My blog has moved!

You should be automatically redirected in 6 seconds. If not, visit
http://www.ziefauzi.com
and update your bookmarks.

Wednesday, June 22, 2011

PERTEMUAN BLOGGER TANPA GAMBAR



Alya tengak belek-belek gambar kat blog Anje..Nampak gambar Nureen dan balqis jer sebut kakak...Ingat lagi rupanya dia..


Mesti dapat teka kan sapa kami jumpa Ahad baru-baru ni.. Entry lambat publish sebab takder gambar.. Tengah salahkan diri sendiri sebab tak caj bateri kamera awal2.. Rasa rugi tersangat-sangat sebab tak dapat capture moment pertemuan hari Ahad tu.. Ohhhh...rugi..rugi..rugi..tersangat la rugi...Nyesal pun tak guna dah.. 

Btw,kami 3 beranak jumpa Anje Mamabalqis & Kak Gieyana - Ummi Nureen dengan family masing2. Hampir2 tak dapat join sebenarnya sebab En.Fauzi kena kerja hujung minggu tu.. Tapi nasib baik la, En.Fauzi balik awal.. Bergegas jugak la pergi ke QueensBay Mall.. Tu pun siap pujuk En.Fauzi sebab abah Alya ni berat hati nak pergi, siap tanya lagi,.. Orang2 yang nak jumpa sebaya ke berusia sikit.. Bila cakap sebaya baru ok... 

Dari jauh dah nampak kelibat Anje, Kak Gie dan Kak Hajar bergambar.. Tapi segan nak join, tengok dari jauh jer, dada berdebar pun yer jugak.. First time jumpa la katakan.. Tapi tak lama pastu masing-masing rancak bersembang termasuk geng2 bapa..Anak-anak plak seronok main sama2.  Macam dah lama kenal je rupanya... Cuma ralat sikit sebab tak sapa Kak Hajar.. Kak Hajar pun macam nak cepat.. Lain kali wajib tegur Kak Hajar...

Rancak kitaorang sembang tak hingat sampai mall nak tutup.. Terpaksa la undur diri.. Alya pun macam dah bosan.. Untuk mengubat kebosanan suka benar dia keluar masuk kedai.. Kalau masuk ikut pintu betul tak pe.. Ni masuk celah2 yg muat badan dia aje.. Kering jugak la anak tekak duk berkejaran dengan Alya...

Btw, memang seronok la pertemuan hari tu.. Harap2 pasni jika ada kesempatan dapat berjumpa lagi.. Kita gather2 picnic tepi pantai ka, syok jugak kan.. Kalau ada teman2 blogger lain yang nak turun Penang, boleh la roger.. InsyaAllah, kalau tukang bawa kereta takder hal, boleh jer kita jumpa... Hehehe....


Kalau nak tengok gambar penuh warna-warni masa gather2 hari tuh, boleh la singgah link-link kat bawah ni yer..
http://damiaqish.blogspot.com/2011/06/penang-with-love-gather-with-blogger.html
http://daniallea.blogspot.com/2011/06/jumpa-blogger-di-penang.html
http://gieyana79.blogspot.com/2011/06/bersaksikan-poh-kong-makanya-pertemuan.html



p/s: Best jadi penulis blog ni.. Ada kawan serata negeri.. Pi mana2 ada jer kawan nak jumpa.. 
p/s/s: Dah nama entry pun "Pertemuan Blogger tanpa gambar.. jadi entry ni pun takder gambar la masa gather2 hari.. Adehhh....



SILA LA KLIK BAWAH NI..TQ



Tuesday, June 21, 2011

RAKET KE PEDANG TU..

gaya macam pegang pedang..

Gambar dah seminggu, tapi malam ni baru nak post... Minggu lepas ikut abah pergi main badminton.. Teman ajer.. Tak main pun,sampai sesat cari gelanggang badminton tu..

Hari ni abah pi main lagi, tapi kami tak ikut sebab Alya meragam.. Matanya mengantuk sebab tak tidur siang tadi. Ibunya plak sakit perut. Jadi tinggal berdua jer kat rumah..



Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Thursday, June 16, 2011

PENANGAN 360 DI TV3



tak berani letak gambar hantu betul,hantu ni pun jadi la

 
Sapa tengok rancangan 360 di TV3 malam tadi... Seram tak?? Eee..Seram la jugak.. Tu pun tengok bertiga dengan Encik Fauzi dan Alya.. 

Akibatnya, den tido awal malam tadi dan tak jadi nak tengok gerhana bulan.. Terbantut nak ambil gambar gerhana malam tadi.. Huhuhu.. 

Encik Fauzi tido awal malam tadi sebab tak sihat.. Alya pun tido dengan abahnya sebab merajuk dengan ibu dia sebab taknak layan dia main.

So, tinggal la den sorang2 malam tadi sambil menghadap PC duk menaip nak buat entry. Tetiba dalam pukul 12 lebih tu, Encik Fauzi mai tanya surah Yassin kat mana.. 

Hati dah rasa lain masa tu.. Encik Fauzi cakap dia kena tindih.. 3 kali, tak boleh bangun..Pastu dalam bilik dia nampak Alya berdiri la padahal Alya tido,rambut panjang la... Tah apa lagi tah, den buat2 tak dengar En.Fauzi cerita sebabnya dalam hati dah cuak..

So,cepat2 cari surah Yassin..Tutup PC,tutup lampu terus zasss masuk tido..... Lagi mau tunggu ka?? Hehehe...






SILA LA KLIK BAWAH NI..TQ


Monday, June 13, 2011

PANAS..PANAS..PANAS...

Tajuk hot,memang hot... Se'hot' gambar-gambar kat bawah ni. 
Jom cuci-cuci mata jom... Mana tau berkenan..
Layannnn.... :)

***SILA KLIK GAMBAR YANG BERKENAAN UNTUK GAMBARAN LEBIH JELAS***




VALENTINA LE COUNTEIR VISCOSE, 4 METER, 5 COLORS
RM40 BEST BUY
(tidak temasuk kos pos)



SUTERA WANGI BRUNEI, 4 METER, 10 COLORS, 2 DESIGNS
RM58 BEST BUY
(tidak temasuk kos pos)




ITALIAN SILK BY KUSHI, 4 METER, 10 COLORS, 2 DESIGNS
RM53 BEST BUY
(tidak termasuk kos pos)



 SONGKET BUNGA TABUR, 2M+2M
RM53 BEST BUY
(tidak termasuk kos pos)



JACQUARD DIGITAL PRINTED BY SES PESONA, 4 METER, 5 COLORS
RM48 BEST BUY
(tidak termaasuk kos pos)


Macamana???? Ada yang berkenan tak?? Pilih jangan tak pilih.. 
Boleh buat baju raya akan datang.. 
Kalau tak sempat hantar tailor boleh buat stok untuk Aidiladha pulak :P
Cepat yer... Stok terhad.. Sapa cepat dia dapat..
Berminat??? Sila SMS code kain yang berkenan ke 013-4880953




SILA LA KLIK BAWAH NI..TQ


Friday, June 10, 2011

(VIDEO TRAILER) MINGGU AKHIR NORA ELENA DALAM SLOT AKASIA

Kejap nyer rasa cerita ni.. Dah nak masuk minggu terakhir untuk cerita Nora Elena. Episod hari Khamis yang lepas, Nora Elena terjumpa seutas rantai miliknya yang hilang ketika dirogol dahulu di dalam bilik rahsia Seth Tan. 

Confirm episod2 minggu terakhir ni keadaan semakin tegang setelah Nora Elena tahu siapa yang merogolnya suatu ketika dahulu... Panas...panas... Mesti peminat cerita Nora Elena tak sabar nak tengok episod seterusnya.. Kan..kan... Apa2 pun jom layan video trailer kat bawah ni dulu.. Petang Isnin akan datang nanti baru tengok tv yer..


Video sumber dari FB TV3



SILA LA KLIK BAWAH NI..TQ



HARI PERTAMBAHAN USIA


Hari pertambahan usia?? Besday la tuh... Usia ibu Alya dah bertambah ke satu angka lagi hari ni. Erkk..takder apa2 perubahan pun... Macam biasa jer.. Cuma dah semakin tua je.. Hihihi.. 

Terima kasih pada yang wish.. Kat facebook berderet kengkawan wish.. Terima kasih sangat2 yer..

Tahun ni takder giveaway sempena besday ibu Alya yer.. Sebab mood berblog sejak akhir2 ni macam down sikit.. InsyaAllah..bulan depan ada kot.. Sempena besday Alya dan anniversary ibu abah Alya.. 

gambar tak eksklusif sebab dah guna gambar ni dlm profile untuk follow memollow..
sesajer nak interprem.. ibu Alya kan pemalu nak interprem dlm blog sendiri...
hihihi..



SILA LA KLIK BAWAH NI..TQ




Thursday, June 09, 2011

UTAMAKAN KESELAMATAN WALAU HANYA......



Yeahh...betul.. Utamakan keselamatan walau hanya berbasikal doraemon pink...Sampai terteleng-teleng kepala dia.. Berat ke topi keledar tu,sayang?? :) 

Tangan tu bagi signal nak membelok agaknya... Bagus2.. Jangan jadi sesetengah orang yang memandu atas jalan raya betul tak pandai bagi signal bila nak membelok...
.


 Naik kereta mainan pun pakai helmet!!!.. Betul2 jaga keselamatan ni.





SILA LA KLIK BAWAH NI..TQ




Wednesday, June 08, 2011

BEN ASHAARI AJAK KRITIK BLOG AKU





Lagi sekali segmen dari Ben Ashaari den join... Macam best segmen ni.. Segmen kritik mengkritik.. Tapi kritikan yang membina la yer, bukan kritik nak kondem pemilik blog.. Huhuhu... Nak tau macamana nak mengkritik, syarat2 nak join sila la klik link kat bawah yer...

http://www.benashaari.com/2011/06/segmen-jom-kritik-blog-aku.html



:::::: sila kritik blog ni dengan cara berhemah yer.. takmau la maki hamun ke apa..sebab ibu Alya ni berhati bunga, berjiwa sensitif...kot nangis tak henti je nanti.. hihihi.... peace!!!! :::::::



SILA LA KLIK BAWAH NI..TQ



Tuesday, June 07, 2011

1st Giveaway by RedRidingBow



  1. Put this picture on your blog and write a entry bout this giveaway.. senang aje! [DONE]
  2. Title of your entry "1st Giveaway by RedRidingBow" [DONE] 
  3. Be my follower and "Like" RedRidingBow Facebook Page. [DONE]
  4. Put RedRidingBow's link on your blog and copy RRB's banner below on your sidebar. [DONE]


Nak join still sempat lagi.. Ada 3 hari lagi sebelum tarikh tutup, klik link kat bawah yer...



::::tengah cuba untuk mengaktifkan semula semangat untuk bergiveaway/bercontest ::::::::: 




SILA LA KLIK BAWAH NI..TQ




Thursday, June 02, 2011

DERA DAN BUANG BAYI





Dah jadi macam bermusim pulak kes dera dan buang bayi ni... Semalam jer, 3 kes dera dan buang bayi yang den baca, dengar dan lihat samada kat tv mahupun kat surat khabar... Ketiga-tiga kes tu melibatkan kehilangan nyawa.

Pertama, kes dera yang den baca kat Harian Metro.. Bayi 9 bulan didera sehingga mati oleh ibubapa yang dipercayai sakit mental. Mayat bayi tu boleh pulak disimpan dalam stor.. 

Kes kedua dan ketiga pulak kes buang bayi.. Seorang mayat bayi perempuan ditemui tersangkut di celah batu di Sungai Gombak berdekatan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Seorang lagi mayat bayi lelaki ditemui dipekarangan  rumah pangsa yang dipercayai dicampak dari tingkat 5. Yang ini den tengok berita TV3 malam tadi. Area mana tak pasti la pulak.. Boleh pelaku tu main campak2 macam campak sampah jer.. 

Agaknya bila la kes-kes macam ni nak habis yer.. Nak tunggu kiamat kot.. Sedih bila insan2 comel yang malang ni diperlakukan macam binatang.. Sesuka hati nak ambil nyawa insan yang tak berdosa tu.. Moga si pelaku dapat hukuman yang setimpal..



SILA LA KLIK BAWAH NI..TQ



Wednesday, June 01, 2011

SIPNOSIS YOU SAKA PERGI JAUH JAUH


Dah ternampak iklan cerita terbaru ni kat tv3, cerita yang menggantikan cerita Mantera Anjasmoro dalam slot Seram. Pada pandangan mata kasar den la cerita ni macam seram-seram  komedi.. Sebab ada Nabil... 

Dalam iklan pun nampak watak Roy Azman macam lembut2 gitu.. Pelakon lain dalam cerita ni Eira Syazira, Fauzi Nawawi, Dynas Mokhtar, Amyza Adnan... Macam biasa, waktu siarannya pada hari Khamis, malam Jumaat pukul 9.30 malam yer.. Sipnosis ringkas cerita ni :

Nia, seorang setiausaha sebuah syarikat yang berjaya, percaya dia mempunyai penjaga keturunan yang merupakan seorang Puteri dari dunia halus bernama Puteri Jarum Permata. Nia perlukan kehadiran tuan puteri untuk melindunginya dari gangguan Gelam, saka yang mendampingi ibunya selama ini. Rosrita, ibu Nia sering nazak dan akan sihat semula. Walau nia sering menyeru tuan puteri agar datang, tuan puteri tidak pernah muncul malah obsesi Nia pada tuan puteri ditertawakan oleh orang-orang disekelilingnya.
Credit : Bila Kepala Bergetar

Bawah ni teaser You Saka Pergi Jauh JAuh selama 10 saat..







ANDA RASA ANDA CUTE,COMEL DAN SEANGKATAN DENGANNYA????
JOM JOIN CONTEST NI


SILA LA KLIK BAWAH NI..TQ