My blog has moved!

You should be automatically redirected in 6 seconds. If not, visit
http://www.ziefauzi.com
and update your bookmarks.

Friday, April 29, 2011

GAMBAR ANAK ARWAH FAIZAL YUSUF DAN ROSMUNIRA RASHID

Tengah blogwalking tadi terjumpa artikel pasal anak arwah Faizal Yusuf . Comel kan??? Ada iras-iras wajah arwah ayahnya..  Nama baby ni Muhammad Raqqim Fyzal Bin Mohd Faizal yang dilahirkan pada 23 April 2011. Jom tengok lagi gambar-gambar anak arwah Faizal Yusuf.



Serius.. bila tenung lama-lama memang ada iras arwah. Apa-apa pun tahniah atas kelahiran baby yang comel ni. Harap si ibu tabah dalam membesarkan putera kesayangan.

Nana, Rosmunira dan anak sulung arwah


kredit gambar: http://www.myartis.com/



p/s : hari ni cerita pasal baby je kan... suka sangat baby... 




SIARAN LANGSUNG PERKAHWINAN PRINCE WILLIAM DAN KATE MIDDLETON DI NTV7


Akhirnya, kahwin juga depa ni.. Lama sangat dah bercinta.. 




Tahniah kepada NTV7 sebab berjaya mendapatkan hak secara langsung untuk menyiarkan acara perkahwinan yang menjadi salah satu perkahwinan terbesar tahun ini. Boleh tengok free. Jadi jangan lupa tonton NTV7 jam 3 petang hari ni yer..

Siaran langsung dijangka selama 5 jam tau, start pukul 3 petang sampai 8.30 malam..

Ehhh..tinggal 5 minit jer lagi pukul 3, jom buka tv...







TAHNIAH MAIZAWATI & SUAMI SERTA SAZZY FALAK & NAZRIL IDRUS

Maizawati Zainal, 35, telah selamat melahirkan cahaya mata pertama hasil perkahwinannya dengan suami ketiga, Mohd Yassin Ben @ Abdul Rahim, 23. Bayi lelaki seberat 2.86 kilogram itu dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur dinamakan Muhammad Qhalef Izz Qhusairy Mohd Yassin. Baru lepas bersalin pun, nampak berseri-seri muka..

Tahniah juga buat pasangan Sazzy Falak dan Nazril Idrus atas kelahiran baby kembar perempuan mereka yang berkongsi tarikh lahir dengan Nazril. lepas ni senang la nak celebrate sekali.. Baby kembar di beri nama  Iman Lilly & Tiara Rose dilahirkan di Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur. Gambar baby diorang tak jumpa.. Dah puas google... :)


p/s : Kat sekeliling den ni pun, ramai yg baru bersalin dan tunggu masa untuk bersalin.. Geram la plak tengok baby kecik-kecik ni. Macam nak bagi kat Alya adik jer... :)



Thursday, April 28, 2011

SEMAKAN PERMOHONAN KEMASUKAN CALON PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2011/2012 SECARA ONLINE DAN SMS



Semakan secara online boleh dilakukan dengan klik link di bawah

Manakala semakan secara SMS:
  • Taipkan MOE<jarak>MAT<jarak>NO. KP dan hantarkan ke 15888
  •  Contoh : MOE MAT 760704085973

Tahniah kepada mereka yang berjaya melayakkan diri ke Matrikulasi. Mereka yang berjaya perlu mendaftar di matrikulasi masing-masing pada 23 Mei 2011. Surat tawaran, dokumen pendaftaran dan borang perjanjian perlu dicetak sendiri dan dibawa semasa hari pendaftaran.

Talian Bantuan Matrikulasi di 03 8884 4083 boleh dihubungi jika terdapat sebarang pertanyaan. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web Bahagian Matrikulasi KPM

Friday, April 22, 2011

PETUA ATASI RAMBUT GUGUR




Rambut gugur??? Masalah yang sedang den hadapi sekarang.. Sebelum ni pernah juga alamai keguguran rambut, tambah2 time Alya berusia 2 3 bulan. Tapi lepas tu, kurang dan tiada keguguran berlaku. Den tak ingat apa den amalkan masa tu. Tapi sekarang, masalah rambut gugur ni makin menjadi-jadi. Semakin hari semakin banyak.. Kadang2 rimas tengok rambut merata tempat dalam rumah ni.

Jalan penyelesaiannya, den google petua-petua yang boleh diamalkan. Untuk perkongsian bersama, den senaraikan kat sini yer. Moga bermanfaat kepada sesiapa yang alami masalah seperti den ni haa... Berikut antara petua-petua yang boleh diamalakan :
  1. Guna daun lidah buaya,ambil lendir sapu di kepala.. Amalkan selalu .. InsyaAllah, rambut gugur akan berkurangan.
  2. Bersihkan daun bunga raya yang hijau, ramaskan dalam air. Sapu rambut dengan air tadi dan biarkan selama lima minit, kemudian barulah dibilas sehingga bersih.
  3. Ada juga yang menggunakan santan kelapa.. Setahu den santan kelapa boleh melebatkan rambut tapi why not kita cuba dulu kan.. Mana tau boleh atasi rambut gugur jgk.
  4. Kulit tembikai pun boleh guna tau. Bila makan isi tembikai, jangan buang kulitnya. Tusuk-tusuk bahagian putih kulit tembikai sampai keluar air, then gosokkan pada kulit kepala dan ramas perlahan-lahan selama beberapa minit. Lakukan seminggu sekali.
  5. Ambil beberapa biji buah keras dan bakar sehingga kekuningan. tumbuk sehingga hancur dan campurkan dengan minyak kelapa. pada setiap pagi, sebelum mandi sapukan bahan tadi pada rambut dan biarkan 30 minit. cuci rambut seperti biasa. Amalkan 2 kali seminggu.
Sebenarnya banyak lagi petua yang boleh dapat kalau rajin cari. Atas ni antara yang den dapat dapat la.

Kalau rambut gugur antara 50 - 100 helai boleh dikatakan normal. Apa yang penting penjagaan makanan perlu diambil kira. Amalkan makan vitamin A,B,C dan E khusus untuk penjagaan rambut. Penggunaan syampu yang tidak sesuai juga boleh atasi keguguran rambut dan kurangkan penggunaan pengering rambut atau gel yang boleh menyebabkan rambut gugur dan kering. :- Sumber majalah Pa&MA


::::::Kalau susah2 sgt pakai je syampu pantene hair fal control. Batul tak.. :) ::::




DAH INSAF KEMBALI

Assalamualaikum semua...

Dah mula insaf ni.. Lepas ni tak mau buat dah.. Lepas ni kena rajin2 selalu.. Tak boleh malas2 lg dah.. Bila malas semua menjunam turun.. Adehhh... Apa yg menjunam?? Traffik blog ni la... Sebab malas nak update. Dah seminggu lebih kot terbiar bersawang.. Angka page rank pun dah ke angka juta balik... Penat jer bersusah payah sebelum ni..

Takper2..pasni kena rajin balik.. Sekarang ni, den nak rajin blogwalking dan follow balik blog2 yang den follow sebelum ni... Kan hari Isnin hari tu kecoh pasal Google nak delete blog yang tak pakai email google kan... So,den pun terkena tempias kelam kabut tukar2 email ni.. Sekali bila dah bertukar, habis semua blog yang den follow sebelum hilang.. Erkkk..tak hilang sebenarnya,cuma bila log in pakai email baru ni, semua kena start balik.. Mujur entry2 lama masih kekal... Jadi jgn la ingat  den follow sekarang sebab den unfollow sebelum ni yer.. Tak tau.. Baru follow sebab tukar email.

 Gambar takde kena mengena dengan tajuk.. 
Saje tempek gambar budak yang buat ibu dia pening hari-hari.. :)






Thursday, April 14, 2011

GET THE CHEAPEST AIR TICKET TO NEW ZEALAND

Short holidays are fun, but a 7D/6N holiday is going to be awesome!

Gotta love Air Asia for this one… I'd never thought winning something so big would be this simple. You might be packing your bags to a 7 Day - 6 Night trip to New Zealand soon! Just select your desired activity, upload a photo of your face, and share it with your friends.


Let's go experience some exotic Maori village! To know more, click HERE

 

Monday, April 11, 2011

JOM BELI IPAD 2 BERNILAI RM2799 DENGAN HARGA RM0.00

Selamat hari Isnin..Teruja tak tengok tajuk kat atas?? Saja update entry ni pagi Isnin,supaya anda2 yg ada simpton Monday blues boleh senyum suka...

Tajuk kat atas tu bukan cubaan yer... Ini betul2 punya statement... :)

Dealmates.com menawarkan diskaun 100% Apple iPad 2 16GB Wifi yang bernilai RM2799. Kalau dah 100% diskaun tu bermakna harga iPad tersebut adalah RM0.00.

Best tak?? Menarik?? Anda tertarik????

Ok, apa yg perlu anda buat senang sangat... First, register di Dealmates.com dan isikan borang dengan nama penuh, email dan password. Then, submit.

Pastu klik "Be One of the First in Malaysia to Own an iPad 2! RM0 for a Chance to Win the Stunning iPad 2 16GB WiFi Worth RM2799" atau boleh klik sini

Kemudian kli BUY macam gambar bawah dan jangan lupa proceed to payment. Jangan risau untuk klik sebab dah tertulis harga ipad tu RM0.00


Lepas tu Dealmates.com akan hantar satu sijil (certificate) ke alamat email yang anda daftar. Simpan sijil elok2, jgn delete sebab kat sijil tu ada no siri. Mana la tau no siri kat sijil anda tu akan dipilih sebagai pemenang yang akan diumumkan dalam cabutan bertuah pada 17 April 2011 nanti.

So, jangan lupa tau.. 17 April ni cabutan bertuah akan dilakukan. Cepat sebelum terlambat..

Thursday, April 07, 2011

Saya Mahu RMxx dari Eyriqazz.Com

Syarat-syarat untuk join
 
 
 
Klik link kat bawah untuk maklumat lanjut



Wednesday, April 06, 2011

BIRTHDAY GIVEAWAY : WIN PRIZES EVERY DAY FOR THE NEXT 30 DAYS

SYARAT-SYARAT UNTUK JOIN

Peserta adalah seorang rakyat Malaysia
 Peserta perlu berdaftar dengan Says.my. Untuk mendaftar, klik sini. 
Peserta perlu share sekurang-kurangnya satu daily kempen di Says.my.
Contest bermula 5 April - 4 May 2011.


Paling best giveaway ni adalah part hadiah. Sebab hadiah kira lumayan jugak.. Best sebab kita boleh pilih sendiri hadiah yang diidamkan. Berikut antara hadiah yang menjadi pilihan den. 

 atas ni pilihan hadiah untuk grand prize

atas ni pulak pilihan untuk conso prize 

Teruja kan tengok hadiah kat atas nun.. Jadi tunggu apa lagi, jom join ramai2. Untuk maklumat lanjut mengenai cara untuk join, syarat2 dan cara pemenang dipilih...sila klik text kat bawah 




MISS MALAYSIA PAHANG??? MISS KER??

Salah seorang kenalan tag video ni kat facebook den.. memula malas nak ambil tahu, tapi tangan ni gatal sgt nak tekan play. Bila dah play, Astaghfirullahalazim...urut dada den...totally sad n shock... Ingatkan event ni kat Thailand, rupanya kat Malaysia. Dan kebanyakan yang terlibat dalam event pandai bagi salam. Sah2 melayu kan..Dan paling tak boleh diterima part last tu.. "terima kasih buat suami tercinta????"






Sabda Rasulullah SAW:
عن ابن عباس رضي الله عنهما قال : لعن النبي صلى الله عليه وسلم المخنثين من الرجال ، المترجلات من النساء
Maksudnya : Daripada Ibn Anas r.a berkata Rasulullah SAW melaknat mereka yang menyerupai wanita daripada kalangan lelaki dan mereka yang menyerupai lelaki daripada kalangan wanita (HR al Bukhari).


 ::::Dunia akhir zaman. Nauzubillahiminzalik.:::::

Tuesday, April 05, 2011

MEAWWWW KESAYANGAN BARU


Beberapa hari selepas den publish entry MEAWWWW KESAYANGAN Alya tempoh hari. Meaww kesayangan warna oren tu telah bersemadi dengan aman dalam longkang akibat perbuatan Alya sendiri. 

Alkisahnya, Alya mengamuk masa pergi kedai.. Tetiba jer Alya baling meaww dia tu terus masuk longkang. Den tak sempat nak selamatkan meaaw Alya tu. Jadi bersemadi la meaaw Alya kt situ.. Nak ambil balik?? Tak ambil dah la,sebab kotor..

So,sejak kejadian tu Alya duk menyebut2 jgk la meaaww dia.. Nak tido cari meaawww, nak minum pun cari meaaww...Nak main lagi la.. Duk sebut meawww... Alahai...kesian la plak.. Nasib tak demam..

Jadi masa ikut En.Fauzi outstation ke Manjung minggu lepas, sempat la singgah Tesco Manjung beli meaaww baru kat Alya. Memula tu, Alya macam mau tak mau je main dengan meaww baru sebab kaler meaaww baru tak sama dengan meawww lama.. Tapi lama2 tu, mcm tak boleh berpisah plak...

 Alya tengah makan biskut...
Alya comot, meawww pun sekali comot...


Monday, April 04, 2011

ORANG BARU.. ADIK BARU


Alya dapat adik baru.. Adik sepupu baru.. Lelaki.. Anak ketiga Pak Long dan Mak Long Alya. Baru kelmarin lahir.. Tak sempat pergi melawat pun lagi.. InsyaAllah, hujung minggu ni baru nak pergi tengok kot.

 Husna dan Irfan
kakak & abg kepada baby baru aka sepupu2 Alya..


Tahun depan turn Alya pulak kot dapat adik baru yang betul . InsyaAllah..kalau ada rezeki. Lani nk tumpu untuk pindah rumah dulu.


BIASA DAN BUKAN LAGI EKSKLUSIF

Nak habaq mai ni.. Status nuffnang den bukan lagi eksklusif mahupun glitterati.. Dah jadi biasa.. Dan takdak apa2 makna dah.. tak percaya?? Meh nak tunjuk bukti..

 klik untuk lebih jelas

Sebab apa jadi lagu ni.. Sebab dah hampir 2 minggu, blog ni bebas dari sebarang iklan nuffnang. Awat?? Saja suka2 nak berubah angin.. Nak mencuba syarikat pengiklanan yang lain.. Dan merajuk pun ye jgk.. Lepas berbalas tiket tempoh hari, den ambil keputusan untuk keluarkan iklan nuffnang dari blog ni.

bukti tiada sebarang unik trafik yang direkodkan

Ada niat nak pasang balik ke nanti??? Tengok la dulu macamana.. Buat masa sekarang tak terfikir lagi kot. :) Depa pun tak kisah den ni nak pasang balik ke tak. Yela.. sapa la den ni haa.. Bukan blogger femes pun..

So,sesiapa yg nak main click2 tu.. jangan gatal tangan tulis 'i klik nuff u' dan tinggalkan mesej kt shoutbox.. Nampak sangat tipu sebab dah terang2 kat sini takder iklan nuffnang..



::::nanti ada masa den story iklan apa plak yg duk menari2 kt sini::::


KEPUTUSAN PENUH ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN 2010 - ABPBH 2010


Berikut adalah keputusan penuh Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 :

Kumpulan Duo Popular
Six Senth

Pelakon Tv Wanita Popular 
Fasha Sandha
Penyampai Radio Lelaki Popular
Faizal Ismail

Artis Komedi Perempuan Popular
Noorkhairiah

Kumpulan Nasyid Popular 
Rabbani

Pengacara Tv Lelaki Popular 
Aznil Haji Nawawi

Artis Baru Lelaki Popular 
Sharir

Penyampai Radio Perempuan Popular
Farah Fauzana

Pelakon Tv Lelaki Popular 
Remy Ishak

Pengacara Tv Wanita Popular 
Farah Fauzana

Artis Komedi Lelaki Popular 
Zizan

Penyanyi Lelaki Popular
Faizal Tahir
Pelakon Filem Wanita Popular 
Lisa Surihani

Artis Baru Wanita Popular
Ana Raffali
Pelakon Filem Lelaki Popular
Shaheizy Sam
 
Penyanyi Wanita Popular 
Yuna
 
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat ABPBH 2010
Dato' Rosnani Jamil

Anugerah Artis Mobile Popular 
6senth
ANUGERAH BINTANG PALING POPULAR 2010   
Shaheizy Sam
(126 168 undi)

::sempat lagi tonton ABPBH2010 melalui handphone masa dalam perjalanan balik dari rumah maktok Alya:::

Sunday, April 03, 2011

GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL BERMULA




Jom ramai2 kita gegar satu ribu blog. Nak join?? Pastikan syarat-syarat kat bawah cukup.

1. sila letak HEADER BEN ASHAARI BLOG
2. Tajuk : GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL BERMULA 

Itu jer...Simple kan... Untuk maklumat lanjut klik link kat bawah..

Friday, April 01, 2011

PELUANG MENJADI WARTAWAN AMATUR DAN MENANG RM500



Anda berminat untuk menjadi wartawan?? Laporkan cerita sensasi anda yang pelik, sedih, ngeri atau lawak berserta gambar dan hebohkannya kepada dunia! 

10 wartawan amatur dengan undian tertinggi akan memenangi RM500! Sebarkan di Facebook dan ajak member-member undi Laporan Biar Betul! anda. 

Lagi sensasi, lagi tinggi peluang untuk menang! Peraduan ini bermula dari 30 Mac sehingga 20 April! 

Untuk maklumat lanjut silat layari facebook myMetro atau klik di sini




MOOD BARU DI BULAN BARU


Kembali bersiaran langsung.. :P

Kesian blog ni, huru hara dalam seminggu ni.. Tuannyer tak ambil tahu.. Dengan template tunggang terbalik.. dengan tak berupdatednya.. Tapi ada juga yang datang, lebih-lebih lagi dari pencarian google.. Kuasa SEO, sapa tak belajar pasal SEO ni rugi ooo...

Ke mana la ibu Alya ni menghilang yer.. Tak hilang pun, sesaje jer taknak updated.. Malas, sibuk dan MERAJUK... Jangan di tanya merajuk kat sapa, nanti tunggang terbalik lagi blog ni den tinggalkan.. Hahaha.. Dah tua2 ni, makin kuat lak merajuk tu....

Btw, memang dalam seminggu lebih ni den sibuk dan tak sempat nak jenguk2 kat sini.. Sibuk balik kampung, sibuk ikut En.Fauzi gi outstation, sibuk gi tengok rumah yg nak direnovated, sibuk gi shopping, sibuk gi jenjalan.. Segala-galanya sibuk la.. Padahal makan hati berulamkan jantung sebenarnya.. :P

Oklah, lani nak gi menyibukkan diri kat dapur jap.. Anak dara tu tengah tidur.. Nanti bangun nak makan.. Kejap2 lagi den balas jejak2 yang ditinggalkan kat sini.. Layan dulu gambar seksi Alya mandi buih kat bawah ni...