My blog has moved!

You should be automatically redirected in 6 seconds. If not, visit
http://www.ziefauzi.com
and update your bookmarks.

Thursday, July 28, 2011

ISTIMEWA UNTUK ANAKDA NUR ALYA ADRIANA



Nota untuk Alya..

Tarikh ini datang lagi..
28 Julai yang takkan ibu lupakan sepanjang hidup ibu..
Kerana hari ini anak ibu bertambah lagi usia ke satu angka ..
Anak ibu semakin membesar dengan jayanya...
Dengan akal yang macam-macam..
Yang kadang-kadang buat ibu sangat2 
pening kepala melayan kerenah Alya..
Sampai tak terlayan ibu...




Tapi Alya anak yang baik...
Pandai dengar cakap ibu...
Apa ibu suruh buat, Alya buat...
Apa ibu tak suruh buat..Alya buat jugak.. :)
Alya dah pandai tolong ibu sekarang, 
sampai ibu tak sedar yang anak ibu dah besar..




Gigi dah banyak, mulut dah pandai berbicara..
Macam-macam Alya pot pet dengan ibu 
Yang kadang2 mengalahkan ibu berleter...
Tapi ibu suka, pot pet Alya tu la buatkan ibu tersenyum bangga..




Alya sayang...
Walaupun ibu selalu marah sampai buatkan Alya menangis...
Ibu nak Alya tahu, ibu marah sebab sayangkan Alya..
Ibu marah sebab Alya main benda yang boleh buatkan Alya jatuh terluka...
Ibu marah bukan sebab suka2 ibu nak marah.. 
Sebab sayang lah, ibu marah Alya... 

Banyak yang ibu nak coretkan kat sini untuk tatapan Alya nanti..
Tapi ibu bagaikan hilang kata2..
Apa yang Alya perlu tahu..
Ibu dan abah sayang sangat kat Alya...
SELAMAT HARI JADI YANG KEDUA TAHUN...



Nota untuk Alya yang lama : 

HAPPY BIRTHDAY TO MY GEGIRL NUR ALYA ADRIANA



SILA LA KLIK BAWAH NI..TQ



Wednesday, July 27, 2011

KEJAP ADA, KEJAP HILANG

Salam..
Kejap ada, kejap hilang... Kejap updated, kejap bersarang...
Dah penuh sawang dah blog ni...

Bukan sengaja tapi terpaksa..
Line internet takder... Ni pun pakai broadband aktifkan line untuk sehari..

Kami dah tinggalkan Penang.. Sekarang dah jadi orang Sungai Petani, Kedah plak..
Masuk hari ni dah 3 hari pindah ke sini... Pindah hari Ahad lepas baru ni..
Sebab tu la line internet takder...
Busy memunggah barang-barang dalam kotak pun ye jugak..
Sampai hari ni tak setel lagi mengemas...

Hati ni berat nak pindah sebenarnya.. Sejak kahwin kuarters tu dah jadi tempat tinggal..
Alya pun meniarap, merangkak, berjalan semuanya belajar dalam rumah kat sana...

Bila hari nak pindah tu, rasa sayu jer hati..
Tapi rumah yang baru ni pun, sayang plak kalau takder penghuni...
Mau tak mau kena pindah jugak...

Oklah...nak sambung buat kerja..
rumah macam tongkang pecah...
Kotak merata-rata..
Oh..ya..gambar masa angkat barang hari tuh tak ambil pun..
Sedih sampai tak ingat nak ambil gambar buat kenangan...
Huhuhuhu....




SILA LA KLIK BAWAH NI..TQ



Wednesday, July 20, 2011

JOM RIADAH BERSAMA ALYA

Cerita ni dah lama dah... 
Aktiviti masa Penang cuti sempena Ulangtahun Pengisytiharan Tapak Warisan Dunia
Bawa Alya pi Taman Metropolitan Relau main badminton
Pastu joging naik turun bukit....
aksi jer lebih, main tak pun

Lepas main badminton, joging plak.. pegang tangan abah sebab turun bukit

Minum dulu.... Penat la...

Kebetulan hari tuh ada acara senamrobik...
Tapi tengok ja..tak join pun 
Layan Alya main kat taman mainan jer...
ramai yang join senamrobik ni, buat plak dekat dengan mainan kanak2..
so,ramai ibubapa amik peluang senamrobik sambil tengok anak2 main...
:::: gambar kelabu sebab ambil gambar guna hp murah saja ::::::::::::


SILA LA KLIK BAWAH NI..TQ


Tuesday, July 19, 2011

SEWLOVE 1ST GIVEAWAY

Untuk maklumat lanjut dan syarat-syarat penyertaan boleh check kat link bawah ni yer
http://sewlove.blogspot.com/2011/06/sewlove-1st-giveaway.html

due date : 28 Julai 2011


::tgh ada mood nak join GA ni... :::::



SILA LA KLIK BAWAH NI..TQ



AHLI KELUARGA BARU KAMI

Diperkenalkan ahli keluarga baru kami...



Si Abit...
Si putih bertelinga panjang dan hitam
Bertompok hitam di mata..
 Suka menghidu dan mengunyah
 
Gelaran Abit tu Alya yang bagi..
Abit tu ringkasan dari rabbit..
Dia tak pandai sebut penuh jadi la Abit..
Lama2 melekat nama tuh..
 
Sekarang ni, kalau bangun tidur Alya tak cari ibu terus..
Dia pi cari Abit dulu..
Puas tengok Abit baru cari ibu mintak nenen...
Agaknya gitu la perangai budak takder adik yer...
Hehehehe.... :P





SILA LA KLIK BAWAH NI..TQ




Tuesday, July 12, 2011

ALYA TERKURUNG DALAM BILIK

Sabtu dan Ahad baru ni sibuk angkat barang sikit-sikit
 ke rumah satu lagi kat Sungai Petani
Tapi tak tidur pun kat sana..
Berulang Sabtu dan Ahad..

Nak dijadikan cerita, belum pindah lagi kat sana
Alya dah ada pengalaman terkurung dalam bilik sorang-sorang..
Time tu abah mandi, ibu pulak duk basuh cawan kat dapur..
Duk panggil2 nama dia tak menyahut pun.
Dalam hati dah rasa lain..
Pi cari nampak dalam bilik bayang-bayang Alya duk berjalan..
Sekali nak buka pintu bilik tak boleh...
Dah terkunci dari dalam...

Aiyakkkk...cuak ooo...
Alya pulak boleh buat releks macam xder apa yg jadi..
Tingkap pulak dah kunci sebab memang dah siap2 nak balik Penang
So, abah jenguk kat tingkap.. 
Ibu plak duk bagi arahan kat Alya melalui pintu..

Untuk makluman..tombol pintu bilik adalah jenis yang lama tu..
Jenis selak yang pakai kunci luar dan dalam..
Kunci pintu ada kat bahagian dalam bilik
Maybe masa Alya main2 pintu
Dia pulas2 kunci dan terkunci terus...




Selak pintu jenis yang macam ni...

Mujur jgk la si Alya ni dah faham sikit apa yang di suruh..
Ibu tolak kunci dari luar kat lubang kunci tu guna pemutar skru
Bila kunci terjatuh, suruh Alya bagi kunci melalui bawah pintu..
Nasib la Alya ni faham..
So, dapat la buka pintu dari luar...
Bila keluar bilik je Alya releks macam takder apa yang jadi... 
Huhuhuhuhu...

Pengajarannyer,, dah tau pintu tu jenis yang lama..
Jangan sesuka hati tinggal kunci kat lubang kunci tu..
Budak besar Alya bukan tau apa...
Ikut dia la nak main2 macamana pun...



budak yang terkurung dalam bilik...






:::: xder pulak nak ambil gambar masa kejadian.. takdak mood..perasaan risau melebihi segalanya :::::



SILA LA KLIK BAWAH NI..TQ


Monday, July 11, 2011

DURIAN OH DURIAN


Pic ni ambil hari Jumaat lepas..
Baru balik dari pasar malam..
Beli durian... 
Sampai rumah terus pulun makan durian kami anak beranak..
Alya pun layan jugak..

Tengok la gamba atas, 2 ulas sekaligus makan..
Alya suka juga makan durian tapi takde la sefanatik ibu dan abah dia..
Hehehe...maybe masa pregnantkan Alya dulu musim durian
Jadi dia dah merasa dari dalam perut lagi..
Tapi tak galakkan dia makan banyak..
Nanti panas...
Ibu dia jugak yang susah...




SILA LA KLIK BAWAH NI..TQ



Friday, July 08, 2011

BUFFERED EARNING DI KALA TRAFIK MERUDUM

Sebelum ni den dengar-dengar cerita je yang nuffnang akan bagi buffered earning
 kat blog2 yang traffik nyer kurang..
Den tak percaya, tapi minggu lepas dah terbukti kata2 tersebut bila
blog ini tak berupdated, maka traffiknyer pun kurang la kan..



bukti traffik sepanjang minggu lepas.. blog tak updated langsung

Tapi tup2, dapat 2 buffered earning yang tak di jangka2..
Kalau nak tahu, ini BE yang pertama dan kedua untuk tahun 2011..
Erkkk...dah pertengahan tahun baru dapat BE..
Sila percaya bulat2 yer..
Dan sekarang ni, masih lagi duk menari-nari kat sini..
Apa2 pun Alhamdulillah....



pendapatan BE yg x seberapa sebab traffik belum pada paras normal lagi





SILA LA KLIK BAWAH NI..TQ




Thursday, July 07, 2011

KEGEMARAN BARU : MERATAH



Sedapnyer dia makan.. Habis comot2 muka dan tangan..
Tu tak termasuk baju dengan lantai rumah...
Favourite baru Alya, ratah jem coklat n peanut..
Orang makan sapu kat roti..
Dia boleh plak meratah macam tu jer..
Sabor je la...
Tak bagi satgi meronta-ronta pulak..
Dah bagi habis comot...




Tengok tu, dah rupa minum air dah tu..
Padahal dalam tu ada jem coklat n peanut ja...
Tangan tu nak bagitau..."Sedap oooo"




SILA LA KLIK BAWAH NI..TQ



Wednesday, July 06, 2011

HADIAH DAH POS




Ini adalah hadiah-hadiah untuk contest Mom & Me Sweet Contest anjuran Anje MamaBalqis
Dan hadiah untuk contest Aksi Si Cilik Berbasikal anjuran Kak Yong bersama Syamila
Dua-dua contest ni den jadi penaja hadiah aje
Hadiah dah pos ye, maybe hari ni atau esok sampai la
Cuma sorang pemenang je lagi den tak pos sebab belum dapat detail..
Dah dapat nanti den pos lain yer
Btw,maaf yer lambat pos... 
Keadaan semasa tak mengizinkan untuk keluar pergi pejabat pos..




p/s: Bulan Julai ni ada 2 tarikh yang akan dikenang sampai bila2.. Rasa macam nak buat GA atau contest.. Rasanya ada tak yang nak join????



SILA LA KLIK BAWAH NI..TQ



KEMBALI BERSIARAN



Ada yang rindu kat budak kecik atas ni tak??
Mak budak ni?? Atau bapak budak ni??
Ada sesiapa rindu kat kami tak???
Hehehehe....
Saje tanya sebab tahu takder sape yang nak merindu...
Ayat poyo jer...
Ibu Alya akan bersiaran seperti biasa lepas ni..
Setelah melepasi keadaan darurat...darurat la konon..
Sepanjang tidak berblog ni, macam-macam jadi...
Pemergian ke Pulau Langkawi yang tak dirancang...
Pertandingan persahabatan bowling 
Dan paling tak best, kami 2 beranak pakat2 lawan demam, sakit kepala dan sebagainya
Tapi Alhamdilliah dah sihat sepenuhnya, 
cuma Alya je buat perangai sikit lepas baik dari demam ni..
Ok,lepas ni nak updated banyak2....




SILA LA KLIK BAWAH NI..TQ