas tu, klik 'accounts and banking' kat tab menu. Dan seterusnya klik 'wadiah saving account'. Kemudian akan keluar gambar kat macam kat bawah ni.

11. Sila la klik 'debit card history', macam den tunjuk kat atas tu. Akhir sekali akan keluar statement. So, kat mana nak ambil 4 angka tu?? Ambil selepas perkataan 'SALE PP XXXX'. Kemudian masukkan angka tu kat bahagian kotak untuk confirm debit kad di akaun paypal yang kita buka tadi, terus save dan boleh shopping guna akaun paypal. 

Apa2 pun, sentiasa check email anda yer... Sebab PayPal akan hantar email samada langkah2 yang anda buat tu berjaya atau tidak...


 ::::::tutorial paling panjang  dan ambil masa yang lama yang pernah den buat. kalau ada yang tak boleh buat tu bagitau la yer::::::



Wednesday, March 02, 2011

[ADS] GELANG KRISTAL UNTUK DIJUAL

 GELANG KRISTAL CANTIK-CANTIK UNTUK DIJUAL.
HARGA RM20 TERMASUK KOTAK
HARGA PROMOSI NI..
TAPI TAK TERMASUK KOS PENGHANTARAN YER..
UNTUK LEBIH BANYAK PILIHAN DAN GAMBAR YANG TERANG
SILA LA KE SINI
ATAU PUN KLIK JER LINK KAT BAWAH NI.. 




[ADS] FISH SPA PACKAGE @ RM19 ONLY

ENTRY MELEKAT SELAMA 15 JAM
ENTRY BARU SILA TENGOK KAT BAWAH YER


Mari kakak, mari abang, mari adik.. Mari sini rapat2.. Nak promote sikit ni. Siapa suka fish spa, sila angkat tangan??? Jangan angkat bontot yer.. Den tak nampak .. Cuba perhati gambar kat bawah..


Nampak tak iklan yang den bulatkan tu?? Ok, itu adalah iklan mengenai Kenko Reflexology & Fish Spa yang sekarang ni tengah buat promosi untuk fish spa.. Potongan harga 50% dari harga biasa RM38.00. Anda jimat RM19 jika buat pembelian di laman web tersebut.

Kenko Reflexology & Fish Spa ni ada 4 cawangan di Malaysia. Antaranya :
  • Pavilion Kuala Lumpur
  • Mid Valley Mega Mall Kuala Lumpur
  • Subang Airport Skypark Terminal
  • Gurney Plaza Penang
Jadi bagi sesiapa yang teringin nak berfish spa, sila la klik iklan tersebut untuk maklumat lanjut.[Ini bukan iklan nuffnang, jangan risau untuk klik]. Segala maklumat, cara pembelian, alamat atau map Kenko Reflexology & Fish Spa, semuanya ada kat situ.




p/s: lupa pulak nak bagitau, promosi ni hanya sah dalam masa 15 jam sahaja tau.. Cepat sebelum terlambat.





Tuesday, March 01, 2011

TENGAH BERANGAN NAK IPAD 2, ANDA NAK JUGA KE??? MEH BACA SINI..

Assalammualaikum...

Fuhhhh...tajuk..panjang giler.. Sengaja letak tajuk panjang2... Nak tarik perhatian korang.. Korang tertarik tak?? Ker korang menarik saja.. Ayat tah apa2.. :)

Gambar Apple iPad 2 kat atas ni hasil pencarian kat Google, tak tahu la designnyer betul ke tak, sebab pelancarannya belum lagi dibuat dan dengar khabarnya bulan ni (2 Mac) baru nak dilancarkan. Nampak smart jer bila tengok gambar. Hati dah terdetik nak satu.. Satu pun jadi la..:) Kalau dapat lebih, Alhamdulillah.... Nampak sangat dah berangan lebih ni.

Sebenarnya den tengah berangan nak  Apple iPad 2 ni.. Berangan je la, nak betul2 dapat tu tak pasti lagi.. Bila dah berangan2, tambah-tambah lagi bila ada contest yang menawarkan hadiah Apple iPad 2 sebagai hadiah utama, wajib sangat-sangat untuk sertai. Kan?? Dah nama pun benda free.. Semua orang nak.. Setuju tak??

Oklah...Entry ni sebenarnya adalah untuk contest terbaru dari blog Denaihati. Sekadar mencuba nasib dan manalah tahu kalau angan-angan tu boleh menjadi kenyataan. Siapa tahu kan...


Kalau korang pun berangan nak iPad 2, jom la sertai contest ni. Maklumat lanjut, korang boleh klik link atas ni. Contest ni adalah kerjasama antara denaihati.com, Smartgold.biz dan Ray Ban Malaysia.

Hadiah yang ditawarkan memang sangat-sangat menarik hati. Antaranya adalah : 

Hadiah Utama : 1 x Apple iPad 2.
Hadiah Hebat : 4 x Cermin Mata Ray Ban.
Hadiah Saguhati : 3 x RM100

Jadi, tunggu apa lagi.. Kalau berminat bleh join contest ni. Klik sini untuk maklumat lanjut...